…Nauseated! – just a webcam image of my brain…

Hmm… sedih pulak. Aku sedih ke? Entah.

Terkilan maybe.

Aku tak kenal dia in real life tapi aku selalu gi site dia. Aku selalu baca log dia macam orang baca log aku. Log dia selalu buat aku senyum je… tak pernah buat aku sedih. Hari nih aku pegi cam biasa. Once, twice, three times… tapi site dia dah takde… guestbook dia dah empty…

Alamak! Apa sudah jadik?

Last2 aku email dia. Oops! She must’ve been online sebab dia jawab immediately. Dia kata dia dah buang site dia. Dia tak suka org guna journal dia utk judge dia macam kenal dia betul2.

Hmm…

Ye lah kot… sedih is a more appropriate word utk describe perasaan aku sekarang. Sapa lah org yg suka kata-mengata dia tu, sampai dia closed down her journal. Sekarang padan muka, sapa pun tak leh enjoy her journal anymore…

Aku suka baca online journal sebab ‘offline’ journal org selalu tak bagi baca. Orang selalu simpan bawah bantal, dalam lipatan baju, dalam tong beras supaya org lain tak jumpa. Bila dia dah off-kan site dia gitu, aku pun terfikir kenapa ekk aku suka baca journal org? Kenapa ekk setiap hari 50+ org baca journal aku? Maybe sebab kita curious nak tau hidup orang lain camana… Journal nih macam webcam lah jugak. Kita cuma ambik a freeze-frame of our thoughts ngan ‘webcam’ tu pastu publish for all to see. Ada parts yang kita tak ambik gambar kan? Ada parts yang kita tak publish kan? Kan, Anas kan? Anasthe headless guy in Korea who owns a real webcam.

Apa pun aku respect her decision. Cuma aku kena lah delete satu bookmark sekarang. Hmm… hidup online aku akan jadik seboring hidup offline aku jugak. Ohh… how sad. I need to go and get a life.

# max | Permalink |


Everything was OK-ish. Bees were buzzing, birds were singing and lonely hearts were hurting. Then, all of a sudden… CRASH, BOOM, BANG!… and without warning the sky came crashing in on you, the ground opened up and swallowed you whole…

Silence…

Sheer silence…

Then noise…

And more noise…

Casualties buried…

Survivors pick up the pieces and life goes on…

Bees buzz, birds sing…

And lonely hearts hurt…





Huh? Aku bukan cakap pasal the Indian earthquake tu… nak baca pasal tu gi site Ika, siap ada sajak lagik… aku cakap pasal earthquake dalam kepala aku… dah reda dah.

Aku tak leh tido semalam sbb ada gangguan demi gangguan dari Labour Room. Aku cuma sempat tido dari 2-4 am je… Thanx kepada orang yang layan aku email semalam, dengan pesanan, “Awak, bila awak tengok doraemon… ingatlah kat kite…”



KONNA KOTO II-NA DEKITARA II-NA
ANNA YUME KONNA YUME
IPPAI ARU KEDO
MINNA MINNA MINNA TASUKETE KURERU
FUSHIGI-NA POKKE DE KANAETE KURERU

SORA-O JIYUU-NI TOBITAI-NA
"HAI!! TAKEKOPUTAA"
AN AN AN
TOTTEMO DAISUKI DORAEMON (...with apologies to those who understand Japanese...)


Pagi nih gi kerja ngan kebaya lawa & tudung kilat utk sembunyikan muka mengantuk aku. Oh well, I tried… Last2 kebaya lawa bau hanyir dengan darah, tudung kilat jadik cam mop lantai. Klinik antenatal aku yang sepatutnya pagi kena tunda ke pukul 2, lunch aku ditunda ke pukul 4.

Tak suka bila jadik camnih. Tak suka bila takde back up. Tak suka bila takde specialist nak tunjuk ajar. Tak suka bila kena pandai2 manage sendiri & hope for the best… Gila ke apa suruh aku main ngan nyawa orang… Tak suka, tapi dah tanggungjawab aku…

All in all aku rasa OK apa hari nih… Aku ngantuk, aku lapar, aku tension tapi aku cuma marah orang sekali je hari nih…

# max | Permalink |


…kerana kau saja yang mengerti bhg. II…

Kata orang, masa kita ketawa kengkawan keliling tapi masa kita menangis kengkawan pun lari… Tapi aku kata, masa kita ketawa kengkawan keliling, masa kita menangis kengkawan gelakkan kita pulak! Hmm… sapa yang makan julap dia lah yang sakit perut ye…

Sedih aku dah takde dah. Tapi aku still takde mood sepanjang hari nih. Nak pulak tengah2 hari panas nak mampus caught in the traffic jam pulak on the way back dari Family Planning, ngan yang kurang ajar potong kiri, parking tepi jalan sume ada. Mana lah pernah pulau kecik nih ada traffic jam! Sekarang nih orang ramai betul kat sini… mana2 pegi ada orang, mana2 pegi ada kereta. Ohh! Kena pulak time aku tgh takde mood nak bermasyarakat.

Aku rasa aku kena explain something.

Aku bukan sedih sebab nak tinggalkan orang2 yang aku sayang kat jeti tu petang semalam. Biasalah tu. Aku dah biasa dari aku Form 4 sampai aku gi ambik degree, dan sampai sekarang aku dah kerja. Aku takde separation anxiety. Being away from home dah jadik sebahagian dari hidup aku.

Aku sedih bercampur menyampah utk balik ke sini. Aku sedih sebab kena tinggalkan hidup bahagia aku di jeti semalam. Tinggalkan sume utk balik ke pulau tension nih.

Orang yang tak pernah datang ke sini berebut2 nak datang ke pulau nih. Sampai jeti rasa nak tenggelam. Sampai jalan ada traffic jam. Sampai kedai penuh sesak. Aku kalau boleh nak lari keluar. Aku kalau boleh tak mo duduk sini lagi.

Kalau duduk seminggu dua, memang best pulau nih. Dengan pantainya, dengan air terjunnya, dengan duty freenya… Tapi kalau macam aku nih, dah almost setahun… the novelty of this place has run out… Aku dah tak heran ngan pantai, ngan tempat berkelah, ngan barang bebas cukai.

Lepas sebulan dua kat sini aku dah rasa bosan. Rasa so isolated. Rasa so alone and sometimes lonely. Rasa menyampah. Sekarang, dah dekat setahun… aku betul2 rasa di’pulau’kan.

Susah utk orang lain faham apa yang aku rasa.

Aku tak kisah sangat duduk rumah sengsorang, makan sengsorang, tengok TV sengsorang. Sunyi tu memang sunyi lah, tapi kengkadang aku rasa lega jugak aku tak kacau sesapa, sesapa tak kacau aku. Tapi aku paling tak puas hati kerja kat sini. Aku sungguh2 tak puas hati. Takde job satisfaction langsung. Aku tak belajar apa2 yang baru sejak aku transfer ke sini. Aku kerja takde supervision. Aku takde peluang guna skills aku sepenuhnya. Aku sudah berkarat, berkarat, berkarattt… So out of touch. So menyampah…

Jawatan yang aku pegang sekarang cuma sesuai dipegang oleh doktor yang dekat2 nak pencen. Yang dah biasa jadik boss. Yang dah tak mo belajar apa2 benda baru lagi. Yang dah tak mo sharpen their skills lagi. Bukan utk doktor muda seperti aku. Bukan utk doktor muda yang dulu bercita2 tinggi seperti aku.

Aku sedih sebab aku sekarang dah tak macam aku dulu. Dulu aku pilih O&G sebab aku minat. Dulu aku happy. Dulu aku nak belajar sebanyak mungkin pasal O&G. Sekarang? Aku sekarang dah takde mood nak kerja. Aku sekarang dah hilang terlalu banyak skills yang aku pelajari dulu sebab takde peluang handle patients. Kes yang aku handle sume kes2 mudah yang begitu membosankan. Tak mencabar langsung.

Mak ngan ayah pernah cerita, lepas 2-3 hari aku masuk Darjah 1 aku cakap aku tak mo gi sekolah dah. Bila tanya apsal… aku kata sebab sume yang cikgu ajar tu aku dah belajar kat Tadika. Hummphh… itulah yang aku rasa sekarang nih… I want to learn something new… aku tak mo lagi buat benda2 yang sama je day in day out… aku bosan, aku bosannn…

Kalau aku boleh mintak kerja kat tempat lain dah lama aku berhenti je. Dah lama aku mintak kerja kat hospital lain je. Sekarang harapan aku cuma satu, aku nak ambik MRCOG Part 1 Exam in September dan bila aku pass exam tu, aku nak guna sebagai tiket aku keluar dari pulau nih.

So there.

Benda nih bukan baru. Mungkin baru bagi orang yang membaca journal nih tanpa mengenali aku sebab aku jarang sebut pasal nih dalam journal.

Sebelum nih part2 macam nih aku ‘tapis’ dari journal nih sebab aku segan bila semakin ramai orang membaca. Aku segan sebab ramai org bagi reaksi yang berbeza. So aku channelkan rasa menyampah aku, rasa frustrated aku, rasa tak puas hati aku dalam bentuk lain. Aku telan semuanya, buat2 lupa… Aku jadik gembira sekejap menulis pasal benda2 lain yang tak relevan, yang takde kena mengena. Pegi kerja, balik kerja, tulis journal.

Aku dah tak boleh nak ceritakan pada sesapa pun. Bila aku cerita kat kengkawan doktor aku, jawabnya, “..biasalah, sume org pernah rasa macam tu…” Bila aku cerita kat kengkawan bukan doktor, diaorang dengar pastu diaorang kata, “…you know, anak I dah boleh merangkak…” Dunia aku dan dunia diaorang terlalu jauh berbeza.

Bila aku cerita dalam journal…

Oh well, cuma aku dan journal nih je yang mengerti… kesunyian, kebosanan dan kemenyampahan aku…

# max | Permalink |


...kerana kau saja yang mengerti...

Sekejap je kan dah habih cuti raya cina… Sekejap je aku dapat dok kat rumah… Sekejap je aku dapat lupakan tension aku kat sini… lupakan hari2 boring aku kat sini…lupakan hari2 sunyi aku kat sini…

Aku dah ada kat pulau nih balik lepas 3 hari bercuti kat rumah ngan ayah, mak & adik.

Tak aci nya… apsal kejap sangat…?

Pagi tadi cam biasa bila nak balik aku ngan ayah gi beli tiket dulu. Ramai gila orang kat jeti… Harap2 tiket dah habis, tak yah balik… Harap2 bot sume rosak, tak yah balik…

Tapi tiket ada. Bot tak rosak. Aku tetap kena balik. Aku ambik tiket 5.45 pm. Ok aah, ada masa lagi nak dok kat rumah…

Pukul 5.25 pm baru keluar rumah gi jeti. Ayah kata dah lambat. Takpe, biar lambat. Biar terlepas bot… tak yah balik…

Sampai jeti 5.40 pm.

“Pakcik, pakcik… bot Bahagia 5.45 dah sampai?” Bot dah lepas, bot dah lepas… tak yah balik…

“Uhh, dak lagi. Dak lagi…” ciss!

Tunggu.

“eh! adik, tu bot Bahagia kan ‘dik?”

“Tu bot Jabatan Laut…” Bukan yang tuuu…

Tunggu.

“Eh! Awak! Awak nak naik bot pukul berapa?” Mata pandang aku, tangan pegang walkie-talkie…

“…5.45…”

“Tuu… dah nak jalan dah tuu…” Yeay! Yeay! Bot dah lepas… tak yah balik…

“Oii… tunggu oii… ada sorang lagi… Oii…” Pakcik, walkie talkie tu ada apsal tak guna?

Bot jalannn…. Yeay! Tak yah balik…

Opps… tunggu, tunggu.

Bot patah balik?

Bot patah balik. Huh? Kena balik…?

Pakcik walkie talkie suruh aku cecepat naik bot. Aku jalan. Aku jalan laju.
Tak suka. Tak suka orang tunggu aku.

Toleh belakang, ayah, mak ngan adik jauh lagi.

Orang bot sume suruh aku naik.

Aku naik bot. Aku cari tempat duduk. Aku duduk. Aku nampak diaorang tapi diaorang tak nampak aku. Aku babai diaorang, diaorang tak babai aku.

Aku sedih…

Aku terpaksa balik ke pulau bertuah nih. Aku terpaksa balik walaupun aku belum puas cuti. Aku terpaksa balik walaupun aku tak sempat peluk mak, salam ngan ayah dan babai adik.

Aku rasa muka aku panas. Aku pejam mata. Aku pejam mata rapat2 tapi air suam tu aku rasa melimpah keluar jugak. Aku rasa pipi aku basah jugak. Aku pejam mata lagi rapat, sekurang2nya aku tak nampak muka orang2 sekeliling aku. Orang keliling yang nampak air mata aku mengalir…

Dan hari2 tension aku bermula lagi. Hari2 tension aku bersama journal nih… kerana journal nih saja yang mengerti kesunyian aku…

# max | Permalink |


Meitiao dajie xiaoxiang / meige ren de zui li / jianmian de yi ju hua / jiu shi gongxi gongxi
Gongxi gongxi gongxi ni ya / gongxi gongxi gongxi ni…

Dongtian yi dao jintou / zhen shi hao de xiaoxi / wenruan de chuanfeng / jiu yao chui xin dadi / Gongxi gongxi gongxi ni ya / gongxi gongxi gongxi ni…




Ahak! It’s amazing what you can find on the internet… Sekarang aku boleh nyanyi kuat2 dengan iringan muzik latar ramalan keadaan cuaca kat Buletin Utama TV3. Sapa2 nak tolong translate lagu kat atas tu… silakan. Tapi itulah, the internet is truly amazing. Sapa nak tahu lebih lanjut pasal mimpi (in relation to last night’s log) boleh gi kat sini. Tapi aku tak galakkan percaya ngan benda2 camnih ye, sekadar utk suka2 je please…

Sekarang ada satu gossip liar tengah tersebar kat hospital aku nih. Well, bukan gossip lah actually tapi entah lah nak masuk kategori mana. Aku seboleh2 nya tak mau percaya benda2 cam nih…

Ada orang kata kawasan quarters kitaorg nih berhantu. Well, dekat2 nak raya cina nih hantu2 jenis terbang yg pandai kungfu tu lah kot… It started when Sister ngan anak dia tgh jalan balik dari spital & anak dia nampak seekor anjing hitam besaaaaarrr depan blok quarters doktor… Besar mana tak tau lah sebab anak dia je yang nampak. Sister tak berani lak tengok. Somehow this anjing besar dah disahkan hantu oleh pakar2 hantu yang dengar cerita sister nih.

That’s that. Pastu kat blok D sebelah blok aku nih lak pukul 5 pagi semalam sume orang dengar ada orang tumbuk sambal. Tumbuk sambal ke tumbuk apa tak tau le tapi bunyinya, “ketung- ketang ketung-ketang,” kata seoarang saksi yg tidak mahu namanya disiarkan. Pukul 5 pagi manalah ada org tumbuk sambal unless orang tu breakfast roti ngan sambal belacan. Pakar2 hantu mengesahkan sekali lagi bunyi tu datangnya dari hantu yang ‘saja nak mengusik’.

Hmm… setahu aku Dr B yang dok kat rumah atas nih tak pernah memasak… Tapi apsal bunyi dia menumbuk kat atas tu?!! Aku menulis nih dengan bunyi ‘ketung-ketang ketung-ketang’ in the background…

Aku dok sengsorang kat rumah nih. Bila aku dengar bunyi pintu di bukak tutup, aku tahu Dr B ada kat rumah. Bila dia mandi, aku tahu sebab paip air kumbahan dari rumah dia lalu ikut rumah aku. Kalau ada bunyi baby menangis memalam buta aku tahu tu datang dari rumah Dr S kat bawah… Aku takde suspicion langsung pasal rumah berhatu2 nih. I just simply refused to believe…

Err, B… tak siap2 lagi ke sambal ko tu? Sejak dari Maghrib lagi ko menumbuk…?

B, ko kann yg tgh tumbuk sambal tu…


Masa aku memula pindah sini dulu ada org cite kat aku, rumah Dr N kat atas tu berhantu. Citenya sungguh menarik so aku nak cite kat sini. Rumah tu sebelum dia masuk dah lama kosong sebab doktor cina yg duduk situ dulu dah lama transfer. Masa doktor cina tu duduk situ dia selalu dengar bunyi2 dalam rumah dia… Bunyi org berjalan, org berbisik that sort of thing. Tapi, dia cool je sbb ingat rumah bawah. Bila dia gi kerja org bawah rumah dia still dengar org mandi lah, org memasaklah kat rumah dia. So si doktor cina nih pun suspect something was wrong tapi dia cool lagi. Sampailah satu hari…

Sampailah satu hari dia berkomunikasi dengan si hantu nih. Hantu nih kata dia ngan family dia dah duduk rumah nih sebelum doktor nih so rumah nih rumah dia… Si doktor nih pun terkejut tapi being a cool, calm and collected person dia pun berunding ngan si hantu nih… Kira compromise lah kan, masa dia gi kerja hantu2 tu boleh buat apa diaorg nak… masa dia balik kerja, rumah tu dia punya pulak. Camtu lah lebih kurang… sampailah sekarang perjanjian tu masih valid lagi sebab tu hantu tu tak kacau Dr N. In fact org pernah dengar suara mengaji lah apa lah dari rumah tu bila Dr N takde. Aku tak caya benda nih tapi kalau betul aku rasa jin kot… jin baik or something.

Oh well, aku cuma nak cite je. Aku still rasa Dr B tengah memaku dinding or something ketung-ketang ketung-ketang… What others do within the confines of their home is not my business.

OK lah… selamat tahun baru cina. Esok aku balik kampung utk beraya… Horayy!


Meitiao dajie xiaoxiang / meige ren de zui li / jianmian de yi ju hua / jiu shi gongxi gongxi
Gongxi gongxi gongxi ni ya / gongxi gongxi gongxi ni…

Dongtian yi dao jintou / zhen shi hao de xiaoxi / wenruan de chuanfeng / jiu yao chui xin dadi / Gongxi gongxi gongxi ni ya / gongxi gongxi gongxi ni…


Lyrics courtesy of KC Yong

# max | Permalink |


…you gotta have dreams…

Takde plan nak update journal hari nih sebenarnya sebab sehari-dua nih aku rasa letih sangat. Petang semalam tgh tengok With Love, aku tertidur. Petang nih, aku ingat nak tidur jugak tapi aku di'selamat'kan oleh call dari Labour Room. Beginilah hidup on standby…

In a way, bagus jugak aku tak tidur petang so that malam nih aku tak le susah sangat nak tidur. Bila aku dah tak ngantuk tapi dipaksa jugak tidur, tidur aku jadik tak berkualiti. Bila bangun pagi still rasa tak segar, still rasa letih. Padahal dah tidur lebih 8 jam.

Bila tidur tak berkualiti, aku tak dapat REM (Rapid Eye Movement) sleep. Bila aku takde REM sleep, aku takde mimpi…

Ada 2 email menarik yang aku dapat tadi. Sorang tu cite kenapa dia sampai boleh termimpi-mimpikan aku. Kesian… kalau diizinkan Allah ‘dik, kita akan berjumpa jugak… Sorang lagi suruh aku tulis pasal mimpi2 pelik aku… Entahlah apa motif dia nih…

Actually, OK aah… jom kita cakap pasal mimpi. Aku tak kira apa mimpi nih sebenarnya. Mainan tidur ke… apa ke… Aku bukan minat sangat ngan Freud, ngan psychology mumbo jumbo nih. Aku selalu tak leh nak ingat mimpi aku. Masa mimpi tu rasa macam real habis… siap ngan sound effect Dolby Surround System segala tapi bila bangun dah lupa…

Kecuali satu mimpi…

Kecuali yang satu nih… Cite nih dah lama berlaku. Lebih kurang bulan May 1993 masa aku first year. Masa tu aku tgh study for aku nye first MB (1st year finals lah nih). Satu malam tu the night before Anatomy paper. Aku memang benci gila subject hafal-menghafal cam anatomy nih so aku berjagalah malam tu dengan kopi nya, dgn notes berterabur merata sampai tak nampak lantai. Bercawan2 kopi aku minum tapi aku tetap tertidur jugak. Masa aku tertidur tu lah aku bermimpi…

Mimpi tu camnih… Aku tak nampak aku dalam mimpi tu. Aku tak nampak sesapa dalam mimpi tu. Yang aku nampak ada tangan dok flash nota-nota aku, satu-satu depan mata aku. Aku nampak jelas nota tu memang nota aku… diagram sebijik-sebijik macam aku lukis… Lepas berapa minit aku tak tau aku pun terkejut & terjaga… Rasa seram semacam, rasa macam tuan punya tangan tu ada dalam bilik aku masa tu. Badan aku berpeluh2… sejuk gila… Aku tak leh tidur so aku bangun & baca nota-nota yg dah di-flash dalam mimpi aku tu. Keesokannya

Keesokannya, aku gi ambik exam. Gila! Sume soalan paper tu datang dari nota2 dalam mimpi aku tu. Gila punya berpeluh sebab takut. Rasa macam ada 'someone' or 'something' yang datang dalam mimpi aku tu utk tolong aku… Rasa macam ada guardian angel or something yg tau kalau dia tak tolong memang aku fail with flying colours…

Kebetulan? Mungkin kebetulan lah… Mungkin sebab aku terlampau risaukan Anatomy paper tu so terbawa2 dalam mimpi… Aku takde explanation lain dahh… Tapi aku tak leh lupa mimpi tu. Aku simpan dalam koleksi X-files aku…

Hahaha… kelakar lak bila pikir, macam psychic lak…

Aku ada satu mimpi lain… Tapi nih mimpi as in impian, cita2, angan2, mimpi di siang hari… Aku teringin sangat nak tengok ubat-ubat herba/akar kayu yang dipercayai sangat oleh org2 kita nih diiktiraf oleh some kind of lembaga perubatan/farmasi. Org kita percaya sangat ngan benda2 nih… Sakit apa je cari akar kayu, cari daun itu, ini… Tapi benda2 tu sume takde org pernah buktikan keberkesanannya. Most of the time, penyakit bukan saja tak baik malah jadik lagi teruk, baru nak cari hospital… Sapa yang susah? Akuuuuu… jugak yang susah.

Kita ada macam2 jenis petua, macam2 jenis ubat2an tradisional… kalau org kita sendiri tak explore bab nih… sapa yang rugi? Kitaaaaaa… jugak yang rugi.

Oh well, dream on... Aku tak ingat dari play mana this line came from, tapi aku suka sangat: “… you’ve gotta to have dreams… Otherwise how are you gonna have a dream come true…” Something like that anyway…

Good night... sweet dreams...

# max | Permalink |


…[skip intro]…

Hmm… the last entry membuahkan pelbagai spekulasi ekk…

No, I’m not in love. I’m not out of love.

I’m not jiwang… or being nostalgic.
Neither drunk, nor sick.

It was one of those X-files moments… Tak heran ke camana out of the blue lagu yang aku tak dengar for at least 10 years boleh simply sprang into my brain…? Lagu yang takde significance, takde kaitan dgn yg hidup atau yg dah mati, cuma aku suka dengar satu masa dulu. Tetiba je I found myself humming to its tune, muttering its words macam baru je dengar. Random firing of neurons, I guess…

It’s strange kan how the human brain works?

Like how you can dream about somebody you’ve never met… Huh, Sera?

Hahaha…

Kalau aku tetiba ternyanyi Negaraku, adakah org akan kata, “Kak Max nih patriotik orangnye ekk?”

Maybe not…

OK, OK… skip the intro, stop the small talk… Just get on with it…

Apa nak tulis ye? Hari nih ngan semalam cuti. Semalam dok rumah je, malas nak expose diri aku pada sinaran ultra-ungu kat luar tu. Aku dah cukup Vitamin D dah. Hari nih aku gi shopping. Ehemm, gaji dah masuk… perasan kaya jap. Hehe..

Bank tutup rupanya hari nih ekk? Kalau gi semalam pun bagus. Tu lahh… tanguh2 lagi… At least Post Office bukak so bolehlah bayar segala bil tepon ngan letrik aku yang sume2 nya sekali sampai 3 digit tu… Aduss…

Sungguh banyak kedai tepon kat sini ye… Hmm…

Hari nih terlampau panass… perit rasa kulit aku, pedih, hitamm… Air-cond kereta pun tak rasa macam air-cond, rasa macam heater je…

Aku beli itu dan ini tapi bila aku pikir balik, aku beli benda yg aku tak plan nak beli, tapi benda aku plan nak beli aku tak beli pun… Aku nak tukar battery jam aku tapi jam nya aku tak bawak. Ciss, nyaris2 beli jam baru je tadi. Maklumlahh, tgh perasan kaya..

Rasa normal je hari nih. Rasa macam org biasa je hari nih. Takde sapa kisah pun pompuan average pakai blouse, jeans and selipar Bata yang tgh gores kad gores2 kat McD tu siapa until….ada, “Ehh! Doktor buat apa sini?”, datang dari belakang aku. Hmm… Adik kaunter McD tu angkat kening tengok aku. Mesti memula dia ingat aku student Kolej Lagenda ke apa ke… Hah, seronoknya boleh camouflage amongst org2 normal and pretend to be normal yourself… Hah.

Perasan tak? Perasan tak bila kita gi kedai Melayu, beli barang 2 ringgit pastu hulur duit kertas RM10.00, org kedai tu mesti kata, “…takde duit kecik ke?” Tapi apsal bila kita gi kedai Cina, kita hulur duit RM50 pun diaorg selamba je… Itu beza org kita ngan org Cina bila berniaga… kalau RM10 pun kita dah rasa besar, camana nak maju ekk? Camana nak untung ribu-ribu, juta-juta… boleh pengsan agaknya kalau org kita ada duit sebanyak tu ekk?. Hmm… just a thought…

Esok aku akan pegi kerja ngan imej baru. Aku dah gi beli Contact Lenses Solution hari nih so esok aku boleh mula pakai contacts aku balik. Yeehaa… dah 3 tahun aku give up on contacts sebab masa aku Houseman dulu aku terlalu sibuk sampai selalu tidur ngan contact lenses still on. Sampai kering mata aku. Nasib baik dek terlampau tension ngan Boss Gila masa tu aku selalu nangis so air mata aku jadik pelembab semulajadi utk mata aku. Satu negatif, satu positif… they both sort of cancelled each other out…

Dah lah, aku nak gi mandi. Fenomena baru je habis kat TV1… Hahaha… tergelak sengsorang teringat zaman dolu-dolu masa student, housemate aku selalu pasang video cite nih. Sampai dialog nya boleh dihafal… hahaha… Dibah, Timmy, Ita, Sipot… rindu nyaaa….

# max | Permalink |


Time: approx. 10.17pm
Place: in my car, from Tmn Sri Berlian to Bukit Tekuh
Song running thru' head: Gloria Estefan's Here We Are
Thought running thru head: ...why?...


Here we are
Face to face
We forget, time and place
Hold me now
Don't let go
Though it hurts and we both know
The time we spend together's gonna fly
And everything you do to me
Is gonna feel so right
Baby when you're loving me
I feel like I could cry
'Cause there's nothing I can do
To keep from loving you

Here we are
All alone
Trembling hearts, beating strong
Reaching out, a breathless kiss
I never thought could feel like this
I want to stop the time from passing by
I wanna close my eyes and feel your lips are touching mine
Baby when you're close to me
I want you more each time
And there's nothing I can do, to keep from loving you

There's nothing I can do
I'm helpless in your arms
Oh baby what you do
I'm in love, this is it
There's no turning back this time
No no no

Here we are
Once again
But this time we're only friends
Funny world
Sometimes lies
Become the game, when love's the prize
And though no one knows what's going on inside
And all the love I feel for you
Is something I should hide
When I have you close to me
The feeling's so sublime
That there's nothing I can do
To keep from loving you
No, no, no, Can't keep from loving you baby no, no, no

# max | Permalink |


...look at me as a friend...

Hari nih aku sungguh letih bekerja. Aku balik je rumah terus aku tersandar depan PC. Aku bukak Nauseated! nih… aku tengok guestbook… Ohh, sungguh banyak response hari nih… Aku syok sendiri kejap pastu dengan gaya maintain lawa, aku cool-kan diri aku in case anybody’s watching… Then, bila sampai ke entry dia, air mata aku mengalir… setitik, setitik… ke dalam cawan Nescafe aku. Sampai hati dia cakap macam tu… Selama nih aku ingat dia baik. Suara dia kat tepon pun cam baikkk je. Aku ingat dia betul2 jujur nak kawan ngan aku. Rupa2nya itu sume sandiwara dia je. Dalam hati dia tersimpan rasa meluat kat aku, cuma menanti masa je nak diluahkan…

Hari tu aku bergurau je tak nak kawan ngan dia. Tapi hari nih aku dah nekad. Aku tak mo kawan ngan dia dah. Ever. Aku tak mo visit journal dia lagi. Aku tak mo meriahkan guestbook dia lagi dengan tulisan aku. Aku menciiii dia. Aku menciii…. Ada ke dia kata aku nih doktor yang takde kerja?? Hah? Ada ke patut? So, kengkawan… jom boikot site dia. Ngkorang pilih… nak aku ke dia…

HAHAHAHA….

Hah! Quilll cayang…. Baru nak gelabah…. Haa… menggeletar kepala lutut? Kite gurau je lahh. Apa ntah la awak nih… ingat kite nih apa, awak cakap camtu pun nak terasa hati. Ciss… mencabar kewibawaan kite sebagai wanita lawo… Dah memang pun kite takde kerja, apa lak nak tersinggung ngan komen awak tu? Kite gelak je baca. Huh. Tak perasan pun senor nya kite sepatutnya tersinggung ngan kata2 awak tu sampailah awak tulis private entry tu. Heh.. dah aah… jangan merepek lah, takde apa2 feeling pun. Riak ada la sbb org still baca kite nya cite boring nih… Okay? Senyum aah skett, bukannya kena duit…


Thanx pada sume orang yang sign guestbook. Aku tau bukan Aquil (dua kali dah mention nama dia… publisiti murahan…) sorang je yang fikir camtu. Orang lain pun mesti heran camana aku boleh update journal aku hari2, cuma diorang tak pernah tanya je. Kan? Camana sorang doktor yang semestinya sibuk bertungkus lumus menyelamatkan nyawa orang boleh ada masa nak maintain journal. Kan? Camana nih, dia kata dia doktor tapi tulisan dia nampak macam orang biasa je. Kan?

Bukan org yang baca journal nih je yang tertanya2 gitu. Org yg kenal aku offline pun memula gitu. Aku tak salahkan ngkorang. Aku tak salahkan diaorang. Aku salahkan masyarakat… Masyarakat kita nih dah anggap doktor nih bawah sikit je daripada tuhan… Diaorg bina satu ‘takhta’ dalam hierachy masyarakat & diaorang letakkan doktor kat situ. Sebaris ngan loyar dan majistret. Orang hormat kat doktor. Orang segan kat doktor. Orang kata kat anak mereka, “Hah… tu doktor tu… pegi lah dekat, nanti dia cucuk!” Kita dibesarkan dengan satu idea yang doktor nih hebat, mysterious, menakutkan, lives somewhere up there in the clouds…

Orang lupa doktor nih sebenarnya manusia.

Orang marah bila doktor buat silap sebab dia ngantukk lepas kerja straight 56 jam .
Orang lupa doktor nih sebenarnya manusia.

Doktor demam. Ambik emergency leave. Orang tanya sesama sendiri, “…doktor pun demam ye?”
Orang lupa doktor nih sebenarnya manusia.

Orang ingat doktor macam Superman... sentiasa busy menyelamatkan orang, takde masa nak hidup sebagai Clark Kent.
Orang lupa doktor nih sebenarnya manusia.

Orang segan nak ajak doktor makan semeja, pegi picnic at weekends, sama2 kutip duit buat jamuan.
Orang lupa doktor nih sebenarnya manusia.

Bila ada doktor ditembak polis masa dalam kereta ngan makwe dia, orang kata, “…doktor pun ada camtu ye?”
Orang lupa doktor nih sebenarnya manusia.

Aku manusia biasa. Bila jari aku kena pisau, aku berdarah. Bezanya org lain boleh buat tak tau tapi aku mula risau pasal infection, pasal inflammatory processes, pasal loss of function. Bezanya aku dgn org lain ialah pengetahuan aku. Itu je. Lepas 5 tahun training, aku ada sekeping kertas bernilai tak sampai 5 sen yang bercetak dengan MBBS (University of London) membawa gelaran doktor. A license to have DR written in front of my name. Tu je.

So apa lah nak heran… Waktu kerja, aku seorang doktor. Di luar waktu kerja, aku anak Mak ngan Ayah. Kakak kepada Mat Jan. The writer of this journal. Simple…

Instead of looking at me as a doctor, try looking at me as a friend…

Aquil (dah 3 kali dah sebut… glamer sungguh dia) … no sweat! Heh.

# max | Permalink |


…passport tu duit ke?…

C’mon… anybody who’s got a heart must find that advert touching, kan? Ingat tak… iklan MAS/Olympic tu? Budak gemuk kita-minumm-duluu tu dengan adik dia yang nak gi Sydney tu? Hahaha… Sorry la Anas, Ed, Jannah, CikDauN and you, the guy from Japan who never bothered to identify yourself… rasanya iklan nih cuma ada kat Malaysia je kot… Ika? Iklan nih tayang kat S’pore tak?

Aku suka iklan tu… Sukaaa… sangat suka… Dan sekaligus aku suka lagu Man Bai tu… Ohh…

Ahad lepas cuti. Happy belated birthday to DYMM Sultan Kedah. Pelik kan? Orang biasa bila b’day dapat hadiah tapi sultan lak, b’day dia kena bagi hadiah kat orang… Hmm, bila dia nak hadiahkan Ayah pulak pingat yang membawa gelaran Dato’ ke Tan Sri ke… boleh aku ngan adik riak ngan hasil titik peluh orang lain. Macam Fauziah Dato’ Ahmad Daud. Macam Dato’ Hishamuddin Tun Hussein Onn. As if kalau sebut Ogy Ahmad Daud je or Dato’ Hishamuddin Hussein je orang tak kenal…

Sebuah keretapi Sinaran Pagi milik KTM Berhad telah tergelincir dari landasan…

Get back on track… Err, kat mana tadi? Ohh… Ahad lepas aku cuti hari keputeraan Sultan Kedah. So aku tengok TV all day. Rumah aku cuma dapat 3 channel je so there wasn’t much to watch… So aku lebih banyak tengok iklan je lahh…

Aku tengok iklan album kompilasi Tommy Page kat TV… Shera memang gila ngan Tommy Page. Tu yang log hari tu aku tulis pasal Shera tu. Adakah bila dia tengok iklan tu dia pun ingat kat aku…? I’ll be your shoulder to cry on… I’ll be there… a friend to rely on… [You ingat ke janji kita? You ingat ke?]

2-3 hari lepas aku baca satu email komplen kat suratkhabar (if you’re the one who wrote it… I personally think you need to put your PC to better use) pasal iklan kat TV. Of all the adverts, dia komplen pasal iklan tayar yang ada kereta terbang main basketball tu. Dia kata tak masuk akal… hey! It’s an advert not the 8 o’clock news… memang le tak masuk akal… I bet this guy watches Gerak Khas every week. Pastu dia komplen pasal Bumiputra-Commerce punya jugak… malaslah nak komen.

Apsal tak komplen pasal apa tu… aah.. alaa, yang, “…tengok pinggangku… jadi ramping kan?” or yang seangkatan dengannya tu. Aku rasa iklan tayar tu OK apa. Kreatif. Ada sense of humour. Ada imagination. Ada message.

Some time ago, orang komplen pasal iklan Halls yang padamkan matahari dengan gula2 tu. Kononnya memesongkan akidah sebab memperkecilkan kejadian Allah. Tsk! Please lah… orang melayu nih takde sense of humour langsung… Tak open-minded. Sensitif sangat… Cepat melatah…

Aku suka iklan-iklan serius macam Petronas selalu buat. Iklan “kasut buatan Gombak”, iklan raya tu… pastu iklan lumba perahu tu (tu bukan Petronas kan?) etc, etc. Mahal le kos nak buat nya tapi macam mini-drama pulak. The best is still “…passport tu duit ke?…” First time aku tengok, berair mata aku. Sweet gila! Tahniah le pada orang yang buat iklan2 camtu.

The thing is, orang ingat iklan cuma utk jual barang je. It’s more than that. It’s part of our life… sapa yang tak pernah dengar, “…merah sangat la mak Ngah…” (ASN), “…mak, kawan datang nak makan!” (err, Maggi?), “…kita minummm duluuu…” (Everyday), “Fab BOLEH!” (Fab -- Malaysia Boleh?) etc, etc. Dah jadik part of our culture pulak. Dah jadik our catch-phrases. OK, kereta mana boleh main basketball… matahari tak akan padam sampai kiamat… mana ada orang perut buncit camtu… chill out! Stop being so serious all the time… Always look at the fun side of life…

Kan?

So there. Aku pun ada iklan aku jugak. <iklan> IKLAN </iklan>

Heh.

# max | Permalink |


…room to let…

For a brief period lepas log malam tu, aku rasa lega. Lega sebab dah luahkan semuanya. Dah kosongkan satu part dalam otak aku yang dah lama berserabut, berkulat dengan nama Shera. Lega sebab boleh make space for masalah lain pulak utk bersarang kat situ. Bilik dah kosong, tunggu penyewa baru. ROOM TO LET, RENT NEGOTIABLE...

Lepas tu aku pujuk diri aku, jangan nangis lagi. Kalau ada rezeki aku, aku akan jumpa jugak dia. Kalau bukan sekarang, maybe in the next life. Kan? Dia dah bahagia dengan jalan yang dia pilih. Sapa aku nak ambik semua tu dari dia. Kan?

OK dah. Tak yah go on and on about the same subject, over and over again. Nanti jadik macam filem Yusof Haslam pulak hidup aku nih…

Burp! Baru lepas makan nasi. Makan lambat sebab tidur pengsan dari lepas balik kerja tadi. Sakit kepala. Pagi tadi degil tak nak makan ubat then ada jamuan hari raya, makan segala2 yang ada dari lontong ke kek potong, dari rojak buah ke puding berkuah. Aku rasa cikgu kimia aku dulu lupa nak ajar bab nih dulu… sume2 benda tu kalau di campur dengan asid hidroklorik dalam perut akan melalui suatu tindakbalas Redox yang akhir sekali akan menghasilkan bahan api cukup utk sebuah keretapi. Kan lebih penting dari mengajar aku yang oksigen ngan hidrogen boleh bergabung bagi menghasilkan air. Macamlah suatu hari aku akan tersesat kat tempat takde air & aku boleh buat air sendiri ngan tin kosong, udara dan penunu bunsen… err, sorry Mr Brownley, but you’re still my best Chemistry teacher ever…

Anyway, kepala aku rasa lebih sakit lepas makan bahan api keretapi tu. Rasa macam ada gempa bumi yang berukuran 3.5 hingga 4.5 pada skala Richter kat dalam kepala aku. Masa utk Brufen 200mg dan tidur…

Tidur sampai tak ingat nak bangun…
Tidur sampai tak ingat nak hidup…

…tapi still rasa tak cukup tidur

still rasa nak tidur lagi…

…good night…

# max | Permalink |


...life doesn't come with a remote control...

Kengkadang kita tak ingat camana sesuatu tu berlaku, tetiba je dah terjadik… Kita cari butang rewind tapi life doesn’t come with a remote control. Kita cari CTRL Z tapi life events cannot be undone. Tetiba je terjadik…

The next thing you know… yang tinggal cuma rindu…

Aku tak ingat camana boleh jadik gitu. Aku tak ingat bila the last time aku call dia or dia call aku. Aku ingat aku pernah bergaduh ngan dia tapi it was such a silly argument, aku dah tak ingat kenapa. Aku ingat aku dah cakap sorry, nangis, cakap sorry dan nangis lagi. Aku ingat dia pun cakap sorry dan nangis dan cakap sorry. Aku ingat, for a short while everything jadik almost OK then what? Aku tak ingat bila sume nya jadik tak OK semula. Was it 3 years ago, masa dia call to tell me kenduri kahwin dia cuma jemput kaum keluarga je? Aku ke yang merajuk sebab dia tak jemput aku ke wedding dia, sebab tak consider aku 'keluarga'? Was it last year or the year before last masa dia call nak bagitau dia dah ada anak? Aku ke yang jeles? Aku ke jauh hati pastu menjauhkan diri? But wasn’t it her who said she didn’t have to give me her number coz she’ll always have mine?

Shera, I know you’re not reading this but I wish you are.

Seumur hidup aku, aku cuma ada sorang best friend. 'Bestest' ever. Aku kenal dia dari aku Form 1. Jadik rapat macam adik-beradik. Pegi tution sama2, naik basikal. [You know Shera, basikal mini tu masih ada sampai hari nih]. Pusing merata kutip derma utk… utk apa ekk? Surau sekolah ke? [Ingat tak Shera masa anjing tu kejar kita pastu you gi peluk mamat Cina tu? Ingat tak?] Pernah satu hari basikal aku takde angin so dia bawak aku bonceng basikal dia sampai rumah. Aku tau dia tak larat tapi dia insisted jugak… Heh…

Then lepas SRP (yes it was still called SRP those days), aku tukar sekolah tapi we still kept in touch. Surat, birthday cards… huh, orkid… [Do you remember Shera? Bunga orkid tu ada lagi I simpan.] Lepas SPM, aku bosan. Nasib baik ada Shera boleh temankan aku gi kelas menaip, gi hantar borang UPU. Lepas tu nak lose contact pun boleh sebab aku kat UK, dia kat Malaysia… tapi tak, 3 tahun tulis surat tak putus2… [yup! Sume surat tu ada lagi… satu kotak kasut…] Second year dia dapat gi Liverpool, aku still kat London. Aku happy gila. Aku ingat boleh macam dulu2 balik… Tapi aku dah ada kawan2 aku… dia dah ada kawan2 dia… Aku gi Liverpool, dia datang London… tapi rasa macam orang lain dah. Tak macam dalam surat. Tak macam dulu. We started drifting apart. Apsal? [Apsal, Shera? You ingat ke apsal?]

I tried. Never say I didn’t try. Aku cuba betulkan balik keadaan. Walaupun aku boleh naik flight dari Heathrow. Walaupun aku tak payah susah2 naik flight dari Manchester untuk balik Malaysia. Aku susah payah jugak so boleh balik sama2. But as it turned out, it wasn’t even worth the effort. My 'bestest' friend is no more… [Do you remember, Shera... the Malaysian Nite? It was then wasn't it? It was then that we stopped talking altogether... cis! bodoh...]

Tetiba je terjadik… Or aku yang tak nampak the warning signs?

The next thing I know, dia dah kahwin. Dengar pun dari mulut orang lain. Dah ada anak, pun dengar dari mulut orang lain. Aku jadik sedih. Jadik sangat sedih. I pretended I didn’t care the least…. To protect me from disappointment. [but you see, Shera… I cared and I still do.]

So Sis, if you ever get to read this… I’m sorry for whatever it was that I’ve done/said or even thought. I wish we could be together again. Like the old days. Like the best of friends. I’m sorry for not trying harder, sooner. In my heart, there is only you… the best friend I once had and lost…

Happy belated 28th birthday…

Love,
ShaSha.

# max | Permalink |


...orang demam mana boleh gi kerja...

Semalam aku demam so aku tak gi kerja. Aku called in sick, ambik emergency leave & suruh Naz cover aku kat wad. Aku makan Paracetamol 1g dengan Piriton 4mg pastu tidur. Orang demam mana boleh gi kerja kan? Orang demam kena duduk rumah, makan ubat ikut nasihat doktor, minum air bebanyak dan tidur je.

9.45am Naz called mintak tolong tengok patient.

10.30am aku dah ada kat Labour Room. Seorang orang sakit merawat orang sakit yang lain... Heh...

Kalau Mak ada semalam mesti dia bising2 sebab demam pun pegi kerja jugak. Cuti pun kena kerja jugak. Tapi apa nak buat Mak, kalau apa2 jadik... menyesal tak sudah pulak nanti. Demam sikit aje lagipun... boleh jalan lagi, tak masuk ICU lagi. Kerja macam Nat nih Mak, kalau dah masuk ICU hooked up to life support machine baru dapat proper MC. Baru boleh cuti...

Bila aku balik dari wad tengahari tu baru aku tidur betul2. Piriton yang aku makan tu baru mula nak ada effect kot. Tidur sampai dekat nak maghrib, makan pun tak sebab takut nak pijak lantai yang ada duri2 tajam cucuk2 tapak kaki aku tu. Lagipun tekak aku rasa pahit dan kering semacam.

Lepas maghrib aku panaskan lauk yang Mak tinggalkan dalam fridge. Pastu phone bunyi pastu aku dah ada kat Labour Room balik. Apa nak buat... emergency bukan kenal timing...

Aku bukan nak cerita pasal pengorbanan aku pegi kerja walaupun demam2... Aku bukan nak jadik hero ke heroin ke... The moral of the story is... kalau ada di antara orang yang membaca nih suka pura2 sakit utk ambik MC... insaf lah... The next time jumpa doktor cuba try tanya dia apa khabar... Cuba try tengok muka dia, pucat ke... bibir dia kering ke... mata dia berair ke... Cuba try tengok doktor tu sendiri sakit tak... Then kalau nak jugak, mintaklah MC...

sebab...

...orang demam mana boleh pegi kerja...

# max | Permalink |


“Dah berapa hari demam nya?” soal doktor tanpa mengangkat muka.

“Baru hari nih…,” dia menjawab sambil membetulkan kainnya yang terselak.

“Batuk?”

“Takde..”

Selsema?”

"Takde..”

“Muntah?”

"Takde… loya je. Tak lalu makan, doktor.”

“Awak mengandung?”

“Eh! takde..”

“Hmm… ini ubat. Balik makan ye, minum banyak air dan tidur secukupnya.”

“Baik, doktor.”

“Ohh.. satu lagi. Hari nih saya bagi awak cuti. Orang demam mana boleh gi kerja…”

[To be continued...]

# max | Permalink |


Takde mood.

Malas.

Mengantuk.

Rasa nak nangis.


It’s that time of the month again. The time of the month yang kalau aku bunuh orang or wipe out the entire human race pun, aku boleh plead insanity and get away with it…

Aku benci bila jadik camnih. It’s OK bila sedih sebab ada benda yang nak disedihkan eg. ter-delete your online journal. Eg. kereta kena curi. Eg. terpaksa tengok Gerak Khas sebab takde benda lain on TV. Tapi hari nih tak. Apart from the fact ayah ngan mak dah balik (dengan VCD Soal Hati), aku takde benda nak disedihkan.

Aku jadik takde mood sejak semalam. Lepas aku cakap tepon ngan Dr Saad (bukan nama sebenar), Senior Reg aku. Huh… di waktu aku lebih senang pikir pasal handphone, pasal nak habiskan 59 hari cuti tahun, pasal Afdlin Shauki… dia paksa aku pikir pasal benda lain.

Post-graduate studies.

Dulu aku cukup bersemangat nak sambung belajar. Sekarang aku dah takde mood. Aku dah hilang motivasi sejak aku pindah sini. Aku dah tak rasa nak jadik Pakar O&G. Sejak aku pindah sini cita2 aku dah jadik lain. Sekarang cita2 aku cuma utk jadik ‘normal’. Aku nak jadik se-normal mungkin kalaulah jadik doktor tu boleh dikira normal. Aku nak low profile je sampai bila2. Aku tak payah ada klinik sendiri. Aku tak mo duit melambak kat BSKL. Aku nak duit melambak dalam tangan aku and tangan aku kecik je… tak yah banyak2 duit. Aku tak mo jadik doktor undangan dalam Bincang Petang, or Kuci Kuci Pampers Hey.

Tapi kat dia, aku tak le bagi alasan tak logik macam tu. Aku cuma cakap aku belum bersedia.

Dia marah. Dia marah sebab aku tak apply Masters this year. Dia marah sebab aku nak buang masa ambik MRCOG dulu. Dia marah sebab aku tak macam orang lain. Dia marah sebab aku tak macam yang diorang harapkan. Dia marah sebab aku dah let them down…

Aku marah sebab dia nak aku apply Masters. Tapi aku diam. Aku marah sebab dia tak suka aku study for MRCOG. Aku diam. Aku marah sebab dia nak samakan aku dengan org lain. Aku diam. Aku marah sebab diaorang terlalu berharap ngan aku. Aku diam. Aku diam sebab I know I’ve let them down…

Bukan salah dia. He meant well. Cuma sekarang aku dah tak tau apa yang aku nak. Aku nak jadik normal but what is normality? Ada your own family, dok diam2 buat kerja sendiri, worrying about nappy rash, about buku teks pinjaman? Isn’t that normal? Or be a high-flyer, the-sky’s-your-limit type of person, ikut orang lain punya definition of normality? Is that normal?

Ego kah aku sebab tak mo dengar nasihat orang? Bodoh kah aku sebab tak bercita2 tinggi? ‘Murtad’ kah aku sebab tak mo jadik macam doktor2 lain? Hipokrit kah aku?

Dahh… gi betulkan make-up…

# max | Permalink |


Scene One. Take One.
Hmm... [mengeluh panjang sambil mengurut dada, menghela nafas yang tersumbat di trachea]

There's a very thin line between anger and disappointment. Antara marah dan kecewa. Kengkadang kita rasa kita marah, tapi akhirnya kita jadik kecewa ngan sikap kita yang suka marah org tak pasal2. Kengkadang kita kecewa, tapi akhirnya kita jadik marah sbb marah lebih senang handle dari kecewa. Marah short-lived. Sekejap je kita cool balik. Kecewa ambik masa lama nak get over. Kena rasa blank dulu, baru sedih pastu blank pastu guilty pastu salahkan diri sendiri pastu salahkan orang lain pastu blank pastu ohh! why bother? Why not ambik short cut je? Why not marah je?

Hari nih aku marah di mulut tapi hati aku simpan rasa kecewa.

Simpan utk aku sorang je yang tahu.

Simpan utk sesapa yang membaca nih tahu.

Simpan utk orang2 yang tidak berkenaan tahu. Orang2 yang berkenaan boleh carry on buat tak tahu.

Susah sangat ke nak angkat tepon tu and cakap, "Doktor, patient dah ada kat OT" Tu je. So patient tak yah tunggu kat OT. So anaesthetist tak yah tunggu kat OT. So aku tak yah missed lunch. Ciss...

Scene One. Take Two.
OK... aku tak cakap so diaorang tak tahu. So malam nih aku cakap. Aku pesan panggil aku. Tak jugak. Patient sampai ke OT tukang operate nya tak sampai2. Orang jadik nak marah kat aku. Orang jadik nak disappointed kat aku. Aku jadik disappointed kat orang. Jadik aku marah orang. Sekarang aku dissapointed balik. Dengan diri aku sendiri sbb marah2 kat orang. Benci!

Ohh... lupa. Sekarang dah abad ke-21. Apa pulak pakai phone? Orang pakai telepathy je... main baca je fikiran orang... Ciss! orang dah pakai teknologi sampai ke bulan, kita nak pakai tepon pun kena disuruh2.

Scene Two. Take One.
Malas. Malas nak cakap lagi. Back to basics. Back to my principle of life... If you want something done, you've got to do it yourself...

So malam nih I did it myself. Setelah bergelen2 darah dia mengalir. Setelah berkali2 orang yang dipanggil tak datang2. She needed to be seen so I went to see her. Tiga minit sebelum dia collapsed. Tiga minit sebelum dia tak sedarkan diri. Empat minit sebelum dia hidup balik...

Gila... dah lama aku tak rasa gitu. Dah lama darah aku tak rasa sejuk macam ais. Dah lama aku tak tengok orang kaku & keras terpele'ot dalam a pool of her own blood. Tekanan darah dia dropped, tekanan darah aku makin naik. Nadi dia terhenti, nadi aku semakin laju. Nafas dia turun naik, nafas aku semakin tersekat. Dalam hati aku mintak biar aku je yang mati sebab aku tak sanggup nak tengok dia mati. Aku teringat kat Sera. Entah berapa orang 'Sera' lah yang akan wujud di dunia nih kalau dia mati?

Dengan kuasa Allah yang mematikan dan menghidupkan, dia sedar. Dia hidup. Semua 6 orang anaknya masih ada ibu. Aku rasa nak nangis sebab 1 minit yang paling lama dalam hidup aku dah berakhir.

Nak nangis sebab syukur yang teramat.

Nak nangis sebab disappointed.

Nak nangis sebab marah.

Dia tak sepatutnya collapsed. Dia tak sepatutnya dibiarkan terlantar dalam takungan darah dia sendiri. She's in a hospital for God's sake. We save people, not kill them.

Aku disappointed so aku marah.

Aku marah so aku disappointed...

Aku ngantuk so aku nak tidur. Malam nih aku nak mimpi Sera... Sera, dalam kepul2 asap turun dari kayangan... Heh...

# max | Permalink |


Aah... aku sudah jatuh cinta ngan Afdlin Shauki.... Camana nih? camana nih?

Hmm...

# max | Permalink |


Ayah dah ada handphone... Sume orang dah ada handphone. Aku je yang takde... Aku pun kena ada jugak ke? Tapi sekarang dah abad ke-21, orang akan pakai handphone lagi ke? Nak handphone ke tak payah? Ke nak? Ke tak payah? Ke payah?

Rumah dah free of habuk? Checked!
Fridge dah cuci? Checked!
Toilet dah bersih? Checked!
Dapur dah berkilat? Checked!
Sampah dah buang? Checked!
Katil dah kemas? Checked!
Surat cinta ngan gambar boyfriend dah sorok? Checked! [acah je! ACAH JE!]

Yeay! Lagi setengah jam nak gi ambik ayah ngan mak kat jeti... best nya...

# max | Permalink |


Hmm…

Pada suatu hari di zaman dahulu kala… Yang Berusaha Tuan Alexander Graham Bell berangan nak cipta sebuah alat telekomunikasi yang bunyinya ring-ringgGG… Alat ring-ringgg nih membolehkan orang yang jauh bercakap dengan orang yang jauh2 juga… Boleh dengar suara orang lain yang beribu2 batu jauhnya macam dekat di sebelah telinga kita je.

Maka bergegarlah seluruh alam dengan gegak-gempita (betul ke nih? Dah lama tak cakap real BM) hilai-tawa jiran2, adik-beradik dan saudara-mara dia yang jauh dan dekat…. Sume orang kata dia gila kerana berangan sesuatu yang mustahilll…

Tetapi…

Tetapi, kalaulah Yang Berusaha Tuan Alexander Graham Bell tu masih hidup hari nih… Satu, dia mestilah sungguh2 tua… Dua, dia mestilah sungguh2 gumbira serta riak yang teramat sangat… Bukan saja telefon ring-ringgg dia tu dah jadik kenyataan, malah hampir sume orang sekarang ada telefon. Dalam rumah, dalam pejabat, dalam poket… Kalau lah dia tahu pasal internet…

So…

Orang kata aku mabuk ketupat lah, overdose rendang lah, etc, etc… kerana tulis cerita futuristik aku hari tu dengan daya imaginasi yang over gitu. Hahaha… Ketahuilah wahai penduduk kampung sekalian sesungguhnya aku bukan sekadar melawak, atau berangan, atau berimaginasi di siang hari… Pada suatu hari nanti apa aku tulis tu akan jadik kenyataan… Ye, memang suatu hari nanti orang akan sedar dan akan betul2 buang filem Yusof Haslam ke Mars.

Tengok je lah nantii…

# max | Permalink |


“Nat? Aii… Nat?”

“Huh?!!”

Ooo… Laa… dah pagi ye? Terkejut aku pagi tadi. Tau2 je hologram tu keluar kat depan aku. Hologram Mak. Yang selalu kejut aku pagi2. Bagus sikit dari alarm clock zaman dulu2 tu sbb tak leh switch off and tidur balik. Dah pagi ye?

Merangkak aku keluar dari oxygen bubble aku yang baru aku beli dari Bubble.com. Kat luar jerebu tebal, matahari nampak berbalam-balam. Cepat2 tanggalkan pakaian dan masuk dalam hygienator, yang rupanya lebih kurang… apa tu… hmm, orang dulu2 panggil apa? Almari? Ye lah kot, tempat diorang buat simpan baju. Huh, lewat camana pun kena bersihkan diri dulu baru pergi kerja. Sejuk pulak pagi2 nih… camana lah dulu di abad ke-20 orang mandi pakai air? Kuno betul…

Bengong kejap nak pikir apa nak pakai. Spacesuit colour biru ke merah nak pakai hari nih? Damn! Contact lenses tinggal yg kaler hijau je… tak matching.

Breakfast macam biasa tak sempat. Nasib baik energy-providing microchip aku sempat re-charge semalam. Tahan le sampai tengahari. Logged into the Labour Room’s database. A hologram in the form of a midwife kata ada patient kat Zone 01, West wing. Alaa… kena jugak pegi hospital. Teleported myself to the Labour Room only to find she’s delivered. Painlessly, of course, the baby being delivered out of a giant test tube. Scan baby nye DNA… hmm, tinggi cam ayahnya, kulit lawa cam mak nya, takde gene kencing manis macam neneknya… just like we programmed it to be.

Gynae clinic macam biasa je. 36 org patients aku tengok dalam 2 jam. Kalau tak kerana mainframe buat hal, lagi cepat aku habis. Terpaksa pakai cara manual. Sorang, sorang patient aku kena run through the pathology chamber, stick a probe in their left ear and a titanium shield over their chest… baru boleh dapat diagnosis. Letih betul.

Lewat petang baru aku balik. Scanned my retina at the apartment’s door, masuk dalam… baru je nak duduk, Adik sent a telepathic message ajak gi tengok tapak diaorang buang filem Yusof Haslam kat Mars tu. Member tu baru beli space shuttle. Public transport bukan boleh harap. Mass teleportation vessel yang dia naik semalam rosak dekat 17 kali… 13 jam baru sampai ibukota. Tu yang dia fed up, dia beli space shuttle second-hand tu. Cakap kat dia aku letih aah… lain kali je lah… sebenarnya aku jeles.

Letih sangat terus tertidur…


Huh… welcome to the 21st century… NOT!…

# max | Permalink |

 

CHIT-CHAT


Name :
Web URL :
Message :

ARCHIVE

LINKS

ETC

Guestbook

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Adik