|
September
30, 2001 [10:41 PM]
but the stars we could reach
were just starfish on the beach...
Aku pandu kereta sambil tersenyum. Aku naik tangga sambil
tersenyum. Aku bukak tudung, aku pandang cermin dan aku rasa aku
patut tattoo je terus senyuman ni di muka aku. Manis jugak aku
kalau tersenyum. Haha.
Aku ada fobia pada ketinggian. Aku gayat. Aku takut jatuh.
Memang pemandangannya cantik dari ketinggian ini, tapi kalau jatuh
tentunya lebih sakit kan?
Segala yang aku rancang jadik tidak terucap. Aku tak tau macam
mana nak mulakan. Aku tak tau macam mana nak akhiri sesuatu yang
belum bermula.
Faham tak?
Never mind.
September
29, 2001 [11:08 PM]
...kalau baik hati nanti orang pun sayang...
...melenggang hai melenggang
lenggang tari lenggang
kalau baik hati
nanti orang pun sayang.
Balik dari berjoget kat Malam Mesra di Hotel A semalam
dekat pukul 1 pagi. Seram jugak drive kat jalan sunyi sengsorang
macam tu. Pasang radio kuat-kuat biar Mariah Carey teman aku
sepanjang jalan. Tapi lagu Joget Pahang tu jugak yang melekat
dalam kepala otak aku.
Pernah baca Men Are From Mars, Women Are From Venus by John
Gray? Aku tiba-tiba teringat buku tu. Entah.
Esok, it will all be over. Aku akan balik kepada aku yang dulu.
Tak akan ada lagi cerita-cerita mereng dan separa-mereng macam
yang kebelakangan ni.
Kalau kita sabar, semua masalah dapat kita selesaikan, 'kan?
Kalau kita yakin dan percaya padaNya, kita akan nampak jalan
keluar, 'kan? Kalau kita baik hati, orang pun akan sayang, kan?
Esok, semua kegelisahan ini akan berakhir. Insya-Allah.
September
28, 2001 [2:06 PM]
...cuba kau lagukan, cuba kau dendangkan...
senyummu menusuk dan membelai di kalbu
cuba kau ukirkan, cuba kau pamerkan
menjadi hiasan hidupku…
Hari ini aku bangun dengan semangat baru. Aku berazam untuk
memecahkan rekod peribadi, senyum tanpa henti.
Jadi, aku senyumlah. Aku senyum bila Labour Room panggil aku pergi
buat MRP di pagi Jumaat yang aku sepatutnya cuti ini. Aku senyum
walaupun aku nak marah. (Cuba kau marah sambil tersenyum, jadik
macam babak dalam drama Spektra.)
Petang semalam bekalan elektrik terputus. PC aku tak sempat
shut down. Hari ini Internet Explorer aku jadik bengong, asyik not
responding saja. Aku senyum pada reflection aku kat monitor walaupun
hati aku menyumpah.
Malam ni ada dinner kat Hotel A. Aku ada jerawat
betul-betul kat atas hidung.
Senyum?
Yeah, why not.
Aku nak erase satu nombor dari handphone aku tapi aku tertekan
‘call’. Arghhh… sekarang ada satu missed call pada handphone
dia. Ohh, bencinya.
Akhirnya, percubaan rekod senyum tanpa henti hari ni terpaksa
dibatalkan kerana cuaca mendung.
September
27, 2001 [7:56 PM]
Sudah.
Aku malas nak fikir. Aku malas nak buat apa-apa lagi.
Aku malas
nak mencipta alasan setiap kali orang tanya. Aku malas nak hidup
kalau hidup aku cuma ini.
Jadi, sudahlah.
Tiga salinan borang pertukaran dalam negeri yang ada di atas
meja tu aku rasa masih ada di situ juga. Aku tak hantar minggu
ni sebab aku langsung tak ada masa nak turun ke pejabat. Entah apa
aku buat entah.
Aku dah habis baca She’s Come Undone by Wally Lamb.
Dolores Price dalam She’s Come Undone buat aku depressed. Buku
ni ada happy ending tapi happy ending itulah yang buat buku ni
lebih depressing, too fictional. Tapi aku suka cara Lamb tulis.
Beberapa kali aku tertanya-tanya mungkin Wally Lamb ni perempuan
sebab watak Dolores macam betul-betul perempuan. Jadi, aku bagi
novel ni 3 bintang.
Aku lebih suka I Know This Much Is True.
Satu lagi aku suka ialah layout baru ni. Aku rasa benda ni
tak lawa tapi sebab aku buat masa aku betul-betul bengang, macam
ada makna di sebaliknya pulak. Aku nak biar layout ni dulu sampai
‘down syndrome’ aku pulih.
Aku sebenarnya tak ada mood sebab tu aku menulis benda-benda
superficial ni.
Sudahlah.
September
24, 2001 [6:47 PM]
...Disclaimer: ini bukan janji...
“…tapi ni bukan janji tau? Bukan janji,” dia
kata.
Dan aku pun akur. Bukan janji. Maksudnya itu sebenarnya
janji tapi kalau dimungkiri aku sepatutnya memaafkan dia sebab dia
dah terlebih dahulu bagi ‘disclaimer’ bukan janji. Tapi
sakitnya sama jugak with or without disclaimer bukan janji tu.
Aku sudah penat dengan semua ini.
Aku pergi shopping dan beli benda-benda baru. Aku kira duit
dalam dompet dan beri pada tuan punya kedai. Aku bawa balik baju
baru, tudung baru (yang matching), kusyen kereta baru (yang sampai
sekarang masih ada dalam boot, lengkap dengan resit dan tanda
harga). Aku duduk depan PC dan buat layout baru. Aku tau ini bukan
sekadar PMS sebab bukankah PMS hilang lepas ice cream for
breakfast dan goreng pisang at midnight?
Seminggu aku duduk dan biarkan borang pertukaran separuh siap,
di atas meja di bawah timbunan pekeliling yang tidak ada makna.
Seminggu aku tak boleh fikirkan tarikh pertukaran yang sesuai.
Aku
biar semua benda tergantung macam baju di ampaian, berayun-ayun
dibuai angin.
Seminggu aku duduk dan harap telefon tak akan berdering sebab
kalau telefon berdering minta diangkat, aku akan terpaksa jawab
juga. Aku takut. Aku takut dengan apa yang akan aku kata, atau
aku takut dengan apa yang dia akan kata?
Ini bukan kecewa.
Sebab itu bukan janji.
[Tolong jangan tanya, sebab aku tak akan jawab.]
September
18, 2001 [11:21 PM]
...no, thank you...
I’m a simple person. When I find myself in a situation I
don’t like, I turn around and walk away.
So now I know. That one time, months ago, I should’ve walked
away.
I should’ve just walked away.
Now, I’m so confused.
Bemused.
Hurt.
Exhausted.
How difficult could it have been to just walk away?
Move on.
“No, thank you,” I should've said -- as I stepped
away from the pain and the hurt.
September
15, 2001 [10:46 PM]
...Happy birthday Kak Long...
Aku mengantuk. Aku tengah tengok bola final Sukan SEA.
Aku mengantuk. I’m getting desperate. Will someone please score
a goal? Anyone?
Happy birthday Kak Long.
Aku tak kenal siapa Kak Long yang menyambut harijadinya hari
ini, tapi aku tumpang happy. Ada 4 orang budak perempuan kat
kaunter cake house masa aku nak bayar aku punya raisin bun dan
fruit cake tadi.
“Mau tulis?” tanya nyonya cake house.
“Happy birthday Kak Long,” kata the eldest of the
four.
Only nyonya tu tersilap and tulis “Happy birthday Kak
Leng.”
Oh well.
Somehow, aku suka tengok bebudak tu macam happy je dapat beli a
birthday cake sebagai tanda sayang diaorang pada Kak Long
diaorang.
It just feels so nice to love and be loved, when parts of the
world are now said to be preparing for war.
cissssss...
When I said, "Someone please score a goal," I
meant someone else!! Ada ke dalam sejarah dunia, goalkeeper score
gol sendiri. Well, technically he did. Didn't he?
September
12, 2001 [1:06 PM]
…terbakar-terbakar, meletup-letup…
“Tengok TV dak? US kena attack. World Trade Center,
Pentagon. Terbakar2, meletup2.”
Aku baca SMS Adik sambil tengok that Armageddon-like
footage kat Nightline. Footage yang sama dengan yang Berita
Terkini dan CNN tayang. Tengok benda yang sama berulang-ulang
kali. Fikiran aku berjongkang-jongket antara “padan muka”
dengan “World War III?”
So, even the US is not invincible. The US dengan FBI dan
CIA-nya. The US dengan ego dan keangkuhannya.
Tony Blair kat TV kata something like ini perbuatan kejam yang
mengorbankan banyak ‘innocent lives.’
[Yeah? So were the air raids over Iraq.]
“We will make no distinctions between the terrorists that
committed these acts and those who harbour them,” kata
President Bush.
[Yeah? Nor should there be any distinctions between the
Israelis and those who support them.]
Ahh… bosan.
When you play with fire, expect to get burnt.
Even the US is not invincible.
September
11, 2001 [11:37 PM]
Watching CNN Live.
Wow! I'm speechless.
September
10, 2001 [10:37 PM]
Hari ni hari yang best. Hari ni aku bangun
relatively awal. Aku bangun pukul 7 pagi. Semalam, hari pertama
aku kerja, aku bangun pukul 8.40 pagi. Aku pergi kerja pukul 9.10
pagi. Itupun lepas aku fikir 3-4 kali pasal nak ponteng je,
pretend aku still bercuti.
Hari ni patient aku, Kak S, datang cari aku di wad.
Dia
bawak udang besar. Dua minggu lepas dia bagi aku ketam.
Rezeki aku
murah sejak aku pindah ke pulau ni. Tak tau apsal. Aku bukan buat
apa pun. Aku cuma buat kerja aku je tapi orang kampung macam Kak S
ni suka buat macam ni. Bagi aku buah, bagi aku kain batik.
Aku rasa terharu.
Gambar vacation aku dah siap. Aku masih rasa aku lebih lawa in
real life daripada dalam gambar-gambar tu semua. Haha.
Scan di library tak functioning. It's sitting there just for
show. Kalau aku nak scan gambar-gambar tu aku kena curi-curi masuk
ke Teleconsultation Room. Sekarang ada ramai orang kat casualty,
around telecon room tu, sebab sekarang SAREX (Search and Rescue
Exercise) tgh giat dijalankan. OK. So you just have to take my
words for it: I look better in real life than in those pictures.
So what else happened today?
Ye, hari ni hari yang best.
Aku pergi sebuah pusat membeli belah terkemuka di pulau ni and
guess apa ada kat situ? Toyota tgh buat road show. Wahh, Altis
RM67K on the road. Phuahh... aku rasa macam duduk dalam Boeing 747
cockpit aje tadi. Hmm... nasib baik leather seats so diaorang
boleh lap air liur aku yg meleleh tu dengan mudah tadi.
Tak akan mention Altis lagi.
OK. Maybe one more time.
Altis.
There.
Hari ni hari yang best.
September 6,
2001
"Akak kat mana?"
tanya suara dalam telefon.
"Masjid India."
Dia ketawa kecil.
Entah berapa lama lepas tu dia
call lagi.
"Akak kat mana?"
"Masjid India lagi."
"Akak buat rumah je lah
kat situ!"
Dia ketawa besar.
Memang seharian aku kat Jalan
Masjid India hari ni. Pergi shopping. Beli kain nak
buat baju. Mak belikan Maksu kain warna kegemaran dia --
oren. So kena cari tudung yang matching. Dan
seharianlah kami mencari tudung oren yang matching.
Cari.
Cari lagi.
"Cerewetlah awak ni,"
kata Aquil yang ponteng kerja hari ni utk ikut orang shopping.
