Make your own free website on Tripod.com
 

 

June 6, 2002  [2:44 PM]

...bola, bola lagi, lagi-lagi bola...

Quote of the week"Merajuk?  Mana ada.  Hidup ni macam main bola jugak la, kengkadang kita kena buat-buat cedera.  Kalau tak, referee tak nampak..."

Dua puluh dua orang, dibahagi kepada dua kumpulan.  Sebiji bola diperbuat daripada getah, diisi angin sampai jadi sebesar buah tembikai masak disepak, dilambung, ditanduk selama 90 minit di atas padang sebesar dua petak sawah.  Semua orang sorak, lompat-lompat, hentak kaki (kadang-kadang kepala) bila bola masuk ke dalam gol di kedua-dua hujung padang.  Big deal.

I still don't get it.


Okay.  Gene yang menentukan minat kepada bolasepak mesti terletak pada kromosom Y sebab kajian mendapati kebanyakan lelaki memang fanatik manakala golongan wanita, yang komposisi genetiknya 46,XX pula langsung tidak tergerak untuk menonton segala yang berkaitan dengan bola.  (Disclaimer: 'Kebanyakan' di sini bermakna 'within 2 standard deviations from the mean' jadi penentuan jantina seseorang berdasarkan pemerhatian ini bukanlah 100% tepat, dan memerlukan pemeriksaan yang lebih terperinci.)

So, aku tak minat bola.  I will never get it.

Aku tak kata tengok bola tak ada faedah.  Ada.

Aku ingat lagi, masa France 98, masa itu aku Orthopaedic houseman.  Masa itu kalau boleh aku mahu tulis surat pada FIFA supaya tempoh Piala Dunia berlangsung dilanjutkan kepada 4-5 bulan.  Mana taknya, sepanjang sebulan demam bola wad trauma lengang.  Kalau aku on-call, langsung tak ada kemalangan patah kaki, patah tengkuk macam biasa.  Semua orang tak keluar rumah, duduk depan televisyen sampai awal pagi.  Aku pula boleh tidur sampai ke pagi, tak ada siapa ganggu.

Panjang pula.  Aku sebenarnya mahu tulis sepatah-dua saja.  Aku mahu beritahu yang jurnal ini hanya akan di-update sebulan sekali setiap 1 haribulan mulai sekarang.  Tak perlu lawat setiap hari, okay?  Jadi, sebulan sekali kau boleh baca dan buat analisis tentang hidup aku seperti biasa tetapi secara retrospektif.  Aku happy.  Kau pun happy. 




 

 

 

This site supports: