|
June 30,
2002
[10:14 PM]
...good night Ronaldinho... Korea
tak boleh. Senegal, pilihan aku, sudah lebih dahulu tak
boleh. Yang boleh Brazil. Maka kegilaan Piala Dunia pun
tamat.
"Yang bestnya tengok bola ni, bila kaki you rasa
nak terangkat dan tendang bola dalam TV tu," ada orang cuba
terangkan pada aku ke-best-an menonton Piala Dunia.
Entah. I still don't get it.
Aku menonton hampir semua perlawanan dari pusingan kedua ke perlawanan akhir dan Anugerah Pemain Terbaik
aku berikan kepada Ronaldinho.
Skil? Siapa bercakap tentang skil? Aku suka dia senyum
menampakkan gigi kapaknya yang dua batang di depan itu.
Sungguh comel. The best.
June 25,
2002
[11:07 PM]
...Ahn Jung Hwan for Prime Minister?...
Aku naik kereta, hidupkan enjin dan radio pun hidup secara
automatik. Apa hal pula MixFM cakap bahasa melayu?
"Perdana Menteri menghargai sokongan rakyat...," kata
orang dalam radio.
DJ barukah? Aku dengar lagi,
mengesyaki ada satu lagi peristiwa untuk diceritakan pada anak
cucu akan berlaku. Oktober 2003. Aku ingat hari ini,
sekarang, stat.
Aku keluar parking dan memandu ke
pasar. Tak ada orang menangis, melemparkan diri ke tengah
jalanraya sebagai tanda protes dan cubaan bunuh diri pun.
Suasana di pasar aku nampak macam biasa. Rakyat terus
membeli ikan dan sayur untuk dibuat lauk makan malam macam
biasa.
"Aku rasa Korea boleh malam ni," kata
seorang lelaki awal 40-an di depan gerai menjual sayur-sayuran.
Yang
lain-lain mengangguk setuju.
Korea lawan Germany, malam ini,
separuh akhir Piala Dunia.
Okay. Itu pun satu peristiwa untuk diceritakan pada anak cucu juga.
June 23,
2002
[1:52 PM]
...big boys don't cry...
Tahun
2002. Masa tu nenek muda lagi. Nenek baru lepas tengok bola Korea lawan Spain.
Masa tu musim Piala Dunia. Uiii... pandai jugak orang Korea ni main bola kamu tahu?
Korea menang. Korea tahun tu bersemangat betul, maklumlah main tempat sendiri.
Huh? Oh! Nenek lupa. Nenek tadi nak cerita pasal lain ya?
Di mana kita tadi? Haa, nenek baru lepas tengok bolalah masa tu.
Korea lawan Spain. Nenek dah cakap tadi 'kan? Habis saja bola tu nenek geram betullah terus televisyen tu tayang Perhimpunan Agong UMNO.
Apa kelas nenek tengok benda tu? Eh! nenek dulu ada kelas.
Saluran lain pun tayang benda tu. Yang dua lagi ada cerita cina.
Terpaksalah nenek tengok juga perhimpunan tu sambil buat jahitan cross-stitch nenek yang sampai sekarang tak
siap-siap tu.
Apalah punya bosannya hidup nenek mengadap
televisyen tu.
Tak habis-habis asyik mengutuk parti lawan. Hududkah apakah entah modal tahun tu.
Asyik-asyik ungkit kegawatan ekonomi tahun 1998 tu.
Asyik-asyik ungkit pasal perjuangan mendapatkan kemerdekaan.
Kamu tahu pasal tu? Itulah kamu orang muda-muda ni bukan nak ambil tahu hal-hal sejarah ni semua.
Anyway, eh! anyway cakap orang putih pula nenek. Nenek dulu
pandai cakap orang putih walaupun sekolah pakai bahasa melayu,
bukan macam sekarang. Masa tengah bosan tengok PM kesayangan nenek tu berucap, nenek terfikirlah.
Betul ni, nenek terfikir masa tu,
"Tak 'kan dia nak jadi PM sampai mati kot...."
Nenek terfikir macam tu sebab nenek tak boleh bayang dia nak pencen.
Kamu tahu? Masa tu jugalah PM tiba-tiba jadi serius, macam dia dengar apa nenek tengah fikir tu.
Dia tiba-tiba umumkan perletakan jawatan dia dalam parti. Gilakah apa orang tua ni?
Nenek macam tak percaya, Cu. Terkejut nenek. Terkejut beruk, kata orang dulu-dulu.
Terus nenek SMS adik nenek, Tok Cik kamu yang kerja Peguam Negara tu.
Lepas tu nenek SMS 2-3 orang lagi. Macam wartawanlah nenek hari tu.
Huh? SMS tu apa? Itulah, orang sekarang mana pakai SMS-SMS ni semua nak yang canggih-canggih.
Satu jam jugalah mereka berbincang-bincang, pujuk-memujuk PM tu barulah dia tarik balik.
Tak jadilah nak pencen. Suspen nenek masa tu. Uuiii... suspen.
Tapi nenek tak adalah menangis macam orang dalam televisyen tu.
Kalau nenek masuk televisyen nenek senyum, apa pula menangis.
Rugi, semua orang nak tengok muka nenek masuk televisyen.
-----
"Tumit kasut saya patah sebab melutut terlalu lama depan beliau," kata seorang menteri wanita.
"Kalau dia letak jawatan banyak antara kami yang mungkin kena letak jawatan juga,"
kata seorang menteri besar sebuah negeri di utara tanahair.
Okay. Melutut sampai patah tumit kasut, menangis sampai bengkak mata.
Akhbar hari ini mentafsirkan itu sebagai sokongan rakyat yang tidak terhingga kepada PM.
Dalam dunia politik hari ini yang kotor dan penuh taktik untuk kepentingan peribadi, aku rasa kata-kata menteri besar itu yang paling jujur pernah aku dengar.
(Kalau PM turun, tak ada tokoh lain layak untuk ambil alih, rakyat hilang kepercayaan pada parti, pilihanraya
2004 kami kalah dan hilang kedudukan.) Sebab itu menangis sampai bengkak mata, melutut sampai patah tumit kasut.
Secara peribadi, aku rasa dia patut diberi peluang untuk berehat.
He needs his space, so let's respect that. Itu sajalah.
Tak 'kan dia nak jadi PM sampai mati.
June 20,
2002
[8:00 PM]
...dia tak gila...
"Macam mana prosedur nak masuk wad gila?" tanya Ayah
dalam telefon semalam. Dada aku berdebar. Ini tentu
pasal An.
An sakit. Dia meracau-racau, macam orang
hilang akal. Dia tak tidur. Dia cuba larikan diri dari
rumah. Dia panjat keluar melalui siling. Dia ugut mahu
cederakan ahli keluarganya dengan pisau. Sekarang dia sudah
ditangkap polis dan dimasukkan ke wad.
Risau juga bila aku
fikirkan nasib sepupu aku yang seorang ini. An teman
bergaduh aku semasa kecil. Aku pernah sumpah dia jadi batu
tapi sumpah aku tak menjadi. Sungguh kelakar bila aku fikir
balik zaman kanak-kanak aku dengan An. Bila besar kami tidak
rapat sebab sudah tidak ada isu untuk dijadikan bahan bergaduh
tapi dia dan Adik memang 'member kamcing.' Sungguh tak
disangka nasib An akan jadi begini.
Tidak. Dia tidak gila.
Dia
sakit.
June 13,
2002
[1:52 PM]
...18 tahun...
TEMERLOH 12 Jun - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan
hukuman penjara 18 tahun ke atas seorang lelaki berusia 68 tahun
setelah mengaku bersalah merogol cucunya di sebuah rumah pada Jun
tahun lalu sehingga melahirkan seorang anak lelaki. ~ Utusan
Malaysia, muka 27.
"Dah tua
pun bodoh!" bak kata P. Ramlee dalam Madu Tiga.
Lapan
belas tahun sajakah? Umur orang
tua itu sudah
68 tahun. Mungkin mati dalam penjara.
Tapi umur lelaki
ini, yang aku nak cerita ini, tiga-puluhan. Kalau dia dapat
18 tahun, dia boleh insaf atau dia boleh keluar penjara dan buat
lagi. Anak saudara yang dirogolnya mungkin sudah bina hidup
baru atau sudah bunuh diri. Anak hasil dari perbuatan tak
berperikemanusiaan itu sudah umur 18 tahun, mungkin tahu atau tidak tentang
hal sebenar dia berbapakan binatang.
Sedih.
Hari itu
hari terakhir cuti sekolah. Dia bersalin di rumah dibidankan
oleh seorang bidan kampung sebab ibunya tidak mahu orang lain tahu
tentang apa yang telah berlaku di dalam rumahnya. Pukul 4
pagi dia dibawa ke hospital sebab dia perlukan jahitan.
Barulah rahsianya terbongkar.
Dia tidak berani beritahu
ibunya siapa yang membuncitkan perutnya. Dia cuma beritahu
jururawat selepas semuanya sudah selesai. Bapa saudaranya
sendiri. Dalam rumahnya sendiri.
Dia baru 13
tahun. Masih tergamam dengan apa yang berlaku.
"Esok sekolah dah buka," katanya.
"Adik nak pergi sekolah lagi?"
Dia
mengangguk.
Such innocence.
Kami
cuba pujuk ibunya buat laporan polis. Dia masih bawah
umur. Rogol. Sumbang mahram. Ada anak luar
nikah. Ibunya tidak mahu. Perogol itu adiknya.
Dia malu pada masyarakat. Kalau dibawa ke mahkamah, semua
orang akan tahu.
Kami hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat
tapi mereka rasa tak ada isu untuk dibangkitkan. Budak
perempuan itu ada tempat tinggal, ada penjaga. Bayinya
sudah ada orang 'booking.'
Jadi, dia akan dibawa pulang ke rumah itu, di mana
semuanya berlaku, hidup sebumbung dengan perogolnya dan berlakon
seperti tiada apa berlaku. Itukah yang berlaku kepada semua
mangsa rogol? Pulang
ke rumah dan berlakon tiada apa berlaku. Bagi aku lebih baik
mati.
Bayi malang itu perempuan. Diambil oleh seorang
kakitangan hospital untuk dijadikan anak angkat.
Sekurang-kurangnya nasib dia terbela. Bila besar nanti, bila
dia tahu dia hasil dari hubungan yang tidak suci, bagaimana?
Semua orang bising tentang sumbang mahram. Apa hukuman yang setimpal. Gantung. Sebat. Tembak. Jangan lupa tentang mangsa sumbang mahram dan anak yang dilahirkan.
Itu lebih menyedihkan dan perlukan perhatian juga.
June 11,
2002
[8:22 PM]
...tentang cincin dan inai...
Hari pertama bekerja
lepas cuti enam hari.
"Haa... tengok. Tengok inai, tengok cincin," Staff Nurse M,
staf aku, mengusik.
Tak ada. Tak ada cincin, tak ada inai. Aku bercuti
bukan untuk itu. Asal ambil cuti saja, tak ada idea
lain. Mesti itu benda pertama dalam kepala orang.
"Awat cuti kerap sangat?" tanya orang lain.
Memang. Memang sekarang aku kerap ambil cuti. Aku tak
perlu alasan untuk cuti 'kan? Dulu aku jarang-jarang
cuti. Sejak akhir-akhir ini, purata dua minggu sekali aku
balik kampung. Sebab? Sebab aku sudah jemu bekerja di
pulau ini, daripada aku ponteng atau buat kerja ala
Chipsmore sekejap ada sekejap hilang, lebih baik aku cuti
'kan?
Tapi bila orang tanya, aku tak kata begitu. Aku tak mahu ada
orang salah faham dan berkecil hati dengan aku. Jadi, aku
hanya senyum sekaligus menguatkan lagi teori inai dan cincin
mereka. Apa-apalah.
-----
Dua tahun lepas aku
sudah nasihat, dia tak mahu dengar. Sudah, kata aku,
sudah. Sembilan orang sudah lebih daripada cukup.
Suaminya yang buta itu, cari makan menjual kacang di jeti.
Hasil jualan itu campur wang jabatan kebajikan mana cukup untuk
membesar dan menyekolahkan kesemua sembilan orang anaknya.
Dia angguk-angguk. Buat isyarat bayi didodoi-dodoi dalam
ribaannya, kemudian tuding jari arah aku dan sengih menampakkan
giginya yang rongak. Aku tuding pada staf di sebelah.
Dia buat muka marah, geleng-geleng kepala dan tuding aku
lagi.
Dia bisu.
Tapi tidak pekak.
"Saya tak boleh ambik anak ni kak. Nanti dia tak ada bapak, susah pulak,"
kata aku mengelak.
Dia muncungkan mulut, paling arah lain. Merajuklah tu.
Hari ini dia datang lagi.
Mengandung lagi.
Nombor sepuluh.
Aku tak tahu apa nak kata lagi. Aku rasa kasihan. Yang
seorang bisu, yang seorang buta tapi anak-anak elok belaka.
Yang lelaki segak, yang perempuan comel-comel. Tapi sekolah
tak habis. Duduk rumah jaga adik-adik atau tolong ayah ambil
duit daripada pelancong yang mahu makan kacang.
Dia buat bulatan dengan ibu jari dan telunjuk kedua-dua belah
tangan dan tekap pada matanya. Tunjuk keluar bilik.
Cebik bibir bila orang lain yang berkacamata masuk.
"Doktor, dia cari doktor," kata J/M N.
Aku tahu kenapa dia cari aku.
"Uhh! Ahhh... huuu wuuu…," dia cuba
bersuara. Tunjuk-tunjuk pada bayi perempuannya yang bogel,
menggedik-gedik bawah
radiant warmer.
Dia senyum bila aku angkat bayi itu. Tegakkan ibu jari
kanan. Aku agak isyarat itu bermakna aku bagus. Tunjuk
bayi. Tunjuk aku. Sengih.
Aku sudah tolak
nombor sembilan. Sekarang dia mahu bagi aku nombor
sepuluh. Aku? Aku tak boleh bayang hidup dengan
seorang bayi sekarang. Bayi harus datang selepas cincin,
selepas inai. Itu semua lambat lagi.
June 10, 2002
[11:45 PM]
...paging for Dr Max...
"Kak, nanti pukul 10 kejut tengok ER ek?" kata dia dalam SMS.
Aku dah lama tak menonton ER. Bukan sebab ER dan Friends ke udara serentak, tapi aku ada sebab aku sendiri.
Episod pertama ER musim baru ini aku tunggu depan televisyen sebab aku nak tahu juga apa jadi pada Carter lepas dia naik kapalterbang dan menangis di bahu Peter di penghujung musim lepas.
Lepas episod itu aku mula menjauhkan diri dari ER...
Aku tahu ini pathetic. Tapi air mata aku mengalir menonton episod itu. Bukan sebab bayi 22 minggu itu mati (siapa yang menonton episod itu tentu akan tahu), itu sudah jadi biasa bagi aku.
Aku tak dapat menahan air mata aku daripada mengalir sebab dalam episod itu pager berbunyi-bunyi, mencari orang itu orang ini, semua orang sibuk buat kerja.
Aku? Aku ada pager yang tak pernah berbunyi, cuma minta ditukar bateri setiap 4 minggu.
Aku pergi kerja pakai lawa-lawa, gantung stethoscope di leher dan baca suratkhabar sampai tengah hari.
Kan aku dah kata, pathetic?
Aku rindu suasana di hospital besar.
June 9, 2002
[10:03 PM]
...selamat harijadi...
Cuti tinggal dua hari
saja lagi. Esok terpaksa angkat bungkus balik ke pulau
semula.
Hari ini aku berjaya mencungkil biji mata seseorang daripada terus melekat ke televisyen menonton Piala Dunia, untuk bawa aku jalan-jalan.
Walaupun aku menang melalui tendangan penalti dengan menggunakan taktik kotor ala
Rivaldo, aku rasa berbaloi juga percubaan aku.
Harijadi tidak boleh dihabiskan di depan peti televisyen atau bekerja lebih masa di pejabat.
Okay?
June 6, 2002
[2:44 PM]
...bola, bola lagi, lagi-lagi bola...
Dua
puluh dua orang, dibahagi kepada dua kumpulan. Sebiji bola
diperbuat daripada getah, diisi angin sampai jadi sebesar buah
tembikai masak disepak, dilambung, ditanduk selama 90 minit di
atas padang sebesar dua petak sawah. Semua orang sorak,
lompat-lompat, hentak kaki (kadang-kadang kepala) bila bola masuk
ke dalam gol di kedua-dua hujung padang. Big deal.
I still don't get it.
Okay. Gene yang menentukan minat kepada bolasepak mesti
terletak pada kromosom Y sebab kajian mendapati kebanyakan lelaki
memang fanatik manakala golongan wanita, yang komposisi genetiknya
46,XX pula langsung tidak tergerak untuk menonton segala yang
berkaitan dengan bola. (Disclaimer: 'Kebanyakan' di
sini bermakna 'within 2 standard deviations from the mean'
jadi penentuan jantina seseorang berdasarkan pemerhatian ini
bukanlah 100% tepat, dan memerlukan pemeriksaan yang lebih
terperinci.)
So, aku tak minat bola. I will never get it.
Aku
tak kata tengok bola tak ada faedah. Ada.
Aku ingat lagi, masa France 98, masa itu aku Orthopaedic
houseman. Masa itu kalau boleh aku mahu tulis surat pada
FIFA supaya tempoh Piala Dunia berlangsung dilanjutkan kepada 4-5
bulan. Mana taknya, sepanjang sebulan demam bola wad trauma
lengang. Kalau aku
on-call, langsung tak ada kemalangan patah kaki, patah
tengkuk macam biasa. Semua orang tak keluar rumah, duduk
depan televisyen sampai awal pagi. Aku pula boleh tidur
sampai ke pagi, tak ada siapa ganggu.
|