![](https://maxolon.tripod.com/1x1.gif) |
dream is a wish your heart makes
when you're fast asleep
In dreams you will lose your heartaches
Whatever you wish for you keep
Have faith in your dreams
and someday your rainbow will come smiling through
No matter how your heart is grieving
If you keep on believing
The dream that you wish will come true
A dream is a wish your heart makes
when you're feeling small
Alone in the night you whisper
thinking no one can hear you at all
You wake with the morning sunlight
to find fortune that is smiling on you
Don't let your heart be filled with sorrow
For all you know tomorrow
the dream that you wish will come true.
December
30, 2002 [5:00
PM]
Make someone happy,
Make just one someone happy;
Make just one heart the heart you sing to.
-----
Kegelisahan yang aku tidak tahu namanya itu sudah
berakhir. Aku rasa aku sudah tahu apa ertinya 'happy.'
'Happy' itu perasaannya bila kau pejam mata untuk tidur setiap
malam dalam keadaan tidak sabar menunggu waktu pagi.
(Thank you.)
-----
Make someone happy,
Make just one someone happy,
And you will be happy too.
December
27, 2002 [3:02
PM]
...cinta tabung uji...
Dunia hari ini kesuntukan masa. Dunia hari
ini berbudayakan mee segera -- cepat dimasak, sedap
dimakan.
Begitu juga dalam halnya cinta. Kalau boleh mahu dibeli di
kedai. Dalam tin, botol atau kotak. Diberi minum pada
gadis/jejaka idaman, bunga cinta pun berputik dan berkembang mekar
dibajai PEA dalam botol atau endorphins dalam bentuk kapsul.
Cepat dan sedap.
Mengapa tidak?
PEA, atau phenylethylamine (rujuk log lalu), memang sudah ada
dijual di kedai sekarang. Malah di stesen-stesen minyak, di
gerai mamak, di kantin sekolah. Ada yang berbentuk kepingan
nipis berbalut kertas aluminium, ada yang berbentuk bebola kecil,
ada yang di dalam kotak, ada yang lebih besar kotak daripada
isinya. Ada yang mahal, ada pula yang murah.
Cokelat sudah lama diketahui umum mengandungi, antara lain, PEA
dan caffeine yang boleh menyebabkan ketagihan. Setiap 100g
cokelat mengandungi 660mg PEA bersama bahan kimia perangsang
lain.
Okay, kalau begitu, hadiahkan si dia cokelat, tahap PEA dalam
badannya meningkat, otaknya ter'tipu' menyangkakan dia telah jatuh
cinta, bunga api, kilat sambar menyambar, kau orang yang paling
bertuah kerana berjaya mendapat hatinya. Hmm... mungkin
tidak.
Walaupun cokelat mengandungi PEA semulajadi, tahapnya terlalu
rendah dibandingkan dengan tahap PEA ketika dilamun cinta.
Untuk menjadikan cokelat ubat pengasih, kau perlukan cokelat dalam
kuantiti yang banyak. Satu kesan sampingan yang nyata:
cokelat dalam kuantiti yang banyak juga menggemukkan.
Sudahnya? Hatinya dapat kaupujuk tapi pinggangnya sudah
sebesar pemeluk. Oops!
Setelah gagal menemui cara menjadikan cokelat ubat pengasih,
saintis kembali ke makmal dan memulakan penyelidikan ke atas
sumber-sumber PEA yang lain. Antaranya, bunga dan
wangi-wangian. Kedua-duanya hadiah biasa diberikan oleh
jejaka kepada gadis pilihan.
Bunga-bungaan dan wangian seperti lavender, jasmine, violets
dengan warna dan bau yang lembut didapati dapat menstabilkan mood
seseorang. Namun, hanya bunga mawar dapat memberi kesan
secara langsung dengan kandungan PEA di dalam kelopaknya.
Walau bagaimanapun, cinta yang terhasil tidak kekal. Ia
turut layu bersama-sama bunga ini. Sama ada bergendang dan
menari dengan pakaian berwarna-warni di taman bunga dapat
meningkat tahap PEA dan menyambung kelangsungan cinta, masih di
peringkat kajian.
Masih tidak berputus asa, saintis kembali lagi ke makmal membuat
pusingan-U. Kalau sumber PEA luar tidak boleh diterima oleh
otak manusia sebagai 'cinta', bagaimana kalau sumber PEA
semulajadi di dalam otak sendiri yang dimanipulasikan?
(See, isn't science interesting kids?) PEA di dalam
tubuh manusia dicernakan oleh sejenis enzim yang dikenali sebagai monoamine
oxidase (MAO). Lawan kepada MAO, MAO inhibitors
(MAOi) telah dihasilkan sejak sekian lama sebagai ubat kepada
penyakit-penyakit seperti Parkinson's, Alzheimer's, kemurungan dan
sebagainya.
Kajian telah mendapati bahawa, dengan mengambil MAOi ini, kadar
pencernaan PEA dalam tubuh manusia terhalang dan tahap PEA di
dalam seseorang yang bercinta kekal tinggi. Percintaan,
sekurang-kurangnya secara teori, dapat bertahan lebih lama.
Tak perlu berhabis wang-ringgit bawa teman wanita menonton wayang
gambar. Tak perlu temankan dia keluar membeli-belah, duduk
saja di rumah menonton bolasepak. Beri dia MAOi, dia milik
kau selama-lamanya. Yeah, right.
Kesan sampingannya terlalu banyak, perlu berpantang pelbagai jenis
makanan yang melawan kesan MAOi. Cerewet. Lebih baik
pergi menonton wayang atau membeli-belah.
Jadi, impian untuk menghasilkan 'cinta di dalam botol' ini
terpaksa ditukar haluan. Para saintis mungkin belajar
daripada bomoh konvensional untuk menghasilkan ubat pengasih
seperti minyak senyonyong. Sekali calit saja, sudah
menjadi. Sejak 50 tahun yang lalu, tok-tok pawang moden dari
barat ini telah berjaya menghasilkan ubat pengasih dalam bentuk
semburan pewangi yang didakwa mereka dapat menarik perhatian
pasangan berlainan jantina.
Rahsianya ialah sejenis bahan kimia, yang digelar pheromones.
Kau pernah tengok semut? Tentulah. Kau pernah tengok
semut berjalan sebaris, menuju ke punca makanan atau balik ke
sarang? Kau tahu kenapa? Semut-semut ini mengikut
pheromones yang dihasilkan oleh semut dihadapannya. Kegunaan
komersil bagi pheromones serangga ini ialah dalam penghasilan
racun serangga bagi tujuan pertanian dan domestik. Kegunaan
komersil pheromones manusia lain pula.
Pheromones dihasilkan oleh manusia, lelaki dan perempuan. Ia
dirembeskan ke dalam cecair badan seperti peluh dan dikesan oleh
satu organ di dalam hidung yang digelar vameronasal organ.
Pheromones bukan bau badan yang tengik dan meloyakan. Itu
lain.
Pheromones lelaki akan menarik minat wanita, begitu juga
sebaliknya. Jadi jangan tersilap membeli pewangi. Yang
membuatkan kita tertarik kepada seseorang lalu merembeskan PEA,
dopamine dan noradrenaline dan jatuh cinta ialah kerana hidung
kita telah mengesan pheromones-nya. Cinta, dari mata hidung
terus ke hati otak?
Pewangi pheromones ini, yang berselerak penjualannya di dalam
dunia internet, khabarnya sangat mujarab. Sejauh mana cinta
tabung uji ini dapat bertahan, kita tunggu dan lihat saja.
Rujukan: pelbagai.
-----
Catatan ini sekadar suka-suka. Lupakan Fererro Rorcher,
sekuntum mawar merah sebuah puisi untuk gadis pilihan di bulan
Februari, dan tok pawang baik yang traditional mahupun yang moden.
Ubat pengasih yang paling mujarab ialah ketulusan hati budi.
Bukan
wang ringgit, bukan harta benda. Jampi pengasih yang paling
menjadi ialah sentiasa berkata benar. Bukan janji manis,
bukan lakonan dengan kata cinta dan lagu rindu.
Ingat tu.
December
25, 2002 [10:02
AM]
...all I want for christmas is you... Masih
tentang cinta.
Cinta pandang pertama. Adakah? Bolehkah? Kau
terpandang seseorang di perhentian bas, dan woosh! panah arjuna
menusuk tangkai hati, masing-masing terpaku lalu jatuh
cinta. Jatuh longkang bolehlah. Lain kali nak
melangkah, mata pandang ke bawah.
Kita bukan hidup di Hollywood atau Bollywood. Di dunia plywood
kita,
hero sukakan heroin tetapi heroin nak tengok muka hero pun tak
lalu. Vice versa. Kalau nama kau Ali, dan gadis
yang kau cuba pikat itu namanya Asmidar kau boleh cuba curahkan
minuman berkarbonat ke mukanya. Kalau kau bukan Ali,
cara ini amat tidak digalakkan.
Bomoh. Ilmu pengasih, jampi
serapah. Minyak senyonyong, minyak dagu. Kemenyan,
sirih pinang. Jangan fikir cara ini kuno. Bomoh
sekarang sudah semakin canggih. Ada laman web sendiri, buat
pesanan melalui emel, hantar gambar gadis/jejaka idaman dalam bentuk
jpeg, bayar melalui Maybank-2-U. Macam tak percaya.
Amaran: cara ini ditegah oleh agama. Banyak lagi cara
lain.
Puisi. Tulis sebuah puisi cinta dengan bahasa
berbunga-bunga. Gubah sebuah lagu rindu
mendayu-dayu. Pusing pokok dua-tiga kali, jemput satu
kampung bergendang dan menari bersama dengan pakaian warna-warni.
Tapi awas! ibu
kau besar kemungkinan bermusuh dengan ibunya atau bapa kau mungkin
berhutang dengan bapanya lalu percintaan ini tidak mendapat restu
keluarga. Hmm...
kalau nama kau Sharukh atau Kajol, bolehlah.
Kalau tak dapat juga, beli saja cintanya. Beri dia wang ringgit, intan berlian, kad
kredit. Toyota Altis. Ford Lynx. Biar kau
makan nasi berlaukkan ikan bilis goreng setiap hari asal dapat
mengabui mata si dia dengan $$. Ada duit, abang
sayang. Tak ada duit abang melayang.
Jadi, apa caranya? Cinta tabung uji.
Bersambung.
December
13, 2002
[12:02 AM]...ada apa dengan cinta?...
"When they are the first thing you think
of when you wake up, and before
you go to bed each night. When the sound of their laughter,
or a flash of their face can make a rainy day seem full of
sunshine. When you feel tension when they're away, and
relief when they return. When their mere presence fills you
with strength, you're in love."
(Been there? Done that? Well done, you.)
-----
Ada apa dengan cinta? Banyak sebenarnya.
Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline dan Endorphins
hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi
bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti
cinta yang kita kenali.
Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata.
Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati.
Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang
luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik.
Terhasillah PEA, Dopamine dan Noradrenaline. Kesemuanya dari
salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai
Speed, sejenis dadah berbahaya.
Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa
berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak
dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup
jadi serba tak kena.
Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar
kawalan. Di bawah sedar.
Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan
penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu
yang menyusukan. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan
akan menimbulkan masalah.
Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak
lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, mengusap,
membelai. I love You, You love I. Maruah pun tergadai.
PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya
hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap
lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini,
menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi
berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya.
Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit (lantas,
ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!)
Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh
lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA.
Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar
ditatap, bantal didakap. Sehari tidak
bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau
sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat.
Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga
4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula
mencari yang lain.
Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia
agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan
hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu
mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan
empat. Yang empat mahu semua.
...and they lived happily ever after. Separately.
-----
(Ada
apa dengan cinta? -- Sebuah kisah cinta biofisiologi.)
Rujukan: pelbagai. Terima kasih kepada Amyz
yang memulakan topik menarik ini di Forum
GJ.
December
12, 2002
[1:27 PM]
...the house with a blue door & a
violin-playing goat...
Sesuatu berlaku, kau orang terakhir yang dia beritahu.
Sesuatu berlaku dan orang pertama yang terlintas di fikiran kau,
orang pertama yang kau mahu beritahu, masih dia. Hanya dia.
Tukar topik.
"Mak tengok sampai habih. Tak tegheyak pun.
Dok tunggu jugak bila la masa nak tegheyak tu," kata Mak,
mengulas Kabhi Kushi Kabhi Gham.
Semalam
aku habiskan menonton VCD Notting Hill. Sedar-sedar,
pipi aku basah dek air mata. Uiks!
Jalan ceritanya biasa saja. Boy meets girl, girl leaves
boy, girl comes back, girl leaves boy again, girl comes back
again, boy turns girl down, girl threatens to go away, boy changes
mind at the last minute and runs after girl, boy gets girl and
they live happily ever after.
Hmm... bukankah semua filem romantik macam itu ceritanya?
Mungkin British accent dalam filem itu yang buat aku
nostalgik. Mungkin juga Hugh Grant.
Classic.
Seingat aku, filem terakhir yang pernah buat aku menangis
ialah A Little Princess. Teresak-esak aku depan
televisyen sewaktu filem ini ditayangkan setahun atau dua tahun
lepas. Kemudian, filem ini ditayangkan lagi selang beberapa
bulan. Aku berjaga lagi, menonton sehingga habis.
Sedih lagi. Menangis lagi.
Ada sesiapa sudi meng-pos-ekspress-kan VCD ini pula pada aku?
("Amboi! Melampau ni...," kata Spyz.)
;Þ
December
11, 2002
[1:17 PM]...bak mimpi diganggu siang...
Kadang-kadang susah, aku rasa susah. Susah untuk cuba
memahami sesuatu yang di luar kuasa pemahaman kita seperti kau
cuba memahami ayat ini yang panjang berbaris-baris, perkataan
bersusun-susun tapi kosong maksudnya.
Kau mahukan sesuatu yang kau rasa kau tak akan dapat. Kau
mula merancang alternatif. Suatu hari, bagaikan di dalam
mimpi, apa yang kau mahukan tiba-tiba terhidang di depan
mata.
Hati yang suka menjadi tawar. Tawar macam air.
Bulan menjadi tahun. Benci menjadi sayang. Sayang
untuk menjamah hidangan, sedangkan itu yang ditunggu-tunggu.
Paradoks.
-----
Aku harus hentikan hobi baru aku mengumpul kotak. Hentikan
semua persediaan dan angan-angan Januari.
"Februari...," kata suara dalam corong telefon.
"Februari?" aku tanya. Macam aku, sekali
lagi, ada masalah ENT.
Januari telah ditangguh ke Februari. Januari cuma sebuah
mimpi yang diganggu siang.
Aku tidak rasa kecewa. Sebaliknya, semacam ada perasaan lega
dalam hati aku. Paradoks yang sukar untuk aku
jelaskan. December
6, 2002
[8:02 PM]
![](h.jpg)
![](d.jpg)
![](a.jpg)
![](l.jpg)
Satu hari di hari raya | Ku lihat
wajah suci ibuku | Ku lihat wajah kasih ayahku | Ku gembira |
Mungkin inilah dia kebahagiaan.
December
3, 2002
[8:32 AM]
...jujurlah pada hatimu...
"I'd like to run away from you, but if you didn't come and find me... I would die."
Hidup, kalau tidak membuat kesilapan, bukan hidup
namanya. Hidup, kalau tidak ada ruang membuat pilihan, bukan hidup
juga namanya. Soalnya, berapa kali kau harus tersilap?
Berapa kali pula kau harus tersilap membuat pilihan?
Januari masih samar-samar. Semakin dekat Januari, semakin
banyak perkara yang menyesakkan benak.
Aku perlukan beberapa jawapan sebelum Januari tiba. Selepas
Januari aku tak mahu ditanya dan bertanya soalan-soalan itu
lagi. Cukup sampai di sini, sayang.
|