O PLACIDLY amid the noise and the haste, and remember what peace there may be in silence.  As far as possible without surrender be on good terms with all persons.     
 
  
Speak your truth quietly and clearly; and listen to others, even to the dull and the ignorant; they too have their story.
  
 
Avoid loud and aggressive persons, they are vexatious to the spirit.  If you compare yourself with others, you may become vain or bitter; for always there will be greater and lesser persons than yourself.    
   
Enjoy your achievements as well as your plans.  Keep interested in your own career, however humble; it is a real possession in the changing fortunes of time.   
   
Exercise caution in your business affairs; for the world is full of trickery.  But let not this blind you to what virtue there is; many persons strive for high ideals; and everywhere life is full of heroism.    
   
Be yourself.  Especially, do not feign affection.  Neither be cynical about love; for in the face of all aridity and disenchantment it is as perennial as the grass.    
   
Take kindly the counsel of the years, gracefully surrendering the things of youth.    
   
Nurture strength of spirit to shield you in sudden misfortune.  But do not distress yourself with dark imaginings.  Many fears are born of fatigue and loneliness.    
   
Beyond a wholesome discipline, be gentle with yourself . You are a child of the universe, no less than the trees and the stars; you have a right to be here.    
   
And whether or not it is clear to you, no doubt the universe is unfolding as it should.  Therefore be at peace with God, whatever you conceive Him to be.  And whatever your labors and aspirations, in the noisy confusion of life keep peace in your soul.  With all its sham, drudgery and broken dreams, it is still a beautiful world.  Be cheerful.  Strive to be happy.   

[Desiderata (something desired as essential) -- Max Ehrmannn, 1927]

January 24, 2003  [10:14 AM]

...and life, it goes on...

Adik sudah keluar wad.  Dia dah okay.  

-----

Aku rasa ini log terakhir bulan ini.  Aku sudah letih.  Lagipun PC aku akan masuk kotak lepas ini.  Kotak PC dan semua kotak lain akan naik lori.  Kotak PC, kotak-kotak lain dan lori akan naik tongkang.  Aku akan mula hidup baru, bersarapan dengan roti Gardenia.

January 22, 2003  [9:22 PM]

...pergilah januari, pergi jauh...

Tidaklah lagi perlu aku menulis tentang kejadian itu.  Biarlah dia ceritakan sendiri bila dibenarkan pulang nanti.  Aku pun sudah tidak berminat mengulangi cerita itu setiap kali ditanya, "Adik doktor accident?"  Di mana.  Bagaimana.    

Aku bersyukur dia selamat.  Bersyukur sangat-sangat.  Aku tidak akan buat apa-apa komen tentang cecair otak lagi selepas ini.  Sumpah.   Basal skull fracture with CSF otorrhoea and rhinorrhoea.  Ia telah benar-benar berlaku.  

Adik mahu cepat-cepat keluar wad.  Dia tidak mahu terlepas peluang berjumpa Juliana Banos di tayangan perdana Gila-Gila Pengantin malam ini.  Dia okay.  Dia okay.  Dia okay.  Alangkah baiknya kalau aku boleh benar-benar percaya Adik okay seokay-okaynya.

Cepatlah Februari.  Cepatlah Mac.  Bawalah Januari pergi jauh-jauh.

January 20, 2003  [9:40 PM]

...GCS 15/15...

"Eh Max, sapa yang accident?  You ke adik you?"

"Adik I.  MVA.  Hari Sabtu.  Sekarang kat HTAR."

"Teruk ke?"

"Head injury.  Basal skull fracture.  Brain contusion.  GCS 15."

"Fifteen.  So, confirm you balik hari ni? 

"Insya-Allah.  Kalau ada flight, I balik petang."


-----

Alhamdulillah.  Aku baru sampai dari KLIA.  Aku nak ucap terima kasih pada semua orang yang tolong adik aku sepanjang hujung minggu yang macam mimpi ngeri bagi kami sekeluarga ini.  Terima kasih juga pada Dr Y yang sudi mengganti tugas aku sepanjang aku cuti kecemasan hari ini.

Dan satu lagi.  Seolah-olah mahu membuktikan dia OK, aku dapat SMS ini tadi masa aku baru mendarat di lapangan terbang, "Anak PM pun mai melawat aku (Maizura Mahathir, junior aku)."  

Adik, Adik... Ada di wad dengan kepala retak dan berbalut pun masih nak berlagak.  Definitely GCS 15, sikit pun tak kurang.

January 17, 2003  [1:40 AM]

... aku yang dulu...

Doktor itu duduk menggenggam tangan pesakitnya.  Tersentak seketika.  Sentuhan Raja Midasnya tidak menjadi.  Tulang dan kulit.  Itu saja yang tinggal.

"Saya boleh bohong, kak.  Saya boleh kata saya ada ubat bagi kak baik balik.  Tapi saya tak mau bohong sebab saya tau kak tau saya takdak ubat macam tu nak bagi."

Rasa janggal, sudah terlalu lama dia tidak gunakan skrip itu.  Tangan itu dilepaskan semula.  Longlai.  

Aku rasa aku sukakan doktor itu.  Aku mahu doktor itu tinggal lebih lama.  Aku mahu berkawan dengannya kerana dia mengingatkan aku pada aku yang dulu. 

-----

Aku ambil masa untuk baca setiap satu case notes Kak Yah sepanjang 2002.  Bukan kerana aku kisahkan sangat pasal Kak Yah.  Pasal aku tak ada kerja lain.  Baca semua laporan makmal, laporan scan.  Terjumpa surat-surat rujukan yang ditujukan kepada aku tapi selama ini Dr MR simpan buat pekasam.  Buka semula buku teks yang sudah lama tidak aku gunakan.  Baca tentang FIGO Staging.  Tentang palliative care.  

"Doktor tau suami dia dah kahwin lain?" tanya staff nurse F. 

Classic.  

January 15, 2003  [4:40 PM]

...bukan lagi aku yang dulu...

Entah pukul berapa aku akhirnya tertidur semalam.

Kerja, kalau tidak ada job satisfaction, macam barah.  Merebak.  Menular.  Memakan dari dalam.

Ini bukan lagi pasal mesyuarat.  Ini pasal hati yang berdarah.  Pasal kotak-kotak yang bersusun.

-----

Kebosanan dan ketidakpuasan hati di tempat kerja setahun-dua kebelakangan ini telah mendorong aku melakukan sesuatu yang aku paling tidak suka.  Menjadi 'doktor hospital kerajaan' yang sejati.  Aku rasa malu pada bayang-bayang yang senyum padaku dari dalam cermin setiap pagi.  

"Kau bukan lagi kau yang dulu," katanya setiap pagi, tanpa henti.

Aku kemam bibir bersalut gincu pada kertas tisu dan berlalu.

Aku bukan lagi aku yang dulu.  Yang seronok bekerja.  Yang bangga dapat menyalurkan khidmat aku walaupun tidak seberapa.  Yang boleh pegang tangan orang yang aku tidak kenali, senyum dan memberi semangat.

Aku memang bukan lagi aku yang dulu.   Aku akan, dan boleh, jadi lebih baik daripada itu.  Dua minggu lalu, aku diketemukan dengan seseorang.  Dia telah menunjukkan kepadaku jalan pulang.  

January 13, 2003  [10:13 PM]

...sorry I didn't attend the meeting, I was abducted by aliens...

Aku rasa bersalah menjerit kepada Dr T malam itu kerana dia tidak tahu buat kerja.  Sekurang-kurangnya aku rasa dia tidak tahu buat kerja.  Sebenarnya, itu bukan kerja dia pun.  Doktor, kerjanya menghadiri mesyuarat, bukan merawat pesakit.  

Tahun ini dimulakan dengan Mesyuarat Pengurusan, pukul 2.30 petang 1 Januari.  Berlarutan hingga pukul 5.30 petang, sampai kebas punggung aku.  Mujur tidak jadi ulcer.  Ada lima agenda tapi hanya satu yang sempat dibincangkan.  Selebihnya, dihabiskan dengan menghidang bihun goreng dan teh sambil menjadualkan berapa banyak lagi mesyuarat yang perlu diadakan sepanjang tahun.  Aku macam terkena stroke sekejap memikirkan kenapa perlu diadakan mesyuarat untuk menetapkan mesyuarat akan datang.  Tapi bihun goreng itu boleh tahan juga sedapnya.  Alhamdulillah.

Hari ini mesyuarat ISO 9002.  Aku rasa mahu bangun berdiri di atas meja dan meniru persembahan Noraniza Idris semalam, berbunga api segala bagai.  Mesyuarat hari ini terlalu membosankan.  Aku rasa macam deja vu.  Soal asset tagging itu sudah dibincangkan tahun lepas di dalam mesyuarat yang serupa.  Ada kuih hijau dengan kelapa parut di atasnya dan kuih ketayap yang rasanya macam plastik dalam mesyuarat itu.  Aku tahu semua orang ingat mesyuarat itu.  Kecuali pengerusi.  Dia berkeras mahu rombak sistem tagging kepada yang jauh lebih rumit.  Kenapa sekarang?  Dua minggu sebelum MAMPU datang mengaudit?  Dua jam lebih bercakap tentang perkara yang tidak perlu dibincang.  Punggung aku rasa macam ada bisul.

Esok ada Mesyuarat Ketua Unit.  Tulat, mesyuarat apa entah.  Aku sudah lupa.  Tapi memang ada mesyuarat tulat pukul 2.30 petang.

Aku harap malam ini ada kapal angkasa turun dari langit dan culik aku bawa ke planet asing.  Tolonglah, bawa aku jauh dari sini.


January 8, 2003  [10:44 PM]

...the coffee's black and my heart is sore...

Sakit.  Hati aku sakit.  Bagai disiat-siat.  Bagai diracik-racik.

Nasihat sudah.  Tegur sudah.  Lapor ke pihak atasan sudah.  Semua sudah tapi masih buat kerja main-main, sambil lewa.  Masih tak ambil peduli tentang pesakit.  Masih buat perangai tak apa.  Malam ini, silap besarlah.  

Aku rasa belum terlambat untuk aku tambah satu lagi azam tahun baru.  Aku tidak akan menjerit lagi sepanjang tahun ini.  Aku hanya akan baling pinggan-mangkuk dan kerusi-meja, bergantung pada tahap kemarahan aku.

Ini pesan aku kepada doktor-doktor muda dan bakal-bakal doktor sekalian, tolonglah jangan hanya bekerja untuk duit.  Tanggungjawab kita terlalu besar.  Yang ada di tangan kita itu nyawa isteri seseorang, ibu seseorang, anak seseorang, bapa seseorang, saudara seseorang.  Kalau nak nama, nak duit, nak kereta import, rumah banglo pergi buat kerja lain.  Masuk politik.  Rompak bank.  Anything but not this.

Ingat tu adik-adik.  Jangan bagi akak menjerit lagi.

January 7, 2003  [10:13 PM]

...janji tinggal janji...

Hari ini hari yang penting dalam kalendar Masehi.  Hari ini 25 daripada setiap 100 orang di muka bumi ini telah mungkir janji.  Janji paling besar pernah dibuat.  Janji pada diri sendiri.

Dua puluh lima peratus daripada azam yang dibuat di malam tahun baru, dimungkiri selepas seminggu.  Masihkah kau pegang janji kau?

-----

Newton's First LawAny body at rest tends to stay at rest, and any body in motion tends to stay in motion, unless acted on by an external force.

Think about it.

January 1, 2003  [12:00 AM]

...it doesn't matter now, no matter what...

Tahun 2002 sudah melabuhkan tirainya.  Sekaranglah masanya.  Masa mengira untung-rugi.  Masa menutup buku.  Buka yang baru.  Tajuk baru, semangat baru.

-----

"If you think back and replay your year, and it doesn't bring you tears of joy or sadness, consider it wasted."  ~ from the show, Ally McBeal.

Bagi aku, 2002 tahun yang baik.  Ia mungkin boleh jadi lebih baik.  Ia mungkin boleh jadi lebih baik kalau itu dan kalau ini tapi permainan 'kalau' hanya membuang masa.  Lebih baik jangan pergi situ.    

Bukan tiap-tiap tahun aku boleh berkata, "Tahun ini tahun yang bagus."  

Mungkin tak pernah pun.  Tapi tahun lepas memang tahun yang bagus.  Despite everything.  (Or because of everything, even.)  Syukur, alhamdulillah.

-----

Tahun 2003 masa untuk mengukuhkan karier aku.  Masa untuk yang remeh dan yang temeh sudah berlalu.

So 2003, come and get me.










 







 

This site supports: