omewhere over the rainbow
Way up high
There's a land that I heard of
Once in a lullaby 

Somewhere over the rainbow
Skies are blue
And the dreams that you dare to dream
Really do come true 

Some day I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far behind me
Where troubles melt like lemondrops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me 

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly
Birds fly over the rainbow
Why then, oh why can't I?

If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
W h y ,  o h  w h y  c a n ' t  I ?

November 27, 2002  [10:06 PM]

...raya...

Duit raya.  "Kak, office pesan turun ambik cek," kata Dr MZ setibanya aku di Bilik Bersalin pagi tadi.  Wah! Duit raya macam inilah yang aku mahu.  Duit raya dalam sampul hijau tu cuma untuk budak-budak.  

Tapi cek itu berpalang.  Tak patut.

-----

Baju raya.
  Kenapa orang tak percaya aku tak tempah baju untuk hari raya tahun ini?  Kalau dulu-dulu zaman aku masih kanak-kanak, memang aku tunggu raya datang sebab aku akan dapat 2 pasang baju baru.  Satu baju kurung, satu baju 'gown.'  Tapi sekarang alhamdulillah, rezeki aku dah murah sikit.  Aku tak perlu tunggu raya untuk beli baju.  Aku pun sudah banyak baju baru.  

Lagipun, raya sudah hilang keistimewaannya.  Aku tak pasti kenapa.  

Apa yang aku pakai di hari raya nanti itulah baju raya aku.  

-----

Kuih raya.  Hari ini ada satu.  Satu haribulan depan satu lagi.  Tiga haribulan lagi satu.  Tiap-tiap kali menjelang raya, ada saja persatuan yang akan menyumbang kuih raya.  PEKIDA (Persatuan Kebajikan Islamiah dan Dakwah) datang melawat hospital pagi tadi membawa sumbangan hari raya untuk pesakit.  Kuih rayanya sebekas saja.  Selebihnya dalam mini-hamper itu aku tengok ada macam-macam yang tak bertemakan hari raya.  Teh Herba.  Kopi Kuat.  Air Herba Madu.  Gel Gamat.  Minyak Angin Gamat.  Mungkin ada syarikat yang taja.

Ada wartawan akhbar.  Ada pemberita dan jurugambar RTM.  Tapi tak ada gambar aku.  

-----

Kad raya.  Kelakar.  Nama aku bukan 'Dr Max' dan tempat kerja aku bukan 'Bahagian Beranak, Hospital Besar ********' tapi kad raya itu sampai juga.  Terguling-guling aku gelak depan pigeon hole di unit pentadbiran.  Aku tahu dia pengikut  berani mati  fanatik jurnal ini, tapi kad raya itu sungguh di luar jangkaan.  Terima kasih.

-----

Pilihanraya.  Hospital tempat aku bekerja ini sudah beroperasi sejak penghujung tahun 1995.  Tetapi belum dirasmikan.  Sudah tujuh tahun tapi belum dirasmikan.  Ada bahagian hospital ini yang sudah hampir roboh tapi belum dirasmikan.  Tiba-tiba hari ini aku dan ketua-ketua unit lain dipanggil ke Mesyuarat Perasmian Hospital.  KDYMM Sultan telah berkenan merasmikan hospital ini pertengahan bulan Februari depan.  Disember/Januari, proses terakhir audit MAMPU untuk ISO 9002.  Februari mahu siapkan untuk perasmian pula.  Terlalu suntuk.  Ada desas-desus mengatakan ini ada kaitan dengan pilihanraya umum yang mungkin diadakan tahun depan.  Tak mahu masuk campur.  Politik bukan bidang aku.

Sayangnya Februari datang selepas Januari.

-----

Jalanraya.  Rimas aku nak keluar ke pekan sekarang.  Ramai orang ambil kesempatan berniaga di bulan puasa ini.  Jual kuih.  Jual minuman.  Jual lauk-pauk.  Jual tembikai.  Depan masjid.  Depan rumah.  Bawah pokok.  Atas kotak kayu.  Atas meja senget.  Atas tikar.  Semuanya boleh dijumpai, di tepi jalan.  

Ramai orang ambil kesempatan membeli.  Beli lepat pisang.  Beli air jagung.  Beli kerabu mangga.  Semua orang beli dari peniaga-peniaga tepi jalan ini dan semua orang meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan.  Double line, tak double line.  Letak ikut suka.  Rimas aku tengok.

-----

Pasaraya.  Kalau dah jualan murah sepanjang tahun, apa yang murahnya?  Mula-mula jualan Mega lepas tu tukar kain rentang depan kedai jadi jualan ulangtahun kemudian tukar lagi jadi jualan cuti sekolah, jualan murah deepavali, pesta ramadhan, jualan murah hari raya.  Jualan Mega, Karnival membeli-belah.  Jualan ulangtahun lagi.  Berapa kali ulangtahun boleh disambut dalam setahun?  Tapi orang pergi juga, beli juga.  Aku tengok stok lama, harga sama juga, tak turun-turun tapi orang kata mesti pergi, mesti beli.  Jualan murah.

Aku pergi.  Beli kad raya 10 keping.  Balik.

-----

Bunga raya.  Bunga raya ialah bunga kebangsaan negara kita, Malaysia.  Tak 'kan kau tak tahu?

November 22, 2002  [9:36 AM]

Takziah kepada keluarga Tan Sri Ismail.

-----

Tertidur depan televisyen semalam.  Batman Forever menonton aku.  

Mimpi.  Pelik.  

Aku tengah tunggu waktu berbuka.  Tiba-tiba aku rasa mahu keluar ambil angin.  Aku keluar.  Jalan.  Jalan lagi.  Aku sampai di rumah sewa aku di Glamis Place.  Aku nampak sungai.  Matahari hampir terbenam.  Aku mahu segera pulang dan berbuka.  Aku jalan.  Jalan lagi.  Aku nampak pasar hari depan Whitechapel tube.  Aku lintas jalan tapi aku sampai di HMV Oxford Street.  Aku patah balik tapi aku masih berjalan mengarah ke HMV Oxford Street.  Aku pusing lagi.  HMV Oxford Street.  Pusing lagi.  HMV.  Pusing lagi.  HMV.  Hari semakin gelap.  

Telefon berbunyi.  Aku
terjaga.

-----

Cerita Esah tergendala.  Aku tak tahu apa ending yang sesuai.  Haruskah Esah, yang sudah hilang akal, mencium seekor katak puru lalu ia bertukar menjadi putera raja?  Atau Esah termakan epal voodoo, koma beberapa tahun sebelum diselamatkan oleh seorang putera raja, dengan hanya satu ciuman?  

Entahlah.

Sukar untuk berlaku adil kerana aku belum ada pengalaman sendiri.  

Pengalaman orang lain mengajar aku, hidup bukan macam cerita dongeng.  Putera raja pula yang bertukar menjadi katak puru, setelah mendapat ciuman.  Atau puteri, setelah dicium, pula yang lebam, bengkak dan koma.  Wajarkah?

Aku akan sambung juga cerita Esah.  Bila aku sudah tidak sceptical.  Nanti.  Bila-bila.

November 17, 2002  [11:00 PM]

Telah bersabda Rasulullah (s.a.w), "Menjadi suatu keajaiban bagi orang yang beriman, semua perkara yang berlaku ke atas dirinya adalah baik.  Sifat ini hanya dimiliki oleh orang yang beriman, sekiranya dia beroleh kegembiraan, dia akan bersyukur.  Ini adalah suatu perkara yang baik bagi dirinya.  Sekiranya dia dilanda kesusahan, dia akan bersabar.  Maka itu adalah suatu kebaikan baginya."  [Riwayat Ahmad.]

-----

Lima beradik mati lemas di Air Terjun Batu Pecah.  Bayangkan, sekelip mata kau hilang lima orang anak.  Kalau kau tonton Buletin Utama semalam (baca: kalau kau tidak berterawih semalam), kau boleh lihat si ibu mengusap-usap kepala salah seorang anaknya yang telah meninggal.

"Adik...  Adik...  Awat Adik jadi lagu ni?"

Hati mana yang tak tersentuh menonton siaran berita itu?

-----

Aku dikejutkan jam 4.05 pagi tadi untuk 'bersahur' di OT.  Fetal distress.  Bayi lemas dalam kandungan.  

Skin-to-baby time hanya 3 minit, tapi menunggu semua staf on-call berkumpul sebelum Caesarian dapat dimulakan ambil masa hampir 45 minit.  Suatu keadaan yang biasa di sini kerana staf tidak semuanya tinggal dalam kawasan hospital.  Bila bayi lemas, kau tak mahu 45 minit untuk duduk saja.  Dalam keadaan kritikal sebegitu, nyawa bagai telur di hujung tanduk.  

Bila keluar, dia sudah kelabu.  Bukan lagi biru.  Kelabu.  Pucat.  Lembik.  

Berhempas-pulas Dr F dan Dr Y cuba selamatkan dia sementara aku selesaikan Caesarian.  Namun dia tetap lembik dan kelabu.  

"Misi, anak saya selamat?"

Aku rasa aku mahu namakannya Siti Aminah.  Siti Aminah dilahirkan jam 5.10 pagi.  Disahkan mati jam 8.30 pagi.

We were forty-five minutes too late, Izrail just won't wait.

-----

Tengahari aku ke Bilik Bersalin, dipanggil untuk membuat ultrasound scan.

Apa ni?  Berapa kematian boleh kau tangani dalam sehari?

"Maaf..."

"Dua belas tahun, doktor.  Saya tunggu 12 tahun.  Lapan tahun dengan suami dulu.  Empat tahun dengan...,"
dia ragu-ragu untuk menghabiskan ayatnya.

Aku hanya mengangguk tanda faham.

Peduli apa itu anak luar nikah?  Dia nampak sungguh sedih dan terkilan.  Anak yang ditunggu-tunggu, dinanti-nanti sudah disahkan mati dalam kandungan.  Cuma sempat hidup 28 minggu, menendang-nendang kemudian senyap.

"Anyway, happy belated birthday," katanya bila terpandang nombor kad pengenalan aku.

Aku cuma tersenyum tawar.  How ironic.

Birth.  And death.  Two ends of a spectrum.

-----

Al-fatihah buat ketujuh-tujuh roh yang telah dipanggilNya.  Semoga tenang bersemadi di alam sana.

November 15, 2002  [10:30 AM]

It was like a dream
but I wasn't asleep.


Sunyi.

Sudah terlalu biasa Esah beriuh-rendah di rumah dengan keluarga.  Bila dia ditukarkan ke desa terpencil ini, hidup tiba-tiba jadi sunyi.  Berjalan seorang, makan seorang, bercakap pun kadang-kadang seorang.  Segala-gala jadi canggung.  Serba tak kena.

"Apa ni Chah?  Sampai hati kau, transfer tak cakap kat aku!"

Dib.  Kawan baik, teman serumah masa sama-sama di kolej kejururawatan.  Sekarang masing-masing sudah turun dari awang-awangan, sudah di alam nyata, bukan lagi bergelar pelajar.  Dib di utara, Esah di selatan.

Tapi bukan jarak yang jadi pemisah.

Hati.

Kata hati, Dib sudah di alam lain.  Kata hati lagi, Dib tak akan berminat lagi dengan burger dan kentang goreng, dengan jalan-jalan di pusat membeli-belah, dengan bicara tentang sunyi.

"Muntah teruk sangat Chah.  Esok-esok kau mengandung barulah kau tau," celoteh Dib dalam corong telefon.

"Kau bagi nombor baru kau kat aku, Dib.  Nanti boleh aku call kau bila-bila."

-----

Namun 'bila-bila' tidak juga datang.  Esah biar 'bila-bila' dalam buku telefon, berkawan dengan pijat.

Kata hati, Dib sudah di alam lain.

Dib, dan semua yang lain.

Jodoh pertemuan bukan kita yang tentukan.  Kerja sendiri tak terbuat, mahu fikir tentang kerja Tuhan.  Sia-sia.

"Cermin muka kau tu, Chah.  Umur macam ni, kau nak fikir tentang kahwin?" jerawat di pipi Esah menempelak dari dalam bayangan di cermin.

Mungkin mahu membalas rasa sakit dipicit nanahnya.

Tiga bulan lepas, umur Esah masuk 32 tahun.  Perempuan, kalau sudah 32 tahun tidak kahwin-kahwin juga itu tanda tak ada orang yang mahu.  Perempuan, kalau sudah terlepas 'tarikh luput' harus belajar hidup sendiri.  Harus belajar hidup sunyi.

"Aku pun ada juga terfikir macam tu.  Aku ada regular income kan?  Aku ada lesen, ada motorsikal untuk ke sana ke mari.  Ada rezeki aku, esok-esok pakai kereta pula.  Aku boleh ambil loan, beli rumah.  Tak perlu yang besar-besar.  Setakat muat aku seorang, jadilah.  Aku tak kahwin pun, bukannya aku menyusahkan orang, kan?" Esah melayan cermin bercakap.

Gila kau Esah, bercakap dengan cermin.

-----

[bersambung...]

November 6, 2002  [11:30 AM]

...men hunt and women gather...

The odds of going to the store for a loaf of bread and coming out with ONLY a loaf of bread are three billion to one.  [Erma Bombeck]

-----

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun hari ini baru 1 Ramadhan, bahang hari raya sudah lama terasa.  

Bayangkan, sampel kuih raya sampai ke tempat kerja aku pada awal bulan Oktober.  Kebanyakan kedai jahit di pulau ini mempamerkan tanda "Tempahan Hari Raya Ditutup" sejak pertengahan Oktober lagi.  Kad raya lebih banyak daripada kad Deepavali.  Orang ramai dari tanah besar datang silih-berganti ke pulau untuk membeli-belah barang-barang 'keperluan' raya.  Balang kuih.  Alas meja.  Sarung kusyen.  Set meja makan.  Melamine.  Queen Anne.  Corningware.  Visionware.  Underwear.

Dekat-dekat nak raya ni, memang seronok jadi perempuan.

-----

"Eeeiii... banyaknya.  Kena ke beli semua tu?"

Aku suka shopping dan suka perhatikan gelagat orang ber-shopping.    Yang lelakinya mencangkung di kaki lima, hidung kembang kempis menghembus asap rokok, bersembang sesama saudara senasib sementara yang perempuannya berjuang di dalam kedai.  Satu-satunya lelaki yang kelihatan tersenyum ialah tuan punya kedai.

Lupakanlah pasal berenang di lautan api, merentasi ranjau berduri, kupetik bintang di langit, kuanyam buih di lautan semua tu.  Kau nak uji kesetiaan lelaki, kau bawa dia ber-shopping!

Membeli-belah, sebenarnya subjek menarik untuk dikaji dari segi psikologi gender.  (Eh! jangan menguap, dengar dulu.)  

Lelaki.  Okay, lelaki kalau hendak membeli barang akan pergi ke mana-mana kedai, terus ke bahagian di mana barang itu dijual, ambil yang dirasanya sesuai dan bayar di kaunter pembayaran.  

Tetapi perempuan tidak.  

Perempuan akan menjadualkan satu masa untuk keluar membeli barang yang dikehendaki.  Mungkin ajak 2-3 orang kawan sekali.  Pergi ke  kedai.  Tengok.  Belek.  Banding.  Pergi ke kedai lain.  Tengok.  Belek.  Eh! tengok tu... ada jualan murah.  Belek.  Pegang.  Letak balik.  

Singgah minum di kafetaria pusat membeli-belah.  Sembang.  Tengok-tengok majalah di kedai mamak.  Beli gula-gula.  Pergi balik ke kedai tadi atau kedai lain.  Belek.  Cuba.  Letak balik.  Beli barang lain yang sebenarnya tak dirancang untuk dibeli.  Balik rumah.  Fikir.  Pergi balik kedai itu pada waktu yang lain.  Belek.  Belek yang lain.  Beli.  

A-hah!
  Beli.  

Tapi, tak habis lagi di situ.  Balik rumah cuba depan cermin.  Bawa ke tempat kerja.  Tunjuk pada kawan-kawan.  Banding harga dengan kawan-kawan yang ada barang yang sama.  Kalau ada yang lebih murah, pergi ke kedai itu pula dan beli benda yang seakan sama dengan harga yang lebih murah.  Balik.  Cerita pada kawan-kawan.

Okay?

Itu baru namanya shopping.  Orang lelaki tak akan faham konsep membeli-belah ni tau.  Orang perempuan membeli bukan sebab 'kena' beli semua barang tu.  Pertukaran duit dengan barang itu cuma perbuatan simbolik.  Membeli-belah itu sebenarnya satu 'acara sosial.'  

(Pakar psikologi berpendapat perbezaan atitud terhadap aktiviti membeli-belah ini berpunca daripada Zaman Batu lagi di mana kaum lelaki  keluar memburu dan membawa balik hasil buruan kepada keluarga.  Kaum wanita pula tidak memburu, sebaliknya mengutip buah-buahan, ulam-ulaman untuk dijadikan makanan.  Men hunt, women gather.  Menarik bukan?)

-----

When women are depressed, they either eat or go shopping.  Men invade another country.  It's a whole different way of thinking.  [Elaine Boosler]

Yang di atas itu cuma gurauan.  Selamat menjalani ibadah berpuasa.  Dalam kita berseronok membuat persiapan untuk hari raya, janganlah kita lupa tujuan asal kita.  Hari raya hari untuk kita meraikan kejayaan kita memerangi nafsu sebulan di bulan Ramadhan.  Tingkatkan keimanan dan keinsafan semoga ibadah kita diterima Allah.  Insya-Allah.

November 4, 2002  [12:00 AM]

...(30)...

Thirty.
(...and none the wiser.)

November 3, 2002   [11:32 PM]

...(30-1)...

"...baru ni akak bersalin, akak balik dari KL tapi tak sempat nak balik kampung.   bersalin kat hospital besar so hilang peluang akak nak bersalin di tangan Max..frust pun ada :)  Sebelum tu akak dah call hospital sana..diorg kata kalau akak balik pun Max tak ada masa tu Max ada kursus ke apa ntah..."

Aku rasa macam selebriti.  Aku sudah ada stalker.  

(Maaf, Kak H.  Saya salin semula emel Akak tanpa kebenaran.  Saya rasa bahagian terakhir tu sungguh kelakar.)

November 2, 2002  [11:32 PM]

...(30-2)...

Kalau bercakap tentang penyakit kronik apa yang kau fikir?  Darah tinggi, kencing manis?  Penyakit hati?  Barah?  AIDS?  Kau pernah dengar tentang endometriosis?

-----

"Tapi isteri saya memang macam ni, doktor.  Sakitnya sikit saja tapi buat macam sakit sangat-sangat!" kata suami J tadi.

Oh! Encik, kalaulah encik tahu bagaimana sakitnya endometriosis...

"Isteri encik kena buat operation.  Sekarang.  Segera.  Emergency."

Dia terpaku semacam tidak boleh terima bagaimana sakit isterinya yang 'hanya dibuat-buat' itu perlukan pembedahan.  Aku akan terangkan kemudian.

Dan pembedahan kecemasan itu pun dibuat, segera.  Bila perut sudah dibuka, nah!  Berpeluh macam berlari dalam hujan, mengeluarkan ketumbuhan pada ovari sebesar bola lisut dan 'adik-adiknya' sebesar bola ping-pong.  Usus nampak sedikit radang dengan endometriosis di sekeliling.  Usus melekat ke dinding pelvis.  Tiub fallopian melekat ke dinding rahim.  Sebelah lagi bengkak, mungkin sudah tidak boleh digunakan.  Malang, tidak ada spare part.  Tisu endometriosis merata-rata.  Pada rahim.  Pada pundi kencing.  

Dr F cuma melihat aku geleng-geleng kepala.  Hendak menolong, itu bukan kerjanya.

Tuhan saja yang tahu sakit yang J tanggung selama ini.

Tuhan saja yang tahu sakitnya esok bila aku beritahu semua ini padanya.  Dan bila aku beritahu setelah 8 tahun menunggu untuk hamil, lebih baik dia lupakan saja kerana peratusan hamil hampir sifar.

-----

Lepas kerja, hantar kereta untuk diservis.

Mekanik geleng-geleng kepala mencari punca bunyi 'renggg, rengggg' dari kereta aku.  Sekejap salahkan belting.  Sekejap salahkan aircond bearing.  Akhirnya dia menyerah kalah.

"Takpalah kak.  Itu bunyi tube bawah kereta.  Tak kacau punya," kata AC si budak pomen.

Mungkin kereta aku pun ber-endometriosis.  Sakit tapi dikata orang pura-pura sakit.  Tak ada apa.

-----

Akhir sekali, mungkin kau sudah dengar yang ini.

...A mechanic was working on a Harley, when he spotted a world-famous heart surgeon in his shop.  

The mechanic shouted across the garage, "Hey Doc can I ask you a question?" 

The surgeon, a bit surprised, walked over to the mechanic. 

The mechanic straightened up, wiped his hands on a rag and asked, "So Doc look at this engine. I can also open hearts, take valves out, fix them, put in new parts and when I finish this it will work just like a new one!  So how come I get a pittance and you get the really big money, when you and I are doing basically the same work?" 

The surgeon paused, smiled and leaned over, and whispered to the mechanic, "Try doing it with the engine running!"... 

November 1, 2002  [7:55 PM]

...(30-3)...

I dig my toes into the sand
the ocean looks like a thousand diamonds 
strewn across a blue blanket
I lean against the wind, pretend that I am weightless 
and in this moment I am happy

I wish you were here 
I wish you were here 
I wish you were here 
I wish you were here.

(I Wish You Were Here ~ Incubus)

-----

Hari Keluarga Unit Dewan Bedah di Pantai PT. 

Aku mahu buat puding tapi pada saat terakhir semalam aku dapat brainwave.  Kenapa tidak kekalkan imej anak-dara-malas-ke-dapur dan buat rojak buah saja?  Aku sangka akan diketawakan tapi rupa-rupanya itu hidangan paling laris.  Licin. 

Kutip coklat masuk dalam beg.  Isi air dalam botol.  Makan buah epal.  Bina istana pasir.  Baling bola dalam bakul.  Semua acara, aku cuma jadi pemerhati.  Rasa seronok aku sudah diganti dengan rasa sunyi.  Ada sesuatu yang kurang.  Aku rasa tidak lengkap.

Acara bertukar-tukar hadiah aku dapat kotak besar berisi wafer coklat, anak patung, tuala dan bekas penyimpan makanan.  Kole kaca bertulis "Hari Keluarga Dewan Bedah 1 November 2002" yang aku tempah semalam jatuh ke tangan Dr F. 

Petang sepatutnya terus ke air terjun T tapi hari hujan dan kami pun sudah keletihan.  Aku balik ikut jalan tepi Pantai C untuk lengkapkan satu pusingan pulau ini hari ini.  Tidak seseronok hujung minggu lepas di Taman Laut tapi lebih seronok daripada berkurung dalam rumah.

-----

November, 

Disember,

J a n u a r i .











 







 

This site supports: