Make your own free website on Tripod.com

February 19, 2002 [1:49 PM]

tidakkah dikau tahu?
rajukku bukan lama...

Spyz (Cakap Apa Saja) sudah kembali menemui peminat-peminatnya.  Pergi ke guestbooknya dan cakaplah apa saja.

 

Dan satu lagi (better late than never eh Ika?)

sunyi...dan gelap...

Rafthah sudah sudah ada guestbook untuk peminat-peminatnya.  Pergi ke guestbooknya dan cakaplah apa saja kecuali politik, bab-bab jiwang, lesbianism dan perkara-perkara berkaitan.

 

February 17, 2002 [5:51 PM]

sungguh-sungguh aku mengharapkan
kiranya kau mendengar ketika ini...

(Allah maha mendengar 'kan?)

"Doktor, nih ada orang nak jumpa," kata Z dari sebalik skrin.

"Siapa?"

Aku jenguk keluar Bilik Pemeriksaan.  Ada seorang perempuan di depan kaunter tengah bersembang dengan Dr L.  Aku kenal perempuan itu.  Dia selalu mendatangi mimpi aku sejak akhir-akhir ini.  Apa dia mahu agaknya?

Mungkinkah dia sudah berubah hati?

Mungkinkah?

"Tunggu eh?  I habiskan VE dulu."

Dia mengangguk, senyum dan sambung bersembang dengan Dr L.  Bayi perempuankah lelaki?  Mahu bersalin di sinikah di sana?  Aku dengar perbualan mereka melalui pintu Bilik Pemeriksaan yang aku biar renggang, sambil hati aku tertanya-tanya kenapa dia datang mencari aku.

-----

"You ingat tak HDP course di SP yang you tak pi dulu tu?  CD-ROM Dr M dia tak tau dia letak kat mana.  Kita kena buat 5 sessions untuk tahun nih.  Mana nak dapat CD-ROM tu you agak?" dia mulakan.

Aku tersenyum sendiri.  Ternyata aku salah tanggapan.  Dia datang bukan kerana hal yang lagi satu itu.  

"CD-ROM I kan ada?  Dengan buku dia sekali.  Kita pakai yang itulah," aku jelaskan.

Perbualan beranjak ke mesyuarat yang bakal diadakan sebelum kursus itu.  Soal tempat, hari dan masa.  Soal Mesyuarat Eclampsia minggu lepas.  Kursus Baby Friendly tahun ini.  Kes Saonah yang tidak habis-habis lagi.

"You tau, mak dia kata kalau depa nak saman pun boleh.  I kata kalau makcik nak saman, samanlah!" 

Amboi!  Sampai ke situ perginya.

"Eh! Dr HS ada call you?" aku tukar topik.

Aku ceritakan apa yang Dr J ceritakan kepada aku minggu lepas.  Tentang pertukaran aku.  Tentang keadaan di hospital besar.  Tentang ketiadaan 'orang baru' yang sesuai.

Telefon berbunyi dua kali, mengganggu perbualan kami.  Mr M, pakar Bedah perlukan aku di OT.  Acute appendicitis yang dia sangka sebenarnya ovarian tumour.  

Ahh... kacau daun saja.  

-----

"Apa hal Milah cari you tadi, Max?" tanya Dr N di klinik.

"Dia nak arrange kursus."

"Laa... I ingat dia dah nak transfer sini!" Dr N tergelak.

Memang lucu.  Aku pun sangka begitu.  Aku sangka Milah datang sebab dia sudah terbuka hati untuk membantu aku.

Tadi bila aku tanya Milah, dia masih kata tidak mahu tapi aku rasa kali ini dia sudah tidak begitu berkeras.  Mungkin betul seperti kata Dr BV, kalau dipujuk-pujuk berulang-ulang, pendirian Milah masih boleh diubah.  

Milah, Milah... entahlah.

(Hari ini 17 Februari.  Genap dua tahun aku di pulau ini.)

 

 

 

 

This site supports: