O
PLACIDLY
amid the noise and the haste, and remember what peace there may be in silence.
As far as possible without surrender be on good terms with all persons.
Speak your truth quietly and clearly; and listen to others, even to the dull and the ignorant; they too have their
story.
Avoid loud and aggressive persons, they are vexatious to the spirit.
If you compare yourself with others, you may become vain or bitter; for always there will be greater and lesser persons than yourself.
Enjoy your achievements as well as your plans.
Keep interested in your own career, however humble; it is a real possession in the changing
fortunes of time.
Exercise caution in your business affairs;
for the world is full of trickery.
But let not this blind you to what virtue there is; many persons strive for high ideals; and everywhere life is full of heroism.
Be yourself. Especially, do not feign affection.
Neither be cynical about love; for in the face of all aridity and disenchantment it is as perennial as the grass.
Take kindly the counsel of the years, gracefully surrendering the things of youth.
Nurture strength of spirit to shield you in sudden misfortune.
But do not distress yourself with dark imaginings. Many fears are born of fatigue and loneliness.
Beyond a wholesome discipline, be gentle with
yourself . You are a child of the universe, no less than the trees and the stars; you have a right to be here.
And whether or not it is clear to you, no doubt the universe is unfolding as it should.
Therefore be at peace with God, whatever you conceive Him to be.
And whatever your labors and aspirations, in the noisy confusion of life keep peace in your soul.
With all its sham, drudgery and broken dreams, it is still a beautiful world.
Be cheerful. Strive to be happy.
January
24, 2003 [10:14
AM]
...and
life, it goes on...
Adik
sudah keluar wad. Dia
dah okay.
-----
Aku rasa ini log terakhir bulan ini. Aku sudah letih.
Lagipun PC aku akan masuk kotak lepas ini. Kotak PC dan
semua kotak lain akan naik lori. Kotak PC, kotak-kotak lain
dan lori akan naik tongkang. Aku akan mula hidup baru,
bersarapan dengan roti Gardenia.
January
22, 2003 [9:22
PM]
...pergilah
januari, pergi jauh...
Tidaklah
lagi perlu aku menulis tentang kejadian itu. Biarlah dia
ceritakan sendiri bila dibenarkan pulang nanti. Aku pun
sudah tidak berminat mengulangi cerita itu setiap kali ditanya, "Adik
doktor accident?" Di mana.
Bagaimana.
Aku bersyukur dia selamat. Bersyukur sangat-sangat.
Aku tidak akan buat apa-apa komen tentang cecair otak lagi selepas
ini. Sumpah. Basal skull fracture with CSF otorrhoea and
rhinorrhoea. Ia telah benar-benar berlaku.
Adik mahu cepat-cepat keluar wad. Dia tidak mahu terlepas
peluang berjumpa Juliana Banos di tayangan perdana Gila-Gila
Pengantin malam ini. Dia okay. Dia okay. Dia
okay. Alangkah baiknya kalau aku boleh benar-benar percaya
Adik okay seokay-okaynya.
Cepatlah Februari. Cepatlah Mac. Bawalah Januari pergi
jauh-jauh.
January
20, 2003 [9:40
PM]
...GCS
15/15...
"Eh Max, sapa yang
accident? You ke adik you?"
"Adik I. MVA. Hari Sabtu. Sekarang kat
HTAR."
"Teruk ke?"
"Head injury. Basal skull fracture. Brain
contusion. GCS 15."
"Fifteen. So, confirm you balik hari ni?
"Insya-Allah. Kalau ada flight, I balik petang."
-----
Alhamdulillah. Aku baru sampai dari KLIA. Aku nak ucap
terima kasih pada semua orang yang tolong adik aku sepanjang hujung
minggu yang macam mimpi ngeri bagi kami sekeluarga ini. Terima
kasih juga pada Dr Y yang sudi mengganti tugas aku sepanjang aku cuti
kecemasan hari ini.
Dan satu lagi. Seolah-olah mahu membuktikan dia OK, aku dapat SMS
ini tadi masa aku baru mendarat di lapangan terbang, "Anak
PM pun mai melawat aku (Maizura Mahathir, junior aku)."
Adik, Adik... Ada di wad dengan kepala retak dan
berbalut pun masih nak berlagak. Definitely GCS 15, sikit
pun tak kurang.
January
17, 2003 [1:40
AM]
... aku yang dulu...
Doktor itu duduk menggenggam tangan pesakitnya. Tersentak
seketika. Sentuhan Raja Midasnya tidak menjadi. Tulang dan kulit. Itu saja yang tinggal.
"Saya boleh bohong, kak. Saya boleh kata saya ada ubat
bagi kak baik balik. Tapi saya tak mau bohong sebab saya tau kak
tau saya takdak ubat macam tu nak bagi."
Rasa janggal, sudah terlalu lama dia tidak gunakan skrip itu.
Tangan itu dilepaskan semula. Longlai.
Aku rasa aku sukakan doktor itu. Aku mahu doktor itu tinggal
lebih lama. Aku mahu berkawan dengannya kerana dia
mengingatkan aku pada aku yang dulu.
-----
Aku ambil masa untuk baca setiap satu case notes Kak Yah
sepanjang 2002. Bukan kerana aku kisahkan sangat pasal Kak
Yah. Pasal aku tak ada kerja lain. Baca semua laporan
makmal, laporan scan. Terjumpa surat-surat rujukan yang ditujukan
kepada aku tapi selama ini Dr MR simpan buat pekasam. Buka semula
buku teks yang sudah lama tidak aku gunakan. Baca tentang FIGO
Staging. Tentang palliative care.
"Doktor tau suami dia dah kahwin lain?" tanya staff
nurse F.
Classic.
January 15, 2003 [4:40
PM]
...bukan
lagi aku yang dulu...
Entah
pukul berapa aku akhirnya tertidur semalam.
Kerja, kalau tidak ada job satisfaction, macam
barah. Merebak. Menular. Memakan dari dalam.
Ini bukan lagi pasal mesyuarat. Ini pasal hati yang
berdarah. Pasal kotak-kotak yang bersusun.
-----
Kebosanan
dan ketidakpuasan hati di tempat kerja setahun-dua kebelakangan ini telah mendorong aku melakukan sesuatu yang aku paling
tidak suka. Menjadi 'doktor hospital kerajaan' yang sejati. Aku rasa malu pada bayang-bayang yang senyum padaku dari dalam cermin
setiap pagi.
"Kau bukan lagi kau yang dulu," katanya setiap pagi,
tanpa henti.
Aku kemam bibir bersalut gincu pada kertas tisu dan berlalu.
Aku bukan lagi aku yang dulu. Yang seronok bekerja. Yang
bangga dapat menyalurkan khidmat aku walaupun tidak seberapa. Yang
boleh pegang tangan orang yang aku tidak kenali, senyum dan memberi
semangat.
Aku memang bukan lagi aku yang dulu. Aku akan, dan boleh,
jadi lebih baik daripada itu. Dua minggu lalu, aku diketemukan dengan
seseorang. Dia telah menunjukkan kepadaku jalan pulang.
January
13, 2003 [10:13 PM]
...sorry I didn't attend the meeting, I was
abducted by aliens...
Aku rasa bersalah menjerit kepada Dr T malam itu
kerana dia tidak tahu buat kerja. Sekurang-kurangnya aku
rasa dia tidak tahu buat kerja. Sebenarnya, itu bukan
kerja dia pun. Doktor, kerjanya menghadiri mesyuarat,
bukan merawat pesakit.
Tahun ini dimulakan dengan Mesyuarat Pengurusan, pukul 2.30
petang 1 Januari. Berlarutan hingga pukul 5.30 petang,
sampai kebas punggung aku. Mujur tidak jadi ulcer.
Ada lima agenda tapi hanya satu yang sempat dibincangkan.
Selebihnya, dihabiskan dengan menghidang bihun goreng dan teh
sambil menjadualkan berapa banyak lagi mesyuarat yang perlu
diadakan sepanjang tahun. Aku macam terkena stroke
sekejap memikirkan kenapa perlu diadakan mesyuarat untuk
menetapkan mesyuarat akan datang. Tapi bihun goreng itu
boleh tahan juga sedapnya. Alhamdulillah.
Hari ini mesyuarat ISO 9002. Aku rasa mahu bangun berdiri
di atas meja dan meniru persembahan Noraniza Idris semalam,
berbunga api segala bagai. Mesyuarat hari ini terlalu
membosankan. Aku rasa macam deja vu. Soal asset
tagging itu sudah dibincangkan tahun lepas di dalam
mesyuarat yang serupa. Ada kuih hijau dengan kelapa parut
di atasnya dan kuih ketayap yang rasanya macam plastik dalam
mesyuarat itu. Aku tahu semua orang ingat mesyuarat
itu. Kecuali pengerusi. Dia berkeras mahu rombak
sistem tagging kepada yang jauh lebih rumit. Kenapa
sekarang? Dua minggu sebelum MAMPU datang mengaudit?
Dua jam lebih bercakap tentang perkara yang tidak perlu
dibincang. Punggung aku rasa macam ada bisul.
Esok ada Mesyuarat Ketua Unit. Tulat, mesyuarat apa
entah. Aku sudah lupa. Tapi memang ada mesyuarat
tulat pukul 2.30 petang.
Aku harap malam ini ada kapal angkasa turun dari langit dan
culik aku bawa ke planet asing. Tolonglah, bawa aku jauh
dari sini.
January
8, 2003 [10:44 PM]
...the coffee's black and my heart is sore...
Sakit. Hati aku sakit. Bagai
disiat-siat. Bagai diracik-racik.
Nasihat sudah. Tegur sudah. Lapor ke pihak atasan
sudah. Semua sudah tapi masih buat kerja main-main, sambil
lewa. Masih tak ambil peduli tentang pesakit. Masih
buat perangai tak apa. Malam ini, silap
besarlah.
Aku rasa belum terlambat untuk aku tambah satu lagi azam tahun
baru. Aku tidak akan menjerit lagi sepanjang tahun
ini. Aku hanya akan baling pinggan-mangkuk dan
kerusi-meja, bergantung pada tahap kemarahan aku.
Ini pesan aku kepada doktor-doktor muda dan bakal-bakal doktor
sekalian, tolonglah jangan hanya bekerja untuk duit.
Tanggungjawab kita terlalu besar. Yang ada di tangan kita
itu nyawa isteri seseorang, ibu seseorang, anak seseorang, bapa
seseorang, saudara seseorang. Kalau nak nama, nak duit,
nak kereta import, rumah banglo pergi buat kerja lain.
Masuk politik. Rompak bank. Anything but not
this.
Ingat tu adik-adik. Jangan bagi akak menjerit lagi.
January
7, 2003 [10:13 PM]
...janji tinggal janji...
Hari ini hari yang penting dalam kalendar
Masehi. Hari ini 25 daripada setiap 100 orang di muka bumi
ini telah mungkir janji. Janji paling besar pernah dibuat.
Janji pada diri sendiri.
Dua puluh lima peratus daripada azam yang dibuat di malam tahun
baru, dimungkiri selepas seminggu. Masihkah kau pegang
janji kau?
-----
Newton's First Law: Any body at rest tends to
stay at rest, and any body in motion tends to stay in motion,
unless acted on by an external force.
Think about it.
January
1, 2003 [12:00 AM]
...it doesn't matter now, no matter what...
Tahun 2002 sudah melabuhkan tirainya.
Sekaranglah masanya. Masa mengira untung-rugi. Masa
menutup buku. Buka yang baru. Tajuk baru, semangat
baru.
-----
"If you think back and replay your year, and it doesn't bring you tears of joy or sadness, consider it wasted."
~ from the show, Ally McBeal.
Bagi aku, 2002 tahun yang baik. Ia mungkin boleh jadi
lebih baik. Ia mungkin boleh jadi lebih baik kalau itu dan
kalau ini tapi permainan 'kalau' hanya membuang masa.
Lebih baik jangan pergi situ.
Bukan tiap-tiap tahun aku
boleh berkata, "Tahun ini tahun yang bagus."
Mungkin tak pernah pun. Tapi tahun lepas memang tahun yang
bagus. Despite everything. (Or because of
everything, even.) Syukur, alhamdulillah.
-----
Tahun 2003 masa untuk mengukuhkan karier aku. Masa untuk
yang remeh dan yang temeh sudah berlalu.
So 2003, come and get me.