November 21, 2003  [9:35 PM]

"Love is loving someone no matter what their faults in a blind and unconditional way, such as the love Tony Blair has for George Bush." ~ Hugh Grant

Aku suka.  Suka sungguh aku.

-----

Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku...


Seperti biasa, aku tak ada baju raya.  Ada sepasang kebaya yang aku belum pernah pakai, yang aku ingat sesuailah untuk dipakai di pagi raya... tapi... tisu mana, tisu?  Sedih.  Baju itu sudah longgar.

Hari Selasa lepas aku timbang berat badan, susut lagi satu kilogram.  Masa aku buat kebaya itu berat aku empat kilogram lebih berat daripada sekarang.  Ukurlilit pinggang aku 2 inci lebih daripada sekarang.  Dalam 8 bulan, aku hilang 4 kilogram.  Aku boleh masuk iklan Smartshop dan Kayla.

-----

MRCOG Part 1 lagi 3 bulan.  Apa aku buat mematuk keyboard ni?

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

November 13, 2003  [8:16 PM]

Adakah lagi orang yang mahu membaca jurnal aku ini?  Peduli apa.

Dapat kad raya pertama aku hari ini.  Tak tahu nak rasa gembira atau sakit hati.  Kalau betul dia nak menjalinkan semula tali persahabatan yang dah lama terputus kenapa tak sertakan alamat atau nombor telefon?  Sama saja dengan panggilan telefonnya tahun lepas, sekadar meninggalkan pesan, "Just tell her I called." 

Peduli apa.  Peduli apa.  Peduli apa.










 







 

This site supports: