Make your own free website on Tripod.com


November 30, 2000 [9:39 PM]

Hari ini setelah 4 hari aku ada kat rumah, aku dah boring asyik tengok muka adik je so aku pun keluar rumah berjalan².  Since aku tak berkenderaan (mental note: kereta aku apa khabar? Ada diorang ingat nak isi minyak??), aku tak leh gi main jauh².  Walaupun ada kereta aku suka berjalan kaki. Ada orang suka berjalan kat taman bunga, ada suka jenjalan kat tepi pantai, ada kat shopping complex.  Aku tak kisah.  Aku cuma jalan kaki utk pegi dari point A ke point B.  Kalau aku naik kereta, kaki aku tak lenguh tapi aku cuma boleh pandang depan… boring aah. Bila berjalan kaki, aku boleh tengok orang di sekeliling aku.  Ye, orang biasa yg tidak mempunyai weblog.  Inilah caranya aku meneropong dalam kehidupan orang dan berangan kalaulah hidup aku boleh gitu… hehe… 

So, tadi aku keluar gi bank kat depan sana tu utk masukkan duit aku ke dalam akaun orang lain (ye, orang itu sudah nak balik UiTM tak lama lagi…).  It’s a dangerous world out there…  Dalam perjalanan yang tak sampai 20 minit tu aku telah nyaris² dilanggar kereta sorong pemungut sampah dan motor mamat mana entah yang tak reti nak mematuhi speed limit.  Kalaulah aku ditakdirkan buta (na’uzubillah…) aku tak kan dapat survive the outside world…

Ada kereta Nissan Sunny tgh berlegar mamacam cari rumah org… dia tak tanya, aku tak leh nak tolong…

Aku jalan lagi dan aku sampai depan satu rumah & entah apsal entah 2 org lelaki baya² adik aku dok pandang aku semamacam. Tak pernah tengok org pakai lipstik ke?

Jalan lagi sampai dekat jalan besar. Kat kedai repair kereta ada budak² cina tgh cuci kereta (mental note: balik nanti aku kena cuci kereta aku), kat kedai makan cina ada cina tgh makan tengahari (mental note: melayu kah itu aku nampak tgh buat dek je makan mee?), kat klinik Mahyuddin ada 4 orang dgn muka boring tgh tunggu dilayan oleh doktor (mental note: sakit ke bang? Ke nak MC? ooo… gastrik ekk? biasa ahh, musim sekarang ini..)

Kat bank… cuma ada 3 orang kat kaunter… yeay! yeay! tak yah queue.. Sunyi pulak bank ini. Langsung aku teringat bank ini dah 2-3 kali kena rompak di siang² hari… isk! bulan² posa, tak kan org nak merompak…

Aku isi borang at the speed of light pastu terus gi kaunter. Kaunter 1 sudah tutup pulak, elok² aku sampai. Kaunter 3 ada org hilang kad Giro. Kaunter 2? Kaunter 2 chronic… ada budak pompuan ini memula dia nak update buku (1 minit) then dia nak bukak new account ke hapa entah… isi borang lain kata akak belakang kaunter… phuh! 15 minit aku berdiri kat situ sambil mengingatkan hati aku yang sesungguhnya aku berpuasa… sabar… then lepas akak belakang kaunter tu gi cop² segala… dia cakap pulak nak withdraw duit… Dalam hati aku, aku cuba ingatkan diri aku & akak belakang kaunter tu sesungguhnya kami tgh berpuasa… last² dia suruh adik tu gi queue balik… hahaha! yeay! yeay!

Selesai proses memasukkan duit dan pembayaran bil tepon dan api, aku pun keluar. Stop kejap kat depan bank tu tengok org jual VCD (mental note: betul ke apek ini jual VCD? Ke dia polis special branch tengah spy bank tu takut dirompak lagi?) Singgah TSB Superstore, beli pen 6 batang. Mamacamlah kat tempat lain takde pen. Hehe…

Dalam perjalanan balik, mamat kat kedai pomen tu dah habis cuci kereta. Kedai makan tu makin banyak orang. Anjing dalmatian rumah no 14 masih hidup and yes! aku still tak ingat² nak jalan jauh dari pagar dia (mental note: anjing ini still tak kenal aku ke?). Ada budak kecik kat rumah no 112 tendang² kucing dia, kucing tu bengang cakar dia balik... (mental note: ‘lek aah dik, that’s life..). Kereta Nissan Sunny tu masih berlegar² cari rumah sapa entah… dia tak tanya, aku tak leh nak tolong…

Pakcik berketayap kat depan rumah tu masih ada asap keluar dari hidung dia (mental note: pakcik tak posa ke pakcik? Ke pakcik tu naga jadian?)

So, habislah pusingan 360 darjah aku hari ini… And I said to myself… what a wonderfuuuullll worldd…


November 27, 2000 [9:19 PM]

------------------------------------------------------


Assalamualaikum… warahmatullahi… wabarakaatuh…

Bagi menyempurnakan titah perintah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah mendapat limpah perkenan daripada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja² maka dengan ini… saya mengisytiharkan hari permulaan puasa bagi seluruh negeri² di Malaysia jatuh pada 27 November tahun 2000.

------------------------------------------------------

Tiap² tahun paling koman pun 2 kali dia masuk TV.  Tiap² tahun time dia masuk TV, semua org berhenti buat kerja, berhenti makan nasi, berhenti baca suratkhabar utk dengar dia cakap.  Siti Nurhaliza pun tak dapat 100% attention mamacam dia dapat kat TV.  Glamour gile jadik Penyimpan Mohor² Besar Raja² ini ye?  Tapi… hmm, sapa ingat nama dia? :)

Aku menulis ini dari rumah.  Aku sampai elok² je time pengumuman permulaan puasa.  Selalunya bila feri berhenti je kat jeti, semua org berebut² nak turun walaupun pintu belum dibuka.  Tapi semalam, semua org duduk long after the door was opened.  Semua orang nak tau hari ini cuti ke tak. Hehe…

Sekejap je dah posa balik… rasa ingat lagi posa yang lepas.  Dan TV3 pun buat coverage pasal bubur lambuk masjid kg baru lagi.  Aku ingat lagi last Ramadhan (tak leh nak kata last year sbb tahun ini posa 2 kali) pun TV3 siar cite yg sama.  Kalau diaorg pakai footage yg sama pun bukannya org tau…

Semalam nyaris² tak dapat balik.  Almost missed my boat sbb masalah teknikal.  Cari Dr T yang sepatutnya dtg ganti aku, tak jumpa².  Rasa nak menangis dah tengok org lain dah naik feri.  At the last minute, jumpa jugak so aku pun kalut² bagi kunci kereta ngan pager aku kat dia then terus naik feri Lada 2 tu.  Lupa nak cakap no plat kereta aku kat dia. Hopefully dia still ingat, dah berapa kali dia naik kereta tu.

Aku tak sempat call rumah cakap aku nak balik naik last ferry, sbb aku sendiri pun tak caya dapat naik feri tu.  Hmm… kalau aku ada henpon kan best?  So, bila aku sampai takde sapa nak jemput aku.  Aku call rumah, mak kata ayah ngan adik dah gi terawih.   Hah, sudah!  Last² aku naik je teksi, melanggar perkara 1 etika keluar rumah yg mak buat -- jangan naik teksi sengsorang malam².  Ada 2 mamat ini nak gi bandar & sorang Mat Saleh dari Sydney yg nak balik hotel dia.  Satu teksi 4 org pun pakcik tu ketuk aku sampai RM10!!  Adakah aku ini nampak mamacam org kaya?  Aku baru je excited sbb adik jaga kaunter tu bagi aku tiket diskaun sbb dia kenal aku.  Dah aku rugi kat tambang teksi pulak. OK, you win some, you lose some…

Sapa kata penguasaan bahasa omputeh di kalangan rakyat M’sia lemah?  Dua org mamat tu speaking ngan Mat Saleh tu berabuk jugakk…  OK aah, at least si Mat Saleh tu boleh paham.  Alaa, pronunciation tak kena & grammar berterabur tu kira biasalah, lidah makan belacan mana nak sama ngan lidah makan keju.  Tapi aku rasa penguasaan Bahasa Malaysia sendiri pun lemah jugak di kalangan rakyat M’sia… tu nak buat macamana tu?  Misalnya, apsal pembaca berita TV3 tak boleh sebut ‘h’ kat akhir perkataan?  Allergic aku dengar : Sebua sekola renda di pedalaman Saba terbakar pagi tadi mengorbankan 2 kanak² dan mencederakan dua yang lain… aduss…

Cukuplah tu utk hari ini.  Aku rasa journal aku ini dah menyedihkan banyak pihak over the past few entries so hari ini I’ll end this on a cheerful note… SELAMAT BERPUASA…


November 25, 2000 [5:00 PM]



Previously on Nauseated! ...
...Dia kata Duy dah... Oh my God! Duy?!!


-----


“I’m here to see Duy Le, please,” aku cakap dalam intercom.

The main door opened.  Aku masuk terus then turned left ikut kata suara dalam intercom tu.  Aku naik lift.

The lift door opened on 2nd floor.  That was when I saw him… He was standing right in front of me in loose white T-shirt, tracksuit bottom and bare feet.  Arms folded across his chest, eyes looking straight ahead… yet, I could tell he wasn’t looking at me.  Typical!  Memang typical psychiatric patient!

Immediately aku rasa nak peluk dia dek terlampau belas.  Tapi after 7 years, aku masih ada nilai ketimuran.  Ala² perempuan melayu terakhir gitu!  *wink!*  So, aku cuma pegang tangan dia sambil mengharap dengan sentuhan ajaib aku tu dia akan jadik OK balik, or sekurang²nya senyum.  Duy, senyumlah...
 

-----


Aku sepatutnya happy sebab dah habih finals.  Tapi masa tu aku serba salah.  Aku nak enjoy sesangat pun aku asyik teringatkan Duy.  Dulu masa time² tension rasa nak quit Medicine, he was there for me.  So, aku ulang-alik ke Guy’s Hospital psychiatric unit.  Kengkadang selang sehari kengkadang 2 kali seminggu.  Aku tak tau whether it was out of my responsibility as a friend or if it was just out of guilt…

Hari demi hari aku nampak dia semakin OK.  At least dia cuma mention suicide sekali sehari, instead of once in every sentence!  Aku pun dah dibenarkan bawak dia jenjalan kat luar so kira ada progress le tu.  Kitaorg selalu gi lepak bawah Tower Bridge (well, not directly under the bridge lah… tu dah masuk dalam Thames River, gile ke hapa..).  And it was under that bridge lah aku bagitau Duy result finals dia…

Aku pass.  Ye lah, otherwise I won’t be here today.  Out of kami berlima, cuma aku, Anthony ngan Yu Wen je yang pass.  Anwara failed her written.  Duy?  I’m sure Duy would’ve passed if he’d sat for the last viva sebab paper lain semua dia pass.  Pass lagi baik dari aku pulak tu!

Dia cuma pandang aku blankly bila aku cakap kat dia gitu.  Depression does that to people.  Takde emotion.  Bila kita happy kita gelak, bila dia happy dia blank.  Bila kita sedih kita nangis, dia sedih dia cakap nak bunuh diri.  Bila kita marah kita jerit² sambil hentak² kaki.  Bila dia marah dia cakap nak bunuh diri…

Dia tanya aku apa nak jadik kat dia.  Dia tanya aku apa nak jadik kat dia lepas aku balik M’sia.  Dia tanya aku betul ke aku nak balik M’sia…  Waktu tu aku pulak yang blank, walaupun sebenarnya aku nak nangis sambil menjerit² hentak² kaki…  Life is so unfair!!

-----

July 1997.  The day before aku balik sini aku pegi Guy’s for the last time. Aku tak sangka aku akan terpaksa tinggal dia kat situ.  Aku ingat by the time aku nak balik dia dah sihat dah.  Tapi aku terpaksa jugak tinggalkan dia kat situ in the state he was in…  Aku ingat lagi hari tu, although tarikhnya aku dah lupa, dia ikut aku sampai pintu depan.  Aku jalan sampai ke pintu pagar then I made the biggest mistake of my life… I turned around!  I turned around and he was still there… looking on.  Cis! Inikah memory yang aku nak bawak balik?  The memory of his sad face looking at me like that.  Lantaklah apa orang nak kata… hari tu aku nangis sepanjang perjalanan dalam tube balik ke rumah…  Life is so bloody unfair!

-----

December 1997.  Aku tak sangka betul.  Pada satu malam in Dec 1997, he called me all the way from London.  Rupa²nya hari tu dia baru dapat result finals dia…  He resat the finals and passed!! Aku terharu gila… Dr Le, finally.

-----

Sekarang aku tak tau dia kat mana.  Working somewhere or dah masuk wad balik.  Who would’ve thought eh?  You fled your country to find a better life elsewhere, survived 15 odd years of hardship, almost made it to the top… only to tumble at the finish line.  That’s the irony of life, I’d say…


November 24, 2000 [12:58 PM]

Entah macamana, suddenly aku teringat kat dia… I wonder where he is now?

-----

Nama dia Duy Le.  One of my closest friends masa kat UK dulu.  He’s a Vietnamese.  He and his brother were refugees back in the late 70’s.  They and God knows how many more refugees, cramped into a boat one night and tried to get into Malaysia.  They were caught, sebab polis marin negara kita ini handal² belaka dan cekap dalam menjalankan tugas menangkap pendatang tanpa izin.  Somehow, (aku dah tak berapa ingat cerita ini) they were sent to UK.  Imagine, sepatah haram cakap omputeh pun diaorang tak paham being only 8-10 years old with very little education masa tu.  Must be pretty scary…

Anyway, aku mula kenal Duy masa aku memula masuk med school.  Masa aku masih mencari someone that looked relatively Asian, someone I can relate to.  Makin lama aku kenal dia, makin aku mengagumi dia.  A Vietnamese refugee, now with Permanent Resident status, made it to medical school.  Huh?  Who would’ve thought eh?!!  Aku dengan biasiswa aku… was just scraping along…

Banyak memories aku dengan dia.  Tapi paling aku tak boleh lupa was the summer of ’97…  Duy buat aku realise macamana kerdilnya kita di sisi Tuhan, macamana apa yang kita inginkan selama ini kalau Tuhan nak ambik balik anytime Dia boleh ambik balik, without so much as a warning…

-----

It was May 1997.  Aku, Duy, Anthony, Anwara & Yu Wen were preparing for THE finals.  Takut memang le takut.  Sekarang ini pun kalau suruh ambik sekali lagi finals tu aku tak gerenti aku boleh pass!  Memang aku takut.  Anthony the walking textbook takut.  Anwara yang happy-go-lucky tu pun takut.  Yu Wen maintain cool konon tapi aku tau dia takut.  Takut kami berempat combined pun tak boleh mengatasi takut Duy.  Duy takut berlebihan.  Duy dah jadik lain.  Jadik pendiam.  Jadik depressed.

Ye, depressed.  If only any one of us had thought of it first!  We were med school finalists, yet we couldn’t detect a depressed person amongst us.  Cis!  Bengang aku bila pikir² balik…

Finals started late May.  First the written papers… then the OSCE & vivas (for the non-medics, ini oral exam lah)…  Satu, satu… Duy jadik bertambah takut.  Yu Wen had to physically drag him to the Medical viva sbb dia takut nak pegi.  Bila sampai the O&G viva Duy dalam blok lain so we all tak boleh nak temankan dia… and… yup! ..he missed it! He missed the last paper!

2-3 hari kami cari Duy tapi dia takde.  Kami jadik risau.  Last² baru dapat cekup adik dia.  Dia kata Duy dah…  Oh my God!! Duy?!! 

-----

Hmm, esok-esok lah sambung ekk?  ini nak kena gi basuh baju, gi shopping for food and gi bank pulak dah...  Cuti cuma hari ini je...


November 22, 2000 [10:07 PM]



EXTRA Ruangan guestbook dah ada respon dari akak pulak... kalau rajin gi baca. Kalau lagi rajin, gi tulis. Hehe...


[9:38 PM]

CAUTION: This entry may contain adult-oriented material that some readers might find offensive. It may not even be lawful in certain parts of the world. Proceed at your own risk.

Sex… Hmm… bila aku sebut je perkataan tu apa agaknya yang ada dalam fikiran org lain? Ada org rasa sex itu kotor, ada pulak yg rasa sex itu sebahagian daripada norma hidup. Suatu masa dahulu, bila org sebut sex org terbayangkan suami, isteri dan dot dot dot, je. Sekarang bukan itu aje. Sekarang ada kes sumbang mahram, kes liwat, kes rogol-bunuh, bohsia, bohjan, VCD lucah, website lucah, anak luar nikah, anak luar nikah dalam beg plastik di belakang balai polis, di tepi jalan, di dalam tong sampah… No wonder org rasa sex itu kotor…

Bila ada orang suggest sex education kat sekolah, mesti ada havoc dalam TV, dalam suratkhabar. “We shouldn’t expose our kids to sex,” says one NGO. “Kita tak mau jiwa anak² kita dicemar..,” kata ibu bapa pulak. But they're all out there… The aliens are out there. Crime is out there. Sex is out there… Our kids are being exposed to sex, maybe even more exposed than we think. Kita tolak cadangan sex education di sekolah so our children are getting their sex education from the pages of Mangga and what not. “We shouldn’t expose our kids to sex,” says another NGO. Yet, I don’t see these ‘sex manuals’ being taken off the shelves…

Budak-budak… aku bukan bercakap pasal anak-anak dara kerja kilang ke, GRO ke, perempuan² lemah yang terpedaya dengan pujuk rayu kasanova ke apa… budak-budak. Budak-budak yang sepatutnya ada kat sekolah buat kira-kira, belajar buat sajak, belajar tentang taburan perindustrian New England, yang akan mereka gunakan di alam dewasa kelak (?). Masa aku kerja kat hospital lama aku sebelum aku transfer ke sini, pada satu hari tu ada sepasang ibu bapa datang jumpa aku bawak their heavily-pregnant 15 year old daughter. Fifteen! She was only fifteen…

Budak ini dah dibuang sekolah lepas pengetua dapat tau dia mengandung. Ye lah, memalukan nama sekolah. Nasib baik mak bapak dia tak bunuh dia. Instead, her parents bagi dia belajar privately and daftar dia utk PMR. So her parents mintak aku masukkan budak ini ke wad utk ambik exam. Aku agak mesti sbb diaorg cuba nak sembunyikan the pregnancy dari pengetahuan jiran² etc. Serba salah jugak aku. Kesian, tu kesian la tapi wad aku pun penuh masa tu. Nasib baik boss aku baik hati so kitaorg pun masukkan budak tu wad atas alasan dia ada urinary tract infection walaupun dia sebenarnya boleh balik makan antibiotik kat rumah je. So, Jabatan Pendidikan Negeri pun kena la arrangekan exam tu kat spital utk dia ngan sorang budak lagi yang baru lepas operation appendix. Kesian budak tu… apalah dah jadik kat dia sekarang agaknya. Aku jumpa parents dia masa aku balik hari tu, diaorg kata dia dah selamat bersalin anak² kembar dia kat hospital swasta. Oh, did I mention she was having twins?

Bukan dia sorang je… banyak dah aku jumpa. Aku sedih… Some of them tak dapat proper healthcare sbb keluarga diaorg malu kat masyarakat sekeliling. Malu nak gi klinik. Datang hospital cuma bila dah betul² nak bersalin. Tu nasib baik datang hospital, yang bersalin sengsorang kat rumah pun ada… Last² dah tak tau sangat apa nak buat baru la panggil ambulan. Mamacam mana la rasa… Anak tu, kalau dijaga takpelah. Kalau dibuang? Berapa kali dosa dah tu?

Tu yang mengandung… yang tak mengandung tak semestinya takde problem. HIV. AIDS. Penyakit kelamin. Dadah. Arak. Lari dari rumah, alone and vulnerable… apa jadik akhirnya?

Hmmpph…. "No. Our children don’t have to know about sex…," they chant.

(No. They don’t have to know about sex. They just have to stay ignorant and do it anyway, anyhow…)


November 21, 2000 [6:35 PM]



Sapa tengok Juara lagu malam tu? Aku tengok. Aku dan entah berapa juta lagi rakyat Malaysia agaknya.

Biar apa pun rupa yang terbina / Takkan gentar merela kehendaknya / Terdengarlah bicara tersembunyi / Yang tertebar di langit dan di bumi / Siapakah yang mampu menundukkan bayu / Siapakah yang tahu hanya ada satu Sedap kan suara dia? Terpegun aku tengok Siti nyanyi malam tu… Aku dan entah berapa juta lagi rakyat Malaysia agaknya. Best kot jadik dia, ekk? Suara dia dah la sedap, lemak, berkrim, rupa pun lawa pulak tu… Baru 21 thn dah ada duit nak start business sendiri. Hmmphhh…. Teringin jugak aku nak jadik dia sehari dua… Aku dan entah berapa juta lagi rakyat Malaysia agaknya…

Kenapa org selalu mamacam tu? Kenapa kita tak pernah happy dengan apa yang kita ada? Kenapa kita selalu rasa apa yg orang ada tu lebih baik dari kita punya? Pernah ke kita pikir apa perasaannya jadik orang yg kita teringin nak jadik tu? Siti tu happy ke sebenarnya? Mungkinkah dia pun teringin nak jadik aku? Mungkin dia pun teringin nak jadik normal mamacam budak² her own age. Belajar kat IPT. Keluar town naik bas, pakai T-shirt beli kat shopping complex biasa, makan kat McDonald’s tak payah susah hati kot ada org nak tikam ke apa ke…

Dulu heboh kejap pasal si budak genius kat Oxford tu. Sapa nama dia? Alaa… lupa la pulak! Anyway, budak tu haa… yes! Suffiah … si Suffiah ini gila la punya genius mak bapak dia ajar dia kat rumah je sampai dia boleh masuk Oxford at the age of 13. And everybody including media heboh le, eh-eh…bestnya jadik dia ekk… mesti bangga la mak bapak dapat anak macam gitu… sejuk perut mak dia ngandungkan dia…etc, etc… Sekali apa jadik? Hehe… dia lari!! Sebab? Sebab dia nak hidup macam budak² lain… ada kengkawan, ada life…

Aku… aku bukan penyanyi popular. Aku bukan child prodigy. Tapi masih ada orang teringin nak jadik aku (at the same time aku teringin lak nak jadik org lain… isn’t that ironic??). Selalunya sebab 2 perkara: Aku doktor & aku kurus.

Teringin nak jadik doktor tu aku paham… Ye lah, sapa yg tak tau status doktor dalam masyarakat kita kan… duduk sebaris ngan loyar dan majistret. Cuma diaorg tak tau kerja doktor tu macamana lagi! Hehe…

Tapi teringin nak jadik kurus macam aku ini… aku heran le…Kalau aku dapat seposen setiap kali aku dengar, “Eeiii… macamana aah nak kurus mamacam you?,” aku rasa aku dah boleh beli sebijik basikal second-hand dah sekarang. “You bolehlah, senang beli baju kat kedai… semua size you,” kata diaorg lagi dengan penuh admiration… Alo? Yang aku ini usahalah nak jadik gemuk… dengan high-protein diet segala. Orang nampak aku kurus, sebenarnya aku underweight. Ingat best ke jadik kurus ini? Mudah sejuk… takde insulation, tak leh jalan dalam ribut takut diterbangkan angin. Perasan tak lembu dalam Twister tu? Tu lembu kurus le tu. ini, nak beli baju… susah tau aku nak beli baju ready-made… tangan mesti pendek & pinggang mesti punya lah longgar… best apa macamtu?

Adat le ekk… kalau kita dah berpuas hati dengan segala yang kita ada then kita takde pulak azam utk memperbaiki diri kita sbb segala yg kita ada kita dah anggap bagus. Tak gitu? Turut titah setia ratu kota / Lirik mata yang cerah bak sahmura / Singgahsana nan indah tak terperi / Halus santunnya wajah bidadari / Siapa yang mengutus surat keajaiban / Siapa yang menghunus rebah di pelukan...


November 19, 2000 [7:03 PM]



Hujan (lagi…).

Hari ini lain sikit aku rasa berbanding dengan hari² sebelum ini. Hari ini aku ada banyak masa free utk berfikir. Ada banyak masa utk reflect on things yang selama ini aku took for granted. Ada terlalu banyak masa sampai aku boleh end up ke soalan yang still tak terjawab sampai sekarang, ‘Kenapa aku nak jadik doktor?’

Mungkin sbb hari ini hujan. Org jadik ceria and tergedik² happy on a nice, sunny day. Hujan buat org jadik gloomy and down.

Antenatal clinic aku tak ramai orang hari ini. So aku habis awal. That was when it happened… patient yg last sekali tu umur 43 thn, anak dah 6 orang, ter-mengandung lagi. Aku tanya dia pasal contraception. Dia kata dia cuma gunakan Manjakani (Manjaaa… setiap malam adalah malam pertama). Hmm… some fine contraceptive method that must be! At least dia tak jawab air gamat. Most people kat sini anggap air & minyak gamat tu penawar segala penyakit… Anyway, back tu kakak ini tadi. Since masa tu awal lagi & dia lak patient last sekali, kena pulak contraception tu 'pet subject' aku, aku duduk ngan dia dekat 20 minit bincang pasal ini. Masa tu lah baru aku sedar… Aku kesal kerana selama ini aku tak pernah ada peluang utk spend any quality time ngan patient² aku. Aku tak pernah ada masa utk duduk dan tanya masalah di sebalik kisah diaorang berulang-alik mintak MC kat aku; di sebalik keengganan diaorg makan (or even ambik) ubat yang aku prescribe. Kesal sebab I’ve been made to spend too much of my time on paperwork and meetings and entah apa² lagi yang didn’t really matter. Err, Tan Sri Dato Dr what’s-your-name-again?, you’d better do something about this… our doctors are turning into robots…

So for the rest of the afternoon aku rasa ‘high’ semamacam… rasa mamacam baru lepas kena ganja ke apa. Rasa mamacam kerja 8 jam sehari tiap² hari pun tak leh lawan that 20 minutes… OK, sometimes you can get ceria & tergedik² happy on a rainy day too… :-)

Lepas tu sepatutnya ada meeting ngan state pengarah dan TPP. More Teleconsultation crap… Tunggu dan tunggu dan tunggu tapi diaorang tak muncul². Last² gi pantry makan pulut kuning Dr A buat utk cukur rambut anak dia. Yumm!

Mungkin sebab pulut tu… pulut buat orang jadik mengantuk and sedikit malas…

While waiting for the meeting, aku lepak kat Kecemasan. Aku ada banyak masa utk berfikir lagi. Aku tengok Dr B handle sorang pesakit stroke. Kesian. Dia dalam lingkungan lewat 40-an, mungkin nelayan, mungkin drebar, mungkin Pengarah Kesihatan Negeri… I don’t know. Kata isteri dan anak dia, semalam dia OK lagi… Then aku terfikir (kesian otak aku kena buat overtime hari ini…), aku tak pernah jadik in-patient. Alhamdulillah, setakat ini aku tak pernah dimasukkan ke hospital. Aku rasa semalam pakcik tu sure tak sangka yang hari ini dia akan dipapah ke kerusi roda, nak kencing pun org kena bawakkan bekas, nak makan pun kena makan ‘moi’ (hehe… kanji le tu). Suddenly, aku insaf… Aku dah spent far too much time on paperwork and useless nonsense instead of spending time on things that really matter.

Aku dengar kat TV hari tu nisbah doktor:pesakit kat Malaysia sekarang 1:1800. Maknanya sorang doktor kena handle purata 1800 org pesakit. Kementerian nak kurangkan ke 1:500-600 mamacam kat negara² maju by the year 2020. Lagi 20 tahun tu… in the meantime, orang² kita kena la jugak put up with doktor² robot ini… paperwork comes first, patient second…

And, oh yes… ‘Kenapa aku nak jadik doktor?’

Entah.

Dan di luar masih hujan… (lagi…)


November 18, 2000 [12:17 AM]



Hmm... akhirnya... Dah dekat setengah jam aku mengadap bendalah ini... dah 18 November dah... Punyalah slow line malam ini. Naik menyampah aku menunggu. Tak aci betul. TMNet caj aku rate sama ngan org lain tapi line slow mamacam apa je kat sini. I need a lawyer! I'm taking this case to court! The fact that aku buat kerja kurang daripada Pegawai Perubatan U3 di hospital lain tapi dibayar gaji yang sama does not count ye, tu tak relevan...

Guestworld dah tak mau kawan ngan aku. Dia nye server dah buat hal banyak hari dah. Kpd sesapa yg dok try masuk guestbook aku tapi asyik dapat error message tu thousand apologies lah ye...


November 15, 2000 [9:18 PM]



Tanggungjawab. Omputeh kata responsibility. Kita kata tanggungjawab. Memang bahasa kita ini mudah… sekali dengar je dah boleh faham maknanya. Bila seseorang tu memikul suatu tanggungjawab, maka segala kesannya dia sendirilah tanggung dan apabila ditanya, dia sendirilah jawab. Tanggungjawab.

Ramai orang suka bercakap pasal hak² asasi manusia, pasal hak² rakyat di sisi perlembagaan, hak² bumiputera etc, etc, etc… Jarang org mahu bercakap pasal tanggungjawab. Kalau ada pun lebih banyak tentang tanggungjawab org lain kepada diri kita, bukan tanggungjawab kita pada org lain. Soal tanggungjawab lebih complexed daripada soal hak. Apa tanggungjawab asasi kita sebagai manusia, sebagai rakyat, sebagai bumiputera? Kita, sebagai manusia, pegang mamacam² watak dalam hidup ini. Sebagai anak kita bertanggungjawab ke atas ibu bapa kita. Suami bertanggungjawab ke atas isteri (atau isteri²). Isteri pulak sebaliknya. Guru bertanggungjawab ke atas murid²nya. Tukang kebun bertanggungjawab ke atas pokok²nya. Aku boleh sambung sampai pagi…

Ye, doktor bertanggungjawab ke atas pesakit² mereka. Tu semua sudah sedia maklum. Tapi, pesakit jugak bertanggungjawab ke atas doktor dia. Aku cari dalam internet pasal patients’ responsibility tapi asyik jumpa patient’s rights je… see, told you!

Yang aku membebel pepanjang ini baru intro je… sebenarnya aku nak cite, minggu lepas ada sorang pesakit masuk Labour Room dalam keadaan betul² nak bersalin dah. Dia tak bawak kad Antenatal dia (kad pegi check perut tu), mungkin sbb datang tergesa² gitu al-maklumlah. So, staff nurse yang tengok pesakit ini tanyalah dia benda² biasa yang kami tanya bila orang masuk wad… nama? Umur? Anak nombor berapa? Ada penyakit apa² tak? Bersalin anak yg dulu ada problem ke tak? Dia kata dia takde sakit apa², so proceedlah as per usual… Lepas anak tu dah dilahirkan, ibu dah dijahit, dibersihkan etc… si suami pun datang bawak Antenatal Card dia… Aku tengok kad tu, staff nurse tu tengok kad tu dan kami sama² tengok each other dengan muka merah menyala…

Bukankah tanggungjawab dia utk inform doctors, nurses dan sesapa jugak yang nak sambut anak dia tu yang dia ada penyakit berjangkit? Bukankah tanggungjawab dia utk inform kami dia ada HIV?? She seemed like a very nice woman so aku tak caya yang dia sengaja nak buat gitu utk expose orang lain pada HIV, although kebanyakan staff aku kata gitu. Still, tanggungjawab sapa kah utk beritahu dia tentang tanggungjawab dia ini? Kerja akukah?

Tadi, ada sorang patient masuk wad. Dia baru je keluar wad 3 hari lepas. Sebelum balik hari tu aku dah bagi dia prescription utk ambik ubat. Kali ini dia masuk dengan sakit yang sama. Aku tanya dia makan ubat ke tak, dia kata ye. Siap cite lagi mamacam mana pahitnya ubat tu. Then aku jumpa prescription yang aku tulis tu masih ada dalam Antenatal card dia. Aku dah bagi dia prescription, jadik tanggungjawab dia lah pulak utk gi ambik ubat tu dan makan sampai habis… itu pun aku nak kena ajar ke? Inikah maksud Tan Sri Dato Dr something semalam tu bila dia kata kami doktor² kat sini tak buat kerja? Kerja aku jugak ke ini?


November 14, 2000 [11:40 PM]





On the way
Trying to get where I'd like to say
I'm always feeling steered away
By someone trying to tell me
What to say and do
I don't want it
I gotta go find my own way
I gotta go make my own mistakes

Sorry man for feeling
Feeling the way I do

Open wide and they'll shove in
Their meaning of life
But not for me I'll do it on my own
Open wide and swallow their meaning of life
I can't make it work your way
Thanks but no thanks

By the way
I know your path has been tried and so
It may seem like the way to go
Me, I'd rather be found
Trying something new
And the bottom line
In all of this seems to say
There's no right and wrong way
Sorry if I don't feel like
Living the way you do

-The Meaning Of Life (o.a. The Offspring)

Kami bernafas dalam udara yang sama. Kami duduk dalam bilik yang sama sesak... Aku dengar apa yang dia kata tapi kenapa dia tak nampak apa yg aku nampak??

Somebody important dalam Kementerian datang melawat hospital aku hari ini. Ye, hospital aku. Orang lain mungkin rasa aku bercakap mamacam hospital ini bapak aku punya, tapi bagi aku hospital ini hospital aku. Aku kerja kat sini, aku tidur pun kengkadang kat sini, aku makan ke tak makan ke pun kat sini... Aku dan semua doktor, semua kakitangan hospital ini. Just because dia ada Tan Sri Dr Dato' depan nama dia, it doesn't make this hospital ini dia punya. Who does he think he is, telling us off like that?!!

Ikut program, it was supposed to be a benign, almost harmless Teleconsultation Demo. We sit in front of the monitor, smile and talk to the person on the other side ikut skrip. But no, it ended up all wrong... Dia bukan saja tak appreciate apa yg kami dah programkan utk hari ini, dia kutuk pulak lagi tambah. It was as if nothing is good enough by his standards. Apparently, we are not doing enough work. Whatever 'little' work we are doing is all wrongly done. This whole hospital was a waste of money. Bla, bla, bla... He would've made it a lot easier if he had used the term 'makan gaji buta' but he' a Tan Sri Dr Dato' something... he had to be a little bit different.

Ada sorang doktor try jawab balik... ohh! why do you even bother, Naz?? Orang² atasan ini dah lupa daratan. Kepala dah sampai ke langit, kaki dah tak jejak ke bumi...

Masa aku memula decide nak buat Medic masa aku baru lepas SPM dulu, aku pun mamacam org lain jugak. Aku ingatkan doktor kerjanya mulia. Sembuhkan penyakit, selamatkan nyawa. Rupa²nya tu kerja Tuhan. Kerja aku isi borang, tulis report, design protokol, kalau ada masa yes, we will save some lives. Paling aku tak sangka sekali masa aku berangan nak jadik doktor tu was that there will be some old guy telling me what I am and am not doing. Some old Tan Sri Dr Dato' something sitting in his comfy air-cond room...

Hari ini aku dah fed up dgn semua tu. Aku tak perlukan sesapa utk judge kerja aku, be it good or bad. Aku tak mintak kain batik, telekung, buah-buahan, jambangan bunga. Aku tak mintak diaorang namakan anak diaorang dgn nama aku. Aku tak mintak terima kasih pun... Yang penting sekarang aku buat kerja ini sebaik yang aku mampu without losing any more weight, niat kerana Allah then lantaklah apa orang lain nak kata. Kalau org lain tak leh appreciate aku, then at least I should learn to appreciate myself... kan?




November 11, 2000 [11:15 PM]

Extra! Extra! Read all about it...!

Kengkadang, kita kata sesuatu... org tak perasan ke tak dengar aku tak tau lah... so kita kena ulang apa yg dah kita katakan tu. Untuk kesekian kali nya Nett, akak tak marah kat ko. Ye, akak sedih tapi akak tak marah. Tak yah la sampai tak tidur malam pulak pikir pasal tu... Life's too short for all that... Kite kawan balik 'kay?!!

Dan kepada orang² lain... rilek aah... jangan le kata kat dia mamacam²... mamacam lah kita tak pernah buat silap, kan?

P/S: Antara kelebihan Panadol (atau paracetamol) ialah:


  • Ubat demam yang berkesan (so, digunakan utk denggi, yes)

  • Ubat penahan sakit yang minimum kesan sampingannya (so, guna utk bisul kat telinga tu. Dan jugak sebab jangkitan kuman pada bisul tu menyebabkan demam... yes, guna panadol utk tu jugak, kira 2-in-1 gitu)

  • Murah (hospital dan klinik kerajaan disubsidi oleh kerajaan, tak kena bayaran so kena lebih banyak gunakan ubat² murah tetapi berkesan)



[10:46 PM]

There's a hero…
If you look into your heart
You don't have to be afraid of what you are
There's an answer if you reach into your soul
And the sorrow that you know will melt away

Kenapa ekk? Kenapa weekends selalunya pendek sangat? This weekend aku tak gi mana². Aku dok je kat rumah. Konon nak rehat secukup-cukupnya sbb aku dah terlampau letih seletih-letihnya kerja minggu lepas. Baru 10 hari di bulan November aku dah rasa mamacam sebulan. Deliveries bulan ini mamacam apa je… Semua ini hasil dari musim kenduri hujung tahun lepas lah ini. Apa nak buat, aku sendiri yg pilih nak buat kerja ini… Rupa²nya sehari tak cukup utk relaxkan balik otot² aku yang tegang, unclog salur darah otak aku yang tersumbat dan tampal balik perut aku yg bocor sbb missed too many meals. Sedar² dah Sabtu…

Sedar² phone bunyi… Sedar² dah pukul 1.30 pagi hari Sabtu, 11/11/00… Antara sedar ngan tidak aku berjalan ke Labour Room. Tak pernah aku kena panggil ke Labour Room tgh² malam sekerap ini. Selalunya seminggu sekali pun jarang. Bulan ini dah almost tiap² malam aku ‘sleepwalking’ ke Labour Room. Hmm, last² masuk OT lagi. Caesarian lagi. Sampai rumah balik pukul 4 pagi…

Bila aku bukak mata sekali lagi dah 8.15 pagi. Ciss! Mamacam mana boleh tak dengar jam bunyi??

Spent the whole day buat kerja² routine aku kat Labour Room dan berulang-alik ke toilet, cuci kain aku yang, entah apsal, asyik berendam darah diaorang je hari ini. Terfikir jugak nak beli baju hujan the next time aku pegi shopping.

Tengahari makan kenduri rumah Pengarah. Anak dia bersunat hari ini. Oh no! cuti sekolah, musim org kahwin… sibuklah aku 9 bulan dari sekarang…

And then the hero comes along with the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

Chua Jui Meng, hero Kementerian Kesihatan, masuk TV lagi hari ini… Hari² ada je muka dia kat TV. Semalam dia announced nak naikkan caj hospital utk warga asing. Hari ini dia announce pengharaman sejenis ubat lak (aku tak berapa dengar apa nama compound tu) yang dijual secara meluas sebagai ubat selesema. Kononya side effect ubat tu ialah stroke dan mamacam² lagi… Aku heran betul, this announcement comes from the same Kementerian yang ‘halal’kan smoking. Smoking causes cancer, heart disease, stroke and more. Tapi takpe, jangan risau… kita haramkan ubat selsema dulu. Lebih ramai orang menghidap selsema daripada org yang hisap rokok (???)…

Kengkadang aku terfikir macamana org² atasan ini buat keputusan. Adakah di kedai kopi mamacam iklan Courts tu (kita bagi balik saploh ringgit!!)? Then aku bukak TV2, ada rancangan nyanyi² and the answer to my question bemacame obvious… sesapa yg buat keputusan nak wujudkan kembali sekolah beraliran Inggeris tu, misalnya, mesti buat keputusan sambil tengok TV! Takde lah benda yang lebih menyakitkan hati daripada mendengar org melayu nyanyi lagu Omputeh dengan telor dan lenggok melayu… hodoh! Apa pulak lagi kalau suara tu sumbang dan tarian penari latarnya takde kena mengena ngan tune…

It's a long road when you face your world alone
No one reaches out a hand for you to hold
You can find love if you search within yourself
And the emptiness you felt will disappear




Esok aku tak akan alone dah kat sini. Ayah, mak & adik nak datang. sesapa yang rindu kat Mat Jan bolehlah selalu² masuk sini ambik bau dia (dan sign guestbook...).

Lord knows…
Dreams are hard to follow
But don't let anyone tear them away
Hold on…
There will be tomorrow
In time you'll find the way...


November 10, 2000 [1:44 AM]

It’s 1am and way past my bedtime.  Tapi aku masih tak leh lelapkan mata. Partly sbb aku dah tidur siang and partly because I’m overwhelmed with emotion.  Pada mulanya aku excited sbb counter aku dah hit 100.  Aku kata kat Adik (through MSN Instant Messenger) aku nak bagi hadiah kat visitor ke-100 tu.  Tapi… nampaknya, dia dah terlebih dulu bagi ‘hadiah’ kat aku.  Masa aku baca Guestbook entry yang dia tulis, aku automatically rasa nak nangis.  Adik kata mungkin dia tak tahu…


Ye, mungkin dia tak tahu dan memang salah aku lah, sbb tak bagi tahu.  So, kepada yg masih tak tahu, aku seorang doktor.  Aku seorang doktor di sebuah hospital kerajaan.


Adik kata maybe aku patut explain properly dalam guestbook dia pulak tapi aku decided utk tulis kat sini sbb aku tak mau dia rasa aku marah kat dia.  Bukan dia sorang yg beranggapan mamacam tu.  Kebanyakan org di Malaysia ini anggap doktor hospital kerajaan kerja main-main, bagi rawatan sambil lewa, makan gaji buta.  Hospital/klinik swasta dianggap lebih baik, bayar lebih pun tak apa.  Walaupun selalunya Panadol yg pahit tu jugak lah yg diberi, rasanya lain kalau dari Dr swasta.  Tak payah buat survey, baca dalam akhbar tiap² hari pun boleh tengok sendiri berapa banyak komplen tentang hospital² kerajaan.  Aku sedih sbb mamacamana kuat aku bekerja pun, aku tak dapat kikis pandangan ini daripada pemikiran org² kita.  Aku sorang je tak jadik…  Doktor takde kesatuan kerja yang cukup kuat utk perjuangkan point ini.  Bukan aku nak blame MMA (M’sian Medical Association) pulak makan gaji buta, tapi majoriti ahli MMA adalah doktor swasta yg ada banyak masa utk berpersatuan.  So, logiklah hak² mereka yg lebih didahulukan.


Barang yg lepas jangan dikenang, kata orang bukan aku kata.  Tapi, masa aku houseman dulu ada sekali aku kena kerja 56 jam straight takde break.  3 hari 2 malam aku kat hospital.  Pada hari ke-3, Boss aku marah aku sbb buat silap although patient tu tak la mati sbb kesilapan aku tu.  Aku rasa tak puas hati.  Aku tak makan, tak tidur, tak mandi sbb nak jugak jalankan tanggungjawab aku.  Apa yg aku dapat?  Hummphh… hari tu aku gagahi jugak buat round, ada sorang pesakit Multiple Myeloma di katil 1 wad H1(apa khabar dia agaknya?) ditemani oleh isterinya yg baya² mak aku.  Tgh² aku dok round tiba² isteri dia pegang tangan aku and tanya, “Doktor nak minum? Makcik buat kopi nak?”  Time tu jugak air mata aku jatuh berlinangan.  Setelah bekerja mengalahkan kerbau pawah, dialah satu-satunya orang hari tu yang appreciate apa yg aku buat…  The rest masih beranggapan doktor kerajaan makan gaji buta…  Dan kengkadang aku rasa kerajaan pun beranggapan macamtu but that’s a different story… perhaps on another day…


So Nett, akak tak marah kat ko.  In fact, thank you sbb bagi akak idea utk tulis another entry dalam jurnal ini.


November 9, 2000 [10:47 PM]

Decided to defrag my hard drive tadi.  Punya la lama… aku dah habih makan nasik, dah habih basuh baju, baju pun dah dekat nak kering benda tu still tak habih² lagi…  There was nothing worth watching on TV so I ended up watching those tiny blue squares turning trough green to red to dark blue… sad..! :(


Kat mana kita?  Ah yes… semalam aku kata nak buat Caesarian tu hari ini tapi… hmm, aku kena jugak bangun gi spital pukul 1 pagi gi buat case tu.  Straight forward, uncomplicated case tapi dekat pukul 3 pagi jugak le baru aku sampai balik ke katil aku.  Ngantuk sangat terus tidur tak sempat cuci kaki.  Tetiba aku dengar pintu rumah aku diketuk orang.  Sapa lah nak nyakat aku tgh² malam buta ini?  Drebar bas psycho ke org bunian?  Ataupun blok aku terbakar, and yg ketuk tu bomba??  Suspen gila…  Rupa²nya Dr S, jiran aku.  Aku letak phone tak betul and pager aku takde battery so Dr N tak leh nak contact aku dari Labour Room.  Kesian S, tak pasal² kena bangun pukul 6 pagi utk bagitau aku.


Ada another admission to Labour Room.  Case ini ada masalah.  Dr N, nak tak nak, perlu consult aku sepertimana yg termaktub dalam protokol.  Decided to see the case first thing in the morning.  Sembahyang Subuh and sambung tidur balik. T erbangun dah 7.30… aiyakk!  Pukul 8 gi Labour Room, terus bawak case tu ke OT utk satu lagi Caesarian.  Ngantuk aku masih tak hilang lagi.  Dapat rasa dah it’s going to be another @#$&^%^$# day and it was!  Lepas aku settle case tu, buat round, buat scan, tukar battery pager kat office, tengok admissions… dah dekat pukul 12.30.  Too late for breakfast.  Nasib baik hari ini half-day, boleh terus balik.


As expected aku tidur the whole afternoon.  Cadangan nak gi Post Office hantar application form utk MRCOG Part I exam, nampaknya kena postpone lagi.


Mental Patient (Guestbook entry No11), whoever he/she is, kata hidup aku tak macam ER tapi macam Doogie Howser.  That’s cute. Tapi if my life were a TV programme it has to be something like Candid camera kot…  Kengkadang aku harap sangat ada org akan pop up dari bawah meja ke, belakang pokok bunga ke and kata, “Smile… you’re on Candid camera!!”  Tapi sampai ke hari ini org tu tak timbul²…  so aku rasa this life must be real because now it’s gone beyond a joke…


November 8, 2000 [9:41 PM]

Semalam tak jadik nak update journal ini sbb tetiba rasa nak demam.  Sakit kepala, sakit tekak, habis semua sendi rasa berkarat… virus sapa pulak dah hinggap kat aku.  So aku pun prescribe kat diri aku sendiri ubat paling mujarab utk penyakit ini -- - rest.  Aku telan 2 bijik Brufen®, sapu minyak Cap Kapak® dan tidur awal.


Hari ini tak berapa busy. Sibukkan diri cari cases utk demonstrasi Telemedicine 14/11/00 ini.  Pengarah Kesihatan nak datang tengok macamana telemedicine dijalankan.  Ini lebih kurang macam Kisah Benar kat TV3 lah, nama je kisah benar tapi sebenarnya kisah tipu.  In real life, walaupun gadgets utk telemedicine ini ada kat sini kami bukannya pakai pun.  Bukan sebab kami buta IT ke apa ke.  Tapi sebab lebih cepat kalau pakai phone je.  Tak yah susah² type case, scan X-ray, ECG, ultrasound film segala then tunggu pulak 1-2 hari sebelum reply sampai.  Tak semua teknologi canggih tu aku rasa boleh digunakan just because we can afford to have it.  Sometimes in certain situations, it’s not practical pun.  Tapi dah dia nak datang tengok, buat je lah.


Happy thoughts…  Think happy thoughts…  Hmm, takde happy thoughts hari ini.  Aku gi kerja, aku balik kerja.  Supposedly nak gi pasar malam hari ini tapi baru discovered pager aku dah kehabisan battery so aku kena standby kat rumah je lah tak leh gi main jauh².  Just as well sebab sekarang tgh hujan kat luar tu.  Entry ini pun entah boleh upload entah tidak… cuaca macam ni line selalunya slow semamacam kat sini.


Dr N just called.  Dia on call malam ini.  Ada patient baru dah masuk ke Labour Room.  Aku plan Caesarian Section dia Isnin ini tapi baby dia dah tak sabar nak keluar.  Aku rasa lepas dengar cerita dia, aku masih boleh tunggu sampai esok utk buat Caesarian tu.  Harap² baby tu jenis yang baik, kalau jenis yg nakal… ada can la aku kena bangun gi Labour Room tengah hujan lebat pukul 3-4 pagi kang…  Hmmphhh…


November 6, 2000 [10:09 PM]

Bukan salah ibu mengandung....  I think that about sums up today’s @#$%^*&*() day.  Started the day macam biasa, buat round then lari gi kantin beli nasi lemak utk buat bekal gi OT*.  Around 11am, habis je LSCS gi Labour Room dan bermulalah satu hari yg dahsyat! Apalah yang diaorang makan semalam agaknya… semua orang tetiba decided nak bersalin hari ini jugak. One by one by one they came.  Berapa org aku tengok hari ini aku pun tak tau. Lepas patient ke-5 aku dah stop kira.  By pukul 1.30 aku dah naik boring memeriksa perut orang so aku lari ke kantin sekali lagi utk ‘memeriksa’ perut aku sendiri.  Sambung balik lepas Zohor.  Case datang bertalu², bila diaorang bersalin pun aku tak tau.  By pukul 3, baru je aku berangan nak duduk, dah ada sorang bleeding pulak.  Panjang ceritanya, it ended up with me going to OT again.  Sampai rumah dah 6.45...


If this were an episode of ER, everybody would be smiling happily with ‘job well done’ written all over their faces by now...Aku? Well, I’m just glad it’s over and tomorrow will be another day...


* OT = Operating Theatre


November 5, 2000 [9:56 PM]

Kepala aku rasa ringan hari ini.  Mood aku remained stable throughout the day.  Aku senyum kat semua orang yang aku jumpa.  Antenatal clinic aku yg selalunya sungguh membebankan lagi mencabar keimanan, hari ini aku rasa so enjoyable...  24 patients rasa mamacam tak cukup! Hmm, kalau aku tau nak jadik gini, dah lama aku buat website....


Thanx kepada semua org yg dah sign guestbook... bertambah semangat aku nak meng-update journal ini.  At least, ada jugak benda nak buat malam ini.  TV pun takde anything worth watching.


Semalam aku tengok ER.  Hmm, used to like this series masa aku student sbb masa tu masih boleh relate ngan Carter as a medical student.  Lagipun masa tu ER was considered 'educational'... ye lah, sambil tengok TV dapat jugak belajar sikit², tak de le rasa guilty sangat.  Sekarang aku cuma tengok bila aku sempat. Episod semalam aku rasa penuh ngan cliche...  Doktor komplen pasal kerja 36 hours straight (sounds familiar?) causing her to almost kill a patient...bla, bla, -- iklan--, bla, bla, another doctor tolong patient nak bersalin dalam van... bla, bla... and everybody smiles at the end....  Oh please! Cerita TV macam ini lah yg selalu buat org teringin nak jadik doktor... tapi in reality, trust me, it's nowhere near this episode of ER... Kerja 36 hours straight dah jadik routine & kerja 'mulia' membantu org bersalin dah jadik routine complaint dalam ruangan Surat Pembaca kat suratkhabar...


Bila lah new series of X-Files nak mula... X-Files buat aku teringin nak jadik FBI agent...


November 4, 2000 [4:18 PM]

Hmm, tibalah kita ke saat yg dinanti-nantikan... drum roll please... ye, tibalah masa aku nak bagi tau Adik pasal online journal aku ini... hahaha... biar betul!  Sure terkejut King Kong budak tu.... macam tak percaya je aku dah menghabiskan setengah hari buat benda ni... tapi takpe, janji aku puas hati... hehehe....


[1:54 PM]

try ekk...


[1:50 PM]

OK, sempena birthday aku yang ke...err, well sempena birthday aku hari ini, aku nak sahut cabaran Mat Jan (who, from this point forth, will be referred to as Adik) utk buat online journal.  Hmm, allehhh.. bukan payah sangat....  Payah lagi dia nak ingat birthday aku, ahak!


Apa ekk aku nak tulis?  Birthdays... well, takde apa yang special pasal birthday aku this year since aku dok jauh dari kaum keluarga & kengkawan and aku malas nak remind org aku nak jadik sedikit tua hari ini...  So, hari ini aku pegi buat round seperti biasa, mamacam takde apa berlaku.  For the uninitiated, 'buat round' tu bukan le naik merry-go-round ke pusing round-about ke apa although ada kalanya rasa peningnya lebih kurang jugak... 'buat round' tu kerja harian seorg doktor mamacam aku, pegi round ward tengok patients, can be boring tapi can be entertaining jugak sometimes, jumpa org pelbagai jenis & rupa.  Anyway, some of the staff & patients tahu hari ini birthday aku so aku dapat a few birthday wishes...  Hmm, this year takde org nak gi beli cake ngan pizza ke?!!

 

 

 

 

This site supports:

 
Life can be nauseating sometimes...