Make your own free website on Tripod.com
 

 

 

ood morning, good morning
The sun is in the sky
Good morning, good morning
Open up your eyes
Time to wake up
So many things to do
Good morning, good morning to you

Good morning, good morning
Let the day begin 

Good morning, good morning
Hear the blue birds sing
Time to wake up
So many things to do
Good morning, good morning to you

Good morning, good morning
Good morning, good morning
Good morning, good morning to you. 

March 27, 2003  [5:55 PM]

"And I remember wondering why it was that eating something good could make me feel so terrible, while vomiting something terrible could make me feel so good." ~ Joyluck Club

Sudah sebulan aku di tempat kerja baru.  Aku masih lagi tak habis-habis ditanya kenapa aku pulang. 

Kenapa aku tinggalkan 'comfortable job' di hospital serba mewah dan pulang ke Bilik Bersalin yang semacam pasar borong.  Kenapa aku tinggalkan pulau peranginan yang santai dan pulang ke sini mengharung trafik ke tempat kerja setiap hari.  Kenapa aku masih memandu Iswara kecil aku sedangkan aku boleh beli Cefiro separuh harga.  Macam-macam ditanya orang yang tidak faham gejolak jiwa aku di pulau.

Hujan emas.  Hujan batu.

Memang hidup lebih mudah di pulau. 

Tetapi jiwa aku lebih tenang di sini.  Walaupun aku sudah susut 2kg.  Walaupun aku sudah hitam dibakar matahari dalam perjalanan 10km pergi-balik kerja setiap hari.  Walaupun tanpa Cefiro.  (What is it with men and cars, anyway?)

-----

Aku ada banyak lagi untuk diceritakan, tapi masa tidak mengizinkan.  Minggu depan aku sudah ambil cuti, mungkin aku boleh bayar balik semua hutang log aku.  Mungkin.

March 17, 2003  [9:00 PM]

...martians vs venusians (lagi!)...

Mungkin nampak macam perbuatan sia-sia.  Macam anjing menyalak bukit.  Mesti akan dikata orang lagi, NGO wanita hari ini menidakkan hukum.  Kenapa haramkan yang sudah nyata halal? 

Aku ada satu kisah benar untuk dicerita buat iktibar.  Dengar.  X, seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi.  Pada suatu hari X ke sempadan atas urusan rasmi.  Dia bawa balik buah limau sebagai buah tangan untuk isterinya, barang permainan untuk anak-anaknya.  Seorang isteri berbangsa Thai untuk dirinya sendiri.  Satu campur satu jadi tiga, isteri kedua X hamil.  Wanita hamil wajib menjalani ujian HIV.  Isteri kedua X diuji positif.

Isteri kedua X bersalin.  Berita tersebar dia wanita bekas pelacur dari negara jiran, bawa penyakit itu.  Satu campur satu jadi tiga, kalau isteri kedua X ada HIV, jiran-jiran dan sahabat-handai kata X dan isteri pertama juga mesti ada HIV. 

Isteri pertama X kerja di taman asuhan kanak-kanak.  Taska tempat dia bekerja dipulaukan.  Dia tidak tahu kenapa dia dipulaukan.  Dia tak tahu tentang X dan isteri keduanya.  Tentang perempuan kotor itu yang sekarang jadi madunya.  Suatu hari dia dipecat tanpa usul periksa.  Dia dapat tahu daripada majikannya yang dapat tahu daripada jirannya yang dapat tahu daripada entah siapa, suaminya ada isteri lain.

Bayangkan.

Memang poligami hak lelaki, termaktub dalam kitab, dihalalkan oleh agama.  Memang isteri pertama tak perlu beri izin.  Tapi isteri pertama perlu diberitahu.  Syarat untuk berpoligami ialah mampu berlaku adil.  Sekarang kau beritahu aku, mana logiknya membolehkan poligami tanpa persetujuan isteri pertama?  Adilkah kalau dia langsung tidak diberitahu?  Kalau sesuatu itu sudah tidak adil dari mula lagi, ia akan terus jadi tidak adil.


Poligami hak lelaki, termaktub dalam kitab suci.  Keadilan hak wanita, termaktub dalam kitab suci juga.  Siapa yang menidakkan hukum?  Siapa yang mengharamkan yang halal?  Itu saja aku nak kata. 

March 14, 2003  [9:24 AM]

...25 hours a day, 7 days a week...

Aku mahu sehari ada 25 jam.  Satu jam extra setiap hari itu aku boleh buat macam-macam.  Aku boleh pakai losyen tangan kalis cahaya matahari.  Aku boleh potong rambut.  Aku boleh habiskan menggilap kereta aku yang sekarang nampak ganjil hanya separuh berkilat, separuh kelabu asap.  Aku boleh tulis jurnal, bercerita itu-ini macam dulu.

Bekerja di tempat baru ini sungguh meletihkan.  Pesakit ramai.  Aku pula terkial-kial menyesuaikan diri dengan susun-atur wad dan klinik yang sudah berubah, protokol dan rejim rawatan yang baru, kehadiran doktor latihan siswazah yang perlukan pengawasan aku, pen hitam, pen merah, on call semula setelah sekian lama, dan banyak lagi.  Sampai di rumah selepas kerja aku hanya mahu tidur. 

Tapi aku seronok.  Seronok buat kawan baru.  Seronok belajar benda baru.  Seronok aku tidak lagi makan gaji buta, menongkat dagu di bilik mesyuarat.

Seronok, aku tak tipu.

Cuma aku tidak lagi boleh menulis jurnal sekerap dulu.  Aku perlu tumpukan perhatian aku kepada banyak perkara lain.  Aku tahu kau faham.

March 5, 2003  [10:24 PM]

...with power comes responsibility...

Baru dapat tahu aku sudah menang pilihanraya.  Sekarang, aku sudah ada kuasa dan pengikut.  Aku mahu serang negara jiran. 

March 1, 2003  [10:14 AM]

...time to move on...

PC masih ada dalam kotaknya. 

Di bawah katil Adik. 

Pinggan-mangkuk.  Bawah katil Adik.  Gelas, cawan, cerek, besen, segala.  Bawah katil Adik.  Periuk.  Bawah katil aku.  Dapur gas.  Bawah katil aku. 

Mustahil untuk memuatkan segala-gala dari apartment 3 bilik ke bilik tidur 9 X 11 kaki.  Apa-apa yang tidak ada di dalam, bawah atau atas almari ada di bawah katil aku dan Adik. 

Aku sampai dari pulau hari Selasa.  Ambil kereta dan barang-barang dalam lori dari dermaga hari Rabu.  Tabur isi 29 kotak barang atas lantai bilik aku dan ruang tamu.  Kutip satu-persatu dan sembunyikan bawah katil, dalam almari, atas almari, bawah almari hari Khamis.  Mula kerja di tempat kerja baru pukul 8 pagi hari Jumaat.  Habis kerja pukul 8 pagi ini, hari Sabtu.

Letih.

Tapi berbaloi.

Selamat tinggal pulau.










 







 

This site supports: