May 30, 2001 [7:14 PM]

…doktor ada tetamu…

Doktor, busy ke?  Ni Cik Dollah ni,” kata suara dalam telefon tu.

[Belum pukul 9, Cik Dollah dah masuk kerja?  Bukan pergi minum dulu ke?]

Tak, tak busy lah.  Baru nak habih round ni.  Ada apa?”

[Cek saya 2 bulan tertunggak tu dah sampai ke?]

Doktor ada tetamu…,” jawab Cik Dollah.

Tetamu?  Sapa?”

[Minum?]

[Espresso…]


Ada lah…”

Ada lah tu sapa?”

Err, Biro Pengaduan Awam… hehe…,” Cik Dollah ketawa kecil.

[Mak aihhh… apa kebenda pula lagi??]

Alaa, Cik Dollah entertain lah diaorang dulu.  Lagi setengah jam saya turun.”

Aduss… aku ingat dah selesai.  Aku ingat aku tak payah dengar lagi daripada BPA.  Ke ada komplen baru pula?  Apa?  Lipstik saya tak cukup merah?  Err, nanti saya siasat dan buat report…

Aku nampak dua orang yg tak dikenali tgh sembang dengan Cik Dollah masa aku sampai ke ofis.  Aku pinjam bilik EO sekejap sebab aku tak ada bilik.  Aku cuma pergi ofis 2 kali je sebulan, hujung bulan hantar borang claim & tengah bulan kutip cek.

Diaorang tak kenalkan nama pun.  Name tag pun tak pakai.  Hmm… Nasib kau lahh… dapat nama Encik A dengan Encik B je lah.

Encik A tu senior sikit dari Encik B aku rasa.  Encik A tu seorang je yang banyak bercakap.  Encik B banyak mengangguk je.  Aku rasa macam dalam interview mintak kerja ke apa je pula.

Rupanya tak ada aduan baru.  Kes hari tu belum selesai.  Diaorang tak puas hati dengan jawapan pihak hospital err, jawapan aku yang ditokok tambah oleh Pengarahlah tu.  Diorang tak puas hati tak ada sapa kena tindakan tatatertib.  Diaorang tak puas hati hospital tak mengaku bersalah.

Saya suspect ada some kind of cover up ni doktor…” kata Encik A.

[Hey! Jangan main tudow-tudoww…]

Aku explainlah prosedur hospital.  Aku explainlah claims si pengadu tu tak logik, tak masuk akal.  Aku explain lagi itu dan ini.  Encik B angguk. Encik A try nak argue.  Still tak puas hati tak ada sapa kena hukum gantung ke sebat ke apa ke.  Hello?  Apa ni?  Should I get myself a lawyer?

Last-last over jugak.  Encik A kata diaorang kena buat report (dan tidak update journal utk beberapa hari) dan hantar pada sapa entah kat atas sana.  Kalau ada apa2 lagi they’ll keep in touch.

[Okay]

Err, sapa nama doktor tadi?”

Dr Max.”

Camana eja nya?”

M – A – X

Terima kasih

[Sama-sama].

May 29, 2001 [5:13 PM]

...I'm a busy, busy bee...

Sibuknya lah pula sehari dua ni dengan segala jenis mak nenek penyakit kat dunia ni.  Wad bersalin kurang patient, wad sakit puan pula penuh tak cukup katil.  Dan hospital jadi tak cukup kakitangan sebab musim cuti sekolah semua orang nak cuti balik kampung.  Hmm...

Hari Ahad aku tunggang terbalik habiskan klinik yang ter-overbooked sampai 31 patients.  Staff baru punya hal, ambil appointment tak tau nak limit.  Sabar je lahh...

Hari Isnin seperti biasa duduk OT seharian layan kes sampai petang.

Hari ni ward round saja dah sepagi.  Mood dah berangin semacam.  Buat scan, admit case bla, bla... jadi lagi tak ada mood.  Aiyoo!  Peduli apa pukul 11.00 belum start klinik, perut aku kena dilayan dulu sebelum bocor terus.  So aku pergi kantin beli kuetiaw goreng, balik makan kat Labour Room.  Patients tunggu depan klinik dah naik impatient tengok doktor lalu buat dek bawak tapau polisterin.  Hmm... sabar je lah, ye?

Tengah aku dok susah hati kerja banyak, klinik tak start2... Dr F datang.

"Assalamualaikum...," dia bagi salam.

Aku jawab salam dia.  Buat muka selamba.  Apalah dia nak pula?  Aku bukan ada kes untuk op hari ni.

Dia berdiri je kat situ.

Aku ingat balik.  Hari ni bukan Antenatal Clinic, wife dia tak ada appointment dengan aku.

Then aku nampak dia pegang borang cuti.

So?

"Ooo... hahaha... I have to sign this, right?" baru aku ingat.

Hmm...  Pengarah dan konco-konconya pergi buat lawatan sambil belajar ke Putrajaya.  Aku sekarang jadi Acting Pengarah sampai 5 Jun.  Hehe... dah 3 hari jadi acting Boss, sekali pun aku tak ada peluang pergi tengok apa sebenarnya yg aku kena buat.  Tapi aku rasa ini je lah kot... sign tu sign ni... aiyaa... leceh lah.

May 27, 2001 [6:21 PM]

...isn't life wonderful?...

Okay.  Aku tak rasa apa-apa masa Mortality Meeting tu.  Tak rasa apa-apa masa semua orang komen itu ini this and that.  Tapi sekarang aku rasa sendiri betapa lapangnya dada aku.  Rasa macam selama ni aku bawa satu beban berat memikirkan benda yang aku tak disuruh fikir.  Hmm...

Now that it's all over and out in the open, aku rasa aku boleh get on with my life.

It's like... it's like bila blackout, kita duduk dalam gelap feeling bored and gloomy and miserable...  Then suddenly the lights came back on, and wow!  Isn't life wonderful?

Haha.

Kalau tak paham tak apa.  Bukan senang menjadi aku.

Dan bukan senang menjadi orang lain jugak, aku tau.

May 26, 2001 [10:51 PM]

...I know it's near...

I know it's near because I suddenly have this sudden cravings for refined carbohydrates, empty calories, chocolate cakes, chocolate milk, chocolate chip cookies and all things chocolate.  I now consume coffee by the litre.  I find sleeping a waste of time.  I breathe in and out only because it's a habit.

Exams.

I know it's near.

One would've thought after the hellish experience of the Summer of 1997, I would have learnt my lesson.  Instead I volunteered to sit for another exam.

Oh, forget it.

May 23, 2001 [6:11 PM]

...Doctors FC -- 0 Fate United -- 1...

Nothing has changed.  Last sekali aku pergi situ tahun 1999.  Sama je macam dulu.  The same shabby blinds, same faded blue tablecloth.  Same old faces even.  Right down to the seating arrangements!  The hardcore specialists kat satu corner, orang2 health kat satu corner, geng2 lama aku dari Hospital Besar kat sudut paling terkiri sekali.

Hmm, the familiarity of it all buat aku rasa confident sikit.  Aku tengok keliling, meeting dah nak start.  Nak duduk mana ekk?  Sekali Dr MN tarik lengan baju aku.  Ohh... dia dah book satu seat kat aku.

Boss jadi chairman hari ni sebab State Pengarah ada hal lain.  Dia suruh sorang2 introduce ourselves.  Sampai kat aku, aku pun sebut nama aku.  Boss pandang.  Tiba-tiba dia kata, "Max, you're representing GH?"

Semua orang kat sudut terkiri and Dr BV kat specialist corner gelak.

"No Boss. Pulau," aku kata.

[You transferred me out a year ago, remember?]

"Yes, Pulau.  I meant Pulau," kata Boss. "OK, next!"

Aku makin konfiden.  Everyone is in a relaxed state, boleh gelak-gelak, boleh senyum-senyum.

Case aku no 3.  First case postponed kejap sebab pathologist belum sampai.  Second case kena komen teruk, left, right and centre.

"Huh! failure to diagnose.  Failure to treat," kata Dato' C.

"I would say the same lah.  Substandard care!" kata Dr K.

"Definitely.  Does everyone agree?" tanya Boss.

Nak tak nak aku angguk jugak.  Dari mata aku dan mata orang lain kes tu nampak mismanaged.  Dari mata doktor yang merawat dia aku tak mahu tau sebab I know he feels differently.  He must have given his best masa tu.

"OK, case no 0xx/01?" Boss announced.

Aku on-kan mic utk Dr MN.  Dia start present patient's background.  Dia berhenti.  Passed the mic to me.  Aku angkat muka pandang Dr Asri (bukan nama sebenar) kat sudut terkiri.  Dia senyum.

Aku present semua sekali.  Every drop of blood, sweat and tears from that night.  Sesekali aku angkat muka pandang keliling.  Aku tak nampak sesapa senyum or geleng or ambik nota.

"...at 3.40 pm she was kept on ventilator, and transported by helicopter to the hospital with O&G specialist," aku kata dan off-kan mic.

Dr Asri pula.  Dia dengan cool-nya sambung.

"...she passed away at 12.45 am..." Dr Asri habiskan presentation.

"Why?" Boss tanya.

Semua orang pandang Dr Asri.  Dr Asri pandang aku.  Aku pandang Boss.

[What do you mean why?  Why did she die?]

It was Dr Asri who finally spoke.  Boss terima alasan dia.  Dr Z, the anaesthetist in the specialist corner setuju.  2-3 soalan lagi kat Dr Asri then Dato' C cakap, "First of all we must congratulate these people for busting their guts trying to save this lady... bla, bla..."

Semua orang setuju.

"Dia puji you tu. Angguk la," Dr MN cuit lengan aku.

Aku ingat balik malam gila tu.  Aku ingat waktu Nuri tu naik.  Waktu pandangan aku blur.  Puji banyak mana pun tak kan padam lebam di hati aku.  Aku cuma tunduk pandang cawan teh, cucur badak & karipap depan aku.

Aku tunggu semua puji2an tu settle.  Aku tunggu sapa2 nak kata, "Tapi..."

Finally Dr K yang audit case aku tanya Boss, "...but... don't you think there was delay in informing the specialist?"

Aku senyum.  Satu-satunya dilemma dalam kepala aku, ada orang tolong suarakan.  Kalau aku call Dr Asri 2 jam lebih awal mungkinkah dia masih hidup?

Dr NZ dari sudut terkiri kata something pro aku.  Dr BV dari specialist corner pun sama.  Then Dato' C.

Then Boss kata, "Slight delay in informing senior but still, no substandard care there.  No substandard care.  The management was appropriate."
 
Hah!

[Dia puji you tu.  Angguk la.]

Empat lagi kes lepas tu.  Substandard care.  Failure to diagnose.  Failure to treat.  Failure to inform senior.  Tapi aku dah tak berapa pay attention.  Dada aku dah lapang.  Aku failkan balik 0xx/01 dalam envelop Urusan Seri Paduka Baginda aku.  Aku duduk bersandar tengok telatah Dato' C dengan Boss bertikam lidah.

Meeting habis 4.30pm.

Aku bertembung dengan Dato' C kat pintu.  "You're doing very well over there, Max," dia kata kat aku.

"But it ended badly Dato'," kata aku.

"Aah... well, you see Max...," dia kata. "...not everyone can be saved."

If I didn't know any better, he sounded as if he meant it.

Fate won.

We lost.

Doctors FC -- nil Fate United -- 1.

May 22, 2001 [11:23 PM]

...why worry...

"Max! Mortality meeting orang selalu buat apa haa?" tetiba suara Dr MN (bukan nama sebenar) of Klinik Kesihatan PM keluar kat phone.

Aku pandang jam.

Blank.

Alamak! Dah pukul 2... macam mana aku boleh tidur sampai pukul 2?  Senario?  Senario dah habis ke?

Cheh!  Dah le semalam tidur awal, pagi tadi bangun lewat.  Lunch break pun aku leh tertidur lagi?  Aduss... ni semua 4 Caesarian & 1 ectopic semalam le ni.  Tujuh jam in OT!  Mahunya aku tak flat.

"Err, Max? Tidur ke?"

Aii... nasib baik le ko call MN, kalau tidak...

"Hah? ooo... belum pernah pergi Mortality Meeting ekk?  Eh?  Apsal you lak kena pergi?  Bukan si apa tu, si sapa budak baru tu?  Milah?" aku try cover ketidak-clear-an otak aku.

Esok Mortality Meeting.  Hari aku kena actually present pula report yang aku tergagap-gagap nak tulis tu.  Ciss!  Depan the new state Pengarah pula tu.  Macam mana le orang nye ekk?  Garang ke?  Boss esok good mood lagi ke?  Nak ke dia cover aku lagi?  That big Handyplast on my heart hari tu dah tertanggal...

"Max?  Present dua-dua sekali ke?"

"Ishh... tak, yang dulu punya je.  Yang baru ni next quarter pula."

Seram aku dengar.  Daripada elok-elok satu, dah jadi dua... lepas ni?  Eeeiii... cukuplah.

Err, kebaya ke baju kurung?  Nak nampak aggresive ke ayu dan kekampungan?  Handphone in the hand ke in the handbag?  Handbag ke briefcase?  Cheh!  Bukannya nak fikir apa nak cakap esok, dok worry apa nak pakai pula... haha..

Why worry...

...apa nak jadi akan terjadi...

Ada orang tanya aku tadi apa rasa menghadapi orang yang nazak dan nak mati?

Actually, tak ada sapa pernah tanya aku soalan ni.  So aku tak pernah pikir how to put it into words.  Err, camana ekk?  Your whole life suddenly flashes before your eyes... you see the light getting nearer and nearer, you feel yourself being sucked away from your body... ehh! wait!  Bukan tu description orang yang nak mati ke?

Ye lah.  Because that is exactly what it feels like watching someone dying in front of your very eyes.  It feels like facing your own death!  Your own death.

[gulp!]

May 20, 2001 [11:54 PM]

...satu dua tiga, do re mi...

Apa nak jadi? alif ba ta ABC apa nak jadi akan terjadi, hujan pasti berhenti...

Finally.

Took me a week to think about writing it.  Drafting each sentence in my head, over and over.

Took me only an hour to finally write it.

Huh.

...hujan pasti berhenti...

She was drowning on dry land.

Did some kind of a sick post-mortem in my head so that was it... that must have been how she died... she had so much fluid in her lungs, she just drowned.  Stopped fighting and drowned.

May God bless her.

And all mothers and mothers-to-be.

Cindy, sorry if I scared you.  You'll be OK.  I know you will...

Okay, enough said.

May 14, 2001 [8:55 PM]

…NA-F50G1M...

Hidup ni macam driving in a strange roundabout.  Pusing-pusing… tapi tak ke mana.  Sometimes asyik pusing ke tempat yang sama, asyik ambik exit yang salah.  Right now aku rasa aku stuck in the inside lane and kereta aku dah habis minyak... I'm not getting anywhere.  Where did you say that secret button was again?

Sepanjang hari semalam rasa macam hidup terawang-awang.  Mengantuk sebab tidur pukul 4 pagi.  Letih sebab semua staff aku asyik panggil aku tengok case, diaorang tetiba jadi takut apa-apa jadi lagi.  Dr N pula tak pernah-pernah lewat, dah ter-overslept sampai pukul 10.  Mana aku nak buat round lagi, nak handle klinik lagi… rasa macam semua orang pakat-pakat nak menambahkan tension aku je.

Aku call Boss aku kat Hospital Besar tapi Staff Nurse A kata dia MC.

Aahh… apsal kena MC masa ni? Hari lain tak boleh ke?

Somehow, aku managed jugak lalui semalam yang gila tu tanpa aku sekali jadi gila.

-----

Hari ni aku pergi buat round macam biasa.  Pukul 9 aku angkat gagang telefon, kemudian aku letak semula.

Lepas breakfast lah,” kata hati aku.  “Kang kena marah, tak lalu makan pula.”

Pukul 9.30 aku angkat gagang dan letak semula.

Lepas Caesar lah,” kata hati aku lagi.  “Kang kena tengking, tak leh concentrate Caesar, mati pula sorang lagi.”

Pukul 11 aku angkat gagang, dial operator dan cari Boss di Hospital Besar.

Please, jangan MC.  Jangan MC…,” kata hati aku yang semakin lama rasa semakin sakit.

Hello!” kata suara kat sebelah sana.

Err, Boss.  It’s Max, Boss,” mulut aku pula berkata.

Aah… Max.  Anything girl? [dia suka panggil aku girl. Selalunya aku tak suka tapi hari ni, panggillah apa saja!]

Err, I… err, I [gulp!] … I want to inform you that err… there’s been a death here yesterday morning.”

Okayyyy… never mind!

[what?!! Betul ke ni?]

[…you’re on Candid Camera…]

Max? Can you hold on a minute? I’m on 2 phones…

Sure, sure… no problem.”

[No problem? Until just now, wasn’t this phonecall my biggest problem?]



So camtu aah…  Boss mesti tengah good mood hari ni.  Sebab selalunya his standard response is, “Ehh! What la you… Jokers la you people. What idiot would do that?”

Tapi hari ni tak ada.  Dia cool je.  Dia kata sudden death, apa lagi aku boleh buat.  Suara dia macam very comforting, fatherly semacam.  Dia kata buat report je, tak payah hantar suruh audit. Dia bagi no handset dia.

Anyone gives you trouble after this, have them call me on my handset.  Girl, you’d better take a couple days off.  Tell them I ask you to take two days off.  Okay?

[Okay.]

Hah!

Rasa macam sebijik washing machine National model NA-F50G1M dah diangkat dari bahu aku.  Rasa paru-paru aku boleh sedut semua udara bersih dan tapis udara kotor.  Rasa hati aku ada orang letak satu Handyplast besar.

Tapi...

...entah.

So, you know the routine... Jurnal tak akan diupdate beberapa hari utk aku settle-kan ... yup! .. report.

[urghhh].

May 13, 2001 [8:35 PM]

…today, of all days…

“…tapi dia tak dapat kami selamatkan…,” kata ‘doktor’ tu kat sepasang suami isteri.

Tergamam.  Bedebuk!  Pengsan si ibu sebab tak dapat terima kematian anak yang tak sampai setahun umurnya dalam drama Pasrah TV3.

Aku senyum.

-----

“…do the kids know?”

I’ll tell them,” kata ‘doktor’ tu.

I’ll come with you…”

Tergamam.  Sepasang adik beradik terpaksa terima kematian kedua-dua ibu bapa mereka dalam ER TV2.

Aku senyum.

Macam ni rupanya kerja doktor…

Pukul 12.30 malam aku bersiap nak masuk tidur.

Phone bunyi.  Urghh…

-----

“…dah lah.  No point… dah 45 minutes,” aku kata.  “Time of death: 1.45 am…”

Aku berhenti chest compressions.  Dr H berhenti ‘bagging’.  Dr N berhenti ambik BP.  Dr F off-kan cardiac monitor.

Macam mana nak bagitau husband dia ni haa?” tiba-tiba Dr H tanya aku.

Ya Allah… tsk!” aku dah tak boleh nak fikir.

Aku tak sempat nak suruh dia mengucap pun.  Baby dia pun aku tak sempat lahirkan ke dunia.  Mati sekali dengan dia.  Mati depan mata aku.  Mati dalam tangan aku.

Buih.  Banyak buih.  Masih tak henti-henti keluar dari hidung dia.

Lebam-lebam biru mula naik kat tangan dia.  Kat dada dia.  Kat muka dia.

Macam mana dia boleh mati macam tu je?  No warning?  Tiba-tiba collapsed?  What did I miss?  Apa lagi yang aku tak buat?  Astaghfirullahal’azimmm….  Apa ni?  Siapalah aku nak lawan kuasa Allah!

-----

“…tapi kami tak dapat selamatkan isteri dan anak encik…,” aku kata dengan suara yang tak berapa nak keluar…

Dia pandang aku pastu angkat kain putih yang menutup mayat isteri dia.  Isteri dia, patient aku.  Isteri dia, mati dalam tangan aku.  Aku hulurkan kerusi.  Dia duduk dan telangkupkan muka dia atas badan si-mati.  Aku nampak bahu dia terhinggut-hinggut.  Aku nampak Dr H menangis dan keluar dari Bilik 3 tu.

Aku tinggalkan dia dengan isteri dia.   Isteri dia, patient aku.  Isteri dia, yang mati dalam tangan aku.

Dia datang kat aku.

“…doktor… macam mana boleh jadi macam ni…?” dia tanya tapi lepas tu dia blah.  Tak tunggu aku jawab soalan cepumas tu.  Macam mana isteri dia, patient aku boleh mati di tangan aku…

Aku tunduk lantas ternampak sekeping kad untuk Kak Long di atas kaunter.

Huh! …Happy Mother’s Day

…today, of all days eh??…

May 8, 2001 [10:10 PM]

...dalam tidur kutermimpi-mimpi...

...selagi kita berjauhan, hati rindu tiada tertahan... kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu... entah kenapa lagu ni pula yang ada dalam kepala aku sepanjang hari.  Anyway, speaking of mimpi dah 2 malam aku mimpi yang sama.  No, actually bukan sama... sort of bersambung-sambung macam cerita Spektra tu.  Selalu stop part yang suspen pula... kena tunggu the next time aku tidur pula nak sambung the same dream.  Weird...

Hari ni hari busy.  Gynae Clinic then Caesarian then D&C, all sampai pukul 2.45 ptg.  Dr A mintak tolong chair-kan MAC meeting tapi by pukul 2.30 aku masih kat OT, berlatar-belakangkan irama joget 'Nak Dara Rindu alunan orkestra perut aku.  Postpone ke esok.  Eloklah jugak.  Hai... nak buat meeting pun carilah time aku free sikit.  The world kan ke revolves around me?

Balik ward ada surat dari pejabat pengarah negeri atas kaunter.  Hmm... hari tu kat SP, Sha ada warn aku pasal ni... Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengkaji Kematian Ibu Peringkat Negeri 1/2001. "...Yg. Bhg. Dato/ tuan/ puan dan pegawai-pegawai yang berkaitan dijemput hadir," kata surat tu.  Hmm... akulah pegawai berkaitan tu.  Suddenly the February 5th disaster came flooding back.  Aahhh... tapi tak apa, mesyuarat apa pun kalau kat seberang sana aku mesti pergi punya... sebab lepas tu aku boleh balik rumah!  Sambil menyelam minum air kata orang, tak gitu?

Malam ni rasa nakal sebab dapat kenakan orang tu... hahahaha... jangan marah ye Mel... :)

May 7, 2001 [1:43 PM]

…setiap penyakit ada ubatnya…

Demam aku tak jadi.  Terima kasih kepada Paracetamol.  Semalam pergi BBQ rumah Kak Hanim (bukan nama sebenar) staff aku.  Terima kasih daun keladi kepada dia sebab sudi menjemput kitaorang yang mula-mula malu tapi lepas tu terus tak tahu malu – bedal semua.  Hehe…

Hilang demam aku kena ketam, udang, ikan bakar cecah air asam, sate ayam, puding karamel, puding karamel (kena sebut 2 kali sebab makan 2 helping… hehe…)

Balik rumah telan Brufen pula 2 bijik, tidur dengan selesanya.  Jangan kata bunyi giant cicak falling off the roof, dinosaur falling on top of me pun aku tak kan sedar punyalah nyenyaknya tidur semalam.  Pagi ni had a funny dream… haha… rasa tak nak bangun sebab mimpi tu best tapi mimpi lepas subuh orang kata tak kan come true kan?  Oh well…

Hujan.

Hujan lebat.  Cancel pergi shopping.  Check email.

Sedih.

“…saya nak diam ajerlah kak.  saya nak pergi jauh.  saya nak pergi jauh dari dia saya nak pergi jauh dari semua orang saya nak pergi jauh dari akak saya takkan dekat dengan sesiapa lagi saya nak semua orang tak sedar saya wujud kat dalam dunia ni saya nak orang sedar saya dah pergi jauh dan takkan diorang boleh jumpa saya lagi…”

Takut, belas, kecewa… entah.

Hujan.

(dalam hati aku.)

I wish her well.  I wish everybody well.

Setiap penyakit insya-Allah ada ubatnya…  Please don’t ever give up hope.  Ever.

May 6, 2001 [6:03 PM]

...ouch!...

Semalam tak boleh tidur sebab tengah-tengah malam terjaga dengar satu bunyi kuat like one giant cicak fell off the roof or something.  So semalaman jadi hyper-alert thinking ada orang nak pecah masuk rumah ke apa ke & aku akan jadi front-page news...  Found dead in the most humiliating state.  Ohh! na'uzubilah...

Pagi ni as expected, overslept.  Sakit kepala, rasa nak muntah, hidung tersumbat... yucks! rasa macam nak demam je...  Bad mood the whole day.  Around noon baru hidung aku terbuka balik lepas terhidu cat kat dinding Labour Room.  Tapi aku semakin sakit kepala... perut rasa bloated semacam & berkali-kali komplen pasal air-cond kat staff aku.  Air-cond 16 centigrade tapi aku rasa berbahang macam apa je.

Okay, demam.

As it turned out, bunyi semalam tu beg yang aku gantung belakang pintu jatuh sebab paku tercabut.  Hmm...

May 1, 2001 [8:16 PM]

...labour day...

Labour day, and tepat jam 12 tgh malam aku sambut sorang baby Caesarian.  Hmm... what a day to go into labour, aku kata kat patient tu... dia bagi aku satu senyum sumbing.  :)

semua orang yang ramai2 kat rumah aku dah balik.  Tak apa... esok aku pun ikut balik juga.  Ada kursus kat SP hari Khamis.  Rugilah kalau aku tak ambik kesempatan balik this weekend.  Hari Ahad antenatal clinic, otherwise aku leh sambung terus sampai cuti Wesak hari Isnin.  Hmm...





 









 









 

This site supports: