May 23, 2002  [7:09 PM]

Jangan betulkan PC anda.  Jurnal ini masih hidup.

Aku sudah hilang minat untuk menulis jurnal sejak akhir-akhir ini.  Membaca jurnal pun sudah jarang-jarang.  Kebanyakan jurnal yang dulunya aku sering lawati, sekarang sudah hilang taring dan tidak lagi menarik minat aku.  Atau mungkin ada perkara lain yang sedang menarik minat aku sekarang, tapi itu cerita lain.  Mungkin lain kali.

Lain kali aku ceritakan.

Kerja aku agak perlahan sekarang ini.  Kadar pertambahan penduduk di pulau ini agak merosot bulan ini.  Bilik Bersalin selalu lengang.  Aku ada banyak masa untuk memikirkan tentang masa depan aku dan itulah yang aku beritahu Dr BV tadi.

"Tell me the real reason, Max," dia mendesak.

"I'm just not interested in O&G anymore," aku kata dengan jujur.

Aku nampak air mukanya berubah.

Bukan niat aku untuk mengecewakannya.  Dia Boss aku yang paling baik setakat ini.  Aku tak mahu mengecewakan sesiapa.  Bukan sekarang.  Bukan bila-bila.  Tapi itu hakikatnya.  Kalau pun aku dapat balik jawatan lama aku di hospital besar, aku rasa aku sudah tidak boleh 100% komited seperti dulu.  Perjalanan aku sudah jauh tersasar, aku sudah tidak nampak jalan pulang.

Dia kata sesuatu tentang Masters Programme, dengan suara separuh berbisik.  Kemudian diam.  Mungkin memikirkan cara yang betul untuk mengembalikan aku ke pangkal jalan, memulihkan aku daripada temporary insanity ini.

"I think I want to quit this job, get married, have lots of kids and live happily ever after," aku terfikir untuk kata begitu.

Tapi tak jadi.  Menilai daripada keseriusan air mukanya, aku agak dia tidak akan perasan aku cuba buat kelakar.  Silap langkah, dia sendiri mungkin akan carikan aku calon.

"So," kata aku.  "Shall we start the clinic then?" 

Itu jalan paling selamat. 

Let's bury ourselves in our work.  Avoid the obvious.  Problems will go away if we ignore them.

(Yeah, right.)


May 12, 2002  [11:00 PM]

...terima kasih atas segalanya...



Dalam gambar ini kau boleh lihat beberapa perkara: tudung oren tidak 'matching' dengan baju merah, telinga Adik selepas 'pembedahan plastik' masih sama seperti sebelumnya dan harga RM22.00 untuk sebiji kek tidak akan dapat membalas budi dan kasih sayang seorang bernama Mak. 

"Best kan akak ada mak?" seseorang yang aku kenali pernah tanya aku dua-tiga kali. 

"Hmm, best," kata aku. 

Aku tak mahu menyinggung perasaannya.  Aku takut dia menangis teringatkan ibunya tapi aku tidak boleh paksa diri aku berbohong.  Memang best ada Mak. 

(Kenapa saya sayang Mak saya? Sebab dia bessttttt!) 






 









 









 

This site supports: