June 27,
2003
[10:14 AM]
segalanya ku diamkan saja
maka hati pun mulalah berkata-kata...
Cincin di jari sudah rasa semakin ketat. Aku sepatutnya
berdarah manis sekarang. Tapi yang aku dapat ialah darah
tinggi. I'm engaged to a Martian. God help me.
June 24,
2003 [6:56 PM]
"We just can't get along," kata aku.
"No! Itu subjektif. Be more specific," tegas Dr NZ.
"Why does he have to be above everybody? Why can't he just
work with us?"
"That's subjective," kata Dr NZ lagi.
Susah jugalah. We medics like to be objective. Semua
benda kena boleh diukur, disukat, dinilai. kalau boleh, dalam
sistem metrik. Memang jelas kami tak sukakan Jack. Tapi bila
Dr NZ minta sebab-sebab objektif, bukan subjektif, cuma ada dua
insiden sebenarnya yang boleh kami berikan sebagai sebab.
"As long as the job gets done, sudah."
Jadi itu penyudahnya. Buat kerja. Lupakan yang lain.
-----
Ada seekor anjing di kawasan rumah aku. Kurap satu badan. Dua
kakinya tempang. Terhencot-hencot berjalan. Bila ada orang
lalu dia pura-pura kejar. Pura-pura saja, nak berlari pun tak
larat. Anjing itu cuma sukakan perhatian yang dia dapat, bila
orang yang di'usik'nya itu berlari tak cukup tanah.
"Dia nak main-main saja, tapi orang tengok dia orang ingat
dia nak tokak," kata Mak.
Entah. Mungkin apa yang Dr NZ kata dalam bilik sembahyang
tengah hari tadi atau mungkin penilaian Mak tentang anjing kurap
itu yang mencairkan keras hati aku. Aku perlu lebih objektif.
Tak perlu defensif sangat. Jack mungkin mahu berkawan. Caranya
saja yang salah, buat kami rasa tercabar dan diperlekeh.
Kami ingat dia nak tokak.*
* tokak = gigit.
June 16,
2003 [6:46 PM]
Budak lelaki pendek berambut kerinting yang selalu ejek aku
dalam kelas itu namanya Fritsos. Tak tahulah. Bagi aku, kalau
nama kau sepelik itu, kau tak patut ejek orang. Yang rambut
perang selalu tidur dalam kelas Mr Watson aku tak ingat
namanya. David Gardner yang tinggi lampai, ketua kelas tidak
rasmi. Eric, separuh cina Malaysia separuh British, selalu
pinjam kerja rumah aku. Robin berbulu mata lentik, suka suruh
Eric pinjam kerja rumah aku. Epi, kawan baik aku budak Hong
Kong. Rendah. Suka duduk meja belakang. Joo, kawan baik aku
budak Korea. Tinggi. Suka duduk meja paling depan.
Kenneth Wong. Kenneth Wong paling aku tak boleh lupa. Kawan
Frit, suka perlekeh aku, Epi dan Joo. Perasan pandai. Sentiasa
berlawan dengan aku untuk dapat markah tertinggi dalam kelas.
Rasa budak perempuan tak patut ada dalam aliran sains. Tapi
maaflah, bukan budak perempuan inilah beb. Budak
perempuan ini akhirnya dapat Walter Knox Prize in Chemistry
tahun 1992. Cek £50 tapi rasa macam lima puluh juta.
Betapa aku bencikan Kenneth masa itu. Tapi aku rasa aku tak
akan ada di sini kalau tidak kerana dia. Aku harus berterima
kasih kepada Kenneth kerana selalu buat aku rasa tercabar dalam
kelas. Kerana dialah aku berusaha lebih kuat daripada biasa
sampai aku dapat keputusan luar biasa dalam semua 4
matapelajaran A-Levels aku. Aku ada di luar London ketika itu,
aku dapat keputusan aku melalui pos. Aku tak berpeluang tengok
mata Kenneth terjojol keluar dari soketnya (kenapa? tak percaya
aa?) masa tengok keputusan periksa di luar bilik
pengetua. Rugi.
Keadaan di tempat kerja aku sekarang rasa tegang. Semua orang
rasa tidak selesa. Murali sudah ditukarkan ke bandar S, secara
paksarela. Tempatnya digantikan oleh Jack (bukan nama
sebenar), pelajar sarjana tahun 1. Perasan bagus. Suka
mengajar itik berenang. Kiasu. Mengingatkan aku pada Kenneth.
Semua orang masuk gear 5, lebih rajin daripada biasa. Semua
orang nak belajar benda baru. Tak ada masa untuk lepak-lepak,
ketawa-ketawa dalam bilik sembahyang lama-lama masa waktu rehat
tengah hari. Semua orang dah ambil serius kelas Dr NZ petang
Isnin. Nak bersaing dengan Jack. Tak mahu kalah. Aku rasa
bagus jugalah ada orang macam Kenneth dan Jack dalam dunia ni.
Baru meriah.
June
4, 2003
[6:06 PM]
Baginda dilaporkan sihat. Kalau ada barah usus boleh
dikata sihat.
Ada orang tidak puas hati. Kerabat diraja dapat layanan
istimewa. Aku tidak kenal kerabat itu secara rapat.
Kali terakhir aku berjumpa dengan baginda, semasa penyampaian
hadiah darjah enam. Aku dapat nombor berapa entah. Aku
angkat tangan minta diampun, terima hadiah kecil dan ucap
junjung kasih. Undur beberapa tapak dan turun pentas.
Baginda simbol institusi Raja berpelembagaan. Baginda Bonda
rakyat Kedah.
-----
"Ni cucu ni," kata orang tua yang aku tidak berapa kenal
itu.
Kepada semua orang yang lalu di luar kubikel kecil aku, dia
beritahu aku cucunya. Dia sepupu nenek aku sebelah Ayah.
Aku terpaksa biarkan nombor 58, 62, 68 tunggu. Aku cari kad
pesakit nombor 71 itu. Dia duduk di kerusi di sisi meja aku.
Beritahu jururawat dengan bangga, "Ni cucu Tokcik ni."
Dia bukan kerabat diraja. Dia kerabat aku. Dia dapat
layanan istimewa juga.
Mungkin ini berat sebelah. Kronisme, nepotisme pada skala
kecil. Ini sudah jadi budaya masyarakat kita. Kau
dapat sesuatu kalau kau kenal seseorang.
-----
"Zuriat itu penting, tapi ada orang yang tak ada anak pun boleh
bahagia," kata Dr MR.
Aku pandang pasangan itu. Mata sang suami terkelip-kelip
macam lampu lip-lap. Muka merah padam cuba memahami
bagaimana sperm wash yang aku buat tidak ada seekor (ekor?)
sperma pun. Rasa serba salah suami turut dikongsi oleh sang
isteri di sebelahnya walaupun aku nampak belon dialog atas
kepalanya tertulis, "Bukan aku yang mandul."
"Dato' J pun tak ada anak," akhirnya sang suami bersuara, cuba
senyum.
Tidak berupaya melahirkan zuriat satu tamparan hebat kepada ego lelaki.
Mengaitkan ketiadaan zuriat dengan keupayaan menjawat jawatan
tinggi dalam kerajaan negeri mungkin cara dia mengembalikan
keyakinan dirinya aku agak.
Aku senyum.
Dr MR cuba mengalihkan topik perbualan. This is too awkward.
Telefon aku bernyanyi-nyanyi ringtone Doraemon.
Wang pos RM50 dikembalikan. Tidak guna mencuba IUI kali ini.
Mereka pulang.
-----
Moving on to something more cheerful.
"Cuba identify ureter. Ingat dak macam mana?" tanya
Boss dengan nada kebapaan yang sangat aku suka.
"Okay. Small Devers, please. Ni external iliac
artery. Ni external iliac vein. There. Ureter,"
suara aku keluar terketar-ketar.
"Right. Good."
Seronok aku. Dapat buat separuh pembedahan TAHBSO hari ini.
Dengan sabarnya Boss mengajar aku. Hilang kehampaan aku
tidak dapat buat IUI semalam dan tidak dapat buat laparoscopic BTL
pagi tadi.
Dan Muz ajar aku dan Wan buat case presentation gaya UKM.
Aku rasa sungguh bersemangat mahu habiskan membaca Davies
dan Dewhurst. Aku mahu belajar lagi dan lagi dan
lagi.