June 27, 2001 [6:34 PM]

...first time...

macam ni rupanya c.c. ye...  Hmm...

PC aku yang best tu rosak.  Or should I say demam.  Aku rasa kena virus yang dah meng-wipe-off seluruh c drive aku.  So I'm writing this in a c.c. di tgh medan perang.  Bom meletup sana sini.  Dahsyat.  Budak-budak ni datang bukan nak masuk internet untuk chatting ke apa.  Jauh sekalilah untuk dapatkan maklumat ilmiah.  Datang nak main war game online dengan kawan yang duduk kat PC sebelah menyebelah.  Hmm... Bayar RM 2.50 utk main game online dengan orang yang duduk dekaaattt je...  What is the point?

Aku datang ni bersebab.  Ada beberapa orang call aku suruh tengok apa hell dah jadi kat guestbook aku, baca email kot-kot ada ugutan bunuh ke apa ke...

Aku malas nak layan.  Malas.

Bukan aku tak kisah.  Aku kisah.

Bukan aku tak care.  Aku care.

Sometimes, kata-kata tak perlu.  Perbuatan juga kadang-kadang tak perlu.  Menjaga hati dan perasaan org tu perlu utk hidup aman damai.  End of story.

June 22, 2001 [8:33 PM]

…MABUK (a.k.a lunch: revisited)…

(AMARAN: Log ini tidak sesuai untuk yang lemah semangat, baru lepas makan atau di peringkat awal kehamilan.)

Aku lama tak update jurnal sebab aku cuti.  Aku cuti daripada bekerja dan aku cuti dari tulis jurnal.  Aku rehat cukup-cukup sebab lepas ni aku kena kerja cukup-cukup juga.

Susah sebenarnya tak update jurnal ni.  Aku naaakkk sangat cerita pasal shopping spree aku dengan Mak, pasal sutera Dubai, pasal tudung bawal.  Aku nak sangat-sangat tulis dalam jurnal lepas Mak Datin ni call aku.  Aku nak sesangat tulis jurnal lepas baca satu entry penuh kontroversi dalam guestbook.  Aku nak cerita pasal phonecall pagi tadi juga tapi kang orang tu tak nak kawan dengan aku pula.  Tapi segala suka ria gelak ketawa, gabra (!), sedih apa segala tu terpaksa simpan le sebab aku dah janji aku nak rehatkan kepala hotak aku serehat-rehatnya selama 9 hari.  Lagipun aku menyampah background gambar teddy aku tak keluar sebab Tripod kedekut.

So sekarang aku dah ada kat pulau.  Selalunya bila time balik aku wish bot tu slow biar aku lambat sampai.  Tapi hari ni aku rasa nak sampai secepat mungkin, kalau boleh dalam sekelip mata.

Meh aku cerita step by step in chronological order:

Bot aku pukul 3.30 ptg – Bahagia 8.  Hmm, bahagianya lah naik bot ni hari ni.

Bot penuh juga hari ni considering sekarang bukan cuti sekolah.  Aku duduk tepi tingkap.  Sebelah aku sorang bibik Indon dengan entah, anak dia ke anak Boss dia.  Sebelah dia ada sorang pompuan lagi.  Bot bertolak lebih kurang 3.35 gitu.  Mula-mula OK biasa je.  Diorang pasang VCD cerita hindustan apa entah aku tak minat.  Budak kecik atas riba bibik asyik main2 dengan beg plastik kosong.  Tu buat standby untuk babak seterusnya lah tu.

Fifteen minutes into the journey, laut jadi bergelombang gila-gila.  Tidak sesuai untuk bot-bot kecil.  Bot melambung-lambung dipukul ombak deras.  Rasa macam naik roller coaster.  Terlambung ke atas pastu bila dah turun balik, perut still kat atas lagi.  Sekali dua steady lagi.  Masuk kali ke-5 aku rasa lain macam dah.  Bibik lak tiap kali bot tu terlambung dia cakap, “Wee… wee…”  Excited pula dia.  Aku rasa macam nak sumbat handphone aku dlm mulut dia, supaya dia diam.

Pukul 4.  Aku tak boleh pandang ke luar tingkap.  Laut nampak macam semakin teruk je bergelora.  Langit nampak macam a grey curtain.  Gelap.  Tapi tak hujan.  Bibik dah diam.

Aku menguap.  Banyak kali.  Aah, aku benci bila aku menguap banyak-banyak kali. Tu dah nak mula la tu…

Then, “Uwekk…”  Budak kecik tu dah keluarkan isi perut dia dalam beg plastik.

Aku pejam mata.  Aku tak mau duduk dalam bot ni.

Peluh pula.  Oh no, dah menguap banyak-banyak kali then peluh gila-gila… tak lama lagilah ni.

Aku buka mata.  Baru 4.05??  Baru 5 minit since the last time aku tengok jam?  Apa slow sangat ni?

Mulut aku dah semakin berair.

Aku pandang laut.

Then, “Uweekk…”

It’s lunch: revisited.  Enough said.

Arghh… just as diaphragm aku mengecut dan oesophagus aku melalui proses reverse-peristalsis untuk mengeluarkan nasi separa-hadam tu, bot bergolek2… aku missed the plastic bag and habislah lengan baju sebelah kanan aku.  And tudung aku.  And seat aku.  Meleleh menitik atas beg aku.

Ohhh… tidak.

Tu baru setengah jam.  Ada lagi sejam lagi pastu.  Tak larat nya… perut lak rasa memulas-mulas.  Aku nak pegi toilet tapi everytime aku bukak mata, aku pening.  Bencinya…  Air-cond pun aku tak rasa dah.  Panas macam apa.  Peluh macam apa.  Sakit macam apa.

Akhirnya sampai juga pukul 4.55 ptg.  Aku turun and memula sekali aku pergi toilet.  Then aku gi beli jeruk mempelam kat luar KFC.  Jeruk on an empty stomach? … hmm, kids don't try this at home.  Then aku tunggu Dr M datang return kereta aku.  Bagus juga dia lambat.  Boleh aku duduk hilangkan mabuk aku kejap.

The drive back was OK though.  Aku tak ada le pening sangat sampai tak nampak jalan.  Singgah Shell, isi minyak.  Balik.  Tukar baju.  Muntah lagi segala jeruk apa kebenda.  Tidur.

Hmm…

Elok juga aku kerja kat sini.  Kalau aku cuma datang untuk melancong, aku tak akan datang lagi dah lepas ni!

Adik, mabuk = euphoria, stupor & comatose? Well, the first 2 aku tak ingat tapi the comatose part was great!

[Life can be nauseating sometimes… and some days are more nauseating than others… *wink*]

June 11, 2001 [9:34 PM]

...I'm not your Superwoman...

"Doktor tak letih ke turun, naik, turun, naik sepanjang hari?" tanya Staff Nurse T pukul 5 ptg tadi waktu aku naik ke wad lepas Mesyuarat Kualiti.

Aku senyum je lah.

Senyum orang letih.

"Doktor Superwoman!" sampuk Staff Nurse Z.

Ooh... ha'ah.  Lupa.

Aku Superwoman.

Semalam aku dah selesaikan semua benda kat wad, yang nak balik, yang baru masuk, yang tak paham cakap Melayu semua ada.  Settlekan Antenatal Clinic.  Then balik semula Labour Room, baru perasan aku dah ter-overbooked Caesarian cases utk hari ni.  Postponed dua kes ke hari Rabu. Nasib baik Dr F tak banyak songel.  Tapi patient dah masam muka dengan aku.

Balik, ingat nak tidur tapi apsal entah bila aku dah letih sangat aku dah tak boleh tidur.

Hari ni OT.  Habiskan 2 Caesarian and kes-kes kecik.  Pukul 1.30, sampai last case air lak tak ada!  Macam mana hospital boleh tak ada air lak ni?  Aku suspect sabotaj.  Postponed case tu ke esok.  Tapi esok ada Gynae clinic.

"OK, kita buat petang esok ye kak?  Nak buat camana, tak boleh nak jangka benda macam ni," aku kata.

Dia senyum sebab dia tak boleh kata apa.  Gigi palsu dia tak ada, dia malu nak bukak mulut.  :)

Petang aku dengan suka hati pegi Mesyuarat Pengurusan sebab aku nak cari excuse untuk duduk.  Duduk, dengar, minum teh, makan sandwich...

"Eh! Doktor Azmi nak buat mesyuarat mortality 23 ni you tau dah?" Pengarah tak semena-mena tanya tengah-tengah mesyuarat. 

We were discussing the new design of our ID cards, apa connection dengan mortality meeting.  Then again, apa connection ID card lawa dengan kualiti kerja?

"Ye?" aku serius tak tau.  Daya telepathy aku kurang menangkap akhir-akhir ni.  Kalau org tak bagitau manalah aku tau.  Hello?

"You cuti bila?  Ada ganti kan?"

"14 sampai 22.  Haa... dah arranged for replacement dah."

Hmm...  Dr T tak ada telefon balik pun pasal replacement aku tu.  Janganlah tak jadi pula.  Selalunya dia phone dulu sebelum fax surat.  Kelakar aku rasa kadang-kadang.  Buat apa telefon just to say, "Darling, I've faxed the letter."

Actually, belum sempat dia nak dial no aku pun fax tu dah sampai.  Teknologi canggih.  Tapi dia kena call just to make sure aku dapat the fax.  Yang canggihnya teknologi tapi steps seterusnya tak canggih langsung sebab manusia juga yang nak kena bangun dari kerusi empuk kat office tu, tinggalkan kopi dan nasi lemak untuk pergi ambil fax tu dari machine, bagi boss sign, fotokopi dan tunggu opis boy balik dari pos opis or pejabat kesihatan, tanah besar, kantin or whatever untuk bagi fax tu kat aku.  So OK, maybe ada eloknya dia call so that aku boleh gi standby siap-siap tepi fax machine tu.

Urghh...

So let's see... esok aku kena buat scan sebab hari ni lepas mesyuarat aku tak sempat.  Then aku kena buat round then aku kena call remind Dr T, then gi run the clinic, habiskan segala jangan tertangguh time aku cuti, then gi ambik Ayah dengan Mak kat jeti, then gi OT habiskan kes tertangguh hari ni plus 3 lagi D&C baru masuk hari ni.  Then Rabu aku kena buat 2 lagi Caesarian yang ter-overbooked semalam tu then hopefully that's it.

Cuti seminggu.

Balik 22, then 23 Mortality Meeting.

Kalau macam ni selalu Superwoman pun pengsan.  Tapi nasib baik tak selalu...  Sekali dalam bulan biru.

June 7, 2001 [10:49 PM]

...cuti cuti Malaysia...

"Doktor, message from operator: call balik Hospital Besar Ext 3**," Bidan L kata as soon as dia nampak aku pagi tadi.

Huh. Dr Asri (bukan nama sebenar) probably nak hantar balik patient molar aku.  Or Dr BV probably nak soh aku follow up yet another patient Combined Clinic dia.  Or Dr NR finally teringat hari ni turn dia datang the non-happening specialist clinic.  Boooo-ring.

"Kak Ani, Hospital Besar!" aku phone operator.

"Rumble, rumble...," kata perut aku.  Tapau bihun goreng dengan pulut pisang aku, aku letak tepi dulu.

"Ext 3** aah doktor, kejap ye...," sedap suara Kak Ani.  Patutlah dia jadi operator.

[static]

"Hello?"

"Hello darlingggg...," kata orang sebelah sana.  "How are you lah darlinggg??"

Hahaha... ni satu-satunya org dalam dunia ni yang boleh panggil aku darling tanpa aku rasa nak termuntah macam orang mengandung sulung.  The fact that dia memang panggil semua orang darling helps a fair deal.

"Dr T... I'm OK aah. Haa, my cuti how?"  ishh, Phua Chu Kang nya... 

"Bla, bla... letter, fax bla, bla... reply bla, bla somebody to cover..," Dr T bebel aje.

[so that's err... what? a yes?]

So gitulah... lepas tu aku dengan senang hati pergi cari Cik Dollah. Hantar borang cuti.  Yeay! Yeay!

"Eh! bihun dengan pulut pisang?" tanya perut aku sayu.  Alaa... all that can wait.

Dalam perkembangan yang berkaitan, aku dah menyesal gila luluskan cuti Dr F hari tu.  Hari ni aku tak pasal-pasal kena surujh Jabatan Laut delay bot penumpang kat jeti so that kes emergency aku sempat naik.  (So sesapa yang hairan kenapa bot pukul 12.30 tadi jalan pukul 12.45 jgn saman company bot, saman aku.)  Tak pasal kena hantar tanah besar utk buat Caesarian.  Dr F tu anaesthetist aku.  Macam mana aku nak buat op kalau tak ada orang nak bagi bius sebab dia cuti?

Tadi kena panggil lagi.

"How?" Dr Y tanya.

"Well, she's not pushing. Forceps or vaccuum... tapi kalau fail, nak Caesar kita tak ada anaesthetist.  Thick meconium... 3 hour journey tau... baby might not make it... I don't know..."

Patient tu tengok aku dengan Dr Y.  Kesian, aku terangkan balik kat dia dalam bahasa melayu.

Last2 took the risk juga.  Got away with forceps.  Sambil buat forceps delivery sambil menyumpah-seranah diri aku sendiri sebab bagi Dr F cuti.  Menyumpah-seranah anaesthetist hospital besar sebab tak datang cover.  Nasib baik OK, kalau tak OK satu hal pula nak cari bot memalam buta ni untuk buat Caesarian kat sana.

Now seperti biasa peha kiri aku rasa nak ter-dislocate.  Happens everytime aku buat forceps.  Dr R boss aku dulu selalu komen posture aku masa buat forceps tak betul, strain peha aku lebih sangat.  Hmm... tapi tak apa, hujung minggu depan aku start cuti seminggu biar orang lain lak sakit peha, sakit kepala...

Cuti?  Uiks! bestnya...

Incidentally, Dr F kerja balik esok so everything including my heart rate should go back to normal. :)

June 3, 2001 [4:45 PM]

...Lucy's dead, isn't she?...

Uwaaaa... Lucy's dead.

Esok cuti.

Aku demam.

Tak matching.

Lucy's dead.

How can they kill Lucy that way?

Urgh! I need a life.

June 2, 2001 [3:31 PM]

...lackadaisical (adj.)...

Came accross this word a couple of days ago in the newspaper and became immediately hooked on it. Lackadaisical (adj.)... half-hearted, unenthusiastic, lukewarm, indifferent.  Hmm... sounds a bit like my life (or the lack of it).

Looked out the window for the 21st time today and found that my car is the only one in the car park.  Uiks!  It's a nice sunny day on the second of a two-day weekend and what did my sorry excuse for a life have in store today?  Yup!  Despite my over-enthusiastic efforts at bingeing on oranges, my one-week old sorethroat decides today is as good as any to turn itself into a full-blown flu!  Great!

So while Agong there celebrates his 75th official birthday, I'm stuck at home nursing my rapidly runny nose and a throbbing headache.  Thank God for Kleenex ® , is all I can say.

Lackadaisical... has a nice ring to it, doesn't it?

Or maybe it's the flu.

Just realised something wicked.  Tommorrow is a working day, right?  And the day after that is yet another public holiday, right?  And I've got a real flu, right?  So I can probably get an MC tomorrow for my recovering flu, right?  And voila! 4 days off!

I'm a genius, right?

Wrong.

Anyway, it's not all snot and cough and spit today.  Managed to half-heartedly finish one chapter of Ganong's and went thru' someone's entire archive.  Awesome!

OK, I need to go and lie down.  The room is spinning somewhat.

June 1, 2001 [2:54 PM]

...been there, done that...

Lamb, W. I Know This Much Is True. London: HarperCollins, 2000.

Go find it, read it and enjoy it.

Aku dah baca and rasa nak baca lagi.  Wow! Jarang aku jumpa novel yang boleh buat aku geram, gelak, sedih... all at the same time.  Aku bagi novel ni 4 bintang!





 









 









 

This site supports: