Selamat hari raya. Aku sudah habis ganti puasa aku. Ini pencapaian aku yang paling membanggakan tahun ini. Secara teknikal, hari ini hari raya. Makanlah ketupat, kuih-muih yang ada.

-----

Aku bangun lewat. Buka mata terus teringat hari ini ada LSCS. Jenguk keluar tingkap tengok kereta Dr F, anaesthetist aku, masih di bawah. Aku lupa bertanya pukul berapa mahu mula LSCS itu. Aku harap bukan pukul lapan, sebab masa itu sudah 7.52 pagi.

“Mak mentua saya kata kat saya macam-macam. Dia suruh abang tinggal saya sebab saya bawak penyakit...”

Aahh...

Sudah 3 hari aku tanya, baru hari ini dia mahu bercerita.

Aku lupa bertanya pukul berapa mahu mula LSCS itu. Aku harap bukan pukul lapan, sebab masa itu sudah 9.15 pagi.

Alang-alang sudah lewat biar lewat terus. Dengar saja cerita pesakit kanser aku tentang kisah dia dibenci ibu mertua, tentang jiran-jiran bermulut jahat, tentang hidup yang nampaknya tidak pernah adil.

Sabar perkataan yang aku suka sebut, tapi tidak suka dengar.

LSCS mula pukul 9.55 pagi. Bukan pukul lapan.

Itu saja kisah benar aku hari ini.

-----

Entah apa jembalanglah yang sudah merasuk aku malam ini. Aku tonton Kisah Benar di TV3. Kau tengok cerita itu?

Ada seorang bernama X kena buang kerja sebab kilang dia tengah down-sizing. Dia guna duit pampasan dari majikan dia untuk buka warung makan. Perniagaan dia maju. Perniagaan Y di warung sebelah rugi sebab pelanggan lari ke warung X. Y serang X tapi ada polis leraikan. Y lingkupkan perniagaan X secara ‘halus.’ Perniagaan Y maju semula tanpa saingan. X rugi, berhenti berniaga.

Sampai situ aku rasa boleh tengok lagi. Tapi tiba-tiba aku rasa pengarah cerita ini baru sedar tempoh setengah jam tayangan sudah hampir tamat. Jadi majikan X tiba-tiba muncul dan berkata, “X, pengurusan kilang mahu mengambil awak bekerja semula.” X seronok melompat-lompat dan berkata, “Jadi saya dapat bekerja semula?” TAMAT.

Hello?

Jadi, ini idea aku. Pilih satu cerita yang kau anggap terbaik daripada jernal kau. Olahkan menjadi skrip drama untuk tayangan 30 minit, hantarkan kepada penerbit Kisah Benar kerana kalau orang mahu kisah benar (tentang manusia, tentang dunia yang berat sebelah, tentang politik kampus yang macam mangkuk tandas), mereka patut menonton online journal bukan sampah seperti itu.

Aku akan bawa usul ini ke AGM Geng Jernel yang akan datang. Sementara itu terpaksalah aku tukar saluran televisyen setiap hari Khamis pukul 9.30 – 10.00 malam.

-----

Makanlah ketupat, kuih-muih yang ada.

# max | Permalink |

 

CHIT-CHAT


Name :
Web URL :
Message :

ARCHIVE

LINKS

ETC

Guestbook

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Adik