March 28, 2001 [9:17 PM]

...rembulan mengambang kini makin suram...

"Nak ikut...," aku cakap perlahan.

Mak buat tak tau.  Ayah buat tak dengar sambil start motor.  Aku lari ke pintu depan.  Selipar aku cuma ada sebelah.  Mana sebelah lagi??

Aku dengar deruman motor Ayah.  Haa?  Mana selipar sebelah lagi?

"Nak ikut...," aku jerit sekuat² hati.

"Nak ikut pi rumah TOkkk," air mata aku lagi laju daripada air hujan yang mengalir dalam longkang depan rumah 1284-B tu.  Hentakan kaki tak berselipar aku lebih kuat daripada hentaman hujan lebat kat atas bumbung rumah.

Last² Ayah fed up so tengah² hujan lebat tu dia terpaksa hantar aku pergi rumah Tok on the way dia nak pergi kerja.  Aku ingat camana rimasnya rasa duduk bawah baju hujan Ayah.  Aku ingat camana bau baju hujan plastik tu.  Aku ingat camana seronoknya aku boleh ikut hari tu.

-----

"Nak ikut...," aku cuma kata dalam hati.  Dua-dua selipar aku ada kat kaki.  Hari tak hujan, matahari memancar terang.  Aku bukan lagi umur 3 tahun.  Ayah dengan Mak tak naik motor, diaorang naik bot...  Aku tunggu sampai bot tu dah hilang dari pandangan then aku drive balik rumah with Man Bai singing on Radio 3...

Beribu bintang di langit / Kini menghilang / Meraba aku dalam kelam / Rembulan mengambang / Kini makin suram / Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul / Dalam diam / Ada kerdipan ada sinar / Itukah bintang atau rembulan / Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu / Izinkan ku mencuri khayalan denganmu / Maafkanlah oh... / Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu / Kau senyumlah oh... / Sekadar memori / Kita di arena ini / Kau ilhamku / Kau ilhamku...


-----

Okay... so semua orang dah balik. Tinggal aku sorang² balik.  Tinggal aku dalam rumah besar ni, lapar tapi tak rasa nak makan. Banyak kerja tapi tak rasa nak buat.  Uwaaa....

Back to real life as I know it.  Bosanlah, aku malas nak buat kerja sekarang ni.  Aku malas nak duduk and fikir pasal keputusan mesyuarat pengurusan petang tadi.  Aku malas nak fikir pasal SOP, annual report, ISO 9002...  Malas tau tak? Malas.

"So bila you nak mintak transfer?," Dr Saad (bukan nama sebenar) tanya aku Ahad lepas.

"Soon...," aku jawab.  "I don't know how soon. I dah tak nampak future..."

"Kalau you terus kat sini memang you tak akan nampak future," dia kata pulak.

...meraba aku dalam kelam... rembulan mengambang kini makin suram...

Aku malas nak fikir pasal future.  Aku tau satu hari aku tak boleh elak daripada fikir pasal future.  Daripada fikir pasal apa aku nak buat dengan hidup aku.  Di saat semua orang ghairah utk berhijrah ke masa depan yang lebih baik... aku rasa nak berhijrah balik ke zaman dulu².  Masa aku budak², masa duduk bawah baju hujan atas motor di tengah hujan lebat boleh buat aku happy...

Aarghhh... life should come with an auto-pilot button.  And while we're at it, safety belts and airbags too...  (..just in case!)

Huhh...

Lyrics courtesy of Imnogman.

March 25, 2001 [9:33 PM]

...change is good...

Rumah aku tengah diubahsuai.  Ada interior decorator datang.  Dia tolak kerusi-kerusi aku ke sana ke sini, dia ubah kusyen-kusyen aku ke tempat yang lebih 'sesuai'.  Dia hias lantai rumah aku dengan miniature toy cars, dia tabur itu ini sebagai final touches... ohh! mana dia belajar ni semua haa?  He's 4 years old -- I guess it's a natural built-in talent!  Haha... bestkan jadi bebudak?

Semalam, as everyone would already have known, pulau ni telah dinaik-taraf.  Majlis Daerah jadi Majlis Perbandaran.  Aku dengan family pergi tengok kereta berhias & pertunjukan bunga api.  So far tu je aku tau.  Apa beza pulau ni as just another pulau dengan pulau ni berstatusnya sekarang aku belum nampak so aku tak nak komen apa².  I'm a sceptic, a pessimist and an antagonist to any kind of change so we'll just wait and see.

Aku terkilan cuma satu.  Seminggu ke dua minggu lepas ada berita pasal benda ni kat TV.  The DO was interviewed.  Pemberita tanya kenapa pulau ni nak dinaikkan taraf.  Mungkin aku silap dengar, mungkin aku salah faham tapi dia kata pulau ni mesti jadi bandaraya sebab pulau ni dikunjungi oleh pembesar² negara luar, orang terkemuka, so bila kita ada status bandaraya standard kita naik jadi setaraf dengan pelancong² ini & kita tak rasa rendah diri dengan pelancong² yang datang.  Something like that.  Aku rasa sungguh malu.  Malu sebab dia rasa dengan hanya menukar nama kita boleh ubah cara org pandang kita.  Dengan hanya menukar nama kita jadi lebih dihormati.  No...

Mungkin aku salah dengar.  Mungkin aku salah faham.  Mungkin dia nervous masuk TV, dia merapu yang bukan².

Aku harap taraf hidup orang indigenous di pulau ni tak diabaikan.  Adalah memalukan kalau kita naikkan taraf pulau ni utk bagi orang lain nampak kita elok tapi anak² pulau ni masih macam tu jugak.  Masih ada yang terbiar di kampung² nelayan, masih ada yang tak pergi sekolah sebab tak ada duit di penempatan pendatang... jauh dari hotel lima bintang, pantai yang dikomersilkan dan pembesar² negara yang datang bersidang.

Anyway, aku memang a sceptic, a pessimist and an antagonist to any kind of change so complaining is my natural built-in talent.  Apa pun selamat naik taraf kepada semua penduduk pulau ini.  Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua orang lain.

March 23, 2001 [9:01 AM]

...mengantuklah!...

Dah seminggu tak update so kalau sehari lagi tak update pun tak ada beza kan? hehe... ni saja je tulis sementara sebab ada orang tu dah nak ngamok aku buang karen dia.

Hmm, aku mengantuk gila sebab baru balik dari Labour Room since pukul 4 pagi tadi.  Dah lama orang tak kejut aku pepagi buta soh pergi kerja.  Inilah akibatnya... sekarang aku dah mengantuk.  And lapar. Mengantuk and lapar.  And busuk belum mandi.  Mengantuk and lapar and busuk belum mandi.  And pening.  Mengantuk and lapar and busuk belum mandi and pening.  And...

Aku nak tidur.

March 17, 2001 [10:47 PM]

...defragmentation complete. do you want to restart your computer now?...

Dua jam nak defrag C drive PC aku semalam.  Langsung hilang mood nak update blog.  Agak² kalau nak defrag otak aku, berapa hari agaknya ehh?  Defragmentation complete.  Do you want to restart your life now? Ohh, yes please...

"Adoii... sakitnya.  Eeeiiii... bisa," tiba² Mak kata gitu.

Aku nampak Mak kibas² leher dia.  Mak tanya nak letak apa...  Err, IM Chlorpheniramine 10mg with Hydrocortisone 100mg?

"Aah... pisang.  Kalau kena sengat dengan penyengat, kena sapu dengan pisang," kata Mak sambil jalan pergi ambik pisang atas fridge...

Hmm, tak ada pulak diaorang ajar aku kat med school dulu tapi tak apalah.  As long as it works.

Penyengat tu aku sembur dengan Fumakila.  Rasakan kau!  Apsal kau sengat Mak?  Hahh?  Apsal?

Dia diam je.  Terkulat² atas lantai.  Sengat kat ekornya dia gedik²kan...  Pastu diam.

Aku dengan Mak tenung penyengat tu macam saintis study slide bawah mikroskop.  Hmm, life has a lot to teach you along the way.  Malam ni kami belajar serangga ada 3 bahagian -- kepala, toraks dan abdomen & kalau penyengat gigit, ubatnya pisang. :)

Mak dengan Ayah ada sini.  Tadi masa aku pergi ambik kat jeti aku singgah kedai. Aku belek² URTV 15 Mac.

"Ehh, mana? tak ada pun?" Aku belek lagi sekali dari mukasurat depan sampai belakang sekali.  Adik jaga kaunter dah jeling², tunggu masa nak sound je.  Ingat aku nak baca free le tu.  Then aku jumpa... yeay! yeay!

Aku dah baca cerpen Saharil dalam URTV.  It was soo... so apa ekk?  So Saharil lah.  Suka.  Tak rugi RM3.50 aku.  Plus ada gambar Sheila on 7 tayang bulu dada, ada gambar Cindy Crawford tayang peha gebu... kalau umur aku 15 tahun, I would've been excited.  Tapi aku bukan 15 so aku baca cerpen tu and that's it.

"Kak, call aku balik," dia cakap then the line went dead.

Adik called petang tadi.  Cakap dia tengah busy nak exam.  Tak leh update Jongkang dalam masa terdekat.  Aku mintak password Pitas dia nak tolong updatekan.  Dia tak bagi.  Ohh well...  Orang cuma nak tolong je...  Rugi kan tak bagi aku tolong?  hehe.

OK, esok kerja. Aah... malas.

March 13, 2001 [9:26 PM]

…how close to the action do you want to be?…

Dia nampak lain hari ni.  Rambut dah bersikat kemas, muka gebu dengan baby powder.  Dari jauh lagi dia dah senyum kat aku. Rupanya senyum ada makna…

Hari ni?? Boleh?” dia tanya sebelum aku sempat tanya lagi pasal ‘senggugut’ dia.

Dia nak balik.  Dia nak pergi kursus.

Kursus kahwin?” aku tanya.

Dia angguk.  Kakak katil 7 senyum tengok muka malu² dia.  Hmm, pergi kursus tu ‘dik.  Belajarlah pasal perkahwinan, jadilah isteri yang solehah.  Bertaubatlah, jangan lagi ulang dosa yang sama ye…

Semoga lepas ni dia nampak jalan yang benar…

Aku sendiri heranlah.  Dah 3 hari mood aku stable.  Aku dah 3 hari tak marah orang walaupun dah 3 hari satu hapa kerja pun aku tak leh siapkan.  Hmm, sakitkah aku ni?

Tak leh tulis pepanjang.  Aku kena start by making a to-do list then set my priorities.  Esok is supposed to be free sikit, aku tak leh lagi biar kerja² aku tergendala.  I must start taking action.

March 12, 2001 [8:33 PM]

…let’s talk, and talk some more…

Mak adik tak pernah tanya ka, adik ni sakit apa?” aku tanya.

Tanya. Saya kata senggugut…,” dia kata sambil cuba elak eye-contact dengan aku.

Aku tak tau nak kata apa so aku senyum.  Banyaaak le kau punya senggugut!!  Kesian pulak aku nak pergi cakap kat mak bapak dia.  Dia kata dia berhenti sekolah tahun lepas sebab nak kahwin dengan tunang dia tu lah.  Apsal tak kahwin je??

Apsal aku selalu bising pasal kes macam ni?  Sebab aku anggap bebudak ni semua macam adik² aku sendiri.  Kalau adik² aku buat cenggini, aku sula je diaorang.  Serius.

Nothing much happened in the ward today.  Aku buat kerja aku, orang lain buat kerja diaorang.

Doktor, mesyuarat tu camana?  Doktor bangkit soal porter dak?Attendan J bukak topik.

Dah. Mulai next roster Pengarah kata abandon porter system.  Balik ke asal,” aku cakap.  “FA station kat ward, attendan lelaki station Casualty. Malam ikut pool system balik sebab tak cukup staff.”

Dia senyum.  Suka la tu.  Aku sebenarnya malas nak masuk campur benda ni tapi dah banyak kali sangat diaorang hint kat aku pasal masalah ni.  Asyik suruh aku bangkitkan dalam mesyuarat.  Doktor ada power, diaorang kata.  Kalau staff lain cakap Pengarah tak dengar, diaorang kata lagi.  Aah, ni masalah dalaman, hospital politics aku kata.  Masalah attitude, tak ada team work Pengarah kata.

Mana² pun mesti ada masalah ni.  Kerja kalau berkira sangat memang macam tu.  “Ni kerja orang lain apsal aku kena buat? Aku buat kerja, apsal dia tu relax je? Dulu OK, apsal sekarang kerja aku banyak?”  Please lah… buat je lah kerja tu.  Tak kisah le kerja sapa pun.  Janji hospital jalan.  Janji bagi perkhidmatan kat patients.  Sudahlah.  Tak payah suruh aku bawak benda ni ke mesyuarat pengurusan.  Tak payah cakap dengan aku dgn nada menghasut.  Masing² settle masalah dalaman masing².  Sudah.

Petang tadi pun mesyuarat lagi.  Sambung mesyuarat semalam.  Rombak Klinik Pakar.  Lagi satu krisis pengurusan yang sekarang dah jadi sebahagian daripada masalah aku – Resource Management.  Balik², tak cukup staff… tak cukup staff.  Staff kalau bagi seramai mana pun tak akan cukup sebab masing² nak buat kerja se-minimum yang mungkin.  Dah kerja tu buat je lah… tak mau buat, resign!  Pening…

Sehari-dua ni aku tertanya² – apa kerja aku sebenarnya?  Aku ni doktor ke eksekutif pentadbiran?

March 11, 2001 [7:49 PM]

…first day back at work…

First day at work.  Actually OK la jugak hari ni kalau tak dikira kerja² aku yang still tak leh siap sebab aku terpaksa dok dalam bilik mesyuarat setengah hari.  Dari 2.30 sampai pukul 6 petang.  Dah le tu, tak ada refreshments provided pulak tu.  Paling koman pun, bagi le air kotak dengan karipap ke.  Dah miskin sangat agaknya Kementerian aku ni.  Harga ubat dah naik, kena save budget kot… agaknya lah.

The day started as usual dengan ward round.  Hmm, patient tak ramai tapi since aku tak tau case kena belek satu² jadi lambat.  Aku dah lama tak tengok patient kot resting physically and mentally almost seminggu, hari ni aku ada mood nak bagi health education pulak.  Best jugak cuti ni… kena ambik selalulah.

Awak ni baru 17, technically bawah umur so kuasa ada kat tangan saya…,” aku buat² garang sikit tapi still maintain ayu.

…err, aah… doktor jangan aah…,” terketar² dia jawab.  Muka pucat.  Dahi berpeluh.

Hahaha… tahu takut, aku gelak di dalam hati.  Dah 3 hari dia kat wad tapi aku rasa belum ada org pergi lecture dia ni.  Umur baru 17, dah 2 kali pergi gugurkan anak secara haram kat klinik swasta.  Mak bapak tak tahu, sekarang dah kena infection.  Nasihat pasal AIDS, pasal penyakit kelamin dia buat dekk je so on to Plan B le, “Saya kena bagitau mak bapak awak ni… awak bawah umur…” Part pasal patient-doctor confidentiality tu semua aku tak cerita le kat dia.  Janji gertak aku menjadi & hopefully dia sedar le apa punya bangang perbuatan dia tu.

Antenatal Clinic was surprisingly tolerable.  Aku still dengan semangat tinggi nak bekerja. semua patient dapat free health education hari ni topped with a smile.

Petang… aah sudah! Mesyuarat Pengurusan.  Tak sukanya…

Camana Max? OK? Cuti lama…,” Pengarah tanya aku.

Err, haa… dah puas dah raya…,” aku kata pulak.

semua org tengok aku pastu gelak.  Err, kelakar ke jawapan aku tu?  Tu tak masuk dalam minit mesyuarat I hope. “…Pengerusi kemudiannya menegur Dr Max yang mengambil cuti raya yang lama.  Dr Max menjelaskan yang beliau sudah puas berhari-raya. Ini dipersetujui oleh sekalian yang hadir…

1, 2, 3… 106, 107… huiyoo… berapa banyak jawatan nak bagi kat aku ni?  Ehh, tuan pengerusi… nama org lain sebut la sama…

Ni yang buat aku menyampah kerja kat hospital daerah ni.  Hospital kecik, staf sikit. Tapi struktur organisasi tak boleh ubah.  Still nak jawatankuasa itu-ini.  Last² asyik orang yang sama je in all the committees…

So let’s see… Ketua Unit Women & Children Services : aku.  Naib pengerusi MAC : aku.  ISO9002 Management Representative: aku.  AJK Ubat²an & Peralatan Perubatan: aku.  AJK Rekod Perubatan/ Audit Klinikal/ Mortality Assessment: aku.  AJK Tranfusion Committee: aku.  AJK Pembuka Sebutharga: aku.  Berapa dah tu?

Aku nanti akan terkambus dalam timbunan paperwork, budget, asset, inventory, report itu-ini.  Bila masa aku nak tengok patient?  Bila masa aku nak pergi bagitau mak bapak budak tu pasal her little mischief?

Actually orang lain pun sama jugak.  Sorang at least 5-6 committees.  Tengoklah nanti… kerja mesti tak jalan punya…

[1:28 AM]

...counting sheep...

301, 302, 303, 304...

Restless nya...  Esok kerja.  Esok ada clinic.  Esok kena take over from Dr H all the patients I never knew I had.  Esok kena go back to reality.  Esok? ehh... dah hari ni...

305, 306, 307, 308, 309...

Apsal ntah tak boleh tidur. Tak boleh tidur pikir pasal cuti yang dah habis.  Tak boleh tidur pikir kerja yang sampai bila pun tak akan habis. Tak leh tido pikir apsal tak leh tidur.

310, 311, 312, 313...

The night is too hot to sleep with a blanket on.  Too cool to sleep with the fan on.  Huh...

Tidurlah mata... tidurlah...

Err, where was I? Ohh well... 1, 2, 3, 4... banyak nye sheep... 5, 6...

Good night, world...

March 9, 2001 [2:15 PM]

...and I wish upon a wishing star...

Phoahh!  Cuti aku dah masuk 5 hari.  Hmm, dah 5 hari aku tak yah pikir pasal Labour Room and hospital politics, tak yah jenjalan sambil meraba² poket making sure the pager is still there, tak yah worry if aku nak pergi memana pun aku boleh get back to the hospital within minutes ke tak, tak yah tidur sambil pasang telinga in case phone bunyi...  Ohh!  Seronoknya...

Aku dah 5 hari tak update jurnal ni sebab cuaca terlalu panassss...  Duduk bawah kipas pun rasa macam duduk dalam oven.  Kalau kat sini sepanas ni camana la kat pulau tu ye?  Sebelum aku balik hari tu, panas gegila cuaca kat sana.  Panas kering.  Panas berbahang.  Panasss...

Demam aku dah OK cuma batuk je still ada lagi.  Aku pergi farmasi hari tu beli ubat batuk power punya.  Terkejut jugak aku how easy it was nak beli Codeine over the counter without a prescription.  Aku ingat lepas sibuk² pasal ketagih ubat batuk segala tu codeine phosphate akan jadi prescription drug, rupanya kena tulis nama & address dalam buku je.  Hmm... Anyway, ubat kalau tak dimakan tak guna jugak ekk...  Hehe, 2 hari je aku makan ubat tu pastu aku ambik pendirian kebanyakan patients aku, "...tawakkal je lah..."  Malas aku nak makan lagi dah ubat batuk tu. Mengantuk gile!

Anyway, back to the weather.  Panass...  Semalam it was so hot aku dah rasa nak lemas dalam lautan peluh aku sendiri so I made a wish... I wished for rain!  And terkejut mak lepas tu nyahh... hujan betul-betul!  Hujan lebat gila masa aku dengan family pergi beraya ke rumah sanak sedara Ayah.  Hmm, best nya. Next time aku nak wish for apa ekk...

Best kan kalau semua apa yang kita nak boleh main wish² je.  I wish it's Friday forever so esok tak akan jadi Saturday & aku pun tak yah balik ke pulau.  I wish, err... I wish you a merry xmas and happy new year.... huh, bukan.  I wish orang yang curi kasut Nike [Nike ye, Adik?] kat masjid Kg Baru masa solat Jumaat tadi kena cirit-birit masuk wad seminggu!  Haa, jangan memain.. aku makan nasik tadi taruk kicap bebanyak... masin mulut aku tak sempat ke jamban orang tu.  To Adik, sabar ye...

OK aah, for my last wish... kepada semua yang membaca: I wish you joy and happiness...and above all, I wish you love...

March 3, 2001 [11:09 PM]

...barah otak & ubat najis...

Hahaha... eh-ehh, suka lah suara aku hari ni. Jom try test sekali lagi... hahaha... hmm, serak² basah & manjaaa gitu, ada gaya Sharifah Aini campur Siti Nurhaliza. Ewahh!

Terbaca ni dalam paper hari ni:

PHNOM PENH 2 Mac -- Seorang wanita yang ditahan kerana menjual najis lembu sebagai ubat-ubatan dibebaskan hari ini selepas polis mendapati perbuatannya tidak melanggar sebarang undang-undang. Jurucakap polis, Suan Sovan berkata, You Kim Chun, 47, ditahan selama 3 jam kerana menjual 3 beg plastik kecil berisi najis lembu di pasar Damkor di sini.

You mendakwa 'ubat'nya itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk HIV. Menurut wanita tersebut, 'ubat'nya itu elok diminum selepas dicampur dengan air panas seperti teh, atau boleh disapukan ke bahagian badan yang sakit. Beliau mendapat resepi 'ubat' tersebut daripada tuhan lembu yang merasuk badannya.

Tu yang buat aku gelak tu... hahaha... sukanya...

Aku tengok drama kat TV tadi.  Aku jarang tengok drama melayu sebab aku meluat tengok pelakon²nya yang terlalu ber'bakat'.  Tapi drama ni ada Azean Irdawaty, ada anak dia Benjy.  Aku terpengaruh dengan trailernya especially part si Azean tu cakap, "Doktor bukan tuhan, doktor tak ada hak tentukan ajal maut anak saya!" tu.  Wah... macam bagus je ni...

Rupa²nya... hampeh!  Lakonan Azean dengan Benjy of course le best, aku tabik spring.  Tapi ishh... scene kat hospital tu tak leh ke buat bagi real sikit...  Yang doktor tu pun apsal le bodoh sangat?  Universiti mana bagi dia degree tu?  Aku yang tengok tak 100% concentration pun boleh tau dia kena barah otak (err, quite apart from the fact that drama melayu cuma tau 2 penyakit je -- barah otak dengan leukemia).  Ciss! memalukan profession doktor dan hospital kerajaan je.

So apa kena mengena pompuan Kemboja jual ubat taik lembu tu dengan barah otak?  Tak ada.  Cuma aku nak share 2 benda yang buat aku gelak gila² dengan suara manjaaa aku hari ni dengan semua orang. 

Hahaha...

March 2, 2001 [9:26 AM]

Hari ni birthday Adik.

Happy birthday Adik!

semua org sila klik sini & cakap happy birthday kat dia...


March 1, 2001 [7:19 PM]

…a bit under the weather…

Dah jumpa dia.  Huh, tu je?  Kenapa ekk rasa tak puas hati?  Kenapa ekk rasa masih ada 1001 perasaan yang terbuku di hati tapi tak terluah?  Aku sepatutnya rasa lega tapi kenapa ekk pastu rasa nak menangis?

Dia datang pagi tadi seperti yang dijanji.  Tapi aku dah rasa tak sihat balik hari ni.  Demam aku dah datang balik.  Batuk aku makin chesty.  Suara aku serak. Aku senyum bila nampak dia senyum.

Dia tanya, “How are you?

Aku kata, “Okay…

Tipu… OK apa macam ni?  Aku rasa macam nak cakap, “No! I’m stressed-out, I hate it here & I badly need a break.”… tapi suara aku stopped at OK.  Aku tau kalau aku sambung, aku surely akan menangis.

Then aku pergi minum dengan dia. Dia pun tanya, “…what happened that night?

That night.  Suara aku hilang terus.  Tekak aku jadi lebih kering.  Tak ada suara bukan sebab selsema, tekak kering bukan sebab demam.  That night…  So aku pun cerita dengan suara tersekat², dari dia start bleeding sampai dia naik helikopter.  Aku dah tak tau apa nak rasa.  Yang aku tau tekak aku sakit, aku tak mau cakap lagi.

Lepas tu dia kata, “We doctors don’t take care of ourselves. You’re not well, lah. Have you taken anything for it?

Aku angguk.

Tipu lagi.  Memang aku dah ambik ubat.  Cuma satu je lagi ubat yang tak ambik – REST.  I need to rest.  Tu je.  Lepas tu baik le semua sakit aku.  Tapi aku tak cakap apa sebab tekak aku dah bertambah perit, kepala aku dah bertambah berat.

Aku rasa dia tau.  Dia tau aku tension sebab pastu dia tak tanya lagi apa².  Dia cuma kata, “Can you write the prescription? Get a CT scan appointment for this lady.  Get her to see me the next time I come.  Bla, bla…”  So clinical.  So impersonal.  So awkward.

So that was how the morning ended.  “OK, best of luck.  I’ll see you next month,” he said.

Tu je?  After sorang patient mati sebab aku kerja tak ada backup.  After a year aku manage sorang² tak ada a proper specialist supervision. After 6 bulan aku merajuk dengan diaorg sebab tak datang buat specialist visit, sebab mungkir janji, sebab lepas tangan…  “I’ll see you next month!”  Tu je?

So there.

Sekarang aku dah demam balik.  Temperature aku dah naik balik.  Petang tadi aku masuk OT lagi.  Aircond kat OT tu dah 'makan' hidung aku.  Hidung aku dah tak ada , tekak aku kering & perit.  Semua tulang² aku dah rasa berkarat.  Kepala aku rasa berserabut.  Aahhhh….  Aku dah cancel locum malam ni.  Kalaulah aku boleh unhook semua phone dalam rumah ni, switch off the pager, kunci pintu rumah & tidur buat tak tau je just for one night…

Lagi 3 hari je lagi nak cuti…

Best nya cuti…





 







 







 

This site supports: