January 30, 2001 [9:15 PM]

…Nauseated! – just a webcam image of my brain…

Hmm… sedih pulak.  Aku sedih ke?  Entah.

Terkilan maybe.

Aku tak kenal dia in real life tapi aku selalu gi site dia.  Aku selalu baca log dia macam orang baca log aku.  Log dia selalu buat aku senyum je… tak pernah buat aku sedih.  Hari ni aku pergi macam biasa. Once, twice, three times… tapi site dia dah tak ada… guestbook dia dah empty…

Alamak!  Apa sudah jadi?

Last² aku email dia.  Oops!  She must’ve been online sebab dia jawab immediately.  Dia kata dia dah buang site dia.  Dia tak suka org guna journal dia utk judge dia macam kenal dia betul².

Hmm…

Ye lah kot… sedih is a more appropriate word utk describe perasaan aku sekarang.  Sapa lah org yg suka kata-mengata dia tu, sampai dia closed down her journal.  Sekarang padan muka, sapa pun tak leh enjoy her journal anymore…

Aku suka baca online journal sebab ‘offline’ journal org selalu tak bagi baca.  Orang selalu simpan bawah bantal, dalam lipatan baju, dalam tong beras supaya org lain tak jumpa.  Bila dia dah off-kan site dia gitu, aku pun terfikir kenapa ekk aku suka baca journal org?  Kenapa ekk setiap hari 50+ org baca journal aku?  Maybe sebab kita curious nak tau hidup orang lain camana…  Jurnal ni macam webcam lah jugak.  Kita cuma ambik a freeze-frame of our thoughts dengan ‘webcam’ tu pastu publish for all to see.  Ada parts yang kita tak ambik gambar kan?  Ada parts yang kita tak publish kan?  Kan, Anas kan?  Anasthe headless guy in Korea who owns a real webcam.

Apa pun aku respect her decision.  Cuma aku kena lah delete satu bookmark sekarang.  Hmm… hidup online aku akan jadi seboring hidup offline aku jugak.  Ohh… how sad.  I need to go and get a life.

January 28, 2001 [7:16 PM]

Everything was OK-ish.  Bees were buzzing, birds were singing and lonely hearts were hurting.  Then, all of a sudden… CRASH, BOOM, BANG!… and without warning the sky came crashing in on you, the ground opened up and swallowed you whole…

Silence…

Sheer silence…

Then noise…

And more noise…

Casualties buried…

Survivors pick up the pieces and life goes on…

Bees buzz, birds sing…

And lonely hearts hurt…

Huh? Aku bukan cakap pasal the Indian earthquake tu… nak baca pasal tu gi site Ika, siap ada sajak lagi… aku cakap pasal earthquake dalam kepala aku… dah reda dah.

Aku tak leh tido semalam sbb ada gangguan demi gangguan dari Labour Room. Aku cuma sempat tido dari 2-4 am je…  Thanx kepada orang yang layan aku email semalam, dengan pesanan, “Awak, bila awak tengok doraemon… ingatlah kat kite…”


KONNA KOTO II-NA DEKITARA II-NA
ANNA YUME KONNA YUME
IPPAI ARU KEDO
MINNA MINNA MINNA TASUKETE KURERU
FUSHIGI-NA POKKE DE KANAETE KURERU

SORA-O JIYUU-NI TOBITAI-NA
"HAI!! TAKEKOPUTAA"
AN AN AN
TOTTEMO DAISUKI DORAEMON (...with apologies to those who understand Japanese...)
Pagi ni pergi kerja dengan kebaya lawa & tudung kilat utk sembunyikan muka mengantuk aku.  Oh well, I tried… Last² kebaya lawa bau hanyir dengan darah, tudung kilat jadi macam mop lantai.  Klinik antenatal aku yang sepatutnya pagi kena tunda ke pukul 2, lunch aku ditunda ke pukul empat.

Tak suka bila jadi macam ni.  Tak suka bila tak ada back up.  Tak suka bila tak ada specialist nak tunjuk ajar.  Tak suka bila kena pandai² manage sendiri & hope for the best…  Gila ke apa suruh aku main dengan nyawa orang…  Tak suka, tapi dah tanggungjawab aku…

All in all aku rasa OK apa hari ni…  Aku mengantuk, aku lapar, aku tension tapi aku cuma marah orang sekali je hari ni…

January 27, 2001 [6:37 PM]

…kerana kau saja yang mengerti bhg. II…

Kata orang, masa kita ketawa kengkawan keliling tapi masa kita menangis kengkawan pun lari…  Tapi aku kata, masa kita ketawa kengkawan keliling, masa kita menangis kengkawan gelakkan kita pulak!  Hmm… sapa yang makan julap dia lah yang sakit perut ye…

Sedih aku dah tak ada dah.  Tapi aku still tak ada mood sepanjang hari ni.  Nak pulak tengah² hari panas nak mampus caught in the traffic jam pulak on the way back dari Family Planning, dengan yang kurang ajar potong kiri, parking tepi jalan semua ada.  Mana lah pernah pulau kecik ni ada traffic jam!  Sekarang ni orang ramai betul kat sini…  mana² pergi ada orang, mana² pergi ada kereta.  Ohh! Kena pulak time aku tgh tak ada mood nak bermasyarakat.

Aku rasa aku kena explain something.

Aku bukan sedih sebab nak tinggalkan orang yang aku sayang kat jeti tu petang semalam.  Biasalah tu.  Aku dah biasa dari aku Form 4 sampai aku gi ambik degree, dan sampai sekarang aku dah kerja.  Aku tak ada separation anxiety.  Being away from home dah jadi sebahagian dari hidup aku.

Aku sedih bercampur menyampah utk balik ke sini.  Aku sedih sebab kena tinggalkan hidup bahagia aku di jeti semalam.  Tinggalkan semua utk balik ke pulau tension ni.

Orang yang tak pernah datang ke sini berebut² nak datang ke pulau ni.  Sampai jeti rasa nak tenggelam. Sampai jalan ada traffic jam.  Sampai kedai penuh sesak.  Aku kalau boleh nak lari keluar.  Aku kalau boleh tak mau duduk sini lagi.

Kalau duduk seminggu dua, memang best pulau ni.  Dengan pantainya, dengan air terjunnya, dengan duty freenya…  Tapi kalau macam aku ni, dah almost setahun… the novelty of this place has run out…  Aku dah tak heran dengan pantai, dengan tempat berkelah, dengan barang bebas cukai.

Lepas sebulan dua kat sini aku dah rasa bosan.  Rasa so isolated.  Rasa so alone and sometimes lonely.  Rasa menyampah.  Sekarang, dah dekat setahun… aku betul² rasa di'pulau'kan.

Susah utk orang lain faham apa yang aku rasa.

Aku tak kisah sangat duduk rumah sorang², makan sorang², tengok TV sorang².  Sunyi tu memang sunyi lah, tapi kengkadang aku rasa lega jugak aku tak kacau sesapa, sesapa tak kacau aku.  Tapi aku paling tak puas hati kerja kat sini.  Aku sungguh² tak puas hati.  tak ada job satisfaction langsung.  Aku tak belajar apa² yang baru sejak aku transfer ke sini.  Aku kerja tak ada supervision.  Aku tak ada peluang guna skills aku sepenuhnya.  Aku sudah berkarat, berkarat, berkarattt…  So out of touch.  So menyampah…

Jawatan yang aku pegang sekarang cuma sesuai dipegang oleh doktor yang dekat² nak pencen.  Yang dah biasa jadi boss.  Yang dah tak mau belajar apa² benda baru lagi.  Yang dah tak mau sharpen their skills lagi.  Bukan utk doktor muda seperti aku.  Bukan utk doktor muda yang dulu bercita² tinggi seperti aku.

Aku sedih sebab aku sekarang dah tak macam aku dulu.  Dulu aku pilih O&G sebab aku minat.  Dulu aku happy.  Dulu aku nak belajar sebanyak mungkin pasal O&G.  Sekarang?  Aku sekarang dah tak ada mood nak kerja.  Aku sekarang dah hilang terlalu banyak skills yang aku pelajari dulu sebab tak ada peluang handle patients.  Kes yang aku handle semua kes² mudah yang begitu membosankan.  Tak mencabar langsung.

Mak dengan ayah pernah cerita, lepas 2-3 hari aku masuk Darjah 1 aku cakap aku tak mau gi sekolah dah.  Bila tanya apsal… aku kata sebab semua yang cikgu ajar tu aku dah belajar kat Tadika.  Hummphh… itulah yang aku rasa sekarang ni…  I want to learn something new… aku tak mau lagi buat benda² yang sama je day in day out… aku bosan, aku bosannn…

Kalau aku boleh mintak kerja kat tempat lain dah lama aku berhenti je. Dah lama aku mintak kerja kat hospital lain je.  Sekarang harapan aku cuma satu, aku nak ambik MRCOG Part 1 Exam in September dan bila aku pass exam tu, aku nak guna sebagai tiket aku keluar dari pulau ni.

So there.

Benda ni bukan baru.  Mungkin baru bagi orang yang membaca jurnal ni tanpa mengenali aku sebab aku jarang sebut pasal ni dalam jurnal.

Sebelum ni part² macam ni aku ‘tapis’ dari jurnal ni sebab aku segan bila semakin ramai orang membaca.  Aku segan sebab ramai org bagi reaksi yang berbeza.  So aku channelkan rasa menyampah aku, rasa frustrated aku, rasa tak puas hati aku dalam bentuk lain.  Aku telan semuanya, buat² lupa…  Aku jadi gembira sekejap menulis pasal benda² lain yang tak relevan, yang tak ada kena mengena.  Pergi kerja, balik kerja, tulis jurnal.

Aku dah tak boleh nak ceritakan pada sesapa pun.  Bila aku cerita kat kengkawan doktor aku, jawabnya, “..biasalah, semua org pernah rasa macam tu…”  Bila aku cerita kat kengkawan bukan doktor, diaorang dengar pastu diaorang kata, “…you know, anak I dah boleh merangkak…”  Dunia aku dan dunia diaorang terlalu jauh berbeza.

Bila aku cerita dalam jurnal…

Oh well, cuma aku dan jurnal ni je yang mengerti… kesunyian, kebosanan dan kemenyampahan aku…

January 26, 2001 [9:40 PM]

...kerana kau saja yang mengerti...

Sekejap je kan dah habih cuti raya cina…  Sekejap je aku dapat dok kat rumah…  Sekejap je aku dapat lupakan tension aku kat sini… lupakan hari² boring aku kat sini…lupakan hari² sunyi aku kat sini…

Aku dah ada kat pulau ni balik lepas 3 hari bercuti kat rumah dengan ayah, mak & adik.

Tak aci nya… apsal kejap sangat…?

Pagi tadi macam biasa bila nak balik aku dengan ayah gi beli tiket dulu. Ramai gila orang kat jeti…  Harap² tiket dah habis, tak yah balik… Harap² bot semua rosak, tak yah balik…

Tapi tiket ada.  Bot tak rosak.  Aku tetap kena balik.  Aku ambik tiket 5.45 pm. Ok aah, ada masa lagi nak dok kat rumah…

Pukul 5.25 pm baru keluar rumah gi jeti.  Ayah kata dah lambat.  Tak apa, biar lambat.  Biar terlepas bot… tak yah balik…

Sampai jeti 5.40 pm.

“Pakcik, pakcik… bot Bahagia 5.45 dah sampai?”  Bot dah lepas, bot dah lepas… tak yah balik…

“Uhh, dak lagi. Dak lagi…” ciss!

Tunggu.

“Eh! adik, tu bot Bahagia kan ‘dik?”

“Tu bot Jabatan Laut…” Bukan yang tuuu…

Tunggu.

“Eh! Awak! Awak nak naik bot pukul berapa?” Mata pandang aku, tangan pegang walkie-talkie…

“…5.45…”

“Tuu… dah nak jalan dah tuu…” Yeay! Yeay! Bot dah lepas… tak yah balik…

“Oii… tunggu oii… ada sorang lagi… Oii…” Pakcik, walkie talkie tu ada apsal tak guna?

Bot jalannn…. Yeay! Tak yah balik…

Opps… tunggu, tunggu.

Bot patah balik?

Bot patah balik.  Huh?  Kena balik…?

Pakcik walkie talkie suruh aku cecepat naik bot.  Aku jalan.  Aku jalan laju.  Tak suka. Tak suka orang tunggu aku.

Toleh belakang, ayah, mak dengan adik jauh lagi.

Orang bot semua suruh aku naik.

Aku naik bot. Aku cari tempat duduk.  Aku duduk.  Aku nampak diaorang tapi diaorang tak nampak aku.  Aku babai diaorang, diaorang tak babai aku.

Aku sedih…

Aku terpaksa balik ke pulau bertuah ni.  Aku terpaksa balik walaupun aku belum puas cuti.  Aku terpaksa balik walaupun aku tak sempat peluk mak, salam dengan ayah dan babai adik.

Aku rasa muka aku panas.  Aku pejam mata.  Aku pejam mata rapat² tapi air suam tu aku rasa melimpah keluar jugak.  Aku rasa pipi aku basah jugak.  Aku pejam mata lagi rapat, sekurang²nya aku tak nampak muka orang sekeliling aku.  Orang keliling yang nampak air mata aku mengalir…

Dan hari² tension aku bermula lagi.  Hari² tension aku bersama journal ni… kerana jurnal ni saja yang mengerti kesunyian aku…

January 23, 2001 [8:11 PM]

Meitiao dajie xiaoxiang / meige ren de zui li / jianmian de yi ju hua / jiu shi gongxi gongxi
Gongxi gongxi gongxi ni ya / gongxi gongxi gongxi ni…

Dongtian yi dao jintou / zhen shi hao de xiaoxi / wenruan de chuanfeng / jiu yao chui xin dadi / Gongxi gongxi gongxi ni ya / gongxi gongxi gongxi ni…


Ahak! It’s amazing what you can find on the internet…  Sekarang aku boleh nyanyi kuat² dengan iringan muzik latar ramalan keadaan cuaca kat Buletin Utama TV3.  Sapa² nak tolong translate lagu kat atas tu… silakan.  Tapi itulah, the internet is truly amazing.  Sapa nak tahu lebih lanjut pasal mimpi (in relation to last night’s log) boleh gi kat sini.  Tapi aku tak galakkan percaya dengan benda² macam ni ye, sekadar utk suka² je please…

Sekarang ada satu gossip liar tengah tersebar kat hospital aku ni.  Well, bukan gossip lah actually tapi entah lah nak masuk kategori mana.  Aku seboleh² nya tak mau percaya benda² macam ni…

Ada orang kata kawasan quarters kitaorg ni berhantu.  Well, dekat² nak raya cina ni hantu² jenis terbang yg pandai kungfu tu lah kot…  It started when Sister dengan anak dia tgh jalan balik dari spital & anak dia nampak seekor anjing hitam besaaaaarrr depan blok quarters doktor…  Besar mana tak tau lah sebab anak dia je yang nampak.  Sister tak berani lak tengok.  Somehow this anjing besar dah disahkan hantu oleh pakar² hantu yang dengar cerita sister ni.

That’s that.  Pastu kat blok D sebelah blok aku ni lak pukul 5 pagi semalam semua orang dengar ada orang tumbuk sambal.  Tumbuk sambal ke tumbuk apa tak tau le tapi bunyinya, “ketung- ketang ketung-ketang,” kata seoarang saksi yg tidak mahu namanya disiarkan.  Pukul 5 pagi manalah ada org tumbuk sambal unless orang tu breakfast roti dengan sambal belacan.  Pakar² hantu mengesahkan sekali lagi bunyi tu datangnya dari hantu yang ‘saja nak mengusik’.

Hmm… setahu aku Dr B yang dok kat rumah atas ni tak pernah memasak… Tapi apsal bunyi dia menumbuk kat atas tu?!!  Aku menulis ni dengan bunyi ‘ketung-ketang ketung-ketang’ in the background…

Aku dok sorang² kat rumah ni.  Bila aku dengar bunyi pintu di bukak tutup, aku tahu Dr B ada kat rumah.  Bila dia mandi, aku tahu sebab paip air kumbahan dari rumah dia lalu ikut rumah aku.  Kalau ada bunyi baby menangis memalam buta aku tahu tu datang dari rumah Dr S kat bawah…  Aku tak ada suspicion langsung pasal rumah berhantu² ni.  I just simply refused to believe…

Err, B… tak siap² lagi ke sambal ko tu?  Sejak dari Maghrib lagi ko menumbuk…?

B, ko kann yg tgh tumbuk sambal tu…


Masa aku memula pindah sini dulu ada org cerita kat aku, rumah Dr N kat atas tu berhantu.  Ceritanya sungguh menarik so aku nak cerita kat sini.  Rumah tu sebelum dia masuk dah lama kosong sebab doktor cina yg duduk situ dulu dah lama transfer.  Masa doktor cina tu duduk situ dia selalu dengar bunyi² dalam rumah dia…  Bunyi org berjalan, org berbisik that sort of thing.  Tapi, dia cool je sbb ingat rumah bawah.  Bila dia gi kerja org bawah rumah dia still dengar org mandi lah, org memasaklah kat rumah dia.  So si doktor cina ni pun suspect something was wrong tapi dia cool lagi.  Sampailah satu hari…

Sampailah satu hari dia berkomunikasi dengan si hantu ni.  Hantu ni kata dia dengan family dia dah duduk rumah ni sebelum doktor ni so rumah ni rumah dia…  Si doktor ni pun terkejut tapi being a cool, calm and collected person dia pun berunding dengan si hantu ni…  Kira compromise lah kan, masa dia gi kerja hantu² tu boleh buat apa diaorg nak… masa dia balik kerja, rumah tu dia punya pulak.  Camtu lah lebih kurang… sampailah sekarang perjanjian tu masih valid lagi sebab tu hantu tu tak kacau Dr N.  In fact org pernah dengar suara mengaji lah apa lah dari rumah tu bila Dr N tak ada.  Aku tak caya benda ni tapi kalau betul aku rasa jin kot… jin baik or something.

Oh well, aku cuma nak cerita je.  Aku still rasa Dr B tengah memaku dinding or something ketung-ketang ketung-ketang…  What others do within the confines of their home is not my business.

OK lah… selamat tahun baru cina. Esok aku balik kampung utk beraya… Horayy!
Meitiao dajie xiaoxiang / meige ren de zui li / jianmian de yi ju hua / jiu shi gongxi gongxi
Gongxi gongxi gongxi ni ya / gongxi gongxi gongxi ni…

Dongtian yi dao jintou / zhen shi hao de xiaoxi / wenruan de chuanfeng / jiu yao chui xin dadi / Gongxi gongxi gongxi ni ya / gongxi gongxi gongxi ni…


Lyrics courtesy of KC Yong

January 22, 2001 [10:31 PM]

…you gotta have dreams…

Tak ada plan nak update jurnal hari ni sebenarnya sebab sehari-dua ni aku rasa letih sangat.  Petang semalam tgh tengok With Love, aku tertidur.  Petang ni, aku ingat nak tidur jugak tapi aku di'selamat'kan oleh call dari Labour Room.  Beginilah hidup on standby…

In a way, bagus jugak aku tak tidur petang so that malam ni aku tak le susah sangat nak tidur.  Bila aku dah tak mengantuk tapi dipaksa jugak tidur, tidur aku jadi tak berkualiti.  Bila bangun pagi still rasa tak segar, still rasa letih.  Padahal dah tidur lebih 8 jam.

Bila tidur tak berkualiti, aku tak dapat REM (Rapid Eye Movement) sleep.  Bila aku tak ada REM sleep, aku tak ada mimpi…

Ada 2 email menarik yang aku dapat tadi.  Sorang tu cerita kenapa dia sampai boleh termimpi-mimpikan aku.  Kesian… kalau diizinkan Allah ‘dik, kita akan berjumpa jugak…  Sorang lagi suruh aku tulis pasal mimpi² pelik aku…  Entahlah apa motif dia ni…

Actually, OK aah… jom kita cakap pasal mimpi.  Aku tak kira apa mimpi ni sebenarnya.  Mainan tidur ke… apa ke…  Aku bukan minat sangat dengan Freud, dengan psychology mumbo jumbo ni.  Aku selalu tak leh nak ingat mimpi aku.  Masa mimpi tu rasa macam real habis… siap dengan sound effect Dolby Surround System segala tapi bila bangun dah lupa…

Kecuali satu mimpi…

Kecuali yang satu ni… cerita ni dah lama berlaku.  Lebih kurang bulan Mei 1993 masa aku first year.  Masa tu aku tgh study for aku punya first MB (1st year finals lah ni).  Satu malam tu the night before Anatomy paper.  Aku memang benci gila subject hafal-menghafal macam anatomy ni so aku berjagalah malam tu dengan kopi nya, dgn notes berterabur merata sampai tak nampak lantai.  Bercawan² kopi aku minum tapi aku tetap tertidur jugak.  Masa aku tertidur tu lah aku bermimpi…

Mimpi tu macam ni…  Aku tak nampak aku dalam mimpi tu.  Aku tak nampak sesapa dalam mimpi tu.  Yang aku nampak ada tangan dok flash nota-nota aku, satu-satu depan mata aku.  Aku nampak jelas nota tu memang nota aku… diagram sebijik-sebijik macam aku lukis…  Lepas berapa minit aku tak tau aku pun terkejut & terjaga…  Rasa seram semacam, rasa macam tuan punya tangan tu ada dalam bilik aku masa tu. Badan aku berpeluh²… sejuk gila…  Aku tak leh tidur so aku bangun & baca nota-nota yg dah di-flash dalam mimpi aku tu.  Keesokannya

Keesokannya, aku gi ambik exam.  Gila!  Semua soalan paper tu datang dari nota² dalam mimpi aku tu.  Gila punya berpeluh sebab takut.  Rasa macam ada 'someone' or 'something' yang datang dalam mimpi aku tu utk tolong aku…  Rasa macam ada guardian angel or something yg tau kalau dia tak tolong memang aku fail 'with flying colours'…

Kebetulan?  Mungkin kebetulan lah…  Mungkin sebab aku terlampau risaukan Anatomy paper tu so terbawa² dalam mimpi…  Aku tak ada explanation lain dahh…  Tapi aku tak leh lupa mimpi tu. Aku simpan dalam koleksi X-files aku…

Hahaha…  kelakar lak bila pikir, macam psychic lak…

Aku ada satu mimpi lain…  Tapi ni mimpi as in impian, cita², angan², mimpi di siang hari…  Aku teringin sangat nak tengok ubat-ubat herba/akar kayu yang dipercayai sangat oleh org² kita ni diiktiraf oleh some kind of lembaga perubatan/farmasi.  Org kita percaya sangat dengan benda² ni…  Sakit apa je cari akar kayu, cari daun itu, ini…  Tapi benda² tu semua tak ada org pernah buktikan keberkesanannya.  Most of the time, penyakit bukan saja tak baik malah jadi lagi teruk, baru nak cari hospital…  Sapa yang susah?  Akuuuuu… jugak yang susah.

Kita ada macam² jenis petua, macam² jenis ubat²an tradisional… kalau org kita sendiri tak explore bab ni… sapa yang rugi?  Kitaaaaaa… jugak yang rugi.

Oh well, dream on...  Aku tak ingat dari play mana this line came from, tapi aku suka sangat: “… you’ve gotta to have dreams… Otherwise how are you gonna have a dream come true…”  Something like that anyway…

Good night... sweet dreams...

January 20, 2001 [4:14 PM]

…[skip intro]…

Hmm… the last entry membuahkan pelbagai spekulasi ekk…

No, I’m not in love.  I’m not out of love.

I’m not jiwang… or being nostalgic.
Neither drunk, nor sick.

It was one of those X-files moments…  Tak heran ke camana out of the blue lagu yang aku tak dengar for at least 10 years boleh simply sprang into my brain…?  Lagu yang tak ada significance, tak ada kaitan dgn yg hidup atau yg dah mati, cuma aku suka dengar satu masa dulu.  Tetiba je I found myself humming to its tune, muttering its words macam baru je dengar.  Random firing of neurons, I guess…

It’s strange kan how the human brain works?

Like how you can dream about somebody you’ve never met… Huh, Sera?

Hahaha…

Kalau aku tetiba ternyanyi Negaraku, adakah org akan kata, “Kak Max ni patriotik orangnye ekk?”

Maybe not…

OK, OK… skip the intro, stop the small talk… Just get on with it…

Apa nak tulis ye? Hari ni dengan semalam cuti.  Semalam dok rumah je, malas nak expose diri aku pada sinaran ultra-ungu kat luar tu.  Aku dah cukup Vitamin D dah.  Hari ni aku gi shopping.  Ehemm, gaji dah masuk… perasan kaya jap.  Hehe..

Bank tutup rupanya hari ni ekk?  Kalau gi semalam pun bagus.  Tu lahh… tangguh² lagi…  At least Post Office bukak so bolehlah bayar segala bil tepon dengan letrik aku yang semua² nya sekali sampai 3 digit tu…  Aduss…

Sungguh banyak kedai tepon kat sini ye…  Hmm…

Hari ni terlampau panass… perit rasa kulit aku, pedih, hitamm…  Air-cond kereta pun tak rasa macam air-cond, rasa macam heater je…

Aku beli itu dan ini tapi bila aku pikir balik, aku beli benda yg aku tak plan nak beli, tapi benda aku plan nak beli aku tak beli pun…  Aku nak tukar battery jam aku tapi jam nya aku tak bawak.  Ciss, nyaris² beli jam baru je tadi.  Maklumlahh, tgh perasan kaya..

Rasa normal je hari ni.  Rasa macam org biasa je hari ni.  Tak ada sapa kisah pun pompuan average pakai blouse, jeans and selipar Bata yang tgh gores kad gores² kat McD tu siapa until….ada, “Ehh! Doktor buat apa sini?”, datang dari belakang aku.  Hmm…  Adik kaunter McD tu angkat kening tengok aku.  Mesti memula dia ingat aku student Kolej Lagenda ke apa ke…  Hah, seronoknya boleh camouflage amongst org² normal and pretend to be normal yourself…  Hah.

Perasan tak? Perasan tak bila kita gi kedai Melayu, beli barang 2 ringgit pastu hulur duit kertas RM10.00, org kedai tu mesti kata, “…tak ada duit kecik ke?”  Tapi apsal bila kita gi kedai Cina, kita hulur duit RM50 pun diaorg selamba je…  Itu beza org kita dengan org Cina bila berniaga… kalau RM10 pun kita dah rasa besar, camana nak maju ekk?  Camana nak untung ribu-ribu, juta-juta… boleh pengsan agaknya kalau org kita ada duit sebanyak tu ekk?.  Hmm… just a thought…

Esok aku akan pergi kerja dengan imej baru.  Aku dah gi beli Contact Lenses Solution hari ni so esok aku boleh mula pakai contacts aku balik.  Yeehaa… dah 3 tahun aku give up on contacts sebab masa aku Houseman dulu aku terlalu sibuk sampai selalu tidur dengan contact lenses still on.  Sampai kering mata aku.  Nasib baik dek terlampau tension dengan Boss Gila masa tu aku selalu menangis so air mata aku jadi pelembab semulajadi utk mata aku.  Satu negatif, satu positif… they both sort of cancelled each other out…

Dah lah, aku nak gi mandi.  Fenomena baru je habis kat TV1…  Hahaha… tergelak sorang² teringat zaman dolu-dolu masa student, housemate aku selalu pasang video cerita ni.  Sampai dialog nya boleh dihafal…  Dibah, Timmy, Ita, Sipot… rindu nyaaa….

January 18, 2001 [11:12 PM]

Time: approx. 10.17pm
Place: in my car, from Tmn Sri Berlian to Bukit Tekuh
Song running thru' head: Gloria Estefan's Here We Are
Thought running thru head: ...why?...


Here we are
Face to face
We forget, time and place
Hold me now
Don't let go
Though it hurts and we both know
The time we spend together's gonna fly
And everything you do to me
Is gonna feel so right
Baby when you're loving me
I feel like I could cry
'Cause there's nothing I can do
To keep from loving you

Here we are
All alone
Trembling hearts, beating strong
Reaching out, a breathless kiss
I never thought could feel like this
I want to stop the time from passing by
I wanna close my eyes and feel your lips are touching mine
Baby when you're close to me
I want you more each time
And there's nothing I can do, to keep from loving you

There's nothing I can do
I'm helpless in your arms
Oh baby what you do
I'm in love, this is it
There's no turning back this time
No no no

Here we are
Once again
But this time we're only friends
Funny world
Sometimes lies
Become the game, when love's the prize
And though no one knows what's going on inside
And all the love I feel for you
Is something I should hide
When I have you close to me
The feeling's so sublime
That there's nothing I can do
To keep from loving you
No, no, no, Can't keep from loving you baby no, no, no

January 17, 2001 [7:56 PM]

...look at me as a friend...

Hari ni aku sungguh letih bekerja.  Aku balik je rumah terus aku tersandar depan PC.  Aku bukak jurnal ni… aku tengok guestbook… Ohh, sungguh banyak response hari ni…  Aku syok sendiri kejap pastu dengan gaya maintain lawa, aku cool-kan diri aku in case anybody’s watching…  Then, bila sampai ke entry dia, air mata aku mengalir… setitik, setitik… ke dalam cawan Nescafe aku.  Sampai hati dia cakap macam tu… Selama ni aku ingat dia baik.  Suara dia kat tepon pun macam baikkk je.  Aku ingat dia betul² jujur nak kawan dengan aku.  Rupa²nya itu semua sandiwara dia je.  Dalam hati dia tersimpan rasa meluat kat aku, cuma menanti masa je nak diluahkan…

Hari tu aku bergurau je tak nak kawan dengan dia.  Tapi hari ni aku dah nekad. Aku tak mau kawan dengan dia dah.  Ever.  Aku tak mau visit journal dia lagi.  Aku tak mau meriahkan guestbook dia lagi dengan tulisan aku.  Aku benciiii dia.  Aku benciii….  Ada ke dia kata aku ni doktor yang tak ada kerja??  Hah?  Ada ke patut?  So, kengkawan… jom boikot site dia.  Ngkorang pilih… nak aku ke dia…

HAHAHAHA….

Hah! Quilll cayang…. Baru nak gelabah…. Haa… menggeletar kepala lutut? Kite gurau je lahh. Apa ntah la awak ni… ingat kite ni apa, awak cakap camtu pun nak terasa hati. Ciss… mencabar kewibawaan kite sebagai wanita lawo… Dah memang pun kite tak ada kerja, apa lak nak tersinggung dengan komen awak tu? Kite gelak je baca. Huh. Tak perasan pun senor nya kite sepatutnya tersinggung dengan kata² awak tu sampailah awak tulis private entry tu. Heh.. dah aah… jangan merepek lah, tak ada apa² feeling pun. Riak ada la sbb org still baca kite nya cerita boring ni… Okay? Senyum aah skett, bukannya kena duit…

Thanx pada semua orang yang sign guestbook.  Aku tau bukan Aquil (dua kali dah mention nama dia… publisiti murahan…) sorang je yang fikir camtu.  Orang lain pun mesti heran camana aku boleh update journal aku hari², cuma diorang tak pernah tanya je.  Kan?  Camana sorang doktor yang semestinya sibuk bertungkus lumus menyelamatkan nyawa orang boleh ada masa nak maintain jurnal.  Kan?  Camana ni, dia kata dia doktor tapi tulisan dia nampak macam orang biasa je.  Kan?

Bukan org yang baca journal ni je yang tertanya² gitu.  Org yg kenal aku offline pun memula gitu.  Aku tak salahkan ngkorang.  Aku tak salahkan diaorang.  Aku salahkan masyarakat…  Masyarakat kita ni dah anggap doktor ni bawah sikit je daripada tuhan…  Diaorg bina satu ‘takhta’ dalam hierachy masyarakat & diaorang letakkan doktor kat situ.  Sebaris dengan loyar dan majistret.  Orang hormat kat doktor.  Orang segan kat doktor.  Orang kata kat anak mereka, “Hah… tu doktor tu… pergi lah dekat, nanti dia cucuk!”  Kita dibesarkan dengan satu idea yang doktor ni hebat, mysterious, menakutkan, lives somewhere up there in the clouds…

Orang lupa doktor ni sebenarnya manusia.

Orang marah bila doktor buat silap sebab dia ngantukk lepas kerja straight 56 jam .
Orang lupa doktor ni sebenarnya manusia.

Doktor demam. Ambik emergency leave. Orang tanya sesama sendiri, “…doktor pun demam ye?”
Orang lupa doktor ni sebenarnya manusia.

Orang ingat doktor macam Superman... sentiasa busy menyelamatkan orang, tak ada masa nak hidup sebagai Clark Kent.
Orang lupa doktor ni sebenarnya manusia.

Orang segan nak ajak doktor makan semeja, pergi picnic at weekends, sama² kutip duit buat jamuan.
Orang lupa doktor ni sebenarnya manusia.

Bila ada doktor ditembak polis masa dalam kereta dengan makwe dia, orang kata, “…doktor pun ada camtu ye?”
Orang lupa doktor ni sebenarnya manusia.

Aku manusia biasa.  Bila jari aku kena pisau, aku berdarah.  Bezanya org lain boleh buat tak tau tapi aku mula risau pasal infection, pasal inflammatory processes, pasal loss of function.  Bezanya aku dgn org lain ialah pengetahuan aku.  Itu je.  Lepas 5 tahun training, aku ada sekeping kertas bernilai tak sampai 5 sen yang bercetak dengan MBBS (University of London) membawa gelaran doktor.  A license to have DR written in front of my name.  Tu je.

So apa lah nak heran…  Waktu kerja, aku seorang doktor.  Di luar waktu kerja, aku anak Mak dengan Ayah. Kakak kepada Mat Jan.  The writer of this journal.  Simple…

Instead of looking at me as a doctor, try looking at me as a friend…

Aquil (dah 3 kali dah sebut… glamer sungguh dia) … no sweat! Heh.

January 16, 2001 [7:51 PM]

…passport tu duit ke?…

C’mon… anybody who’s got a heart must find that advert touching, kan?  Ingat tak… iklan MAS/Olympic tu? Budak gemuk kita-minumm-duluu tu dengan adik dia yang nak gi Sydney tu?  Hahaha… Sorry la Anas, Ed, Jannah, CikDauN and you, the guy from Japan who never bothered to identify yourself… rasanya iklan ni cuma ada kat Malaysia je kot…  Ika?  Iklan ni tayang kat S’pore tak?

Aku suka iklan tu…  Sukaaa… sangat suka…  Dan sekaligus aku suka lagu Man Bai tu…  Ohh…

Ahad lepas cuti.  Happy belated birthday to DYMM Sultan Kedah.  Pelik kan?  Orang biasa bila b’day dapat hadiah tapi sultan lak, b’day dia kena bagi hadiah kat orang…  Hmm, bila dia nak hadiahkan Ayah pulak pingat yang membawa gelaran Dato’ ke Tan Sri ke… boleh aku dengan adik riak dengan hasil titik peluh orang lain.  Macam Fauziah Dato’ Ahmad Daud. Macam Dato’ Hishamuddin Tun Hussein Onn.  As if kalau sebut Ogy Ahmad Daud je or Dato’ Hishamuddin Hussein je orang tak kenal…

Sebuah keretapi Sinaran Pagi milik KTM Berhad telah tergelincir dari landasan…

Get back on track…  Err, kat mana tadi?  Ohh… Ahad lepas aku cuti hari keputeraan Sultan Kedah.  So aku tengok TV all day.  Rumah aku cuma dapat 3 channel je so there wasn’t much to watch…  So aku lebih banyak tengok iklan je lahh…

Aku tengok iklan album kompilasi Tommy Page kat TV…  Shera memang gila dengan Tommy Page.  Tu yang log hari tu aku tulis pasal Shera tu.  Adakah bila dia tengok iklan tu dia pun ingat kat aku…? I’ll be your shoulder to cry on… I’ll be there… a friend to rely on… [You ingat ke janji kita? You ingat ke?]

2-3 hari lepas aku baca satu email komplen kat suratkhabar (if you’re the one who wrote it… I personally think you need to put your PC to better use) pasal iklan kat TV.  Of all the adverts, dia komplen pasal iklan tayar yang ada kereta terbang main basketball tu.  Dia kata tak masuk akal… hey! It’s an advert not the 8 o’clock news… memang le tak masuk akal…  I bet this guy watches Gerak Khas every week.  Pastu dia komplen pasal Bumiputra-Commerce punya jugak… malaslah nak komen.

Apsal tak komplen pasal apa tu… aah.. alaa, yang, “…tengok pinggangku… jadi ramping kan?” or yang seangkatan dengannya tu.  Aku rasa iklan tayar tu OK apa.  Kreatif.  Ada sense of humour.  Ada imagination.  Ada message.

Some time ago, orang komplen pasal iklan Halls yang padamkan matahari dengan gula² tu.  Kononnya memesongkan akidah sebab memperkecilkan kejadian Allah.  Tsk! Please lah… orang melayu ni tak ada sense of humour langsung…  Tak open-minded.  Sensitif sangat…  Cepat melatah…

Aku suka iklan-iklan serius macam Petronas selalu buat.  Iklan “kasut buatan Gombak”, iklan raya tu… pastu iklan lumba perahu tu (tu bukan Petronas kan?) etc, etc.  Mahal le kos nak buat nya tapi macam mini-drama pulak.  The best is still “…passport tu duit ke?…”  First time aku tengok, berair mata aku.  Sweet gila!  Tahniah le pada orang yang buat iklan² camtu.

The thing is, orang ingat iklan cuma utk jual barang je.  It’s more than that.  It’s part of our life… sapa yang tak pernah dengar, “…merah sangat la mak Ngah…” (ASN), “…mak, kawan datang nak makan!” (err, Maggi?), “…kita minummm duluuu…” (Everyday), “Fab BOLEH!” (Fab -- Malaysia Boleh?) etc, etc.  Dah jadi part of our culture pulak.  Dah jadi our catch-phrases.  OK, kereta mana boleh main basketball… matahari tak akan padam sampai kiamat… mana ada orang perut buncit camtu… chill out! Stop being so serious all the time…  Always look at the fun side of life…

Kan?

So there. Aku pun ada iklan aku jugak. <iklan> IKLAN </iklan>

Heh.

January 15, 2001 [10:57 PM]

…room to let…

For a brief period lepas log malam tu, aku rasa lega.  Lega sebab dah luahkan semuanya.  Dah kosongkan satu part dalam otak aku yang dah lama berserabut, berkulat dengan nama Shera.  Lega sebab boleh make space for masalah lain pulak utk bersarang kat situ.  Bilik dah kosong, tunggu penyewa baru. ROOM TO LET, RENT NEGOTIABLE...

Lepas tu aku pujuk diri aku, jangan menangis lagi.  Kalau ada rezeki aku, aku akan jumpa jugak dia.  Kalau bukan sekarang, maybe in the next life.  Kan?  Dia dah bahagia dengan jalan yang dia pilih.  Sapa aku nak ambik semua tu dari dia.  Kan?

OK dah.  Tak yah go on and on about the same subject, over and over again.  Nanti jadi macam filem Yusof Haslam pulak hidup aku ni…

Burp!  Baru lepas makan nasi.  Makan lambat sebab tidur pengsan dari lepas balik kerja tadi.  Sakit kepala.  Pagi tadi degil tak nak makan ubat then ada jamuan hari raya, makan segala² yang ada dari lontong ke kek potong, dari rojak buah ke puding berkuah.  Aku rasa cikgu kimia aku dulu lupa nak ajar bab ni dulu… semua² benda tu kalau di campur dengan asid hidroklorik dalam perut akan melalui suatu tindakbalas Redox yang akhir sekali akan menghasilkan bahan api cukup utk sebuah keretapi.  Kan lebih penting dari mengajar aku yang oksigen dengan hidrogen boleh bergabung bagi menghasilkan air.  Macamlah suatu hari aku akan tersesat kat tempat tak ada air & aku boleh buat air sendiri dengan tin kosong, udara dan penunu bunsen… err, sorry Mr Brownley, but you’re still my best Chemistry teacher ever…

Anyway, kepala aku rasa lebih sakit lepas makan bahan api keretapi tu.  Rasa macam ada gempa bumi yang berukuran 3.5 hingga 4.5 pada skala Richter kat dalam kepala aku. Masa utk Brufen ²00mg dan tidur…

Tidur sampai tak ingat nak bangun…
Tidur sampai tak ingat nak hidup…

…tapi still rasa tak cukup tidur

still rasa nak tidur lagi…

…good night…

January 13, 2001 [11:47 PM]

...life doesn't come with a remote control...

Kengkadang kita tak ingat camana sesuatu tu berlaku, tetiba je dah terjadik… Kita cari butang rewind tapi life doesn’t come with a remote control.  Kita cari CTRL Z tapi life events cannot be undone. Tetiba je terjadik…

The next thing you know… yang tinggal cuma rindu…

Aku tak ingat camana boleh jadi gitu.  Aku tak ingat bila the last time aku call dia or dia call aku.  Aku ingat aku pernah bergaduh dengan dia tapi it was such a silly argument, aku dah tak ingat kenapa.  Aku ingat aku dah cakap sorry, menangis, cakap sorry dan menangis lagi. Aku ingat dia pun cakap sorry dan menangis dan cakap sorry.  Aku ingat, for a short while everything jadi almost OK then what?  Aku tak ingat bila semua nya jadi tak OK semula.  Was it 3 years ago, masa dia call to tell me kenduri kahwin dia cuma jemput kaum keluarga je?  Aku ke yang merajuk sebab dia tak jemput aku ke wedding dia, sebab tak consider aku 'keluarga'?  Was it last year or the year before last masa dia call nak bagitau dia dah ada anak?  Aku ke yang iri hati?  Aku ke jauh hati pastu menjauhkan diri?  But wasn’t it her who said she didn’t have to give me her number coz she’ll always have mine?

Shera, I know you’re not reading this but I wish you are.

Seumur hidup aku, aku cuma ada sorang best friend.  'Bestest' ever.  Aku kenal dia dari aku Form 1. jadi rapat macam adik-beradik.  Pergi tution sama², naik basikal.  [You know Shera, basikal mini tu masih ada sampai hari ni].  Pusing merata kutip derma utk… utk apa ekk?  Surau sekolah ke?  [Ingat tak Shera masa anjing tu kejar kita pastu you gi peluk mamat Cina tu? Ingat tak?]  Pernah satu hari basikal aku tak ada angin so dia bawak aku bonceng basikal dia sampai rumah.  Aku tau dia tak larat tapi dia insisted jugak… Heh…

Then lepas SRP (yes it was still called SRP those days), aku tukar sekolah tapi we still kept in touch.  Surat, birthday cards… huh, orkid… [Do you remember Shera? Bunga orkid tu ada lagi I simpan.]  Lepas SPM, aku bosan.  Nasib baik ada Shera boleh temankan aku gi kelas menaip, gi hantar borang UPU.  Lepas tu nak lose contact pun boleh sebab aku kat UK, dia kat Malaysia… tapi tak, 3 tahun tulis surat tak putus²… [yup! semua surat tu ada lagi… satu kotak kasut…]  Second year dia dapat gi Liverpool, aku still kat London.  Aku happy gila.  Aku ingat boleh macam dulu² balik…  Tapi aku dah ada kawan² aku… dia dah ada kawan² dia…  Aku gi Liverpool, dia datang London… tapi rasa macam orang lain dah.  Tak macam dalam surat.  Tak macam dulu.  We started drifting apart.  Apsal?  [Apsal, Shera? You ingat ke apsal?]

I tried.  Never say I didn’t try.  Aku cuba betulkan balik keadaan.  Walaupun aku boleh naik flight dari Heathrow.  Walaupun aku tak payah susah² naik flight dari Manchester untuk balik Malaysia.  Aku susah payah jugak so boleh balik sama².  But as it turned out, it wasn’t even worth the effort.  My 'bestest' friend is no more…  [Do you remember, Shera... the Malaysian Nite? It was then wasn't it? It was then that we stopped talking altogether... cis! bodoh...]

Tetiba je terjadik…  Or aku yang tak nampak the warning signs?

The next thing I know, dia dah kahwin.  Dengar pun dari mulut orang lain.  Dah ada anak, pun dengar dari mulut orang lain.  Aku jadi sedih.  jadi sangat sedih.  I pretended I didn’t care the least….  To protect me from disappointment.  [but you see, Shera… I cared and I still do.]

So Sis, if you ever get to read this… I’m sorry for whatever it was that I’ve done/said or even thought. I wish we could be together again. Like the old days. Like the best of friends. I’m sorry for not trying harder, sooner. In my heart, there is only you… the best friend I once had and lost…

Happy belated 28th birthday…

Love,
ShaSha.

January 11, 2001 [1:25 PM]

...orang demam mana boleh gi kerja...

Semalam aku demam so aku tak gi kerja.  Aku called in sick, ambik emergency leave & suruh Naz cover aku kat wad.  Aku makan Paracetamol 1g dengan Piriton 4mg pastu tidur.  Orang demam mana boleh gi kerja kan?  Orang demam kena duduk rumah, makan ubat ikut nasihat doktor, minum air bebanyak dan tidur je.

9.45am Naz called mintak tolong tengok patient.

10.30am aku dah ada kat Labour Room.  Seorang orang sakit merawat orang sakit yang lain...  Heh...

Kalau Mak ada semalam mesti dia bising² sebab demam pun pergi kerja jugak.  Cuti pun kena kerja jugak.  Tapi apa nak buat Mak, kalau apa² jadi... menyesal tak sudah pulak nanti.  Demam sikit aje lagipun... boleh jalan lagi, tak masuk ICU lagi.  Kerja macam Nat ni Mak, kalau dah masuk ICU hooked up to life support machine baru dapat proper MC.  Baru boleh cuti...

Bila aku balik dari wad tengahari tu baru aku tidur betul².  Piriton yang aku makan tu baru mula nak ada effect kot.  Tidur sampai dekat nak maghrib, makan pun tak sebab takut nak pijak lantai yang ada duri² tajam cucuk² tapak kaki aku tu.  Lagipun tekak aku rasa pahit dan kering semacam.

Lepas maghrib aku panaskan lauk yang Mak tinggalkan dalam fridge.  Pastu phone bunyi pastu aku dah ada kat Labour Room balik.  Apa nak buat... emergency bukan kenal timing...

Aku bukan nak cerita pasal pengorbanan aku pergi kerja walaupun demam²...  Aku bukan nak jadi hero ke heroin ke...  The moral of the story is... kalau ada di antara orang yang membaca ni suka pura² sakit utk ambik MC... insaf lah...  The next time jumpa doktor cuba try tanya dia apa khabar...  Cuba try tengok muka dia, pucat ke... bibir dia kering ke... mata dia berair ke...  Cuba try tengok doktor tu sendiri sakit tak... Then kalau nak jugak, mintaklah MC...

sebab...

...orang demam mana boleh pergi kerja...

January 10, 2001 [1:12 PM]

“Dah berapa hari demam nya?” soal doktor tanpa mengangkat muka.

“Baru hari ni…,” dia menjawab sambil membetulkan kainnya yang terselak.

“Batuk?”

“tak ada..”

Selsema?”

"tak ada..”

“Muntah?”

"tak ada… loya je. Tak lalu makan, doktor.”

“Awak mengandung?”

“Eh! tak ada..”

“Hmm… ini ubat. Balik makan ye, minum banyak air dan tidur secukupnya.”

“Baik, doktor.”

“Ohh.. satu lagi. Hari ni saya bagi awak cuti. Orang demam mana boleh gi kerja…”

[To be continued...]

January 9, 2001 [8:27 PM]

tak ada mood.

Malas.

Mengantuk.

Rasa nak menangis.


It’s that time of the month again.  The time of the month yang kalau aku bunuh orang or wipe out the entire human race pun, aku boleh plead insanity and get away with it…

Aku benci bila jadi macam ni.  It’s OK bila sedih sebab ada benda yang nak disedihkan eg. ter-delete your online journal.  Eg. kereta kena curi. Eg. terpaksa tengok Gerak Khas sebab tak ada benda lain on TV.  Tapi hari ni tak.  Apart from the fact ayah dengan mak dah balik (dengan VCD Soal Hati), aku tak ada benda nak disedihkan.

Aku jadi tak ada mood sejak semalam.  Lepas aku cakap telefon dengan Dr Saad (bukan nama sebenar), Senior Reg aku.  Huh… di waktu aku lebih senang pikir pasal handphone, pasal nak habiskan 59 hari cuti tahun, pasal Afdlin Shauki… dia paksa aku pikir pasal benda lain.

Post-graduate studies.

Dulu aku cukup bersemangat nak sambung belajar.  Sekarang aku dah tak ada mood.  Aku dah hilang motivasi sejak aku pindah sini.  Aku dah tak rasa nak jadi Pakar O&G.  Sejak aku pindah sini cita² aku dah jadi lain. Sekarang cita² aku cuma utk jadi ‘normal’.  Aku nak jadi se-normal mungkin kalaulah jadi doktor tu boleh dikira normal.  Aku nak low profile je sampai bila².  Aku tak payah ada klinik sendiri.  Aku tak mau duit melambak kat BSKL.  Aku nak duit melambak dalam tangan aku and tangan aku kecik je… tak yah banyak² duit.  Aku tak mau jadi doktor undangan dalam Bincang Petang, or Kuci Kuci Pampers Hey.

Tapi kat dia, aku tak le bagi alasan tak logik macam tu.  Aku cuma cakap aku belum bersedia.

Dia marah.  Dia marah sebab aku tak apply Masters this year.  Dia marah sebab aku nak buang masa ambik MRCOG dulu.  Dia marah sebab aku tak macam orang lain.  Dia marah sebab aku tak macam yang diorang harapkan.  Dia marah sebab aku dah let them down…

Aku marah sebab dia nak aku apply Masters.  Tapi aku diam.  Aku marah sebab dia tak suka aku study for MRCOG.  Aku diam.  Aku marah sebab dia nak samakan aku dengan org lain.  Aku diam.  Aku marah sebab diaorang terlalu berharap dengan aku.  Aku diam.  Aku diam sebab I know I’ve let them down…

Bukan salah dia.  He meant well.  Cuma sekarang aku dah tak tau apa yang aku nak.  Aku nak jadi normal but what is normality?  Ada your own family, dok diam² buat kerja sendiri, worrying about nappy rash, about buku teks pinjaman?  Isn’t that normal?  Or be a high-flyer, the-sky’s-your-limit type of person, ikut orang lain punya definition of normality?  Is that normal?

Ego kah aku sebab tak mau dengar nasihat orang?  Bodoh kah aku sebab tak bercita² tinggi?  ‘Murtad’ kah aku sebab tak mau jadi macam doktor² lain? Hipokrit kah aku?

Dahh… gi betulkan make-up…

January 7, 2001 [10:42 PM]

Scene One. Take One.
Hmm... [mengeluh panjang sambil mengurut dada, menghela nafas yang tersumbat di trachea]

There's a very thin line between anger and disappointment.  Antara marah dan kecewa.  Kengkadang kita rasa kita marah, tapi akhirnya kita jadi kecewa dengan sikap kita yang suka marah org tak pasal².  Kengkadang kita kecewa, tapi akhirnya kita jadi marah sbb marah lebih senang handle dari kecewa.  Marah short-lived.  Sekejap je kita cool balik. Kecewa ambik masa lama nak get over.  Kena rasa blank dulu, baru sedih pastu blank pastu guilty pastu salahkan diri sendiri pastu salahkan orang lain pastu blank pastu ohh! why bother?  Why not ambik short cut je? Why not marah je?

Hari ni aku marah di mulut tapi hati aku simpan rasa kecewa.

Simpan utk aku sorang je yang tahu.

Simpan utk sesapa yang membaca ni tahu.

Simpan utk orang yang tidak berkenaan tahu. orang yang berkenaan boleh carry on buat tak tahu.

Susah sangat ke nak angkat tepon tu and cakap, "Doktor, patient dah ada kat OT" Tu je.  So patient tak yah tunggu kat OT.  So anaesthetist tak yah tunggu kat OT.  So aku tak yah missed lunch. Ciss...

Scene One. Take Two.
OK... aku tak cakap so diaorang tak tahu.  So malam ni aku cakap.  Aku pesan panggil aku.  Tak jugak.  Patient sampai ke OT tukang operate nya tak sampai².  Orang jadi nak marah kat aku.  Orang jadi nak disappointed kat aku.  Aku jadi disappointed kat orang.  jadi aku marah orang. Sekarang aku dissapointed balik.  Dengan diri aku sendiri sbb marah² kat orang.  Benci!

Ohh... lupa.  Sekarang dah abad ke-21.  Apa pulak pakai phone?  Orang pakai telepathy je... main baca je fikiran orang...  Ciss! orang dah pakai teknologi sampai ke bulan, kita nak pakai telefon pun kena disuruh².

Scene Two. Take One.
Malas.  Malas nak cakap lagi.  Back to basics.  Back to my principle of life...  If you want something done, you've got to do it yourself...

So malam ni I did it myself.  Setelah bergelen² darah dia mengalir.  Setelah berkali² orang yang dipanggil tak datang².  She needed to be seen so I went to see her.  Tiga minit sebelum dia collapsed.  Tiga minit sebelum dia tak sedarkan diri.  Empat minit sebelum dia hidup balik...

Gila... dah lama aku tak rasa gitu.  Dah lama darah aku tak rasa sejuk macam ais.  Dah lama aku tak tengok orang kaku & keras terpele'ot dalam a pool of her own blood.  Tekanan darah dia dropped, tekanan darah aku makin naik.  Nadi dia terhenti, nadi aku semakin laju.  Nafas dia turun naik, nafas aku semakin tersekat.  Dalam hati aku mintak biar aku je yang mati sebab aku tak sanggup nak tengok dia mati.  Aku teringat kat Sera.  Entah berapa orang 'Sera' lah yang akan wujud di dunia ni kalau dia mati?

Dengan kuasa Allah yang mematikan dan menghidupkan, dia sedar.  Dia hidup.  Semua 6 orang anaknya masih ada ibu.  Aku rasa nak menangis sebab 1 minit yang paling lama dalam hidup aku dah berakhir.

Nak menangis sebab syukur yang teramat.

Nak menangis sebab disappointed.

Nak menangis sebab marah.

Dia tak sepatutnya collapsed. Dia tak sepatutnya dibiarkan terlantar dalam takungan darah dia sendiri.  She's in a hospital for God's sake.  We save people, not kill them.

Aku disappointed so aku marah.

Aku marah so aku disappointed...

Aku mengantuk so aku nak tidur.  Malam ni aku nak mimpi Sera...  Sera, dalam kepul² asap turun dari kayangan...  Heh...

January 6, 2001 [11:10 PM]

Aah... aku sudah jatuh cinta dengan Afdlin Shauki.... Camana ni? camana ni?

Hmm...

[4:31 PM]

Rumah dah free of habuk? Checked!
Fridge dah cuci? Checked!
Toilet dah bersih? Checked!
Dapur dah berkilat? Checked!
Sampah dah buang? Checked!
Katil dah kemas? Checked!
Surat cinta dengan gambar boyfriend dah sorok? Checked! [acah je! ACAH JE!]

Yeay! Lagi setengah jam nak gi ambik ayah dengan mak kat jeti... best nya...

January 4, 2001 [6:11 PM]

Hmm…

Pada suatu hari di zaman dahulu kala…  Yang Berusaha Tuan Alexander Graham Bell berangan nak cipta sebuah alat telekomunikasi yang bunyinya ring-ringgGG…  Alat ring-ringgg ni membolehkan orang yang jauh bercakap dengan orang yang jauh² juga…  Boleh dengar suara orang lain yang beribu² batu jauhnya macam dekat di sebelah telinga kita je.

Maka bergegarlah seluruh alam dengan gegak-gempita (betul ke ni? Dah lama tak cakap real BM) hilai-tawa jiran², adik-beradik dan saudara-mara dia yang jauh dan dekat…. semua orang kata dia gila kerana berangan sesuatu yang mustahilll…

Tetapi…

Tetapi, kalaulah Yang Berusaha Tuan Alexander Graham Bell tu masih hidup hari ni…  Satu, dia mestilah sungguh² tua…  Dua, dia mestilah sungguh² gumbira serta riak yang teramat sangat…  Bukan saja telefon ring-ringgg dia tu dah jadi kenyataan, malah hampir semua orang sekarang ada telefon.  Dalam rumah, dalam pejabat, dalam poket… Kalau lah dia tahu pasal internet…

So…

Orang kata aku mabuk ketupat lah, overdose rendang lah, etc, etc… kerana tulis cerita futuristik aku hari tu dengan daya imaginasi yang over gitu.  Hahaha…  Ketahuilah wahai penduduk kampung sekalian sesungguhnya aku bukan sekadar melawak, atau berangan, atau berimaginasi di siang hari…  Pada suatu hari nanti apa aku tulis tu akan jadi kenyataan…  Ye, memang suatu hari nanti orang akan sedar dan akan betul² buang filem Yusof Haslam ke Mars.

Tengok je lah nantii…

January 2, 2001 [11:26 PM]

“Nat? Aii… Nat?”

“Huh?!!”

Ooo…  Laa… dah pagi ye?  Terkejut aku pagi tadi.  Tau² je hologram tu keluar kat depan aku.  Hologram Mak.  Yang selalu kejut aku pagi².  Bagus sikit dari alarm clock zaman dulu² tu sbb tak leh switch off and tidur balik.  Dah pagi ye?

Merangkak aku keluar dari oxygen bubble aku yang baru aku beli dari Bubble.com.  Kat luar jerebu tebal, matahari nampak berbalam-balam.  Cepat² tanggalkan pakaian dan masuk dalam hygienator, yang rupanya lebih kurang… apa tu… hmm, orang dulu² panggil apa?  Almari?  Ye lah kot, tempat diorang buat simpan baju.  Huh, lewat camana pun kena bersihkan diri dulu baru pergi kerja.  Sejuk pulak pagi² ni… camana lah dulu di abad ke-20 orang mandi pakai air?  Kuno betul…

Bengong kejap nak pikir apa nak pakai.  Spacesuit colour biru ke merah nak pakai hari ni?  Damn!  Contact lenses tinggal yg kaler hijau je… tak matching.

Breakfast macam biasa tak sempat.  Nasib baik energy-providing microchip aku sempat re-charge semalam.  Tahan le sampai tengahari.  Logged into the Labour Room’s database.  A hologram in the form of a midwife kata ada patient kat Zone 01, West wing.  Alaa… kena jugak pergi hospital.  Teleported myself to the Labour Room only to find she’s delivered.  Painlessly, of course, the baby being delivered out of a giant test tube.  Scan baby nye DNA… hmm, tinggi macam ayahnya, kulit lawa macam mak nya, tak ada gene kencing manis macam neneknya… just like we programmed it to be.

Gynae clinic macam biasa je.  Tiga puluh enam org patients aku tengok dalam 2 jam.  Kalau tak kerana mainframe buat hal, lagi cepat aku habis.  Terpaksa pakai cara manual.  Sorang, sorang patient aku kena run through the pathology chamber, stick a probe in their left ear and a titanium shield over their chest… baru boleh dapat diagnosis.  Letih betul.

Lewat petang baru aku balik.  Scanned my retina at the apartment’s door, masuk dalam… baru je nak duduk, Adik sent a telepathic message ajak gi tengok tapak diaorang buang filem Yusof Haslam kat Mars tu. Member tu baru beli space shuttle.  Public transport bukan boleh harap.  Mass teleportation vessel yang dia naik semalam rosak dekat 17 kali… 13 jam baru sampai ibukota.  Tu yang dia fed up, dia beli space shuttle second-hand tu.  Cakap kat dia aku letih aah… lain kali je lah… 

Letih sangat terus tertidur…


Huh… welcome to the 21st century… NOT!…





 







 







 

This site supports: