|
hate the way you talk to me
And the way you cut your hair
I hate the way you drive my car
I hate it when you stare
I hate your big dumb combat boots
And the way you read my mind
I hate you so much it makes me sick
It even makes me rhyme
I hate the way you're always right
I hate it when you lie
I hate it when you make me laugh
Even worse when you make me cry
I hate it when you're not around
And the fact that you didn't call
But mostly, I hate the way I don't hate you
not even close,
not even a little bit,
not even at all. October
30, 2002
[7:50 PM]
...(30-5)... "...bagaimana aku bosan
dengan rutin kerja aku sekarang. Bagaimana aku mahu keluar
dari tempat ini secepat mungkin. Bagaimana apa yang aku
idamkan selama ini aku tidak dapat."
Aku tulis ayat-ayat itu Oktober lepas. Sekarang, aku
rasa aku tidak lagi perlu menulis surat itu. Aku pun sudah
mula tidak kisah tentang perkara-perkara itu lagi.
-----
"Eeeiii... happy nya akak sekarang!" katanya
semalam.
Dan malam ini dia ulang lagi ayat yang sama.
Yakah aku gembira sekarang?
(Bila rasa gembira tepuk tangan.)
Entah. Kadang-kadang sukar untuk membezakan antara 'happy'
dan 'syok sendiri.' Apa pun perasaan ini, yang pasti,
aku tak mahu ia berakhir. October
27, 2002
[7:55 PM]
...(30-8)... "We can never see ourselves the way others see us.
Even the mirror shows us in reverse."
Think about it. October
25, 2002
[10:42 PM]
...(30-10)... Rasa-rasa kaulah, kalau aku
cakap aku tak pergi kerja esok sebab aku terlupa, Boss aku percaya
tak?
Letihnya. Sessi menghabiskan wang bonus sudah bermula.
Aku dan empat orang teman ke Pulau
Payar siang tadi. Seronok. Sangat seronok. I
never knew snorkelling could be so much fun! Walaupun
aku tak tahu langsung berenang, cuma diapungkan oleh jaket
pelampung aku sungguh seronok menggedik-gedikkan kaki dan
tenggelam-timbul melihat ikan-ikan kehairanan melihat aku.
Macam berenang dalam akuarium.
Ada orang tulis private message menggelar aku 'a great
writer.' Haha. Seorang penulis yang handal akan
dapat ceritakan pengalaman snorkelling tadi dengan bahasa
paling mudah tapi aku rasa ia sungguh sukar. Kau perlu
laluinya sendiri. Itu baru snorkelling, bayangkan
kalau aku pergi SCUBA diving, mungkin aku akan diserang
sawan akibat terlalu seronok.
Hujung minggu aku kali ini sungguh menyeronokkan. Hujung
minggu depan ada projek lain pula. Tiba-tiba aku rasa mahu
buat macam-macam sebelum Januari.
Januari lagi.
October 21, 2002
[8:29 PM]
...(30-14)... "Tell me princess, now, when did
you last let your heart decide?"
Otak mahu Januari cepat-cepat datang tapi hati kata lain.
Hati tiba-tiba jadi tawar.
Masin macam garam. Manis macam
gula. Masam macam cuka. Pahit macam jadam. Tawar macam apa?
October
20, 2002
[9:34 PM]
...(30-15)... Finally, I lost it.
Pagi-pagi lagi aku dah dipaksa menarik muka masam. Pagi-pagi lagi aku
dah merongakkan pahala puasa aku.
Kadang-kadang aku tak faham staf aku ni. Suka ambil mudah
saja. Kalau apa-apa jadi, siapa yang susah? Mereka juga
yang susah terpaksa melayan bad mood aku.
Aku dapat rasa, minggu ini akan jadi satu minggu yang sangat
panjang. October
1 7, 2002
[10:00 PM]
...(30-18)...
Hujan panas permainan hari...
(senang susah permainan hidup).
Aku isytiharkan bulan ini sebagai 'Bulan Isteri Bermasalah.'
Atau 'Bulan Suami Memberi Masalah.' Depending on how you
want to look at it.
Fauziah (bukan nama sebenar) meng-ambush klinik aku hari
ini tanpa temujanji.
"Saya tak ada tempat nak cerita," katanya sayu.
Okay. Here we go. Again.
Mujur juga tidur aku sekarang sudah lena dan makan aku sudah lalu
(and I haven't screamed at anyone for 8 whole days. Yay!)
jadi aku ada mood untuk terus mendengar kisahnya.
Aku tak boleh ceritakan semuanya. Kisah derita kalau
disimpan, diperam sampai tujuh tahun ambil masa tujuh tahun juga
untuk diceritakan semula.
Penderaan tak semestinya fizikal. Itu saja aku nak
kata. Mungkin minggu depan aku kena tolong dia telefon
MAIK.
October 1 6, 2002
[9:32 PM]
...(30-19)... Minggu ini minggu yang
seronok. Kalaulah hari-hari seronok begini, aku boleh
seronok hari-hari. Maaf, ayat ini redundant.
(Haven't screamed at anyone for 7 whole days. That's 168
hours of no screaming. Uiks.)
Aku cuba untuk tidak berfikir pasal Januari tapi Januari macam ada
di mana-mana, menerjah-nerjah, memaksa-maksa. Aku takut
sebenarnya. Aku takut Januari bukan seperti yang aku
harapkan.
Tapi minggu ini minggu yang seronok. Kenapa rosakkannya
dengan berfikir tentang Januari?
October
15, 2002
[11:00 PM]
...(30-20)... "You know that dream where you're walking down the street naked and everyone is looking at you?"
*
-----
Pada suatu hari di zaman dahulukala, Dr T, senior MO aku pernah
kata macam ni pada aku, "Apa pun jadi kan Max, never marry
suami orang."
Aku telah cuba tapi aku masih tak ingat-ingat juga dalam konteks
apakah kata-kata itu dilafazkan hari itu. Bunyinya macam
nasihat biasa tapi agak pelik memikirkan ia keluar dari mulut
seorang lelaki.
-----
"Jodoh," kata A tadi.
"Tapi dia tu orang punya. Tak kan sampai orang punya
pun nak ambik?" B membantah.
"Benda halal. Daripada buat tak senonoh, baik
kahwin," tambah C.
Pukul 4.15 petang. Perbualan terhenti. Masa untuk
pulang.
Macam boleh teka 'kan? A seorang wanita single.
B seorang wanita berkeluarga. C seorang lelaki.
Kalau kau bagaimana?
Bagi aku ini bergantung pada prinsip seseorang. Kalau kau
pegang prinsip 'jodoh' tak jadi hal. Kalau kau pegang
prinsip 'never marry suami orang' mungkin kau akan mengalah
untuk tidak melukakan hati perempuan lain. Kalau kau pegang
prinsip 'memang dah sunnah' hmm... well, mudah 'kan jadi lelaki?
Mula-mula Soal Hati, kemudian Soalnya Siapa?
Mungkin lepas ini kita boleh lengkapkan trilogi ini dengan filem
baru. Soalnya Prinsip.
-----
Aku sedang mencari VCD *Sleepless in Seattle.
Aku nak juga. Aku tak kira. Tak tahu di mana nak cari
lagi. Di Seattle, mungkin?
October
13, 2002
[10:32 PM]
...(30-22)...
"Fitnah itu lebih buruk daripada pembunuhan."
(Al-Baqarah ayat 191)
-----
Puan X dimasukkan ke wad aku minggu lepas. Dia mengalami
perdarahan. Dia tidak mengandung. Haidnya sudah
berlanjutan selama hampir 3 bulan. Aku lakukan D&C untuk
dapatkan sampel tisu. Dr ML benarkan dia pulang sehari
kemudian.
Puan Y, seorang penganyam ketupat yang terkenal, bekerja di
hospital aku tapi di unit lain. Y tinggal sekampung dengan X
dan suaminya Z. Y tahu sedikit sebanyak tentang penyakit X
daripada perbualan tidak formalnya dengan staf wad di mana X
berada. Dia pulang ke rumah bercerita kepada jirannya yang
isteri Z mengandung 3 bulan dan aku buat D&C sebab dia
keguguran.
Are you following this? Good. Masalahnya X dan
Z baru kahwin 1 bulan lebih.
Pagi tadi Z datang ke bilik aku, marah-marah. Keluarganya
mahu tahu anak siapa yang isterinya kandung. Betina jenis
apakah X, mengandung anak luar nikah. X suruh aku terangkan
perkara sebenar. Jadi aku terangkan perenggan pertama itu.
Z tak percaya. Dia kata aku tipu. Dia kata aku
berpakat dengan X merahsiakan perkara sebenar daripadanya.
Aku ulang lagi perenggan pertama. Dia kata aku tipu sebab Y
kata hitam. Keluarganya kata hitam. Orang kampung kata
hitam. Aku seorang yang kata putih.
Aku bosan. Tolong jangan buang masa aku.
"Now macam ni. Awak percaya kat isteri awak
tak?"
"Doktor mencabar kelelakian saya tanya soalan macam tu!"
Cara dia bercakap macam nak ajak aku bertumbuk di ruang letak
kereta, pukul 4 lepas waktu pejabat.
"Awak belum jawab soalan saya. Awak percaya kat
isteri awak tak?"
"Tak!"
Kalau orang yang kau sudah tidur sebantal, makan sepinggan kata
dia tidak percayakan kau, apa lagi yang tinggal?
Aku rasa dia menghancurkan hati seluruh kaum Hawa dengan jawapan
itu. Pukul empat, lepas pejabat, parking lot.
Jom.
Perbincangan itu akhirnya tergantung. Kepala batu.
Minta dijauhkan aku dapat suami macam tu.
-----
Beginilah, kalau kau tidak tahu kesahihan sesuatu berita lebih
baik kau diam. Menyebarkan berita palsu itu fitnah.
Fitnah itu bunuh. Kalau yang kau bunuh itu sebuah
perkahwinan, sanggup kau tanggung dosa meruntuhkan masjid?
Tapi isu yang lebih besar ialah tidak menghormati patient
confidentiality. Bercerita tentang hal peribadi pesakit
dengan pihak yang tidak berkenaan. Kalau pun benar X
mengandung luar nikah apa hak kau untuk menghebahkannya keliling
kampung?
Z jadi tidak percaya dengan X. Aku jadi tidak percaya dengan
staf aku. Hari yang mengecewakan. October
11, 2002
[11:52 PM]
...(30-24)...
When I'm awake you're never there
But when I sleep
you're
e v e r y w
h e r e
...
October
9, 2002
[8:03 PM]
...(30-26)...
Ooo... mimpi yang terindah
jelmalah dalam nyata...
"...Januari,"
kata suara dalam corong telefon.
"Januari?" aku pula ulang. Macam aku ada
masalah ENT.
Januari.
Aku tunggu Januari dalam debar. Sudah bersediakah
aku? Januari 2003. Tahun baru. Hidup baru.
Insya-Allah.
|