Ehh, aku pulak cerewet.
Hmm, mungkin jugak aku cerewet. Tapi kalau aku jadik
patient, mungkin aku akan bersyukur doktor aku cerewet.
Attentive to minor details. Perfectionist. Konon.
Kain oren kena matching dengan
tudung oren.
September 5,
2001
Sera dan Kak Z kidnap aku hari
ni.
Diaorang paksa aku makan pizza
dan bawak aku lari ke Putrajaya untuk ambik gambar dan tengok
itik. Oops, flamingo. Flamingo. Kan Amir?
Kak Z bawak anak-anak dia Amir
dengan Alia. Sungguh cute bebudak tu.
"Sapa nama akak ni Alia?"
Sera tanya budak kecik umur tujuh tahun tu.
"Fatimax!" jawab
Alia.
Wow. Imagine that.
Imagine growing up believing Dr Fatimax is a real person.
That Fatimax is Fatimah misspelt.
Haha.
Kids are the best.
Malam pergi Stadium Nasional Bukit
Jalil tengok raptai pembukaan Sukan SEA. OK. Tak
se-grand Sukom. Obviously. By the time I'm writing
this aku dah pun tengok the real thing on TV. Atmosphere kat
stadium tu lagi best daripada tengok kat rumah. Rasa
patriotik semacam. Rasa bangga semacam.
Mungkin aku je.
Lepas je 1400 org budak sekolah
tu buat formation diaorang kami pun blah. Tengah-tengah nak
naik tangga nak keluar, lagu Negaraku dimainkan. Aku pun
stop dan berdiri tegak menghormati lagu kebangsaan kita tu.
Tetiba aku teringat siang tadi aku bergambar depan masjid
Putrajaya masa azan Zohor berkumandang. Sikit pun tak
menghormati azan.
Aku rasa sungguh hipokrit.
September 4,
2001
Balik.
In a way, aku rasa seronok sebab
nak balik hari ni.
Flight kami pukul 10.30 pagi.
Awal-awal lagi dah check out dari hotel dan keluar ke airport.
Hujan renyai-renyai masa kami dalam taxi. Singapore macam
sedih aku nak blah. Haha.
Aku try call Ika tapi handphone
dia entah apsal tak leh nak contact. Oh well. Maybe
next time. Maybe next time bila dia datang tempat aku (bila
ekk, Ika?)
KLIA ke UPM Serdang tempat Pakcik
Din (pak sedara aku, adik ayah) sejam lebih. Jauh ekk?
Malam ada jemputan pergi makan
satay. Drebar-drebar aku tu janji pukul 6.30 tapi pukul 7
lebih dah dekat maghrib baru sampai. Aku dengan selambanya
pergi jenguk keluar pintu nak tengok sapa yang datang. Huiyo!
ramai le pulak. Aku pulak separa-bogel sebab tak pakai
tudung. Jadik malu kat Rudy jap. Haha.
pergi pakai tudung ala-ala makcik
nak pergi pasar. salam-salam dengan semua orang.
Berkenalan dengan semua orang yang kenal aku tapi aku tak kenal
diaorang. Orang popular memang macam tu.
Si Aquil
tu tak habis-habis asyik cakap, "Keciknya, keciknya..."
Entah apa yang kecik aku tak tau le. Aku atau salah satu
organ di badan aku.
Lagi yang datang: Zira,
Awin, Sera,
Nett dan Rudy.
pergi Kajang makan satay disertai
oleh Purnama (cousin aku) naik kereta Awin dengan Zira. Kereta
sport seseorang tu terpaksa tinggal sebab dikhuatiri mengganggu
lalulintas sebab drebarnya kurang vitamin A, tak leh memandu
malam-malam.
Makan-makan.
Gelak-gelak.
Ambik-ambik gambar.
Makan-makan.
Gelak-gelak.
Sha
datang dah dekat nak habis so sambung lagi makan-makan dan
gelak-gelak.
Bayar-bayar.
Balik.
Hmm... OK. Orang jauh-jauh
aku dah jumpa. Cikgu
dengan Zaza
yang sepuntung rokok je dari rumah aku tu bila ekk aku nak jumpa?
Haha.
Anyway, sekarang online journal
bagi aku dah jadik lain. Not just a string of meaningless
words anymore. Thanx guys.
September 3,
2001
Hari yang dinanti-nantikan (?).
Hari ni exam aku. Tujuan sebenar aku datang Singapore.
Ehh, ye ke? Lupa pulak.
Membership exam for The Royal
College Of Obstetricians and Gynaecologists. ni baru part
I. Kalau aku pass, aku boleh ambik Part II lepas training.
Lepas tu aku jadik O&G specialist. Malaysia Hari Ini
akan jemput aku cakap pasal fibroid. Nona akan jemput aku
cakap pasal minggu penyusuan ibu. Kuci Kuci Pampers Hey akan
jemput aku bercakap pasal lampin yang basah tapi tetap kering.
Wow.
Exam pukul 3.30 ptg kat Hotel
Concorde. Ayah dengan mak insisted nak hantar aku. Okay.
Kami pergi lunch dulu. Aku
cuma makan nasi 3 suap lepas tu aku dah rasa nak termuntah.
Sampai awal kat Concorde.
Pukul 2.30 dah ada kat sana padahal pukul 3 baru kena masuk dewan.
Ramai yang dah sampai. semua aku tak kenal. semua duduk
kat foyer sambil baca buku. Aku sorang je masuk lenggang
kangkong berlagak macam nak pergi sightseeing. Aku mula rasa
inferior. Rasa out of place.
Suddenly, mak kata, "Huh!
Semua orang baca buku. Hang tak bawak apa pun!"
Aku makin rasa inferior.
Bengang.
So aku dengan lancangnya balas
cakap mak. "Senyaplah!" aku kata.
Macam terlupa yang aku bercakap dengan mak. Macam terlupa
tiket aku masuk syurga ada bawah tapak kaki wanita itu.
Mak bangun.
"Sombongnya! Jom kita
duduk kat luar!" kata mak.
Mak keluar dari hotel.
Aku tension. Ayah tanya aku
apa hal. Apa lagi aku nak kata. Aku dah ter-kurang
ajar dengan mak.
Aku tunggu seminit. Dua
minit. Mungkin sepuluh. Mak tak masuk balik. Aku
risau kalau mak lari. Aku risau kalau mak terus lari masuk
dalam Batu Belah Batu Bertangkup.
Aku keluar cari mak. Aku
tau mak menangis walaupun mak cuba sembunyikan. Aku tau mak
menangis sebab aku anak yang kurang ajar.
Walaupun lepas tu aku dengan mak
salam, masuk balik ke foyer, aku rasa semua dah berubah. Aku
dah tak ada mood nak ber-exam. pergi mampus dengan semua orang
keliling yang sibuk buat last minute revision. pergi mampus
dengan dunia. Aku anak yang kurang ajar.
Aku masuk dewan dan pandang
keliling. Aku senyum kat orang sebelah aku. Hati aku
rasa nak menangis. Aku senyum kat Hari, kawan lama aku.
Hati aku rasa nak menangis.
Paper tu aku rasa tak sesusah
mana. Surprisingly. Tapi hati aku dah ke lain.
Aku cuma boleh pikir pasal mak. Aku rasa nak lari keluar.
Aku rasa nak bunuh diri. Aku tau bunuh diri perbuatan yang
dilaknati Allah. Bunuh diri tak cium bau syurga. Well,
menderhakai ibu pun tak cium bau syurga. It made perfect
sense masa tu. Aku cuma ingin mati.
Masa break antara 2 paper, aku
keluar. Aku jalan ikut kaki aku. Aku tak tau area ni
tapi aku berjalan dan berjalan. Last-last aku jumpa
McDonalds. Aku pergi makan. Aku dah tak rasa nak menangis.
Aku tengok jam, aku masih ada masa nak ambik the second part of
the exam so aku berjalan balik ke Concorde sambil habiskan Milo
ais aku. Rasa macam semua org pandang aku. "Ohh,
look! Itu dia anak kurang ajar. Sombong dengan mak
sendiri." Aku macam half expected akan jadik batu
macam si Tenggang.
Ahh...
Kengkadang aku heran dengan diri
aku sendiri.
September 2,
2001
Ke Orchard Road hari ni.
Hmm... tak beli apa-apa pun.
Most of the day was spent mencari
tempat makan. Well, Singapore tak sesuai untuk orang yang
allergic pada chinese.
September 1, 2001
"Kak Max, Ika
dah ada kat lobby," kata satu suara dalam telefon.
OK, that's my cue.
Enter stage left.
Turun ke lobby dengan ayah &
mak. tak ada pun sesapa yang senyum kat aku. Ohh, dia
kat luar. Aku nampak seorang budak perempuan yang
ke-arab-arab-an sikit. Has to be her! So aku pun
keluar, senyum, salam and buat-buat cool. Haha.
Dia sungguh cool. Air
muka dia macam tak terkejut pun. Macam dah biasa jumpa aku
sebelum ni. Wahh, handallah dia.
Dia jalan laju. Macam nak
kejar apa je. Penat aku nak keep up dengan dia. Ayah
dengan mak jauh tinggal kat belakang. Dia kata nak naik bas
pergi World Trade Centre utk pergi Pulau Sentosa. Tetiba dia
lintas jalan, rounded a corner, tahan teksi. Eh?
Ohh, OK. Tak jumpa bus stop ekk?
Memula nak naik feri ke Sentosa
tapi apa kelas naik feri? Kat tempat aku pun boleh naik
feri. Haha. So kami naik cable car. Hmm, at
first it sounded fun. Tapi bila aku dah ada dalam cable
car tu baru aku teringat aku ada fobia. Aku gayat.
Mungkin aku dah OK, mungkin aku
terlalu excited jumpa Ika the comel aku tak rasa apa-apa pun ada
entah berapa kaki atas aras laut tu. Aku tak rasa apa-apa
pun bila the cable car swayed left and right sikit-sikit.
OK.
Bila dah sampai Sentosa,
segala-gala serah kat the self-elected tour guide tu.
Tengok tu tengok ni, ambik gambar tu ambik gambar ni, posing
kat situ posing kat sini. Things tourists do, you know.
Sentosa ni tak ada apa pun just
an island cleverly exploited as a tourist attraction.
Seronok jenjalan.
Until...
Until we came upon a mini-theme
park thingy. Si budak Ika ni nak sesangat naik Viking.
Siap hentak-hentak kaki, meronta-ronta macam histeria.
Haha. Takpe kan exaggerate sesikit kan, Ika kan?
Aku tak nak.
Aku tak nak.
Tak nak lah!
OK, maybe just that little
roller coaster thing over there. Looks benign enough.
Wahh, bukan main seronok dia pergi
beli token untuk the Mine Ride tu or whatever it's called.
Anyway, the ride was a bit of an anti-climax. Even for me.
So Ika insisted nak soh aku naik Viking dengan dia jugak.
Mak dengan ayah pun sama.
"Kesian Ika," diaorang kata.
So last-last aku setuju jugak.
Kenapa aku setuju aku tak tau. Sampai sekarang aku masih
tak tau.
Ika gelakkan aku jerit
gila-gila naik bendalah tu.
Cis!
As it turned out, a Viking ride
half an hour after lunch is bad for your health. Lepas
kejadian jerit-jerit bagai nak gila atas Viking tu, ada lagi
satu kejadian. Hmm, sekarang agaknya baru diaorang tau
sebab sebenar aku tak mo naik benda tu. Aku boleh handle
rasa gayat tu (dengan menjerit tak ingat dunia) tapi aku tak leh
handle what comes after that. Urghh...
All things considered, that was
still one fun (and funny) day. Terima kasih diucapkan
kepada tour guide handal yang meng-sponsor the trip ke Sentosa
tu.
Bow.
Exit stage right.
|