November
21, 2003 [9:35 PM]
"Love is
loving someone no matter what their faults in a blind and
unconditional way, such as the love Tony Blair has for George
Bush." ~ Hugh Grant
Aku suka. Suka sungguh aku.
-----
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku...
Seperti biasa, aku tak ada baju raya. Ada sepasang kebaya
yang aku belum pernah pakai, yang aku ingat sesuailah untuk
dipakai di pagi raya... tapi... tisu mana, tisu? Sedih.
Baju itu sudah longgar.
Hari Selasa lepas aku timbang berat badan, susut lagi satu
kilogram. Masa aku buat kebaya itu berat aku empat kilogram
lebih berat daripada sekarang. Ukurlilit pinggang aku 2 inci
lebih daripada sekarang. Dalam 8 bulan, aku hilang 4
kilogram. Aku boleh masuk iklan Smartshop dan Kayla.
-----
MRCOG Part 1 lagi 3 bulan. Apa aku buat mematuk keyboard ni?
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
November
13, 2003 [8:16
PM]
Adakah lagi orang
yang mahu membaca jurnal aku ini? Peduli apa.
Dapat kad raya pertama aku hari ini. Tak tahu nak rasa
gembira atau sakit hati. Kalau betul dia nak menjalinkan
semula tali persahabatan yang dah lama terputus kenapa tak
sertakan alamat atau nombor telefon? Sama saja dengan
panggilan telefonnya tahun lepas, sekadar meninggalkan pesan, "Just
tell her I called."
Peduli apa. Peduli apa. Peduli apa.
|