Make your own free website on Tripod.com

 

 

July 9, 2002  [11:24 PM]

...dua, tiga kucing berlari...

(Mana nak sama si kucing hitam-oren-putih.)  Sang kucing macam rasa bersalah.  Kucing durjana itu tidak lagi tidur bawah kereta aku sekarang, sebaliknya berpindah ke Asrama Jururawat.  Aku bermimpi aku mencabut misainya tanpa bius. Rasakan.

"Rehat.  Esok ambil MC," kata satu SMS.

Rehat dan ambil cuti sakitlah yang paling aku tidak boleh lakukan sekarang.  (But thanks for the thoughts.)

Kaki aku sudah hilang bengkak.  Lebam pada kaki kiri dan lutut kanan sudah tidak ungu.  Sudah jadi hijau.  Luka sudah baik.  Buku lali sudah boleh digerakkan.  Sakit pada fifth taso-metatarsal joint aku masih ada tapi aku sudah boleh kembali berkasut tumit tinggi dan berjalan laju seperti biasa.  Aku sudah boleh senyum dan staf aku tidak lagi terpaksa menerima tempias bad mood aku. 

Cerita ini ada happy ending tetapi tidak ada teladan.  Sesuai untuk slot Kisah Benar di sebuah stesen televisyen tempatan.

July 6, 2002  [10:55 PM]

...di mana bumi dipijak...

Kucing itulah.  Kucing itulah yang jadi penyebabnya, kau tahu?  Kucing hitam-oren-putih, mata lebam sebelah kiri macam orang pakai maskara di hari hujan itulah penyebabnya.

Aku mahu ke hospital tengahari tadi untuk buat Caesarian.  Aku nampak kucing bertuah itu sedang enak tidur di bawah kereta aku, hampir dengan tayar depan sebelah pemandu, seperti biasa.  Lalu aku pun terfikir, kalaulah suatu hari aku tidak nampak kucing itu sahih aku akan terus menindihnya.  Baik 'kan aku?  Sungguh mesra haiwan.

Ketika itulah ia berlaku.  Sesuatu yang telah lama tidak aku lakukan.  Dek teringatkan nasib sang kucing yang bakal aku tindih dengan tayar kereta aku, aku tidak nampak longkang kecil di hadapan aku maka dengan penuh tragisnya kaki kiri aku tersandung tebing longkang manakala kaki kanan aku pula gagal melakukan rebound.  Beberapa mili-saat kemudian aku terpaksa akur pada tarikan graviti dan jatuh tersembam.  Buku lali aku ter'peleot' dan betis kiri aku menghentak tebing longkang.  Lutut kanan aku terhempas ke simen.  Hidung aku mencium bumi yang selalunya aku pijak. 

Angkara kucing itulah. 

Aku bangun.  Pura-pura tidak nampak tukang kebun di depan Blok A yang sedang berpura-pura tidak nampak aku.  Sakit sebab kaki ter'peleot' satu hal, sakit menahan malu lagi satu hal. 

Suatu hari aku akan tindih juga kucing itu.