…doktor ada tetamu…

Doktor, busy ke? Nih Cik Dollah nih,” kata suara dalam tepon tu.

[Belum pukul 9, Cik Dollah dah masuk keje? Bukan pegi minum dulu ke?]

Tak, tak busy lah. Baru nak habih round nih. Ada apa?”

[Cek saya 2 bulan tertunggak tu dah sampai ke?]

Doktor ada tetamu…,” jawab Cik Dollah.

Tetamu? Sapa?”

[Minum?]

[Espresso…]


Ada lah…”

Ada lah tu sapa?”

Err, Biro Pengaduan Awam… hehe…,” Cik Dollah ketawa kecil.

[Mak aihhh… apa kebenda pulak lagi??]

Alaa, Cik Dollah entertain lah diaorang dulu. Lagi setengah jam saya turun.”

Aduss… aku ingat dah selesai. Aku ingat aku tak yah dengar lagi daripada BPA. Ke ada komplen baru pulak? Apa? Lipstik saya tak cukup merah? Err, nanti saya siasat dan buat report…

Aku nampak dua orang yg tak dikenali tgh sembang ngan Cik Dollah masa aku sampai ke ofis. Aku pinjam bilik EO jap sebab aku takde bilik. Aku cuma gi ofis 2 kali je sebulan, hujung bulan hantar borang claim & tengah bulan kutip cek.

Diaorang tak kenalkan nama pun. Name tag pun tak pakai. Hmm… Nasib ko lahh… dapat nama Encik A ngan Encik B je lah.

Encik A tu senior sikit dari Encik B aku rasa. Encik A tu sorang je yang banyak bercakap. Encik B banyak mengangguk je. Aku rasa macam dalam interview mintak kerja ke apa je pulak.

Rupanya takde aduan baru. Kes hari tu belum selesai. Diaorang tak puas hati dengan jawapan pihak hospital err, jawapan aku yang ditokok tambah oleh Pengarah le tu. Diorang tak puas hati takde sapa kena tindakan tatatertib. Diaorang tak puas hati hospital tak mengaku bersalah.

Saya suspect ada some kind of cover up nih doktor…” kata Encik A.

[Hey! Jangan main tudow-tudoww…]

Aku explainlah prosedur hospital. Aku explainlah claims si pengadu tu tak logik, tak masuk akal. Aku explain lagi itu dan ini. Encik B angguk. Encik A try nak argue. Still tak puas hati takde sapa kena hukum gantung ke sebat ke apa ke. Hello? Apa nih?

Last-last over jugak. Encik A kata diaorang kena buat report (dan tidak update journal utk beberapa hari) dan hantar pada sapa entah kat atas sana. Kalau ada apa2 lagi they’ll keep in touch.

[Okay]

Err, sapa nama doktor tadi?”

Dr Max.”

Camana eja nya?”

M – A – X

Terima kasih

[Sama-sama].

# max | Permalink |


...I'm a busy, busy bee...

Sibuknya lah pulak sehari dua nih dengan segala jenis mak nenek penyakit kat dunia nih. Wad bersalin kurang patient, wad sakitpuan pulak penuh tak cukup katil. And hospital jadik tak cukup kakitangan sebab musim cuti sekolah sume orang nak cuti balik kampung. Hmm...

Hari Ahad aku tunggang terbalik habiskan klinik yang ter-overbooked sampai 31 patients. Staff baru punya hal, ambik appointment tak tau nak limit. Sabar je lahh...

Hari Isnin seperti biasa duduk OT seharian layan kes sampai petang.

Hari nih ward round saja dah sepagi. Mood dah berangin semacam. Buat scan, admit case bla, bla... Jadik lagi takde mood. Aiyoo! Peduli apa pukul 11.00 belum start klinik, perut aku kena dilayan dulu sebelum bocor terus. So aku gi kantin beli kuetiaw goreng, balik makan kat Labour Room. Patients tunggu depan klinik dah naik impatient tengok doktor lalu buat dek bawak tapau polisterin. Hmm... sabar je lah, ye?

Tengah aku dok susah hati kerja banyak, klinik tak start2... Dr F datang.

"Assalamualaikum...," dia bagi salam.

Aku jawab salam dia. Buat muka selamba. Apalah dia nak pulak? Aku bukan ada kes utk op hari nih.

Dia berdiri je kat situ.

Aku ingat balik. Hari nih bukan Antenatal Clinic, wife dia takde appointment ngan aku.

Then aku nampak dia pegang borang cuti.

So?

"Ooo... hahaha... I have to sign this, right?" baru aku ingat.

Hmm... Pengarah dan konco-konconya gi buat lawatan sambil belajar ke Putrajaya. Aku sekarang jadik Acting Pengarah sampai 5 Jun. Hehe... dah 3 hari jadik acting Boss, sekali pun aku takde peluang gi tengok apa sebenarnya yg aku kena buat. Tapi aku rasa ini je lah kot... sign tu sign nih... aiyaa... leceh aah.

# max | Permalink |


...isn't life wonderful?...

Okay. Aku tak rasa apa2 masa Mortality Meeting tu. Tak rasa apa2 masa sume orang komen itu ini this and that. Tapi sekarang aku rasa sendiri betapa lapangnya dada aku. Rasa macam selama nih aku bawak satu beban berat memikirkan benda yang aku tak disuruh pikir. Hmm...

Now that it's all over and out in the open, aku rasa aku boleh get on with my life.

It's like... it's like bila blackout, kita duduk dalam gelap feeling bored and gloomy and miserable... Then suddenly the lights came back on, and wow! Isn't life wonderful?

Haha.

Kalau tak paham takpe. Bukan senang menjadi aku.

And bukan senang menjadi orang lain jugak, aku tau.

# max | Permalink |


...I know it's near...

I know it's near because I suddenly have this sudden cravings for refined carbohydrates, empty calories, chocolate cakes, chocolate milk, chocolate chip cookies and all things chocolate. I now consume coffee by the litre. I find sleeping a waste of time. I breathe in and out only because it's a habit.

Exams.

I know it's near.

One would've thought after the hellish experience of the Summer of 1997, I would have learnt my lesson. Instead I volunteered to sit for another exam.

Talk about being a sadist.

Haha.

# max | Permalink |


...Doctors FC -- 0 Fate United -- 1...

Nothing has changed. Last sekali aku pegi situ tahun 1999. Sama je macam dulu. The same shabby blinds, same faded blue tablecloth. Same faces even. Right down to the seating arrangements! The hardcore specialists kat satu corner, orang2 health kat satu corner, geng2 lama aku dari Hospital Besar kat sudut paling terkiri sekali.

Hmm, the familiarity of it all buat aku rasa confident sikit. Aku tengok keliling, meeting dah nak start. Nak duduk mana ekk? Sekali Dr MN tarik lengan baju aku. Ohh... dia dah book satu seat kat aku.

Boss jadik chairman hari nih sebab State Pengarah ada hal lain. Dia suruh sorang2 introduce ourselves. Sampai kat aku, aku pun sebut nama aku. Boss pandang. Tetiba dia kata, "Max, you're representing Alor Setar?"

Sume orang kat sudut terkiri and Dr BV kat specialist corner gelak.

"No Boss. Langkawi," aku kata.

[You transferred me out a year ago, remember?]

"Yes, Langkawi. I meant Langkawi," kata Boss. "OK, next!"

Aku makin confident. Everyone is in a relaxed state, boleh gelak-gelak, boleh senyum-senyum.

Case aku no 3. First case postponed kejap sebab pathologist belum sampai. Second case kena komen teruk, left, right and centre.

"Huh! failure to diagnose. Failure to treat," kata Dato' C.

"I would say the same lah. Substandard care!" kata Dr K.

"Definitely. Does everyone agree?" tanya Boss.

Nak tak nak aku angguk jugak. Dari mata aku dan mata orang lain kes tu nampak mismanaged. Dari mata doktor yang merawat dia aku tak mahu tau sebab I know he feels differently. He must have given his best masa tu.

"OK, case no 0xx/01? Langkawi?" Boss announced.

Aku on-kan mic utk Dr MN. Dia start present patient's background. Dia berhenti. Passed the mic to me. Aku angkat muka pandang Dr Asri (bukan nama sebenar) kat sudut terkiri. Dia senyum.

Aku present sume sekali. Every drop of blood, sweat and tears from that night. Sesekali aku angkat muka pandang keliling. Aku tak nampak sesapa senyum or geleng or ambik nota.

"...at 3.40 pm she was kept on ventilator, and transported by helicopter to the hospital with O&G specialist," aku kata dan off-kan mic.

Dr Asri pulak. Dia dengan cool-nya sambung.

"...she passed away at 12.45 am..." Dr Asri habiskan presentation.

"Why?" Boss tanya.

Sume orang pandang Dr Asri. Dr Asri pandang aku. Aku pandang Boss.

[What do you mean why? Why did she die?]

It was Dr Asri who finally spoke. Boss terima alasan dia. Dr Z, the anaesthetist in the specialist corner setuju. 2-3 soalan lagi kat Dr Asri then Dato' C cakap, "First of all we must congratulate the Langkawi people for busting their guts trying to save this lady... bla, bla..."

Sume orang setuju.

"Dia puji you tu. Angguk la," Dr MN kuis lengan aku.

Aku ingat balik malam gila tu. Aku ingat waktu Nuri tu naik. Waktu pandangan aku blur. Puji banyak mana pun tak kan padam lebam di hati aku. Aku cuma tunduk pandang cawan teh, cucur badak & karipap depan aku.

Aku tunggu sume puji2an tu settle. Aku tunggu sapa2 nak kata, "Tapi..."

Finally Dr K yang audit case aku tanya Boss, "...but... don't you think there was delay in informing the specialist?"

Aku senyum. Satu-satunya dilemma dalam kepala aku, ada orang tolong suarakan. Kalau aku call Dr Asri 2 jam lebih awal mungkinkah dia masih hidup?

Dr NZ dari sudut terkiri kata something pro aku. Dr BV dari specialist corner pun sama. Then Dato' C.

Then Boss kata, "Slight delay in informing senior but still, no substandard care there. No substandard care. The management was appropriate."

Hah!

[Dia puji you tu. Angguk la.]

Empat lagi kes pastu. Substandard care. Failure to diagnose. Failure to treat. Failure to inform senior. Tapi aku dah tak berapa pay attention. Dada aku dah lapang. Aku failkan balik 0xx/01 dalam envelop Urusan Seri Paduka Baginda aku. Aku duduk bersandar tengok telatah Dato' C ngan Boss bertikam lidah.

Meeting habis 4.30pm.

Aku bertembung ngan Dato' C kat pintu. "You're doing very well in Langkawi, Max," dia kata kat aku.
"But it ended badly Dato'," kata aku.
"Aah... well, you see Max...," dia kata. "...not everyone can be saved."

Fate won.

We lost.

Doctors FC -- nil Fate United -- 1.

# max | Permalink |


...why worry...

"Max! Mortality meeting orang selalu buat apa haa?" tetiba suara Dr MN (bukan nama sebenar) of Klinik Kesihatan PM keluar kat phone.

Aku pandang jam.

Blank.

Alamak! Dah pukul 2... camana aku boleh tidur sampai pukul 2? Senario? Senario dah habis ke?

Cheh! Dah le semalam tidur awal, pagi tadi bangun lewat. Lunch break pun aku leh tertidur lagi? Aduss... Nih sume 4 Caesarian & 1 ectopic semalam le nih. Tujuh jam in OT! Mahunya aku tak flat.

"Err, Max? Tidur ke?"

Aii... nasib baik le ko call MN, kalau tidak...

"Hah? ooo... belum pernah gi Mortality Meeting ekk? Eh? Apsal you lak kena pegi? Bukan si apa tu, si sapa budak baru tu?" aku try cover ketidak-clear-an otak aku.

Esok Mortality Meeting. Hari aku kena actually present pulak report yang aku tergagap-gagap nak tulis tu. Ciss! Depan the new state Pengarah pulak tu. Camana le orang nye ekk? Garang ke? Boss esok good mood lagi ke? Nak ke dia cover aku lagi? That big Handyplast on my heart hari tu dah tertanggal...

"Max? Present dua-dua sekali ke?"

"Ishh... tak, yang dulu punya je. Yang baru nih next quarter pulak."

Seram aku dengar. Daripada elok-elok satu, dah jadik dua... lepas nih? Eeeiii... cukuplah.

Err, kebaya ke baju kurung? Nak nampak aggresive ke ayu dan kekampungan? Handphone in the hand ke in the handbag? Handbag ke briefcase? Cheh! Bukannya nak fikir apa nak cakap esok, dok worry apa nak pakai pulak... haha..

Why worry...

...apa nak jadik akan terjadi...

Ada orang tanya aku tadi apa rasa menghadapi orang yang nazak dan nak mati?

Actually, takde sapa pernah tanya aku soalan nih. So aku tak pernah pikir how to put it into words. Err, camana ekk? Your whole life suddenly flashes before your eyes... you see the light getting nearer and nearer, you feel yourself being sucked away from your body... ehh! wait! Bukan tu description orang yang nak mati ke?

Ye lah. Because that is exactly what it feels like watching someone dying in front of your very eyes. It feels like facing your own death! Your own death.

[gulp!]

# max | Permalink |


...satu dua tiga, do re mi...

Apa nak jadi? alif ba ta ABC apa nak jadi akan terjadi, hujan pasti berhenti...

Finally.

Took me a week to think about writing it. Drafting each sentence in my head, over and over.

Took me only an hour to finally write it.

Huh.

...hujan pasti berhenti...

She was drowning on dry land.

Did some kind of a sick post-mortem in my head so that was it... that must have been how she died... she had so much fluid in her lungs, she just drowned. Stopped fighting and drowned.

May God bless her.

And all mothers and mothers-to-be.

Cindy, sorry if I scared you. You'll be OK. I know you will...

Okay, enough said.

# max | Permalink |


…NA-F50G1M...

Hidup nih macam driving in a strange roundabout. Pusing-pusing… tapi tak ke mana. Sometimes asyik pusing ke tempat yang sama, asyik ambik exit yang salah. Right now aku rasa aku stuck in the inside lane and kereta aku dah habis minyak... I'm not getting anywhere. Where did you say that secret button was again?

Sepanjang hari semalam rasa macam hidup terawang-awang. Mengantuk sebab tidur pukul 4 pagi. Letih sebab sume staff aku asyik panggil aku tengok case, diaorang tetiba jadik takut apa-apa jadik lagi. Dr N pulak tak pernah-pernah lewat, dah ter-overslept sampai pukul 10. Mana aku nak buat round lagi, nak handle klinik lagi… rasa macam sume orang pakat-pakat nak menambahkan tension aku je.

Aku call Boss aku kat Hospital Besar tapi Staff Nurse A kata dia MC.

Aahh… apsal kena MC masa nih? Hari lain tak boleh ke?

Somehow, aku managed jugak lalui semalam yang gila tu tanpa aku sekali jadik gila.

+++



Hari nih aku gi buat round macam biasa. Pukul 9 aku angkat gagang telefon, kemudian aku letak semula.

Lepas breakfast lah,” kata hati aku. “Kang kena marah, tak lalu makan pulak.”

Pukul 9.30 aku angkat gagang dan letak semula.

Lepas Caesar lah,” kata hati aku lagi. “Kang kena tengking, tak leh concentrate Caesar, mati pulak sorang lagi.”

Pukul 11 aku angkat gagang, dial operator dan cari Boss di Hospital Besar.

Please, jangan MC. Jangan MC…,” kata hati aku yang semakin lama rasa semakin sakit.

Hello!” kata suara kat sebelah sana.

Err, Boss. It’s Max, Boss,” mulut aku pulak berkata.

Aah… Max. Anything girl? [dia suka panggil aku girl. Selalunya aku tak suka tapi hari nih, panggil lah apa saja!]

Err, I… err, I [gulp!] … I want to inform you that err… there’s been a death here yesterday morning.”

Okayyyy… never mind!

[what?!! Betul ke nih?]

[…you’re on Candid Camera…]

Max? Can you hold on a minute? I’m on 2 phones…

Sure, sure… no problem.”

[No problem? Until just now, wasn’t this phonecall my biggest problem?]


So camtu aah… Boss mesti tengah good mood hari nih. Sebab selalunya his standard response is, “Ehh! What la you… Jokers la you people. What idiot would do that?”

Tapi hari nih takde. Dia cool je. Dia kata sudden death, apa lagi aku boleh buat. Suara dia macam very comforting, fatherly semacam. Dia kata buat report je, tak yah hantar suruh audit. Dia bagi no handset dia.

Anyone gives you trouble after this, have them call me on my handset. Girl, you’d better take a couple days off. Tell them I ask you to take two days off. Okay?

[Okay.]

Hah!

Rasa macam sebijik washing machine National model NA-F50G1M dah diangkat dari bahu aku. Rasa paru-paru aku boleh sedut sume udara bersih dan tapis udara kotor. Rasa hati aku ada orang letak satu Handyplast besar.

Tapi...

...entah.

So, you know the routine... Journal tak akan diupdate beberapa hari utk aku settle-kan ... yup! .. report.

[urghhh].

# max | Permalink |


…today, of all days…

“…tapi dia tak dapat kami selamatkan…,” kata ‘doktor’ tu kat sepasang suami isteri.

Tergamam. Bedebuk! Pengsan si ibu sebab tak dapat terima kematian anak yang tak sampai setahun umurnya dalam drama Pasrah TV3.

Aku senyum.

Klik!

“…do the kids know?”
I’ll tell them,” kata ‘doktor’ tu.
I’ll come with you…”

Tergamam. Sepasang adik beradik terpaksa terima kematian kedua2 ibu bapa mereka dalam ER TV2.

Aku senyum.

Camnih rupanya kerja doktor…

Pukul 12.30 malam aku bersiap nak masuk tidur.

Phone bunyi. Urghh…

+++



“…dah lah. No point… dah 45 minutes,” aku kata. “Time of death: 1.45 am…”

Aku berhenti chest compressions. Dr H berhenti ‘bagging’. Dr N berhenti ambik BP. Dr F off-kan cardiac monitor.

Camana nak bagitau husband dia nih haa?” tetiba Dr H tanya aku.

Ya Allah… tsk!” Aku dah tak boleh nak pikir.

Aku tak sempat nak suruh dia mengucap pun. Baby dia pun aku tak sempat lahirkan ke dunia. Mati sekali dengan dia. Mati depan mata aku. Mati dalam tangan aku.

Buih. Banyak buih. Masih tak henti-henti keluar dari hidung dia.

Lebam-lebam biru mula naik kat tangan dia. Kat dada dia. Kat muka dia.

Camana dia boleh mati camtu je? No warning? Tetiba collapsed? What did I miss? Apa lagi yang aku tak buat? Astaghfirullahal’azimmm…. Apa nih? Siapalah aku nak lawan kuasa Allah!

+++



“…tapi kami tak dapat selamatkan isteri dan anak encik…,” aku kata dengan suara yang tak berapa nak keluar…

Dia pandang aku pastu angkat kain putih yang menutup mayat isteri dia. Isteri dia, patient aku. Isteri dia, mati dalam tangan aku. Aku hulurkan kerusi. Dia duduk dan telangkupkan muka dia atas badan si-mati. Aku nampak bahu dia terhinggut-hinggut. Aku nampak Dr H nangis dan keluar dari Bilik 3 tu.

Aku tinggalkan dia dengan isteri dia. . Isteri dia, patient aku. Isteri dia, yang mati dalam tangan aku.

Dia datang kat aku.

“…doktor… camana boleh jadik camnih…?” dia tanya tapi lepas tu dia blah. Tak tunggu aku jawab soalan cepumas tu. Camana isteri dia, patient aku boleh mati di tangan aku…

Aku tunduk.


Huh! …Happy Mother’s Day

…today, of all days eh??…

# max | Permalink |


...dalam tidur kutermimpi-mimpi...

...selagi kita berjauhan, hati rindu tiada tertahan... kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu... entah apsal lagu nih pulak yang ada dalam kepala aku sepanjang hari. Anyway, speaking of mimpi dah 2 malam aku mimpi yang sama. No, actually bukan sama... sort of bersambung-sambung macam cite Spektra tu. Pulak tu selalu stop part yang suspen pulak... kena tunggu the next time aku tidur pulak nak sambung the same dream. Weird...

Hari nih hari busy. Gynae Clinic then Caesarian then D&C, all sampai pukul 2.45 ptg. Dr A mintak tolong chair-kan MAC meeting tapi by pukul 2.30 aku masih kat OT, berlatar-belakangkan irama joget 'Nak Dara Rindu alunan orkestra perut aku. Postpone ke esok. Eloklah jugak. Hai... nak buat meeting pun carilah time aku free sikit. The world kan ke revolves around me?

Balik ward ada surat dari pejabat pengarah negeri atas kaunter. Hmm... hari tu kat SP, Sha ada warn aku pasal nih... Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengkaji Kematian Ibu Peringkat Negeri 1/2001. "...Yg. Bhg. Dato/ tuan/ puan dan pegawai-pegawai yang berkaitan dijemput hadir," kata surat tu. Hmm... akulah pegawai berkaitan tu. Suddenly the February 5th disaster came flooding back. Aahhh... tapi takpe, mesyuarat apa pun kalau kat seberang sana aku mesti pegi punya... sebab pastu aku boleh balik rumah! Sambil menyelam minum air kata orang, tak gitu?

Malam nih rasa nakal sebab dapat kenakan orang tu... hahahaha... jangan marah ye Mel... :)

# max | Permalink |


…setiap penyakit ada ubatnya…

Demam aku tak jadik. Terima kasih kepada Paracetamol. Semalam gi BBQ rumah Kak Hanim (bukan nama sebenar) staff aku. Terima kasih daun keladi kepada dia sebab sudi menjemput kitaorang yang mula-mula malu tapi lepas tu terus tak tahu malu – bedal sume. Hehe…

Hilang demam aku kena ketam, udang, ikan bakar cecah air asam, sate ayam, puding karamel, puding karamel (kena sebut 2 kali sebab makan 2 helping… hehe…)

Balik rumah telan Brufen pulak 2 bijik, tidur ngan selesanya. Jangan kata bunyi giant cicak falling off the roof, dinosaur falling on top of me pun aku tak kan sedar punyalah nyenyaknya tido semalam. Pagi nih had a funny dream… haha… rasa tak nak bangun sebab mimpi tu best tapi mimpi lepas subuh orang kata tak kan come true kan? Oh well…

Hujan.

Hujan lebat. Cancel gi shopping. Check email.

Sedih.

“…saya nak diam ajerlah kak. saya nak pergi jauh. saya nak pergi jauh dari dia saya nak pergi jauh dari semua orang saya nak pergi jauh dari akak saya takkan dekat dengan sesiapa lagi saya nak semua orang tak sedar saya wujud kat dalam dunia nih saya nak orang sedar saya dah pergi jauh dan takkan diorang boleh jumpa saya lagi…”

Takut, belas, kecewa… entah.

Hujan.

(dalam hati aku.)

I wish her well. I wish everybody well.

Setiap penyakit insya-Allah ada ubatnya… Please don’t ever give up hope. Ever.

# max | Permalink |


...ouch!...

Semalam tak leh tidur sebab tengah2 malam terjaga dengar satu bunyi kuat like one giant cicak fell off the roof or something. So semalaman jadik hyper-alert thinking ada orang nak pecah masuk rumah ke apa ke & aku akan jadik front-page news... Found dead in the most humiliating state. Ohh! na'uzubilah...

Pagi nih as expected, overslept. Sakit kepala, rasa nak muntah, hidung tersumbat... yucks! rasa macam nak demam je... Bad mood the whole day. Around noon baru hidung aku terbuka balik lepas terhidu cat kat dinding Labour Room. Tapi aku semakin sakit kepala... perut rasa bloated semacam & berkali2 komplen pasal air-cond kat staff aku. Air-cond 16 centigrade tapi aku rasa berbahang macam apa je.

Okay, demam.

As it turned out, bunyi semalam tu beg yang aku gantung belakang pintu jatuh sebab paku tercabut. Hmm...

# max | Permalink |


...labour day...

Labour day, and tepat jam 12 tgh malam aku sambut sorang baby Caesarian. Hmm... what a day to go into labour, aku kata kat patient tu... dia bagi aku satu senyum sumbing. :)

Sume orang yang ramai2 kat rumah aku dah balik. Takpe... esok aku pun ikut balik jugak. Ada kursus kat SP hari Khamis. Rugilah kalau aku tak ambik kesempatan balik this weekend. Hari Ahad antenatal clinic, otherwise aku leh sambung terus sampai cuti Wesak hari Isnin. Hmm...

# max | Permalink |

 

CHIT-CHAT


Name :
Web URL :
Message :

ARCHIVE

LINKS

ETC

Guestbook

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Adik