April 13,
2003
[10:59 PM]
Doa ketika terjadi penyakit menular.
Ertinya: Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai
kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh kepada Tuhan yang menguasai
alam nyata dan alam tidak nyata, aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup
dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga Engkau hindarkan kami,
ya Allah, daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau maha kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.
-----
Apakah
itu Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)?
Sejak bulan Februari 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah melaporkan berlakunya sejenis wabak penyakit radang
paru-paru (pneumonia) yang teruk di wilayah Guangdong (China),
Hanoi (Vietnam) dan Hong Kong.
Semenjak itu, penyakit yang serupa telah dilaporkan berlaku di
beberapa buah negara lain. Penyakit radang paru-paru ini
dikenali sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).
Penyakit ini mempunyai gejala awal seperti penyakit demam selsema
iaitu demam panas secara mendadak melebihi 38.5˚C, sakit-sakit
otot, sakit tekak, batuk dan sakit kepala. Ini diikuti
dengan kesukaran bernafas, yang mana boleh melarat menjadi radang
paru-paru yang lebih teruk dan boleh membawa maut. Penyakit
ini dikaitkan dengan mereka yang pernah mengunjungi
kawasan-kawasan yang telah mempunyai kes kejadian penyakit ini
atau berhubungan rapat (close contact) dengan pesakit yang
disahkan mengidap SARS.
Apakah punca SARS?
Punca penyakit ini masih belum diketahui.
Bolehkah ia berjangkit, dan bagaimana
ia merebak?
Ya, SARS adalah sejenis penyakit berjangkit dan berbahaya.
Penyakit ini merebak melalui perhubungan rapat/close contact
(pernah menjaga, tinggal bersama atau bersentuh cecair
pernafasan pesakit atau orang yang disyaki mengidap SARS.)
Berapa cepatkah seseorang itu akan
jatuh sakit setelah dijangkiti?
Pada masa ini, tempoh pengeraman/inkubasi (incubation period)
tidak diketahui. Walau bagaimanapun daripada maklumat yang
terkini, jangkamasa pengeraman adalah dijangkakan dalam lingkungan
2 minggu.
Siapakah yang berisiko dijangkiti
SARS?
Individu-individu yang telah melawat negara-negara yang mempunyai
wabak ini atau berhubung rapat (close contact) dengan
pengidap SARS.
Negara manakah yang berisiko tinggi?
Berdasarkan laporan WHO, negara-negara itu ialah Guangdong
(China), Hong Kong, Vietnam. Laporan terkini WHO melaporkan
kejadian yang serupa di Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia
dan Kanada.
Bagaimanakah SARS didiagnosa?
Diagnosa adalah berdasarkan ciri-ciri klinikal, sejarah
perjalanan/lawatan ke kawasan-kawasan yang berisiko atau pernah
berhubung rapat dengan pesakit SARS.
Bolehkah penyakit ini dirawat?
Pada masa ini, tidak terdapat rawatan yang khusus. Namun
demikian, jika anda baru balik dari kawasan/negara yang mempunyai
kes SARS dan mengalami gejala seperti demam selsema, anda haruslah
berjumpa doktor.
Apakah yang perlu saya lakukan untuk
melindungi diri daripada SARS?
Anda dinasihatkan untuk tidak melawat atau melancong ke
negara-negara yang mempunyai kes SARS, kecuali ianya benar-benar
perlu. Elakkan berhubungan dengan kes-kes (pesakit-pesakit
SARS), tetapi jika terpaksa, anda dinasihatkan untuk mengamalkan
kebersihan diri yang baik dan menggunakan alat perlindungan diri
seperti topeng pernafasan (mask) yang sesuai.
Adakah terdapat pelalian/vaksinasi
untuk melindungi diri?
Pada masa ini tidak ada pelalian/ vaksinasi yang khusus untuk
penyakit ini.
Bolehkah saya melancong/melawat negara
China, Hong Kong, Vietnam dan kawasan-kawasan yang mempunyai SARS?
Adalah dinasihatkan supaya anda tidak melakukan perjalanan ke
kawasan-kawasan yang terlibat, kecuali atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan.
(Disediakan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian
Kesihatan Malaysia.)
1. SARS
lagi.
2.
Lagi-lagi SARS.
April 5,
2003
[10:59 PM]
"...Jikalau raja
Melaka hendakkan aku, perbuatkanlah aku jambatan emas satu dan
jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang.
Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh
dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, darah
anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk..."
-----
"Kawin tu judi," katanya spontan, sekaligus mematahkan hujah-hujah
aku yang separuh masak.
Aku tergamam. Bunyinya macam nasihat yang aku sendiri pernah
berikan pada seorang kawan dalam situasi yang serupa.
Kahwin itu satu perjudian. Hidup ini satu perjudian.
"Ada hari untung, ada hari rugi," dia sambung.
Tak ada cincin berlian 18 karat, berkilau-kilau. Tak ada
hidangan istimewa di restoran orang kaya-kaya, dalam samar-samar
cahaya lilin. Tak ada gesekan biola beralun-alun. Dia
tidak melutut di depan aku dengan bunga mawar sekuntum macam dalam
filem-filem Hollywood yang aku suka tonton.
Di sebuah gerai di tepi tasik, dia beritahu aku kahwin itu satu
perjudian dan aku rasa mahu menangis.
Lama juga aku terdiam.
Dia tidak menjanjikan aku apa-apa. Dia tidak janji akan
memintal buih-buih di laut atau mengutip bintang di langit.
Dia tidak janji akan menurut segala kemahuan aku. Dia tidak
janji akan ada bersama aku sampai mati. Dia tidak janji
tidak akan jadi seperti laki-laki lain. Dia tidak janji satu
apa pun.
Di depan aku ketika itu ada seorang lelaki dewasa yang aku sudah
kenal selama 18 bulan, yang sudah menerima aku seadanya dan
meminta aku juga buat begitu terhadapnya.
Aku terharu, kehilangan kata-kata. Perlahan-lahan aku
mengangguk, tanda setuju.
-----
Cincin tersarung di jari manis tandanya sudah.
(Projek Fasa I selesai. Fasa II, insya-Allah, akan menyusul
kemudian.)
April 2, 2003
[12:31 PM]
...got myself together, now I'm ready to sing...
Segalanya berjalan lancar, aku rasa. Yang itu sudah, yang ini
sudah. Yang di sana pun sudah datang ke sini. Yang dicari pun dah
jumpa. Yang aku idam-idam pun aku dah beli. Aku cuma perlu bertenang
sampai hari Sabtu.
April 1, 2003
[10:10 PM]
Aku tak mampu nak memikul senjata turun ke
medan perang. Memikul stethoscope turun ke medan perang pun
sebenarnya aku tak sanggup. Aku tak sanggup mengikat bom di
sekeliling pinggang aku dan berjalan masuk ke White House. Bush
tak mahu dengar cakap PBB, apatah lagi cakap aku.
Aku tidak akan beli jenama Amerika lagi. Aku akan makan
burger Ramli, isi minyak kereta di Petronas, beli VCD Hollywood cetak
rompak dan tonton sitkom tempatan (oh dear!). Mungkin aku
perlu pindah keluar dari Tripod.com. Hmm...
Jom boikot.