hate the way you talk to me
And the way you cut your hair
I hate the way you drive my car
I hate it when you stare

I hate your big dumb combat boots
And the way you read my mind
I hate you so much it makes me sick
It even makes me rhyme

I hate the way you're always right
I hate it when you lie
I hate it when you make me laugh
Even worse when you make me cry

I hate it when you're not around
And the fact that you didn't call
But mostly, I hate the way I don't hate you
not even close,
not even a little bit, 
not even at all.

October 30, 2002  [7:50 PM]

...(30-5)...

"...bagaimana aku bosan dengan rutin kerja aku sekarang.  Bagaimana aku mahu keluar dari tempat ini secepat mungkin.  Bagaimana apa yang aku idamkan selama ini aku tidak dapat." 

Aku tulis ayat-ayat itu Oktober lepas.  Sekarang, aku rasa aku tidak lagi perlu menulis surat itu.  Aku pun sudah mula tidak kisah tentang perkara-perkara itu lagi.  

-----

"Eeeiii... happy nya akak sekarang!"
katanya semalam.

Dan malam ini dia ulang lagi ayat yang sama.

Yakah aku gembira sekarang?  

(Bila rasa gembira tepuk tangan.)  

Entah.  Kadang-kadang sukar untuk membezakan antara 'happy' dan 'syok sendiri.'  Apa pun perasaan ini, yang pasti, aku tak mahu ia berakhir.

October 27, 2002  [7:55 PM]

...(30-8)...

"We can never see ourselves the way others see us.  Even the mirror shows us in reverse."

Think about it.

October 25, 2002  [10:42 PM]

...(30-10)...

Rasa-rasa kaulah, kalau aku cakap aku tak pergi kerja esok sebab aku terlupa, Boss aku percaya tak?

Letihnya.  Sessi menghabiskan wang bonus sudah bermula.  Aku dan empat orang teman ke Pulau Payar siang tadi.  Seronok.  Sangat seronok.  I never knew snorkelling could be so much fun!  Walaupun aku tak tahu langsung berenang, cuma diapungkan oleh jaket pelampung aku sungguh seronok menggedik-gedikkan kaki dan tenggelam-timbul melihat ikan-ikan kehairanan melihat aku.  Macam berenang dalam akuarium.  

Ada orang tulis private message menggelar aku 'a great writer.'  Haha.  Seorang penulis yang handal akan dapat ceritakan pengalaman snorkelling tadi dengan bahasa paling mudah tapi aku rasa ia sungguh sukar.  Kau perlu laluinya sendiri.  Itu baru snorkelling, bayangkan kalau aku pergi SCUBA diving, mungkin aku akan diserang sawan akibat terlalu seronok.

Hujung minggu aku kali ini sungguh menyeronokkan.  Hujung minggu depan ada projek lain pula.  Tiba-tiba aku rasa mahu buat macam-macam sebelum Januari.  

Januari lagi.

October 21, 2002  [8:29 PM]

...(30-14)...

"Tell me princess, now, when did you last let your heart decide?"

Otak mahu Januari cepat-cepat datang tapi hati kata lain.  Hati tiba-tiba jadi tawar.  

Masin macam garam.  Manis macam gula.  Masam macam cuka.  Pahit macam jadam.  Tawar macam apa?

October 20, 2002  [9:34 PM]

...(30-15)...

Finally, I lost it.

Pagi-pagi lagi aku dah dipaksa menarik muka masam.  Pagi-pagi lagi aku dah merongakkan pahala puasa aku.  

Kadang-kadang aku tak faham staf aku ni.  Suka ambil mudah saja.  Kalau apa-apa jadi, siapa yang susah?  Mereka juga yang susah terpaksa melayan bad mood aku. 

Aku dapat rasa, minggu ini akan jadi satu minggu yang sangat panjang.

October 17, 2002  [10:00 PM]

...(30-18)...

Hujan panas permainan hari...
(senang susah permainan hidup).

Aku isytiharkan bulan ini sebagai 'Bulan Isteri Bermasalah.'  Atau 'Bulan Suami Memberi Masalah.'  Depending on how you want to look at it.  

Fauziah (bukan nama sebenar) meng-ambush klinik aku hari ini tanpa temujanji.  

"Saya tak ada tempat nak cerita," katanya sayu.

Okay.  Here we go.  Again.

Mujur juga tidur aku sekarang sudah lena dan makan aku sudah lalu (and I haven't screamed at anyone for 8 whole days.  Yay!) jadi aku ada mood untuk terus mendengar kisahnya.

Aku tak boleh ceritakan semuanya.  Kisah derita kalau disimpan, diperam sampai tujuh tahun ambil masa tujuh tahun juga untuk diceritakan semula.  

Penderaan tak semestinya fizikal.  Itu saja aku nak kata.  Mungkin minggu depan aku kena tolong dia telefon MAIK.  

October 16, 2002  [9:32 PM]

...(30-19)...

Minggu ini minggu yang seronok.  Kalaulah hari-hari seronok begini, aku boleh seronok hari-hari.  Maaf, ayat ini redundant.

(Haven't screamed at anyone for 7 whole days.  That's 168 hours of no screaming.  Uiks.)

Aku cuba untuk tidak berfikir pasal Januari tapi Januari macam ada di mana-mana, menerjah-nerjah, memaksa-maksa.  Aku takut sebenarnya.  Aku takut Januari bukan seperti yang aku harapkan. 

Tapi minggu ini minggu yang seronok.  Kenapa rosakkannya dengan berfikir tentang Januari?

October 15, 2002  [11:00 PM]

...(30-20)...

"You know that dream where you're walking down the street naked and everyone is looking at you?" *

-----

Pada suatu hari di zaman dahulukala, Dr T, senior MO aku pernah kata macam ni pada aku, "Apa pun jadi kan Max, never marry suami orang."

Aku telah cuba tapi aku masih tak ingat-ingat juga dalam konteks apakah kata-kata itu dilafazkan hari itu.  Bunyinya macam nasihat biasa tapi agak pelik memikirkan ia keluar dari mulut seorang lelaki.  

-----

"Jodoh," kata A tadi.
 
"Tapi dia tu orang punya.  Tak kan sampai orang punya pun nak ambik?"   B membantah.

"Benda halal.  Daripada buat tak senonoh, baik kahwin," tambah C.

Pukul 4.15 petang.  Perbualan terhenti.  Masa untuk pulang.  

Macam boleh teka 'kan?  A seorang wanita single.  B seorang wanita berkeluarga.  C seorang lelaki.

Kalau kau bagaimana?  

Bagi aku ini bergantung pada prinsip seseorang.  Kalau kau pegang prinsip 'jodoh' tak jadi hal.  Kalau kau pegang prinsip 'never marry suami orang' mungkin kau akan mengalah untuk tidak melukakan hati perempuan lain.  Kalau kau pegang prinsip 'memang dah sunnah' hmm... well, mudah 'kan jadi lelaki?

Mula-mula Soal Hati, kemudian Soalnya Siapa?  Mungkin lepas ini kita boleh lengkapkan trilogi ini dengan filem baru.  Soalnya Prinsip

-----

Aku sedang mencari VCD *Sleepless in Seattle.  Aku nak juga.  Aku tak kira.  Tak tahu di mana nak cari lagi.  Di Seattle, mungkin? 

October 13, 2002  [10:32 PM]

...(30-22)...

"Fitnah itu lebih buruk daripada pembunuhan." (Al-Baqarah ayat 191)

-----

Puan X dimasukkan ke wad aku minggu lepas.  Dia mengalami perdarahan.  Dia tidak mengandung.  Haidnya sudah berlanjutan selama hampir 3 bulan.  Aku lakukan D&C untuk dapatkan sampel tisu.  Dr ML benarkan dia pulang sehari kemudian.

Puan Y, seorang penganyam ketupat yang terkenal, bekerja di hospital aku tapi di unit lain.  Y tinggal sekampung dengan X dan suaminya Z.  Y tahu sedikit sebanyak tentang penyakit X daripada perbualan tidak formalnya dengan staf wad di mana X berada.  Dia pulang ke rumah bercerita kepada jirannya yang isteri Z mengandung 3 bulan dan aku buat D&C sebab dia keguguran.  

Are you following this?  Good.  Masalahnya X dan Z baru kahwin 1 bulan lebih.

Pagi tadi Z datang ke bilik aku, marah-marah.  Keluarganya mahu tahu anak siapa yang isterinya kandung.  Betina jenis apakah X, mengandung anak luar nikah.  X suruh aku terangkan perkara sebenar.  Jadi aku terangkan perenggan pertama itu.

Z tak percaya.  Dia kata aku tipu.  Dia kata aku berpakat dengan X merahsiakan perkara sebenar daripadanya.  Aku ulang lagi perenggan pertama.  Dia kata aku tipu sebab Y kata hitam.  Keluarganya kata hitam.  Orang kampung kata hitam.  Aku seorang yang kata putih.

Aku bosan.  Tolong jangan buang masa aku.

"Now macam ni.  Awak percaya kat isteri awak tak?"

"Doktor mencabar kelelakian saya tanya soalan macam tu!"


Cara dia bercakap macam nak ajak aku bertumbuk di ruang letak kereta, pukul 4 lepas waktu pejabat.

"Awak belum jawab soalan saya.  Awak percaya kat isteri awak tak?"

"Tak!"


Kalau orang yang kau sudah tidur sebantal, makan sepinggan kata dia tidak percayakan kau, apa lagi yang tinggal?

Aku rasa dia menghancurkan hati seluruh kaum Hawa dengan jawapan itu.  Pukul empat, lepas pejabat, parking lot.  Jom.

Perbincangan itu akhirnya tergantung.  Kepala batu.  Minta dijauhkan aku dapat suami macam tu.

-----

Beginilah, kalau kau tidak tahu kesahihan sesuatu berita lebih baik kau diam.  Menyebarkan berita palsu itu fitnah.  Fitnah itu bunuh.  Kalau yang kau bunuh itu sebuah perkahwinan, sanggup kau tanggung dosa meruntuhkan masjid?

Tapi isu yang lebih besar ialah tidak menghormati patient confidentiality.  Bercerita tentang hal peribadi pesakit dengan pihak yang tidak berkenaan.  Kalau pun benar X mengandung luar nikah apa hak kau untuk menghebahkannya keliling kampung?

Z jadi tidak percaya dengan X.  Aku jadi tidak percaya dengan staf aku.  Hari yang mengecewakan.

October 11, 2002  [11:52 PM]

...(30-24)...

When I'm awake you're never there 
But when I sleep 
you're
v  e  r  y  w  h  e  r  e ...

October 9, 2002  [8:03 PM]

...(30-26)...

Ooo... mimpi yang terindah
jelmalah dalam nyata...

"...Januari,"
kata suara dalam corong telefon.

"Januari?" aku pula ulang.  Macam aku ada masalah ENT.

Januari.

Aku tunggu Januari dalam debar.  Sudah bersediakah aku?  Januari 2003.  Tahun baru.  Hidup baru.  Insya-Allah.









 







 

This site supports: