![](https://maxolon.tripod.com/1x1.gif) |
omewhere over the rainbow
Way up high
There's a land that I heard of
Once in a lullaby
Somewhere over the rainbow
Skies are blue
And the dreams that you dare to dream
Really do come true
Some day I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far behind me
Where troubles melt like lemondrops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me
Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly
Birds fly over the rainbow
Why then, oh why can't I?
If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
W h y , o h w h y c a n ' t I ?
November
27,
2002 [10:06
PM]
...raya... Duit raya. "Kak, office pesan turun ambik cek," kata Dr MZ setibanya
aku di Bilik Bersalin pagi tadi. Wah! Duit raya macam inilah
yang aku mahu. Duit raya dalam sampul hijau tu cuma untuk
budak-budak.
Tapi cek itu berpalang. Tak patut.
-----
Baju raya. Kenapa orang tak percaya aku tak tempah
baju untuk hari raya tahun ini? Kalau dulu-dulu zaman aku
masih kanak-kanak, memang aku tunggu raya datang sebab aku akan
dapat 2 pasang baju baru. Satu baju kurung, satu baju
'gown.' Tapi sekarang alhamdulillah, rezeki aku dah murah
sikit. Aku tak perlu tunggu raya untuk beli baju. Aku
pun sudah banyak baju baru.
Lagipun, raya sudah hilang keistimewaannya. Aku tak pasti
kenapa.
Apa yang aku
pakai di hari raya nanti itulah baju raya aku.
-----
Kuih raya. Hari ini ada satu. Satu
haribulan depan satu lagi. Tiga haribulan lagi satu.
Tiap-tiap kali menjelang raya, ada saja persatuan yang akan
menyumbang kuih raya. PEKIDA (Persatuan Kebajikan Islamiah
dan Dakwah) datang melawat hospital pagi tadi membawa sumbangan
hari raya untuk pesakit. Kuih rayanya sebekas saja.
Selebihnya dalam mini-hamper itu aku tengok ada macam-macam yang
tak bertemakan hari raya. Teh Herba. Kopi Kuat.
Air Herba Madu. Gel Gamat. Minyak Angin Gamat.
Mungkin ada syarikat yang taja.
Ada wartawan akhbar. Ada pemberita dan jurugambar RTM.
Tapi tak ada gambar aku.
-----
Kad raya. Kelakar. Nama aku bukan 'Dr Max' dan tempat
kerja aku bukan 'Bahagian Beranak, Hospital Besar ********' tapi
kad raya itu sampai juga. Terguling-guling aku gelak depan pigeon
hole di unit pentadbiran. Aku tahu dia pengikut berani
mati fanatik jurnal ini, tapi kad raya itu sungguh di luar
jangkaan. Terima kasih.
-----
Pilihanraya. Hospital tempat aku bekerja ini
sudah beroperasi sejak penghujung tahun 1995. Tetapi belum
dirasmikan. Sudah tujuh tahun tapi belum dirasmikan.
Ada bahagian hospital ini yang sudah hampir roboh tapi belum
dirasmikan. Tiba-tiba hari ini aku dan ketua-ketua unit lain
dipanggil ke Mesyuarat Perasmian Hospital. KDYMM Sultan telah
berkenan merasmikan hospital ini pertengahan bulan Februari
depan. Disember/Januari, proses terakhir audit MAMPU untuk
ISO 9002. Februari mahu siapkan untuk perasmian pula.
Terlalu suntuk. Ada desas-desus mengatakan ini ada kaitan
dengan pilihanraya umum yang mungkin diadakan tahun
depan. Tak mahu masuk campur. Politik bukan
bidang aku.
Sayangnya Februari datang selepas Januari.
-----
Jalanraya. Rimas aku nak keluar ke pekan
sekarang. Ramai orang ambil kesempatan berniaga di
bulan puasa ini. Jual kuih. Jual minuman. Jual
lauk-pauk. Jual tembikai. Depan masjid. Depan
rumah. Bawah pokok. Atas kotak kayu. Atas meja
senget. Atas tikar. Semuanya boleh dijumpai, di tepi
jalan.
Ramai orang ambil kesempatan membeli. Beli lepat
pisang. Beli air jagung. Beli kerabu mangga.
Semua orang beli dari peniaga-peniaga tepi jalan ini dan semua
orang meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan. Double
line, tak double line. Letak ikut suka.
Rimas aku tengok.
-----
Pasaraya. Kalau dah jualan murah sepanjang
tahun, apa yang murahnya? Mula-mula jualan Mega lepas tu
tukar kain rentang depan kedai jadi jualan ulangtahun kemudian
tukar lagi jadi jualan cuti sekolah, jualan murah deepavali, pesta
ramadhan, jualan murah hari raya. Jualan Mega, Karnival
membeli-belah. Jualan ulangtahun lagi. Berapa kali
ulangtahun boleh disambut dalam setahun? Tapi orang pergi
juga, beli juga. Aku tengok stok lama, harga sama juga, tak
turun-turun tapi orang kata mesti pergi, mesti beli. Jualan
murah.
Aku pergi. Beli kad raya 10 keping. Balik.
-----
Bunga raya. Bunga raya ialah bunga
kebangsaan negara kita, Malaysia. Tak 'kan kau tak tahu?
November
22,
2002 [9:36 AM] Takziah
kepada keluarga Tan Sri Ismail.
-----
Tertidur depan televisyen semalam. Batman Forever menonton
aku.
Mimpi. Pelik.
Aku tengah tunggu waktu berbuka. Tiba-tiba aku rasa mahu
keluar ambil angin. Aku keluar. Jalan. Jalan
lagi. Aku sampai di rumah sewa aku di Glamis Place.
Aku nampak sungai. Matahari hampir terbenam. Aku mahu
segera pulang dan berbuka. Aku jalan. Jalan
lagi. Aku nampak pasar hari depan Whitechapel tube.
Aku lintas jalan tapi aku sampai di HMV Oxford Street. Aku
patah balik tapi aku masih berjalan mengarah ke HMV Oxford
Street. Aku pusing lagi. HMV Oxford Street.
Pusing lagi. HMV. Pusing lagi. HMV. Hari
semakin gelap.
Telefon berbunyi. Aku terjaga.
-----
Cerita Esah tergendala. Aku tak tahu apa ending yang
sesuai. Haruskah Esah, yang sudah hilang akal, mencium
seekor katak puru lalu ia bertukar menjadi putera raja? Atau
Esah termakan epal voodoo, koma beberapa tahun sebelum
diselamatkan oleh seorang putera raja, dengan hanya satu
ciuman?
Entahlah.
Sukar untuk berlaku adil kerana aku belum ada pengalaman
sendiri.
Pengalaman orang lain mengajar aku, hidup bukan macam cerita
dongeng. Putera raja pula yang bertukar menjadi katak puru,
setelah mendapat ciuman. Atau puteri, setelah dicium, pula
yang lebam, bengkak dan koma. Wajarkah?
Aku akan sambung juga cerita Esah. Bila aku sudah tidak sceptical.
Nanti. Bila-bila.
November
17, 2002 [11:00
PM]
Telah bersabda Rasulullah (s.a.w), "Menjadi suatu
keajaiban bagi orang yang beriman, semua perkara yang berlaku ke
atas dirinya adalah baik. Sifat ini hanya dimiliki oleh
orang yang beriman, sekiranya dia beroleh kegembiraan, dia akan
bersyukur. Ini adalah suatu perkara yang baik bagi
dirinya. Sekiranya dia dilanda kesusahan, dia akan
bersabar. Maka itu adalah suatu kebaikan
baginya." [Riwayat Ahmad.]
-----
Lima beradik mati lemas di Air Terjun Batu Pecah. Bayangkan,
sekelip mata kau hilang lima orang anak. Kalau kau tonton
Buletin Utama semalam (baca: kalau kau tidak berterawih semalam),
kau boleh lihat si ibu mengusap-usap kepala salah seorang anaknya
yang telah meninggal.
"Adik... Adik... Awat Adik jadi lagu ni?"
Hati mana yang tak tersentuh menonton siaran berita itu?
-----
Aku dikejutkan jam 4.05 pagi tadi untuk 'bersahur' di OT. Fetal
distress. Bayi lemas dalam kandungan.
Skin-to-baby time hanya 3 minit, tapi menunggu semua staf
on-call berkumpul sebelum Caesarian dapat dimulakan ambil masa
hampir 45 minit. Suatu keadaan yang biasa di sini kerana
staf tidak semuanya tinggal dalam kawasan hospital. Bila
bayi lemas, kau tak mahu 45 minit untuk duduk saja. Dalam
keadaan kritikal sebegitu, nyawa bagai telur di hujung
tanduk.
Bila keluar, dia sudah kelabu. Bukan lagi biru.
Kelabu. Pucat. Lembik.
Berhempas-pulas Dr F dan Dr Y cuba selamatkan dia sementara aku
selesaikan Caesarian. Namun dia tetap lembik dan
kelabu.
"Misi, anak saya selamat?"
Aku rasa aku mahu namakannya Siti Aminah. Siti Aminah
dilahirkan jam 5.10 pagi. Disahkan mati jam 8.30 pagi.
We were forty-five minutes too late, Izrail just won't wait.
-----
Tengahari aku ke Bilik Bersalin, dipanggil untuk membuat ultrasound
scan.
Apa ni? Berapa kematian boleh kau tangani dalam sehari?
"Maaf..."
"Dua belas tahun, doktor. Saya tunggu 12 tahun.
Lapan tahun dengan suami dulu. Empat tahun dengan...,"
dia ragu-ragu untuk menghabiskan ayatnya.
Aku hanya mengangguk tanda faham.
Peduli apa itu anak luar nikah? Dia nampak sungguh sedih dan
terkilan. Anak yang ditunggu-tunggu, dinanti-nanti sudah
disahkan mati dalam kandungan. Cuma sempat hidup 28 minggu,
menendang-nendang kemudian senyap.
"Anyway, happy belated birthday," katanya bila
terpandang nombor kad pengenalan aku.
Aku cuma tersenyum tawar. How ironic.
Birth. And death. Two ends of a spectrum.
-----
Al-fatihah buat ketujuh-tujuh roh yang telah
dipanggilNya. Semoga tenang bersemadi di alam sana.
November
15,
2002 [10:30 AM]
It was like a
dream
but I wasn't asleep.
Sunyi.
Sudah terlalu biasa Esah beriuh-rendah di rumah dengan keluarga.
Bila dia ditukarkan ke desa terpencil ini, hidup tiba-tiba jadi
sunyi. Berjalan seorang, makan seorang, bercakap pun
kadang-kadang seorang. Segala-gala jadi canggung.
Serba tak kena.
"Apa ni Chah? Sampai hati kau, transfer tak
cakap kat aku!"
Dib. Kawan baik, teman serumah masa sama-sama di kolej
kejururawatan. Sekarang masing-masing sudah turun dari
awang-awangan, sudah di alam nyata, bukan lagi bergelar pelajar.
Dib di utara, Esah di selatan.
Tapi bukan jarak yang jadi pemisah.
Hati.
Kata hati, Dib sudah di alam lain. Kata hati lagi, Dib tak
akan berminat lagi dengan burger dan kentang goreng, dengan
jalan-jalan di pusat membeli-belah, dengan bicara tentang sunyi.
"Muntah teruk sangat Chah. Esok-esok kau mengandung
barulah kau tau," celoteh Dib dalam corong telefon.
"Kau bagi nombor baru kau kat aku, Dib. Nanti boleh aku
call kau bila-bila."
-----
Namun 'bila-bila' tidak juga datang. Esah biar 'bila-bila'
dalam buku telefon, berkawan dengan pijat.
Kata hati, Dib sudah di alam lain.
Dib, dan semua yang lain.
Jodoh pertemuan bukan kita yang tentukan. Kerja sendiri tak
terbuat, mahu fikir tentang kerja Tuhan. Sia-sia.
"Cermin muka kau tu, Chah. Umur macam ni, kau nak fikir
tentang kahwin?" jerawat di pipi Esah menempelak dari dalam
bayangan di cermin.
Mungkin mahu membalas rasa sakit dipicit nanahnya.
Tiga bulan lepas, umur Esah masuk 32 tahun. Perempuan, kalau
sudah 32 tahun tidak kahwin-kahwin juga itu tanda tak ada orang
yang mahu. Perempuan, kalau sudah terlepas 'tarikh luput'
harus belajar hidup sendiri. Harus belajar hidup sunyi.
"Aku pun ada juga terfikir macam tu. Aku ada regular
income kan? Aku ada lesen, ada motorsikal untuk ke sana
ke mari. Ada rezeki aku, esok-esok pakai kereta pula.
Aku boleh ambil loan, beli rumah. Tak perlu yang
besar-besar. Setakat muat aku seorang, jadilah. Aku
tak kahwin pun, bukannya aku menyusahkan orang, kan?" Esah
melayan cermin bercakap.
Gila kau Esah, bercakap dengan cermin.
-----
[bersambung...]
November
6, 2002 [11:30 AM]
...men hunt and women gather...
The odds of going to the store for a loaf of bread and coming out with ONLY a loaf of bread are three billion to one.
[Erma Bombeck]
-----
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun hari ini baru 1 Ramadhan, bahang hari raya sudah lama
terasa.
Bayangkan, sampel kuih raya sampai ke tempat kerja aku pada awal
bulan Oktober. Kebanyakan kedai jahit di pulau ini
mempamerkan tanda "Tempahan Hari Raya Ditutup" sejak
pertengahan Oktober lagi. Kad raya lebih banyak daripada
kad Deepavali. Orang ramai dari tanah besar datang
silih-berganti ke pulau untuk membeli-belah barang-barang
'keperluan' raya. Balang kuih. Alas meja.
Sarung kusyen. Set meja makan. Melamine. Queen
Anne. Corningware. Visionware. Underwear.
Dekat-dekat nak raya ni, memang seronok jadi perempuan.
-----
"Eeeiii... banyaknya. Kena ke beli semua tu?"
Aku suka shopping dan suka perhatikan gelagat
orang ber-shopping. Yang lelakinya
mencangkung di kaki lima, hidung kembang kempis menghembus asap
rokok, bersembang sesama saudara senasib sementara yang
perempuannya berjuang di dalam kedai. Satu-satunya lelaki
yang kelihatan tersenyum ialah tuan punya kedai.
Lupakanlah pasal berenang di lautan api, merentasi ranjau
berduri, kupetik bintang di langit, kuanyam buih di lautan semua
tu. Kau nak uji kesetiaan lelaki, kau bawa dia ber-shopping!
Membeli-belah, sebenarnya subjek menarik untuk dikaji dari segi
psikologi gender. (Eh! jangan menguap, dengar
dulu.)
Lelaki. Okay, lelaki kalau hendak membeli barang akan
pergi ke mana-mana kedai, terus ke bahagian di mana barang itu
dijual, ambil yang dirasanya sesuai dan bayar di kaunter
pembayaran.
Tetapi perempuan tidak.
Perempuan akan menjadualkan satu masa untuk keluar membeli
barang yang dikehendaki. Mungkin ajak 2-3 orang kawan
sekali. Pergi ke kedai. Tengok.
Belek. Banding. Pergi ke kedai lain.
Tengok. Belek. Eh! tengok tu... ada jualan
murah. Belek. Pegang. Letak balik.
Singgah minum di kafetaria pusat membeli-belah.
Sembang. Tengok-tengok majalah di kedai mamak. Beli
gula-gula. Pergi balik ke kedai tadi atau kedai
lain. Belek. Cuba. Letak balik. Beli
barang lain yang sebenarnya tak dirancang untuk dibeli.
Balik rumah. Fikir. Pergi balik kedai itu pada waktu
yang lain. Belek. Belek yang lain.
Beli.
A-hah! Beli.
Tapi, tak habis lagi di situ. Balik rumah cuba depan
cermin. Bawa ke tempat kerja. Tunjuk pada
kawan-kawan. Banding harga dengan kawan-kawan yang ada
barang yang sama. Kalau ada yang lebih murah, pergi ke
kedai itu pula dan beli benda yang seakan sama dengan harga yang
lebih murah. Balik. Cerita pada kawan-kawan.
Okay?
Itu baru namanya shopping. Orang lelaki tak akan
faham konsep membeli-belah ni tau. Orang perempuan membeli
bukan sebab 'kena' beli semua barang tu. Pertukaran duit
dengan barang itu cuma perbuatan simbolik. Membeli-belah
itu sebenarnya satu 'acara sosial.'
(Pakar psikologi berpendapat perbezaan atitud terhadap aktiviti
membeli-belah ini berpunca daripada Zaman Batu lagi di mana kaum
lelaki keluar memburu dan membawa balik hasil buruan
kepada keluarga. Kaum wanita pula tidak memburu,
sebaliknya mengutip buah-buahan, ulam-ulaman untuk dijadikan
makanan. Men hunt, women gather. Menarik
bukan?)
-----
When women are depressed, they either eat or go shopping. Men invade another country. It's a whole different way of thinking.
[Elaine Boosler] Yang
di atas itu cuma gurauan. Selamat menjalani ibadah
berpuasa. Dalam kita berseronok membuat persiapan untuk
hari raya, janganlah kita lupa tujuan asal kita. Hari raya
hari untuk kita meraikan kejayaan kita memerangi nafsu sebulan
di bulan Ramadhan. Tingkatkan keimanan dan keinsafan
semoga ibadah kita diter ima
Allah. Insya-Allah.
November
4, 2002 [12:00 AM]
...(30)...
Thirty.
(...and none the wiser.)
November
3,
2002 [11:32
PM]
...(30-1)...
"...baru ni akak bersalin, akak balik dari
KL tapi tak sempat nak balik kampung. bersalin kat
hospital besar so hilang peluang akak nak bersalin di tangan
Max..frust pun ada :) Sebelum tu akak dah call hospital
sana..diorg kata kalau akak balik pun Max tak ada masa tu Max ada
kursus ke apa ntah..."
Aku rasa macam selebriti. Aku sudah ada stalker.
(Maaf, Kak H. Saya salin semula emel Akak tanpa
kebenaran. Saya rasa bahagian terakhir tu sungguh kelakar.)
November
2, 2002 [11:32
PM]
...(30-2)...
Kalau bercakap tentang penyakit kronik apa yang
kau fikir? Darah tinggi, kencing manis? Penyakit
hati? Barah? AIDS? Kau pernah dengar tentang endometriosis?
-----
"Tapi isteri saya memang macam ni, doktor. Sakitnya
sikit saja tapi buat macam sakit sangat-sangat!" kata suami J
tadi.
Oh! Encik, kalaulah encik tahu bagaimana sakitnya endometriosis...
"Isteri encik kena buat operation. Sekarang.
Segera. Emergency."
Dia terpaku semacam tidak boleh terima bagaimana sakit isterinya
yang 'hanya dibuat-buat' itu perlukan pembedahan. Aku akan
terangkan kemudian.
Dan pembedahan kecemasan itu pun dibuat, segera. Bila perut
sudah dibuka, nah! Berpeluh macam berlari dalam hujan,
mengeluarkan ketumbuhan pada ovari sebesar bola lisut dan
'adik-adiknya' sebesar bola ping-pong. Usus nampak sedikit
radang dengan endometriosis di sekeliling. Usus
melekat ke dinding pelvis. Tiub fallopian melekat ke dinding
rahim. Sebelah lagi bengkak, mungkin sudah tidak boleh
digunakan. Malang, tidak ada spare part. Tisu endometriosis
merata-rata. Pada rahim. Pada pundi
kencing.
Dr F cuma melihat aku geleng-geleng kepala. Hendak menolong,
itu bukan kerjanya.
Tuhan saja yang tahu sakit yang J tanggung selama ini.
Tuhan saja yang tahu sakitnya esok bila aku beritahu semua ini
padanya. Dan bila aku beritahu setelah 8 tahun menunggu
untuk hamil, lebih baik dia lupakan saja kerana peratusan hamil
hampir sifar.
-----
Lepas kerja, hantar kereta untuk diservis.
Mekanik geleng-geleng kepala mencari punca bunyi 'renggg, rengggg'
dari kereta aku. Sekejap salahkan belting.
Sekejap salahkan aircond bearing. Akhirnya dia
menyerah kalah.
"Takpalah kak. Itu bunyi tube bawah kereta.
Tak kacau punya," kata AC si budak pomen.
Mungkin kereta aku pun ber-endometriosis. Sakit tapi
dikata orang pura-pura sakit. Tak ada apa.
-----
Akhir sekali, mungkin kau sudah dengar yang ini.
...A mechanic was working on a Harley, when he spotted a
world-famous heart surgeon in his shop.
The mechanic shouted across the garage, "Hey Doc can I
ask you a question?"
The surgeon, a bit surprised, walked over to the mechanic.
The mechanic straightened up, wiped his hands on a rag and asked, "So
Doc look at this engine. I can also open hearts, take valves out,
fix them, put in new parts and when I finish this it will work
just like a new one! So how come I get a pittance and you
get the really big money, when you and I are doing basically the
same work?"
The surgeon paused, smiled and leaned over, and whispered to the
mechanic,
"Try doing it with the engine running!"...
November
1, 2002
[7:55 PM]
...(30-3)... I dig my toes into the sand
the ocean looks like a thousand diamonds
strewn across a blue blanket
I lean against the wind, pretend that I am weightless
and in this moment
I am happy
I wish you were here
I wish you were here
I wish you were here
I wish you were here.
(I Wish You Were Here ~ Incubus)
-----
Hari Keluarga Unit Dewan Bedah di Pantai PT.
Aku mahu buat puding tapi pada saat terakhir semalam aku dapat brainwave.
Kenapa tidak kekalkan imej anak-dara-malas-ke-dapur dan buat
rojak buah saja? Aku sangka akan diketawakan tapi
rupa-rupanya itu hidangan paling laris. Licin.
Kutip coklat masuk dalam beg. Isi air dalam botol.
Makan buah epal. Bina istana pasir. Baling bola
dalam bakul. Semua acara, aku cuma jadi pemerhati.
Rasa seronok aku sudah diganti dengan rasa sunyi. Ada
sesuatu yang kurang. Aku rasa tidak lengkap.
Acara bertukar-tukar hadiah aku dapat kotak besar berisi wafer coklat, anak patung,
tuala dan bekas penyimpan makanan. Kole kaca bertulis "Hari
Keluarga Dewan Bedah 1 November 2002" yang aku tempah
semalam jatuh ke tangan Dr F.
Petang sepatutnya terus ke air terjun T tapi hari hujan dan kami
pun sudah keletihan. Aku balik ikut jalan tepi Pantai C
untuk lengkapkan satu pusingan pulau ini hari ini. Tidak
seseronok hujung minggu lepas di Taman Laut tapi lebih seronok
daripada berkurung dalam rumah.
-----
November,
Disember,
J a n u a r i .
|