June 27, 2003  [10:14 AM]

segalanya ku diamkan saja
maka hati pun mulalah berkata-kata...


Cincin di jari sudah rasa semakin ketat.  Aku sepatutnya berdarah manis sekarang.  Tapi yang aku dapat ialah darah tinggi.  I'm engaged to a Martian.  God help me.
 

June 24, 2003  [6:56 PM]

"We just can't get along,"
kata aku.

"No!  Itu subjektif.  Be more specific," tegas Dr NZ.

"Why does he have to be above everybody?  Why can't he just work with us?"

"That's subjective," kata Dr NZ lagi.

Susah jugalah.  We medics like to be objective.  Semua benda kena boleh diukur, disukat, dinilai. kalau boleh, dalam sistem metrik.  Memang jelas kami tak sukakan Jack.  Tapi bila Dr NZ minta sebab-sebab objektif, bukan subjektif, cuma ada dua insiden sebenarnya yang boleh kami berikan sebagai sebab. 

"As long as the job gets done, sudah."

Jadi itu penyudahnya.  Buat kerja.  Lupakan yang lain.

-----

Ada seekor anjing di kawasan rumah aku.  Kurap satu badan.  Dua kakinya tempang.  Terhencot-hencot berjalan.  Bila ada orang lalu dia pura-pura kejar.  Pura-pura saja, nak berlari pun tak larat.  Anjing itu cuma sukakan perhatian yang dia dapat, bila orang yang di'usik'nya itu berlari tak cukup tanah.

"Dia nak main-main saja, tapi orang tengok dia orang ingat dia nak tokak," kata Mak.

Entah.  Mungkin apa yang Dr NZ kata dalam bilik sembahyang tengah hari tadi atau mungkin penilaian Mak tentang anjing kurap itu yang mencairkan keras hati aku.  Aku perlu lebih objektif.  Tak perlu defensif sangat.  Jack mungkin mahu berkawan.  Caranya saja yang salah, buat kami rasa tercabar dan diperlekeh. 

Kami ingat dia nak tokak.*

* tokak = gigit.


June 16, 2003  [6:46 PM]

Budak lelaki pendek berambut kerinting yang selalu ejek aku dalam kelas itu namanya Fritsos.  Tak tahulah.  Bagi aku, kalau nama kau sepelik itu, kau tak patut ejek orang.  Yang rambut perang selalu tidur dalam kelas Mr Watson aku tak ingat namanya.  David Gardner yang tinggi lampai, ketua kelas tidak rasmi.  Eric, separuh cina Malaysia separuh British, selalu pinjam kerja rumah aku.  Robin berbulu mata lentik, suka suruh Eric pinjam kerja rumah aku.  Epi, kawan baik aku budak Hong Kong.  Rendah.  Suka duduk meja belakang.  Joo, kawan baik aku budak Korea.  Tinggi.  Suka duduk meja paling depan.

Kenneth Wong.  Kenneth Wong paling aku tak boleh lupa.  Kawan Frit, suka perlekeh aku, Epi dan Joo.  Perasan pandai.  Sentiasa berlawan dengan aku untuk dapat markah tertinggi dalam kelas.  Rasa budak perempuan tak patut ada dalam aliran sains.  Tapi maaflah, bukan budak perempuan inilah beb.  Budak perempuan ini akhirnya dapat Walter Knox Prize in Chemistry tahun 1992.  Cek £50 tapi rasa macam lima puluh juta.

Betapa aku bencikan Kenneth masa itu.  Tapi aku rasa aku tak akan ada di sini kalau tidak kerana dia.  Aku harus berterima kasih kepada Kenneth kerana selalu buat aku rasa tercabar dalam kelas.  Kerana dialah aku berusaha lebih kuat daripada biasa sampai aku dapat keputusan luar biasa dalam semua 4 matapelajaran A-Levels aku.  Aku ada di luar London ketika itu, aku dapat keputusan aku melalui pos.  Aku tak berpeluang tengok mata Kenneth terjojol keluar dari soketnya (kenapa? tak percaya aa?) masa tengok keputusan periksa di luar bilik pengetua.  Rugi.

Keadaan di tempat kerja aku sekarang rasa tegang.  Semua orang rasa tidak selesa.  Murali sudah ditukarkan ke bandar S, secara paksarela.  Tempatnya digantikan oleh Jack (bukan nama sebenar), pelajar sarjana tahun 1.  Perasan bagus.  Suka mengajar itik berenang.  Kiasu.  Mengingatkan aku pada Kenneth.

Semua orang masuk gear 5, lebih rajin daripada biasa.  Semua orang nak belajar benda baru.  Tak ada masa untuk lepak-lepak, ketawa-ketawa dalam bilik sembahyang lama-lama masa waktu rehat tengah hari.  Semua orang dah ambil serius kelas Dr NZ petang Isnin.  Nak bersaing dengan Jack.  Tak mahu kalah.  Aku rasa bagus jugalah ada orang macam Kenneth dan Jack dalam dunia ni.  Baru meriah.
 

June 4, 2003  [6:06 PM]

Baginda dilaporkan sihat.  Kalau ada barah usus boleh dikata sihat.

Ada orang tidak puas hati.  Kerabat diraja dapat layanan istimewa.  Aku tidak kenal kerabat itu secara rapat.  Kali terakhir aku berjumpa dengan baginda, semasa penyampaian hadiah darjah enam.  Aku dapat nombor berapa entah.  Aku angkat tangan minta diampun, terima hadiah kecil dan ucap junjung kasihUndur beberapa tapak dan turun pentas.

Baginda simbol institusi Raja berpelembagaan.  Baginda Bonda rakyat Kedah.

-----

"Ni cucu ni," kata orang tua yang aku tidak berapa kenal itu.

Kepada semua orang yang lalu di luar kubikel kecil aku, dia beritahu aku cucunya.  Dia sepupu nenek aku sebelah Ayah. 

Aku terpaksa biarkan nombor 58, 62, 68 tunggu.  Aku cari kad pesakit nombor 71 itu.  Dia duduk di kerusi di sisi meja aku.  Beritahu jururawat dengan bangga, "Ni cucu Tokcik ni."

Dia bukan kerabat diraja.  Dia kerabat aku.  Dia dapat layanan istimewa juga.

Mungkin ini berat sebelah.  Kronisme, nepotisme pada skala kecil.  Ini sudah jadi budaya masyarakat kita.  Kau dapat sesuatu kalau kau kenal seseorang.

-----

"Zuriat itu penting, tapi ada orang yang tak ada anak pun boleh bahagia,"
kata Dr MR.

Aku pandang pasangan itu.  Mata sang suami terkelip-kelip macam lampu lip-lap.  Muka merah padam cuba memahami bagaimana sperm wash yang aku buat tidak ada seekor (ekor?) sperma pun.  Rasa serba salah suami turut dikongsi oleh sang isteri di sebelahnya walaupun aku nampak belon dialog atas kepalanya tertulis, "Bukan aku yang mandul."

"Dato' J pun tak ada anak,"
akhirnya sang suami bersuara, cuba senyum.

Tidak berupaya melahirkan zuriat satu tamparan hebat kepada ego lelaki.  Mengaitkan ketiadaan zuriat dengan keupayaan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan negeri mungkin cara dia mengembalikan keyakinan dirinya aku agak.

Aku senyum.

Dr MR cuba mengalihkan topik perbualan. This is too awkward.

Telefon aku bernyanyi-nyanyi ringtone Doraemon. 

Wang pos RM50 dikembalikan.  Tidak guna mencuba IUI kali ini.  Mereka pulang.

-----

Moving on to something more cheerful.

"Cuba identify ureter.  Ingat dak macam mana?" tanya Boss dengan nada kebapaan yang sangat aku suka.

"Okay.  Small Devers, please.  Ni external iliac artery.  Ni external iliac vein.  There.  Ureter," suara aku keluar terketar-ketar.

"Right.  Good."

Seronok aku.  Dapat buat separuh pembedahan TAHBSO hari ini.  Dengan sabarnya Boss mengajar aku.  Hilang kehampaan aku tidak dapat buat IUI semalam dan tidak dapat buat laparoscopic BTL pagi tadi. 

Dan Muz ajar aku dan Wan buat case presentation gaya UKM.  Aku rasa sungguh bersemangat mahu habiskan membaca Davies dan Dewhurst.  Aku mahu belajar lagi dan lagi dan lagi.

 










 







 

This site supports: