ou can reach me by railway, you can reach me by trailway
You can reach me on an airplane, you can reach me with your mind
You can reach me by caravan, cross the desert like an Arab man
I don't care how you get here, just - get here if you can

You can reach me by sail boat, climb a tree and swing rope to rope
Take a sled and slide down the slope, into these arms of mine
You can jump on a speedy colt, cross the border in a blaze of hope
I don't care how you get here, just - get here if you can

There are hills and mountains between us
Always something to get over
If I had my way, surely you would be closer
I need you closer

You can windsurf into my life, take me up on a carpet ride
You can make it in a big balloon, but you better make it soon
You can reach me by caravan, cross the desert like an Arab man
I don't care how you get here, just - get here if you can

I don't care how you get here, just -- get here if - you can.

September 27, 2002  [8:23 PM]

...I just call to say...

"S tu sapa?" tanya Ayah dalam telefon.

Nak mula di mana, ya?  S bekas kawan baik aku.  Yang aku rindu-rindu dan ingat-ingat.  S bekas kawan baik aku yang tak rindu dan tak ingat aku.

"Kawan sekolah dulu," kata aku.

Dia telefon ke rumah mahu bercakap dengan aku tapi Ayah kata aku dah dua tahun  dipulaukan  bekerja di pulau.  Dia tidak mahu nombor telefon aku.  Dia tidak tinggalkan nombor telefonnya.

Dia cuma pesan, "Just tell her I called."

Kejam.

Aku tak tahu kenapa S telefon ke rumah selepas mungkin empat, mungkin lima tahun, mungkin lebih, tidak cuba hubungi aku.  Aku agak dia telah terbaca jurnal ini.  Namanya sudah berkali-kali aku sebut di sini.  Dia mungkin sedang tersedak-sedak di rumah.

Whatever.  

September 26, 2002  [11:00 PM]

...emotional...

Hari ini hari terakhir aku di pulau ini.  Ha Ha.  Wishful thinking.  Hari ini hari terakhir Kak ZH di hospital ini.  Dia akan bersara daripada jawatannya sebagai jururawat.  

Sedih.  Kak ZH sungguh keibuan.  Aku senang sekali bekerja dengannya.  Mengalir air mata aku ketika kami berpelukan.

Ada ura-ura di hospital besar tentang pertukaran aku yang mungkin lebih awal daripada jangkaan.  Giliran aku akan tiba.  Sebenarnya aku sedih berpisah dengan Kak ZH dan pada masa yang sama aku sedih juga memkirkan giliran aku hendak meninggalkan tempat ini nanti.  

This is unfair.  I'm supposed to hate this place.

September 20, 2002  [10:05 PM]

...bermaknakah tiap baris kata-kata 
ataukah hanya di bibir saja
bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan 
ataukah sekadar lakonan?...

Itu cerita lain.  Mungkin lain kali.

Apalah guna ada peti bergambar kalau yang tinggal cuma peti?  Televisyen sudah berfungsi tapi aerial di atas bumbung blok aku ini pula buat hal.  Pihak yang bertanggungjawab telah pun dimaklumkan tapi urusan membaikpulih aerial itu belum boleh dijalankan.

"Tunggu orang atasan tengok," kata juruteknik pagi tadi.

Entah.  Aku tak faham.

Kau tahu, aku sudah jumpa VCD Roots.  Seronoknya, seronoknya.  Dengan gelojohnya aku beli semua keenam-enam keping VCD itu.  Tapi aku rasa sayang pula untuk menontonnya.  

September 12, 2002  [9:41 PM]

...you apa kerja?...

Selamat sampai ke pulau petang semalam.  Mujur aku tidak ada anxiety disorder.  Dalam banyak-banyak hari aku pilih 11 September untuk menaiki kapalterbang.  Tidak ada apa yang buruk berlaku.  Pulau ini tidak ada bangunan tinggi-tinggi.

-----

Dr Johan (bukan nama sebenar) juga menaiki kapalterbang tapi bukan kapalterbang itu dan bukan semalam.  Kisah ini diceritakan kepada aku oleh seorang kawan.  Ia mungkin diceritakan kepadanya oleh seorang kawan yang lain yang mendengarnya daripada kawannya.  Apa pun, Dr Johan, seorang pakar onkologi sakit puan  di sebuah hospital kerajaan di utara tanahair.  Kalau sebut nama Dr Johan di wilayah utara ini, dia memang cukup dikenali.  

Suatu hari Dr Johan menaiki kapalterbang ke pulau P.  Di sebelahnya duduk seorang lelaki berbangsa cina.  Untuk mengisi masa, mereka berbual-bual kosong.  

"So you apa kerja?" tanya lelaki cina itu.

Dr Johan pun bercerita dia seorang doktor di sebuah hospital kerajaan.

"Sudah lama ka?"

"Dua puluh satu tahun!" jawab Dr Johan.

"Waa... sudah 21 tahun tarak pandai-pandai lagi ka?" tanya lelaki cina itu kehairanan.

-----

Okay.  Hospital kerajaan untuk doktor-doktor yang 'tidak pandai.'  Doktor-doktor pandai dan pakar-pakar handal cuma ada di hospital dan pusat perubatan swasta.  Bayaran mahal tapi berbaloi.

Banyak yang sedang diperkatakan dalam media sekarang, bermula dengan Ras Adiba kepada Sofea Qairunnisa, tentang pesakit kronik yang terpaksa minta derma untuk berubat di pusat perubatan swasta atau di luar negara.  Walhal rawatan yang sama boleh didapati di hospital kerajaan dengan kos yang jauh lebih murah kerana disubsidi oleh kerajaan.  

Tapi aku rasa masalah ini lebih mendalam daripada pendapat stereotypical lelaki cina itu.  

Hospital kerajaan kurang 'publisiti.'  Ada pakar, ada perkhidmatan tapi tak ramai orang yang tahu.  Maklumat tak sampai kepada pengguna.  Tabung bantuan, lagilah tidak pernah dihebahkan.  Sama macam tak ada.

Satu yang pusat perubatan swasta tawarkan yang hospital kerajaan tak boleh tandingi ialah 'waiting time' yang pendek.  Kekurangan staf terlatih, terlalu ramai pesakit, membuatkan 'waiting list' untuk temujanji klinik atau tarikh pembedahan jadi sampai berbulan-bulan.  Yang tak sanggup menunggu lari ke hospital swasta.  

Satu lagi yang keluhan yang sering sampai ke telinga aku ialah kerenah birokrasi.  Untuk dapat perhatian pakar di hospital kerajaan perlu lalui pelbagai proses.  Rujukan klinik swasta ke klinik kesihatan kemudian rujukan ke unit kecemasan kemudian baru dirujuk ke klinik pakar jumpa MO seperti aku, kemudian tunggu lagi untuk dirujuk kepada pakar.  Klinik pakar bukan 'walk-in' kena ada rujukan.  Pergi Hospital swasta, bayar lebih sikit terus jumpa pakar.  

Kalau kau tanya aku, tolak 'waiting time' dan birokrasi yang bagaikan sudah sinonim dengan agensi kerajaan, mutu perkhidmatan hospital kerajaan dan swasta tetap sama.  Tapi jurang perbezaan dari segi kos terlalu besar sampai kadang-kadang tak masuk akal pula.  Kalau nak harapkan hospital swasta buat pembedahan/rawatan ehsan untuk pesakit yang tak mampu aku rasa mungkin susah kalaupun tak mustahil.  Sepatutnya kalau pesakit tak mampu, beliau boleh meminta dirujukkan ke hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan tersebut.  Bagi rujukan pakar-ke-pakar, 'waiting time' dan birokrasi tak wujud lagi.  Derma pun tak payah kutip.  Memang pesakit berhak memilih di mana untuk menerima rawatan tapi eloklah mengukur baju di badan sendiri. 

Sekian emotional toilet aku untuk hari ini.  

(Al-fatihah untuk Allahyarham Sofea Qhairunnisa.)

September 5, 2002  [10:32 AM]

...back from the dead...

Menyalahi hukum alam.  Mati hidup semula.  Pembedahan memindahkan beberapa keping organ penting daripada dompet aku kepada tangan juruteknik dianggap berjaya.  Peti televisyen aku yang mati mengejut itu sudah hidup semula tapi aku tidak berpeluang menonton peti bergambar itu hari ini sebab aku perlu bergegas ke jeti.  

Aku cuti (lagi).

Dan staf aku buat gossip lagi.  (I'm beginning to enjoy this.)

Biarkan.  Biarkan.

 










 







 

This site supports: