September 30, 2001 [10:41 PM]

but the stars we could reach
were just starfish on the beach...


Aku pandu kereta sambil tersenyum.  Aku naik tangga sambil tersenyum.  Aku bukak tudung, aku pandang cermin dan aku rasa aku patut tattoo je terus senyuman ni di muka aku.  Manis jugak aku kalau tersenyum.  Haha.

Aku ada fobia pada ketinggian.  Aku gayat.  Aku takut jatuh. Memang pemandangannya cantik dari ketinggian ini, tapi kalau jatuh tentunya lebih sakit kan?

Segala yang aku rancang jadik tidak terucap.  Aku tak tau macam mana nak mulakan.  Aku tak tau macam mana nak akhiri sesuatu yang belum bermula.

Faham tak?

Never mind.

September 29, 2001 [11:08 PM]

...kalau baik hati nanti orang pun sayang...

...melenggang hai melenggang
lenggang tari lenggang
kalau baik hati
nanti orang pun sayang.


Balik dari berjoget kat Malam Mesra di Hotel A semalam dekat pukul 1 pagi.  Seram jugak drive kat jalan sunyi sengsorang macam tu.  Pasang radio kuat-kuat biar Mariah Carey teman aku sepanjang jalan.  Tapi lagu Joget Pahang tu jugak yang melekat dalam kepala otak aku.

Pernah baca Men Are From Mars, Women Are From Venus by John Gray?  Aku tiba-tiba teringat buku tu.  Entah.

Esok, it will all be over.  Aku akan balik kepada aku yang dulu.  Tak akan ada lagi cerita-cerita mereng dan separa-mereng macam yang kebelakangan ni.

Kalau kita sabar, semua masalah dapat kita selesaikan, 'kan?  Kalau kita yakin dan percaya padaNya, kita akan nampak jalan keluar, 'kan?  Kalau kita baik hati, orang pun akan sayang, kan?

Esok, semua kegelisahan ini akan berakhir.  Insya-Allah.

September 28, 2001 [2:06 PM]

...cuba kau lagukan, cuba kau dendangkan...

senyummu menusuk dan membelai di kalbu
cuba kau ukirkan, cuba kau pamerkan
menjadi hiasan hidupku…


Hari ini aku bangun dengan semangat baru.  Aku berazam untuk memecahkan rekod peribadi, senyum tanpa henti.

Jadi, aku senyumlah.  Aku senyum bila Labour Room panggil aku pergi buat MRP di pagi Jumaat yang aku sepatutnya cuti ini.  Aku senyum walaupun aku nak marah.  (Cuba kau marah sambil tersenyum, jadik macam babak dalam drama Spektra.)

Petang semalam bekalan elektrik terputus.  PC aku tak sempat shut down.  Hari ini Internet Explorer aku jadik bengong, asyik not responding saja.  Aku senyum pada reflection aku kat monitor walaupun hati aku menyumpah.

Malam ni ada dinner kat Hotel A.  Aku ada jerawat betul-betul kat atas hidung.

Senyum?

Yeah, why not.

Aku nak erase satu nombor dari handphone aku tapi aku tertekan ‘call’.  Arghhh… sekarang ada satu missed call pada handphone dia.  Ohh, bencinya.

Akhirnya, percubaan rekod senyum tanpa henti hari ni terpaksa dibatalkan kerana cuaca mendung.

September 27, 2001 [7:56 PM]

Sudah.

Aku malas nak fikir.  Aku malas nak buat apa-apa lagi.  Aku malas nak mencipta alasan setiap kali orang tanya.  Aku malas nak hidup kalau hidup aku cuma ini.

Jadi, sudahlah.

Tiga salinan borang pertukaran dalam negeri yang ada di atas meja tu aku rasa masih ada di situ juga. Aku tak hantar minggu ni sebab aku langsung tak ada masa nak turun ke pejabat.  Entah apa aku buat entah.

Aku dah habis baca She’s Come Undone by Wally Lamb.  Dolores Price dalam She’s Come Undone buat aku depressed.  Buku ni ada happy ending tapi happy ending itulah yang buat buku ni lebih depressing, too fictional.  Tapi aku suka cara Lamb tulis.  Beberapa kali aku tertanya-tanya mungkin Wally Lamb ni perempuan sebab watak Dolores macam betul-betul perempuan.  Jadi, aku bagi novel ni 3 bintang.

Aku lebih suka I Know This Much Is True.

Satu lagi aku suka ialah layout baru ni.  Aku rasa benda ni tak lawa tapi sebab aku buat masa aku betul-betul bengang, macam ada makna di sebaliknya pulak.  Aku nak biar layout ni dulu sampai ‘down syndrome’ aku pulih.

Aku sebenarnya tak ada mood sebab tu aku menulis benda-benda superficial ni.

Sudahlah.

September 24, 2001 [6:47 PM]

...Disclaimer: ini bukan janji...

“…tapi ni bukan janji tau?  Bukan janji,” dia kata.

Dan aku pun akur.  Bukan janji.  Maksudnya itu sebenarnya janji tapi kalau dimungkiri aku sepatutnya memaafkan dia sebab dia dah terlebih dahulu bagi ‘disclaimer’ bukan janji.  Tapi sakitnya sama jugak with or without disclaimer bukan janji tu.

Aku sudah penat dengan semua ini.

Aku pergi shopping dan beli benda-benda baru.  Aku kira duit dalam dompet dan beri pada tuan punya kedai.  Aku bawa balik baju baru, tudung baru (yang matching), kusyen kereta baru (yang sampai sekarang masih ada dalam boot, lengkap dengan resit dan tanda harga).  Aku duduk depan PC dan buat layout baru.  Aku tau ini bukan sekadar PMS sebab bukankah PMS hilang lepas ice cream for breakfast dan goreng pisang at midnight?

Seminggu aku duduk dan biarkan borang pertukaran separuh siap, di atas meja di bawah timbunan pekeliling yang tidak ada makna.  Seminggu aku tak boleh fikirkan tarikh pertukaran yang sesuai.  Aku biar semua benda tergantung macam baju di ampaian, berayun-ayun dibuai angin.

Seminggu aku duduk dan harap telefon tak akan berdering sebab kalau telefon berdering minta diangkat, aku akan terpaksa jawab juga.  Aku takut.  Aku takut dengan apa yang akan aku kata, atau aku takut dengan apa yang dia akan kata?

Ini bukan kecewa.

Sebab itu bukan janji.

[Tolong jangan tanya, sebab aku tak akan jawab.]

September 18, 2001 [11:21 PM]

...no, thank you...

I’m a simple person.  When I find myself in a situation I don’t like, I turn around and walk away.

So now I know.  That one time, months ago, I should’ve walked away.

I should’ve just walked away.

Now, I’m so confused.

Bemused.
Hurt.
Exhausted.

How difficult could it have been to just walk away?

Move on.

No, thank you,” I should've said -- as I stepped away from the pain and the hurt.

September 15, 2001 [10:46 PM]

...Happy birthday Kak Long...

Aku mengantuk.  Aku tengah tengok bola final Sukan SEA.

Aku mengantuk.  I’m getting desperate.  Will someone please score a goal?  Anyone?

Happy birthday Kak Long.

Aku tak kenal siapa Kak Long yang menyambut harijadinya hari ini, tapi aku tumpang happy.  Ada 4 orang budak perempuan kat kaunter cake house masa aku nak bayar aku punya raisin bun dan fruit cake tadi.

“Mau tulis?” tanya nyonya cake house.

“Happy birthday Kak Long,” kata the eldest of the four.

Only nyonya tu tersilap and tulis “Happy birthday Kak Leng.”

Oh well.

Somehow, aku suka tengok bebudak tu macam happy je dapat beli a birthday cake sebagai tanda sayang diaorang pada Kak Long diaorang.

It just feels so nice to love and be loved, when parts of the world are now said to be preparing for war.

cissssss...

When I said, "Someone please score a goal," I meant someone else!!  Ada ke dalam sejarah dunia, goalkeeper score gol sendiri. Well, technically he did.  Didn't he?

September 12, 2001 [1:06 PM]

…terbakar-terbakar, meletup-letup…

Tengok TV dak? US kena attack.  World Trade Center, Pentagon. Terbakar2, meletup2.”

Aku baca SMS Adik sambil tengok that Armageddon-like footage kat Nightline.  Footage yang sama dengan yang Berita Terkini dan CNN tayang.  Tengok benda yang sama berulang-ulang kali. Fikiran aku berjongkang-jongket antara “padan muka” dengan “World War III?”

So, even the US is not invincible.  The US dengan FBI dan CIA-nya. The US dengan ego dan keangkuhannya.

Tony Blair kat TV kata something like ini perbuatan kejam yang mengorbankan banyak ‘innocent lives.’

[Yeah? So were the air raids over Iraq.]

We will make no distinctions between the terrorists that committed these acts and those who harbour them,” kata President Bush.

[Yeah?  Nor should there be any distinctions between the Israelis and those who support them.]

Ahh… bosan.

When you play with fire, expect to get burnt.

Even the US is not invincible.

September 11, 2001 [11:37 PM]

Watching CNN Live.

Wow! I'm speechless.

September 10, 2001 [10:37 PM]

Hari ni hari yang best.  Hari ni aku bangun relatively awal.  Aku bangun pukul 7 pagi.  Semalam, hari pertama aku kerja, aku bangun pukul 8.40 pagi.  Aku pergi kerja pukul 9.10 pagi.  Itupun lepas aku fikir 3-4 kali pasal nak ponteng je, pretend aku still bercuti.

Hari ni patient aku, Kak S, datang cari aku di wad.  Dia bawak udang besar.  Dua minggu lepas dia bagi aku ketam.  Rezeki aku murah sejak aku pindah ke pulau ni.  Tak tau apsal.  Aku bukan buat apa pun.  Aku cuma buat kerja aku je tapi orang kampung macam Kak S ni suka buat macam ni.  Bagi aku buah, bagi aku kain batik.

Aku rasa terharu.

Gambar vacation aku dah siap.  Aku masih rasa aku lebih lawa in real life daripada dalam gambar-gambar tu semua.  Haha.

Scan di library tak functioning.  It's sitting there just for show.  Kalau aku nak scan gambar-gambar tu aku kena curi-curi masuk ke Teleconsultation Room.  Sekarang ada ramai orang kat casualty, around telecon room tu, sebab sekarang SAREX (Search and Rescue Exercise) tgh giat dijalankan.  OK.  So you just have to take my words for it: I look better in real life than in those pictures.

So what else happened today?

Ye, hari ni hari yang best.

Aku pergi sebuah pusat membeli belah terkemuka di pulau ni and guess apa ada kat situ?  Toyota tgh buat road show. Wahh, Altis RM67K on the road.  Phuahh... aku rasa macam duduk dalam Boeing 747 cockpit aje tadi.  Hmm... nasib baik leather seats so diaorang boleh lap air liur aku yg meleleh tu dengan mudah tadi.

Tak akan mention Altis lagi.

OK. Maybe one more time.

Altis.

There.

Hari ni hari yang best.

September 6, 2001

"Akak kat mana?" tanya suara dalam telefon.

"Masjid India."

Dia ketawa kecil.

Entah berapa lama lepas tu dia call lagi.

"Akak kat mana?"

"Masjid India lagi."

"Akak buat rumah je lah kat situ!"

Dia ketawa besar.

Memang seharian aku kat Jalan Masjid India hari ni.  Pergi shopping.  Beli kain nak buat baju.  Mak belikan Maksu kain warna kegemaran dia -- oren.  So kena cari tudung yang matching.  Dan seharianlah kami mencari tudung oren yang matching.

Cari.

Cari lagi.

"Cerewetlah awak ni," kata Aquil yang ponteng kerja hari ni utk ikut orang shopping.

Ehh, aku pulak cerewet.  Hmm, mungkin jugak aku cerewet.  Tapi kalau aku jadik patient, mungkin aku akan bersyukur doktor aku cerewet.  Attentive to minor details.  Perfectionist.  Konon.

Kain oren kena matching dengan tudung oren.


September 5, 2001

Sera dan Kak Z kidnap aku hari ni.

Diaorang paksa aku makan pizza dan bawak aku lari ke Putrajaya untuk ambik gambar dan tengok itik.  Oops, flamingo.  Flamingo.  Kan Amir?

Kak Z bawak anak-anak dia Amir dengan Alia.  Sungguh cute bebudak tu. 

"Sapa nama akak ni Alia?" Sera tanya budak kecik umur tujuh tahun tu.

"Fatimax!" jawab Alia.

Wow.  Imagine that.  Imagine growing up believing Dr Fatimax is a real person.  That Fatimax is Fatimah misspelt.

Haha.

Kids are the best.

Malam pergi Stadium Nasional Bukit Jalil tengok raptai pembukaan Sukan SEA.  OK.  Tak se-grand Sukom.  Obviously.  By the time I'm writing this aku dah pun tengok the real thing on TV.  Atmosphere kat stadium tu lagi best daripada tengok kat rumah.  Rasa patriotik semacam.  Rasa bangga semacam.

Mungkin aku je.

Lepas je 1400 org budak sekolah tu buat formation diaorang kami pun blah.  Tengah-tengah nak naik tangga nak keluar, lagu Negaraku dimainkan.  Aku pun stop dan berdiri tegak menghormati lagu kebangsaan kita tu.  Tetiba aku teringat siang tadi aku bergambar depan masjid Putrajaya masa azan Zohor berkumandang.  Sikit pun tak menghormati azan.

Aku rasa sungguh hipokrit.


September 4, 2001

Balik.

In a way, aku rasa seronok sebab nak balik hari ni. 

Flight kami pukul 10.30 pagi.  Awal-awal lagi dah check out dari hotel dan keluar ke airport.  Hujan renyai-renyai masa kami dalam taxi.  Singapore macam sedih aku nak blah.  Haha.

Aku try call Ika tapi handphone dia entah apsal tak leh nak contact.  Oh well.  Maybe next time.  Maybe next time bila dia datang tempat aku (bila ekk, Ika?)

KLIA ke UPM Serdang tempat Pakcik Din (pak sedara aku, adik ayah) sejam lebih.  Jauh ekk?

Malam ada jemputan pergi makan satay.  Drebar-drebar aku tu janji pukul 6.30 tapi pukul 7 lebih dah dekat maghrib baru sampai.  Aku dengan selambanya pergi jenguk keluar pintu nak tengok sapa yang datang.  Huiyo! ramai le pulak.  Aku pulak separa-bogel sebab tak pakai tudung.  Jadik malu kat Rudy jap.  Haha.

pergi pakai tudung ala-ala makcik nak pergi pasar.  salam-salam dengan semua orang.  Berkenalan dengan semua orang yang kenal aku tapi aku tak kenal diaorang.  Orang popular memang macam tu.

Si Aquil tu tak habis-habis asyik cakap, "Keciknya, keciknya..."  Entah apa yang kecik aku tak tau le.  Aku atau salah satu organ di badan aku.

Lagi yang datang: Zira, Awin, Sera, Nett dan Rudy.

pergi Kajang makan satay disertai oleh Purnama (cousin aku) naik kereta Awin dengan Zira.  Kereta sport seseorang tu terpaksa tinggal sebab dikhuatiri mengganggu lalulintas sebab drebarnya kurang vitamin A, tak leh memandu malam-malam.

Makan-makan.

Gelak-gelak.

Ambik-ambik gambar.

Makan-makan.

Gelak-gelak.

Sha datang dah dekat nak habis so sambung lagi makan-makan dan gelak-gelak.

Bayar-bayar.

Balik.

Hmm... OK.  Orang jauh-jauh aku dah jumpa.  Cikgu dengan Zaza yang sepuntung rokok je dari rumah aku tu bila ekk aku nak jumpa?  Haha.

Anyway, sekarang online journal bagi aku dah jadik lain.  Not just a string of meaningless words anymore.  Thanx guys.


September 3, 2001

Hari yang dinanti-nantikan (?).  Hari ni exam aku.  Tujuan sebenar aku datang Singapore.  Ehh, ye ke?  Lupa pulak.

Membership exam for The Royal College Of Obstetricians and Gynaecologists.  ni baru part I.  Kalau aku pass, aku boleh ambik Part II lepas training.  Lepas tu aku jadik O&G specialist.  Malaysia Hari Ini akan jemput aku cakap pasal fibroid.  Nona akan jemput aku cakap pasal minggu penyusuan ibu.  Kuci Kuci Pampers Hey akan jemput aku bercakap pasal lampin yang basah tapi tetap kering.  Wow.

Exam pukul 3.30 ptg kat Hotel Concorde.  Ayah dengan mak insisted nak hantar aku.  Okay.

Kami pergi lunch dulu.  Aku cuma makan nasi 3 suap lepas tu aku dah rasa nak termuntah. 

Sampai awal kat Concorde.  Pukul 2.30 dah ada kat sana padahal pukul 3 baru kena masuk dewan.  Ramai yang dah sampai.  semua aku tak kenal.  semua duduk kat foyer sambil baca buku.  Aku sorang je masuk lenggang kangkong berlagak macam nak pergi sightseeing.  Aku mula rasa inferior.  Rasa out of place.

Suddenly, mak kata, "Huh! Semua orang baca buku.  Hang tak bawak apa pun!"

Aku makin rasa inferior. 

Bengang.

So aku dengan lancangnya balas cakap mak.  "Senyaplah!" aku kata.  Macam terlupa yang aku bercakap dengan mak.  Macam terlupa tiket aku masuk syurga ada bawah tapak kaki wanita itu. 

Mak bangun. 

"Sombongnya! Jom kita duduk kat luar!" kata mak.

Mak keluar dari hotel.

Aku tension.  Ayah tanya aku apa hal.  Apa lagi aku nak kata.  Aku dah ter-kurang ajar dengan mak.

Aku tunggu seminit.  Dua minit.  Mungkin sepuluh.  Mak tak masuk balik.  Aku risau kalau mak lari.  Aku risau kalau mak terus lari masuk dalam Batu Belah Batu Bertangkup.

Aku keluar cari mak.  Aku tau mak menangis walaupun mak cuba sembunyikan.  Aku tau mak menangis sebab aku anak yang kurang ajar.

Walaupun lepas tu aku dengan mak salam, masuk balik ke foyer, aku rasa semua dah berubah.  Aku dah tak ada mood nak ber-exam.  pergi mampus dengan semua orang keliling yang sibuk buat last minute revision.  pergi mampus dengan dunia.  Aku anak yang kurang ajar.

Aku masuk dewan dan pandang keliling.  Aku senyum kat orang sebelah aku.  Hati aku rasa nak menangis.  Aku senyum kat Hari, kawan lama aku.  Hati aku rasa nak menangis.

Paper tu aku rasa tak sesusah mana.  Surprisingly.  Tapi hati aku dah ke lain.  Aku cuma boleh pikir pasal mak.  Aku rasa nak lari keluar.  Aku rasa nak bunuh diri.  Aku tau bunuh diri perbuatan yang dilaknati Allah.  Bunuh diri tak cium bau syurga.  Well, menderhakai ibu pun tak cium bau syurga.  It made perfect sense masa tu.  Aku cuma ingin mati.

Masa break antara 2 paper, aku keluar.  Aku jalan ikut kaki aku.  Aku tak tau area ni tapi aku berjalan dan berjalan.  Last-last aku jumpa McDonalds.  Aku pergi makan.  Aku dah tak rasa nak menangis.  Aku tengok jam, aku masih ada masa nak ambik the second part of the exam so aku berjalan balik ke Concorde sambil habiskan Milo ais aku.  Rasa macam semua org pandang aku.  "Ohh, look!  Itu dia anak kurang ajar.  Sombong dengan mak sendiri."  Aku macam half expected akan jadik batu macam si Tenggang.

Ahh...

Kengkadang aku heran dengan diri aku sendiri.


September 2, 2001

Ke Orchard Road hari ni.  Hmm... tak beli apa-apa pun.

Most of the day was spent mencari tempat makan.  Well, Singapore tak sesuai untuk orang yang allergic pada chinese.


September 1, 2001

"Kak Max, Ika dah ada kat lobby," kata satu suara dalam telefon.

OK, that's my cue.

Enter stage left.

Turun ke lobby dengan ayah & mak.  tak ada pun sesapa yang senyum kat aku.  Ohh, dia kat luar.  Aku nampak seorang budak perempuan yang ke-arab-arab-an sikit.  Has to be her!  So aku pun keluar, senyum, salam and buat-buat cool.  Haha.

Dia sungguh cool.  Air muka dia macam tak terkejut pun.  Macam dah biasa jumpa aku sebelum ni. Wahh, handallah dia.

Dia jalan laju.  Macam nak kejar apa je.  Penat aku nak keep up dengan dia.  Ayah dengan mak jauh tinggal kat belakang.  Dia kata nak naik bas pergi World Trade Centre utk pergi Pulau Sentosa.  Tetiba dia lintas jalan, rounded a corner, tahan teksi.  Eh?  Ohh, OK.  Tak jumpa bus stop ekk?

Memula nak naik feri ke Sentosa tapi apa kelas naik feri?  Kat tempat aku pun boleh naik feri.  Haha.  So kami naik cable car.  Hmm, at first it sounded fun.  Tapi bila aku dah ada dalam cable car tu baru aku teringat aku ada fobia.  Aku gayat.

Mungkin aku dah OK, mungkin aku terlalu excited jumpa Ika the comel aku tak rasa apa-apa pun ada entah berapa kaki atas aras laut tu.  Aku tak rasa apa-apa pun bila the cable car swayed left and right sikit-sikit.  OK.

Bila dah sampai Sentosa, segala-gala serah kat the self-elected tour guide tu.  Tengok tu tengok ni, ambik gambar tu ambik gambar ni, posing kat situ posing kat sini.  Things tourists do, you know.

Sentosa ni tak ada apa pun just an island cleverly exploited as a tourist attraction.  Seronok jenjalan.

Until...

Until we came upon a mini-theme park thingy.  Si budak Ika ni nak sesangat naik Viking.  Siap hentak-hentak kaki, meronta-ronta macam histeria.  Haha.  Takpe kan exaggerate sesikit kan, Ika kan?

Aku tak nak.

Aku tak nak.

Tak nak lah!

OK, maybe just that little roller coaster thing over there.  Looks benign enough.

Wahh, bukan main seronok dia pergi beli token untuk the Mine Ride tu or whatever it's called.  Anyway, the ride was a bit of an anti-climax.  Even for me.  So Ika insisted nak soh aku naik Viking dengan dia jugak.

Mak dengan ayah pun sama.  "Kesian Ika," diaorang kata.

So last-last aku setuju jugak.  Kenapa aku setuju aku tak tau.  Sampai sekarang aku masih tak tau.

Ika gelakkan aku jerit gila-gila naik bendalah tu. 

Cis!

As it turned out, a Viking ride half an hour after lunch is bad for your health.  Lepas kejadian jerit-jerit bagai nak gila atas Viking tu, ada lagi satu kejadian.  Hmm, sekarang agaknya baru diaorang tau sebab sebenar aku tak mo naik benda tu.  Aku boleh handle rasa gayat tu (dengan menjerit tak ingat dunia) tapi aku tak leh handle what comes after that.  Urghh...

All things considered, that was still one fun (and funny) day.  Terima kasih diucapkan kepada tour guide handal yang meng-sponsor the trip ke Sentosa tu.

Bow.

Exit stage right.

 







 









 

This site supports:



 x