Make your own free website on Tripod.com

February 28, 2001 [11:04 PM]

...frogs in my throat, butterflies in my stomach...

Tak mau cakap banyak.  Satu, sebab hari ni aku tak ada suara (tapi dah ada hidung).  Dua, sebab aku tgh nervous.  Hehe... nervous la pulak... macam mana ekk esok?  Esok nak jumpa dia.

Malas nak pikir aah...

Jom nyanyi lagu raya...

Ku kirim di angin lalu
Sampaikan salam wahai kasihku
Tak jemu aku menunggu
Wajahmu dalam impian

Ku pujuk hati nan duka
Ku belai kasih untuk satria
Ku rela dikau berjuang
Membela nusa dan bangsa

Di hari yang mulia ini
Kau jauh di perbatasan
Ku kirim doa dan restu
Baktimu jadi sanjungan

Terdengar bisikan rindu
Suaramu sayu memanggil daku
Tabahkan hatimu sayang
Ku nanti dikau kembali

February 27, 2001 [10:07 PM]

...one gram of Panadol and a phonecall...

Oohooo... so dia korek bijik mata biru si Linda...  kesian Linda...  Aku tak pernah buat apa² kat kereta polis dia, remote control car dia, patung Transformers dia, err, apa kita panggil harimau Esso blow-up yang boleh tumbuk² tu Adik?  hahaha... yang tu pun aku tak pernah buat apa²... but dia korek bijik mata Linda!

Aku dah sihat kot.  Cuma suara aku je yang tak OK lagi.  Ada ciri² suara mak nyah gitu, garau but seksi yang dibuat².  Petang tadi aku ingat aku dah nak kena ambik MC and refer semua patient aku ke tanah besar sebab aku dah tak tahan dah menahan demam.  Seluruh badan aku dah sejuk semacam, mata aku berair gila², kepala berdenyut², hidung aku tak ada.  Habis je klinik aku pergi tidur kat Call Room sampai time balik.  lepas tu aku balik rumah telan Panadol 2 bijik, lap badan aku dengan tuala lembab & tidur bawah selimut.  Sampai tepon bunyi.  Ciss! wrong number ke apa entah, dah call orang tu lain kali cakaplah.  Menyampah, so aku unhook the phone so tak ada sapa boleh kacau aku lagi.  Tidur lagi sampai pukul 7.

Berpeluh² macam baru lari marathon.  Makan toast 3 keping.  Toast hangus pun tak bau apa²... hidung tak ada.

ni baru balik dari Labour Room.  Baru lepas buat vaccuum extraction, nak tak nak kena declare diri aku sihat & tarik keluar a 3.75kg baby.  So, aku dah sihat.  Doktor kata aku dah sihat.  Doktor mana? Hehe... doktor mana lagi...

Tadi masa kat Labour Room, ex-Boss aku dari Bandar K called.  Which is another reason kenapa aku rasa sihat.  I don't want to get too excited tapi dia kata he can try & get me out of here.  Tapi... hehe... mestilah ada tapinya.  Tapi, kenalah aku mem-volunteerkan diri nak pergi kerja dengan dia kat sana.  Alaa, ni yang lemah ni.  Aku dengan dia bukannya boleh get along.  Masa dia pergi UK lepas tu transfer ke Bandar K, akulah org pertama melompat keriangan...

Masa kerja bawah dia aku tension gila sebab dia selalu buat aku rasa bodoh.  Lepas dia transfer dia pernah contact aku tapi aku ingat tu cuma sebab dia nak pinjam laparoscope set hospital aku.  lepas tu dia offer nak datang sini buat specialist visits.  Sekarang dia nak aku kerja dengan dia pulak.  Musykil sungguh aku.  Apa muslihat dia ni?  Aku tau la aku lawa, berdedikasi, berhemah tinggi serta sentiasa berhati² di jalanraya... tapi, mestikah aku jugak yang kerja bawah dia?  Laratkah aku nak tadah telinga dengar leteraan demi leteran dia nanti?

Apapun, lepas cakap dengan dia aku rasa hidup aku tak lah se-hopeless yang aku sangka.  Aku kena look at things positively kan?  This could be my ticket out.  Apa jadi later, belakang kira.  Hahaha...  Cuti raya aku pun dah di-approve dia kata.  Lalalala.... Selamat Hari Raya.

Bandar K?  Hmm... maybe it's not a bad place afterall...  Apa aku berangan ni??  Apply lah dulu for transfer kan?  Hahaha...  I heard Mat Jenin ada a long-lost twin sister...  hahaha...  akukah?

So, yes... aku dah sihat.  Physically and possibly, mentally...  Cuma suara aku macam kambing nak beranak and hidung aku tak ada.  But, hey! you got a problem with that?  I don't.  I'm getting out of here...  insya-Allah...

February 26, 2001 [4:24 PM]

...D stands for demam...

Aku pernah ada teddy bear masa aku kecik² dulu.  Seingat aku, teddy tu tak ada nama.  Colournya brown.  Could've been called Brownie I supposed...  tapi aku tak namakan dia apa².  Masa tu aku ada satu patung plastik namanya Linda.  Aku lahir² je Linda dah ada.  Kecik je tapi of course le lagi besar dari aku sebab aku kecik time tu.

Anyway, the teddy.  Aku suka main masak² dengan the teddy.  Aku suka main mak² dengan the teddy and Linda.  Pada suatu hari aku tinggalkan teddy dengan Linda sbb aku entah, aku pergi sekolah kot.  Bila aku balik... ohh! bila aku balik... aku tengok kepala teddy ada depan bilik air, tangan (tangan?) teddy ada depan pintu bilik, badan teddy ada bawah fridge.  Piano kecik aku dah tak ada key.  Semua gigi² kecik piano tu dah berterabur atas lantai...  Tak ingat actually apa jadi kat Linda...

Ahh! ni tak ada org lain punya kerja...  lepas tu aku tak ingat apa jadi tapi it involved a lot of "lepuk! gedebak! huwaaa... hang jahat!" and "prap! debik! debik! heyaaah... ganti balik! ganti balikk..."

Hehe... tu cerita lama.  Masa tu aku dengan Adik kecik lagi.  Sekarang Adik dah besar, dia dah pandai ada problem cintan-cintan...  hahaha...  Relax, 'dik relax...

Aku malas nak menulis panjang² hari ni sebab aku tak ada hidung.  Hidung aku physically ada kat muka aku tapi tak berfungsi.  Start tengahari semalam aku bersin dan bersin dan bersin... lepas tu aku pergi OT, kena aircond pulak... lepas tu aahh... alangkah indahnya hidup jika aku boleh merasa nikmat MC.  Tekak aku rasa ada dua bijik bola pingpong.  Telinga aku rasa ada cotton balls. Kepala aku rasa ada iron di atasnya -- panas dan berat. Hidung aku tak ada.

Aku nak tidur.

February 23, 2001 [11:28 PM]

...miskin, kaya sama sahaja...

Ye ke?  Ye ke miskin dengan kaya tak ada beza?  Tipu aah...

...
Orang kaya dapat tau isteri mengandung. Excited macam tak pernah beranak. 

"Bila I due doktor? Bila I kena pergi buat check up? Scan bila paling elok?," tanya isteri orang kaya. 

"Wife I kena makan makanan macam mana doktor? Dia boleh sambung kerja ke doktor? Vitamins... dia kena start vitamins kan doktor," tanya suami orang kaya.

Orang miskin dapat tau dia mengandung. 

"Kak kena banyak rehat. Makan makanan ada zat lebih sikit...," kata doktor. 

"Anak² saya ramai, suami saya nelayan. Saya kena kerja housekeeping kat hotel, kalau tidak anak² nak makan apa?" kata orang miskin.

"Kak kena banyak rehat. Makan makanan ada zat lebih sikit... Ye?"

-----

Orang kaya masuk wad ikut nasihat doktor. Anak² hantar dengan kapalterbang balik kampung. 

Sebelum balik doktor kata, "Jangan lupa makan ubat." 

Orang kaya kata, "Doktor jangan lupa tolong buat surat untuk majikan, tolong isi borang insurans."

Orang miskin kena masuk wad. Banyak alasannya. 

"Anak² saya sapa nak jaga? Suami saya sekali ke laut, 3-4 hari baru balik...," bantah. 

"Rumah takdak talipon. macam mana nak habaq kat adik beradik?" protes. 

"OK, kak balik dulu urus anak²... esok masuk wad boleh?" doktor tak ada pilihan. 

Seminggu lepas tu datang kecemasan, lebih teruk dari minggu lepas.

"Apsal tak masuk wad?" doktor dah separa-menjerit... 

"Anak² takdak sapa nak jaga, suami saya ke laut, rumah takdak tepon..."

"Apsal tak masuk wad? Hah?"

-----

Orang kaya nak bersalin.  Sakit baru sikit² dah masuk wad dengan bakul penuh makanan, baju anak berwarna-warni.  Suami mundar-mandir dengan handphone di tangan. 

"Wife I macam mana doktor?  Wife I lambat lagi ke doktor?  I nak masuk tengok boleh doktor?"

Nak terberanak sesangat baru panggil ambulans.  Last² terbersalin kat rumah sebelum bidan sampai. 

"Mula sakit pukul berapa? Apsal tak panggil ambulan awal-awal?" doktor dah fed-up. 

"Anak² takdak sapa nak jaga. Suami ke laut. Talipon awam semua pakai kad...," jawab orang miskin.

"Apsal lambat panggil ambulans? Hah?"

-----

Orang kaya bawak anak pergi jumpa doktor sebab tangan anak tersepit pintu kereta.  Anak OK je, happy tak tau apa².  Mak bapak risau lebih². 

Doktor kata, "OK, tak ada apa. Toksah risau aah..." 

Mak bapak kata, "...err, tak yah ubat ke?"

Orang miskin bawak anak pergi jumpa doktor sebab anak dah seminggu tak boleh jalan, jatuh tangga.  Anak nampak sakit.  Lebam² bekas kena urut, rambut bau sirih, kaki bersapu kapur.  

Doktor kata, "Apsal biar seminggu?"  

Bapak kata, "Saya baru balik dari laut..." 

Mak kata, "Takdak kereta nak mai hospital. Anak² takdak orang jaga. Mak mentua sakit kuat kat Terengganu..."

Doktor kata, "Apsal biar sampai semingu? Hah?"

-----

So tell me again...  miskin, kaya sama sahaja?  Huh...

Kengkadang aku rasa nak marah jugak dgn patient² aku ni.  Aku buat sebaik yang aku terdaya tapi diaorang macam tak bekerjasama.  Badan kurang darah, aku suruh masuk wad... lesap macam tu je.  Anak² ramai, suruh merancang keluarga, buat dekk je.  Isteri dah nampak tak larat dah mengandung tiap² tahun... suami sekali pun aku tak pernah nampak datang melawat.  Kadang² aku sedih, kadang² aku sakit hati.  Kalau aku tak lecture, aku tak buat kerja aku.  Bila aku lecture, rasa macam cakap dengan dinding.

Bila aku nak marah aku kena ingat diaorang ni susah.  Kena ingat hidup diaorang berbeza dgn hidup aku.  Macam mana diaorang menyampah pun nak jumpa aku sebab aku suka lecture org, diaorang tak ada choice.  They can't afford to see a private doctor.  Aku terima je lah semuanya...  Semua kekurangan zat makanan, semua kandungan tak dirancang, semua kanak-kanak bercacing, semua-semua sekali.

One day, mungkin ada patient yang berani nak kata kat aku, "Apsal doktor tak boleh paham?  Hah?"

lepas tu aku akan buat muka stoned, buat dek je and jawab, "Sebab ekonomi negara dah pulih.  Sebab kita ada MSC.  Sebab kita ada duit nak buat projek juta², anjur sukan bertaraf dunia.  Sebab TV kata perkhidmatan kesihatan kita antara yg terbaik di Asia..."

Sebab tu aku tak faham.

February 22, 2001 [1:37 PM]

...kusangka panas hingga ke petang...

Tsk! Apa lahh...  Benci betullah.  Benci.  Semalam aku OK je.  OK se-OK-OK-nya.  Tup-tup! hari ni...

Semalam aku punya la good mood ke tahap cloud nine punya good mood.  Pakai satu² nya kebaya lawa yang aku ada, ditambah pulak dengan puji²an kiri kanan mengatakan aku nampak lawa berkebaya ala-ala org kerja pejabat...  Ber'joget' kat Labour Room dgn patient yang datang bertalu², terpercik darah sana sini ke baju kebaya lawa tu tapi aku senyum je dgn good mood gila aku.  Tak breakfast pun tak rasa lapar...  Best kan bila good mood?

lepas tu lunch makan mengalahkan anak jin sebab perut dah kosong sangat.  Lunch break aku tak pergi tidur kat Call Room macam biasa.  Instead aku dok kat Labour Room habiskan tengok case.  Tak apa, bila good mood letih pun tak reti nak rasa.  Ohh, bahagianya hidup.  Petang aku singgah pergi kantin beli mee then aku balik makan dgn penuh berseleranya.  Orang good mood...  Aku bukak peti ais, nampak nenas 2 potong aku taruk kicap lepas tu semua sekali masuk perut aku then aku nampak kek buah aku beli kat kedai kek melayu yang tak reti layan pelanggan minggu lepas, aku makan 2 potong, disudahi dengan segelas Nescafe ais... hah! tu dia, tengok badan aku sapa sangka ekk, makan sampai tak cukup peti ais.  Nikmatnya good mood...

Aku online kejap lepas tu aku masuk bilik tengok laundry basket aku dah separa penuh.  Aku kena basuh baju & tudung aku yang kena darah tu so aku rendam semua² sekali baju kotor aku.  Then aku mandi, syampoo rambut sambil menyanyi² lagu Azimat Cinta dengan irama yg aku gubah sendiri.  Hmm...

Then, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum pukul 8 malam telah berlaku.  Aku duduk di meja study aku dan study Chapter 23 of Ganong.  Phuahh... Bersemangatnya aku.  Tengah² aku seronok study ada org telefon.

Dia tanya, "...akak buat apa?"

Dengan gumbiranya aku cakap aku tgh study.  Ye lahh, I was sooo proud of my good mood self.

Cheh! dia gelakk, "...aikk! doktor study?"

Hmm... Lantaklah, I was in too good a mood to care...

lepas tu aku sambung lagi study sampai 7.30pm.  Aku masuk bilik air nak ambik air sembahyang then aku nampak baldi baju aku tadi.  Aku sambung basuh baju pulak.  Lepas Maghrib aku makan nasi dengan penuh seleranya.  Then aku sambung study lagi...  Aku sendiri terkejut dengan diri aku sendiri.  Sampai pukul 11 then aku minum Milo dengan kek buah sepotong, online kejap sebelum aku tidur dgn penuh kebahagiaan good mood...

Tup-tup hari ni...

Aku rasa nak bunuh orang.  Aku rasa nak marah semua orang yang lintas depan aku.  Aku rasa nak marah orang yang bayarkan roti canai aku tadi [Wei! sapa suruh kau bayar?].  Nasib baik aku boleh control, so aku cakap, "..mekasey Nathan..." dengan gaya anak dara pemalu.  Ada anak staff aku menangis duit doposen dia jatuh bawah kaunter dia tak boleh ambik.  Aku offer duit doposen aku tapi dia lari, aku rasa nak marah dia pulakk...

Ohh! bencinya buat kerja sambil rasa nak marah.

Aku lapar tapi aku dah tak rasa nak makan roti canai.

Aku mengantuk tapi tak rasa nak tidur.

Aku tak rasa nak tengok Senario tengahari ni.

Aku tak rasa seperti aku hari ni.

Tetiba tadi aku terpandang calendar kat PC aku. "...ohh! hari ni 22 haribulan dahh, patutlah..."

I hate hormones...

February 20, 2001 [8:09 PM]

...my teddy bear...

He sits upon his pillowed throne
A joyous smile upon his face.
And though his ears may seem outgrown
He carries them with pride and grace.

He's never cross or quick to carp
A friend in need is he to me.
When human tongues are mean and sharp
My Teddy gives me sympathy.

To him I always bare my soul
He lifts me when I'm feeling low.
And when I brag and miss my goal
He never says, 'I told you so.'

My friends many titter gleefully
And some may tease, but I don't care.
I hope that I will never be
Too old to love my Teddy Bear.

[Jeffrey S. Foreman -- 1977]

February 19, 2001 [5:24 PM]

…genggam bara api…

Oooohoho... barulah aku perasan... Laa... macam mana boleh tak perasan?  Patutlah org semua ingat aku dah betul² nak pindah membawa hati yang lara dari pulau ni…  OK, meh nak explain sikit.  Petikan² perbualan & speeches masa farewell lunch tu semua tu last year, masa aku nak pindah ke sini.  Aku belum apply for transfer pun lagi. Sekian, harap maklum. Segala kesulitan adalah amat dikesali.

…harumlah cinta di jiwa
sewangi kasturi syurgawi
semoga bahagia jadi milik kita yang abadi
selama-lamanya…


There.  That should do it.  Dah 3 hari lagu ni ada dalam kepala otak aku, tak boleh buang.  Dah 3 hari aku asyik ulang rewind lagu ni sampai Siti Nurhaliza dah jadi macam roommate aku dah sekarang.  Hahaha…

Aku masih menunggu jawapan dari Hospital Besar pasal cuti raya.  My 1st real leave since raya puasa.  Aku dah bosan actually asyik bercuti yang tak cuti ni…  Apa dia cuti yang tak cuti?  Cuti tapi standby. Cuti tapi tak boleh keluar dari pulau ni.  Cuti tapi hati tinggal kat hospital.

I need a break! Aku dah letih.

…harumlah cinta di jiwa… No! Siti, get out of my head…

Aku still pergi kerja hari-hari.  Aku still tengok patient hari-hari.  Aku still hang around Labour Room making sure staff aku buat kerja hari-hari.  Nampak macam tak ada beza since hari itu.  Tapi sebenarnya since hari itu, macam dah tumbuh sebijik lagi mata antara 2 mata aku sekarang… aku sekarang melihat dunia dengan vision yang lain…  Kalau TV3 ada 3-D, aku ada 4-D.  The 4th dimension is an emotional one.

Aku nampak semua pesakit as a potential death.  Aku nampak semua bleeding as a potential disaster.  Aku tengok patient sambil terbayang a Microsoft Word document in my head.  Everytime aku phone any specialist, aku tau diaorang pun sedang terbayang another-trip-in-a-speed-boat kind of situation kat sini. :)

It will take a long time for this wound to heal.  A slow, painful process.  But it will heal…

Aku nak keluar dari pulau ni.  Maybe this time without a farewell lunch.  Without speeches.  Tapi bukan sekarang.  Aku tak mau bawak keluar luka yang belum sembuh ni.  Maybe after semua dah settle, aku dah dapat balik aku punya self-esteem nanti aku apply lah.

Aku tak boleh keluar sekarang sebab aku akan rasa macam aku dah give up.  Macam aku dah patah semangat.  Like I’m deserting the battlegrounds.  Berjuang tak habis…  The one who ran away…

In the meantime, baik aku dok sini and study for MRCOG Part I dulu.  Alang² aku dah duduk sini dgn menyampahnya, dengan tak puas hatinya… aku kena ada something to show for it.  Battle scars or something, huh?  Kalau tidak ‘pengorbanan’ aku sia².  Sakit hati aku tak ada makna.  Air mataku jadi murah…

Hmm, genggam bara api… biar sampai bomba datang.

February 17, 2001 [11:40 AM]

...walau tidak dibasahi hujan...

Hari ni 17 Februari.  Bila tepat pukul 2 ptg nanti, genaplah setahun aku kat sini.

So, pukul 2 ptg nanti aku boleh pergi submit aku nye borang transfer.  Tu perjanjian mulut antara aku dengan boss aku dulu...

"One year only what? ... then we'll get you out of there..."

Yeah... right.  They said the same thing to Dr Saad (bukan nama sebenar).  He ended up staying here for almost 3 years...

"Betul you nak transfer ni?" tanya Dr R macam aku dah gila ke apa...

"Macam lah I ada choice...," aku jawab.  Apa lagi nak kata?  Bukannya aku yang apply for the transfer.

"Eh! adaaa... You resign, join private," dia sambung.

"Hahaha...," aku gelak.  "...no, thanx..."

Hmm...

"She must be serious about joining O&G sebab bila I offer dia join Mutiara, she said no...," Dr R kata in his speech kat restoran TomYam tu masa aku nye farewell lunch.

Aku senyum. Tetiba kerabu mangga tu rasa kelat... So, that's it... I'm really leaving, huh?

"...kalau kahwin esok, jangan lupa jemput!," Dr Asri (bukan nama sebenar) kata in his speech pulak.

Aku gelak... hati aku menangis... sapa yang tahu.

Huh...

Suddenly dah setahun ekk?

"Ni kira annivesary present aah ni Max kan?" Dr Saad try buat lawak hari tu. Hari itu.  Hari penuh luka.  Hari air mata aku tumpah.  Hari aku finally mengaku out loud aku tak mau buat O&G lagi.  Hari yang dah ubah persepsi aku about segala-gala...

I would've appreciated a box of chocolates more.  Or flowers.  Or a card.  Or a book token.  Or a one-way ticket to London.  Or nothing at all... but a death for an annivesary present? ... huh, how sick is that?

Selama ni aku hidup menanti hari ini.  Hari aku finally boleh hantar borang transfer & paksa Boss cari org lain.  Tagih janji.  ["One year only what? ..."]  Tapi sekarang... aku tak mau stay sini tapi kenapa kalau aku transfer sekarang rasanya macam running away?

Susahnya jadi aku...

Jom jadi Siti Nurhaliza kejap...

...Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan

Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan yang berlabuh
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya...

February 14, 2001 [10:51 PM]

…macam mana boleh jadi besar?…

Dia boleh buat selamba…  Dia boleh buat selamba tanya aku macam mana perut dia boleh jadi besar…  Apa nak jadi dengan budak² hari ni?  Mak bapak dia kat Sabah hantar dia belajar jauh² utk jadi pandai, boleh kerja besar… dia pandai² buat perut dia jadi besar…

…tak boleh buang ke doktor?”

Adikku sayang, adakah aku ni nampak macam kerja kutip sampah?  Kutip dan buang mana yang org tak mau?  Kau tak dengar ke apa aku dok membebel tadi tu?  Kau tak nampak ke ‘dik, jantung berdegup-degup dalam scan tu ‘dik…?  Kau tak rasa ke baby tu mengeliat-ngeliat tadi tu dik?  Kau nak aku buang dia ‘dik?  Buang macam sampah...

…macam mana ni?…”

Janganlah tambah lagi masalah aku.  Jangan suruh aku selesaikan masalah ni.  Di saat nafsu bergelora, jantung menggila, otak di-take over oleh organ lain tu kau patut tanya soalan tu.  Tapi bukan kat aku, kat diri sendiri.

“…family tak yah tau tak boleh?…”

Family kau duduk jauh ‘dik.  Chances are they will never know.  Kau jadi camnih pun sebab diorang tak tau.  Tapi kau tu, boleh ke hidup knowing that ada rahsia antara kau dengan diaorang.  Rahsia besar, dosa besar, perut besar yang jadi penghalang kemesraan, hari ni, esok, lusa dan sampai bila².

Aargghhh… kenapalah bebudak sekarang ni macam ni?  Kenapa bebudak kita sekarang semakin rosak?  Ikutkan hati, nak je aku lempang dia.  Tapi aku terikat dgn etika, aku lembutkan air muka aku dan senyum.  It was time to detach myself from any kind of feelings and forge indifference to morality.

Ishh… mak bapak salahkan cikgu.  Cikgu salahkan mak bapak.  Masyarakat salahkan TV.  TV salahkan masyarakat.  Aku tak boleh salahkan sesapa.  Aku third party. Aku yang kena face the consequences of masyarakat yang semakin rosak.

So,

…macam mana boleh jadi besar?…”

macam mana masalah ni boleh jadi besar?  Sebab masa masalah ni masih kecik tak ada sapa buat apa².  Bila masalah dah jadi besar, apa yang kita buat?

Kita duduk kira statistiks.

Kita duduk isi borang.

Kita duduk tulis report.


Ohhh… our society is sick.


Kepada mereka yang berkenaan, terima kasih sebab buat aku gelak dalam email, dalam MSN, dalam phone lately... The current working definition of OK is 'dah boleh gelak' so, yes, I'm OK now...

Thanx.

[12:10 AM]

...enough is enough a.k.a happy valentine's day...

Three coins in the fountain
Each one seeking happiness
(Thrown by three hopeful lovers)
(Which one will the fountain bless?)

Three hearts in the fountain
Each heart longing for its home
(There they lie in the fountain)
(Somewhere in the heart of Rome)

Which one will the fountain bless?
Which one will the fountain bless?

Three coins in the fountain
Through the ripples how they shine
(Just one wish will be granted)
(One heart will wear a valentine)

Make it mine!
Make it mine!
Make it mine!

February 13, 2001 [6:01 PM]

…I’ve had enough, so I said, “When..” ~Regarding Henry

Dari Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali…so you see Tuan Pengarah, dah ajal dia nak buat macam mana lagi?…”

Kalau boleh kata macam tu kan best?  Kalau boleh just salahkan takdir kan best?  Kalau boleh duduk kat kerusi pengarah tu kan… hmm, tak nak lah aku.

A couple of weeks nak suspend this journal konon.  Nak habiskan semua report konon.  Nak concentrate on work konon… urghhh!  Aku tak larat dahhh…  Aku dah hantar dua-dua eclampsia report tu Ahad lepas.  Aku dah buat preliminary mortality report tu semalam.  Aku dah pergi Mesyuarat Pengurusan and regretted every minute of it.  Pegawai rekod dah mintak medical report utk claim insurance sorang patient tadi yang aku peram 2 minggu dah, tu pun aku dah siapkan.  Aku kena chair Unit Meeting esok but sod it! I’ve had enough! Lantaklah, makin aku cuba makin banyak kerja aku.  Kalau aku kena tengok satu lagi Microsoft Word document hari ni, aku akan muntah darah agaknya…

Dr Noraini asyik call tanya, “Report eclampsia dah siap? Mortality?”

Dr Asri called tanya, “Report dah start? Kena buat betul², our reports must tally…”

Management tanya, “Policy? SOP? MPK? MAC?

Dr BV tanya, “You OK?

Mak & ayah tanya, “Hang demam ka?

Semua orang yang care asyik tanya if I’m OK.  Aku pun tak tau what OK means anymore.  I supposed the working definition of OK is most probably ‘tak KO.’  In which case, yes, I’m OK… thank you for asking…

Let me tell you apa aku really nak sekarang.  Aku nak some time off.  Aku nak ambik cuti pergi satu tempat jauh… Jauh dari stress, jauh dari Microsoft Word, jauh dari semua²… dari SOP, MPK, MAC, OK, KO, blood & blood products…

But I can’t…

Aku dah buat preliminary report utk kejadian tu.  Aku dah taip, aku dah edit, aku dah baca… aku still tak puas hati.  Still rasa aku yang salah.  Still rasa aku yang lambat.

The thing is, what is the point?  It’s been a week since she died.  Malam ni keluarga dia mungkin buat kenduri aruah.  Baby dia minum susu botol.  Husband dia buat lah apa² utk mengubat luka…  Apa yang dah terjadik dah terjadi…  Aku?  Aku still kena analyse every minute dari 10 pm 5/2/01 ke 3.40 pm 6/2/01… looking for remediable actions.  Some time in March aku kena bawak benda ni ke Mortality Meeting Jabatan Kesihatan Negeri & tengok Pengarah Kesihatan Negeri tulis² notes, para specialist dari seluruh negeri geleng² kepala, boss aku berpeluh²…

At the end of the day… Pengarah Negeri akan kata, “Do you agree that this case could have been dealt with differently, with a totally different outcome?”

And aku sheepishly akan kata, “Yess…

Hmm… you should have known better…

In retrospect, memang semua benda could have been dealt with differently.  From his comfy aircond room, semua benda could have had a different outcome sebab bukan dia yang duduk 7 jam kat OT tertanya² whether patient ke dia yang nak mati dulu…

Apa pun, report tu kena siap by next week.  Dr Asri dah bagi a set of instructions tadi…  Cheh! Aku kena buat balik prelim report aku sebab sumenya tak kena. Yang aku heran tu dia kata, “Don’t worry, tulis simple je… tak yah bombastic words…

Hmm… does he know about Nauseated! I wonder…

February 10, 2001 [10:15 PM]

Apsal ekk? Apsal tulis jurnal lagi senang daripada tulis report?  Apsal bila tulih jurnal, rasa lega dapat cerita segala² tapi bila buat report rasa guilty?  Apsal?  Apsal?  Haiyaa... boring aah... tak ada idea nak tulih report.  Tak ada mood nak tulis report.  Tulis macam mana sekalipun, nampak macam aku guilty je...  Ishh... Kang aku buat report polis je senanggg...

Hmm...

February 9, 2001 [11:51 AM]

...when the dust settles...

Suddenly, I have like a million things to do:

  1. Eclampsia Report (E01/01)

  2. Eclampsia Report (E02/01)

  3. Maternal Death Report (MD01/01)

  4. Perinatal Mortality Report (PNM02/01)

  5. Prepare Standard Operating Procedure for Unit Meeting 14/2/01

  6. Background reading for Management Meeting 12/2/01

  7. Prepare for Specialist Visit 1/3/01 – and face more questions in
    the line of "Why didn't you apply for Masters?..."
This journal will be temporarily frozen for a couple of weeks to allow me to sort out my 'offline' life... Please be informed. Thanx for visiting.

February 8, 2001 [3:43 PM]

Yaadein. [ …not now! not now… part IV ]

Rupanya semasa aku tidur… malaikat Izrail tengah buat kerja dia. Mencabut nyawa.

Aku rasa macam… entah, tak ada perkataan yang boleh describe perasaan aku masa tu.

Kak, pukul berapa semalam kak?” aku tanya staff ICU tu antara percaya dgn tidak.

12.45…,” dia jawab ringkas.

Nak menangis ke lagi?

Nak meraung ke pulak?

Aku call cari Dr Asri.  Dr Saad je yang ada.  Dia pun baru tahu pasal tu.  Hmm… sapa lagi yang aku nak tanya?  Buat apa lagi aku nak tanya? Dia tak kan hidup balik…

After all that we went through… dia mati.  After all that we did… dia mati.  Dia mati.

-----

She was only 21…” kata staff nurse mana entah aku dah tak ingat.

Mati? Mati??” kata Staff Nurse N penuh emosi.

Jenuh la menjawab lepas ni!” komen Staff Nurse R.

Aku jegilkan mata kat dia.  What kind of an idiot is this?  Orang sedih sebab patient mati, suami dah tak ada isteri, anak tak sempat kenal ibu… dia worry pasal paperwork?  Aku bangun dan tinggalkan Labour Room.

-----

macam mana patient tu Max?” soal Dr Y.  Apsal dia tak cakap Good Morning je? Kenapa kena greet aku dgn soalan tu?

“…mati…,” aku bisik. Suara aku dah tak boleh keluar.

-----

Wei! Apa you buat?Dr M tanya, dgn nada bergurau, dalam phone masa aku call nak refer satu lagi case.

Tsk! Jangan la, I tegheyak sat lagi haa…,” aku jawab dgn nada serius.

-----

“…entah lah Max, I nak cerita pun tak tau macam mana. She was doing so well, then suddenly at 9 o’clock, BP crashed, she desaturated…,” kata Dr Asri, letih.  

“…Dah sampai masa la kot…,” dia sambung lagi.

-----

Hmm, mati syahid…,” kata Kak Salmah.

-----

Hrithik dah jadi tak betul lepas accident.  Kareena risau gila² ke sana ke sini cari doktor utk kepastian.  Aku tak mau duduk sengsorang. Aku takut ternangis lagi.  Aku takut tak boleh buat kerja.  Masa lunch, aku ikut semua org pergi tengok shooting kat luar ICU.  Pretend everything was OK.  Pretend aku tak ada apa².

Yaadein… maknanya ‘Memory’ ada org cakap kat aku.  Hmm, aku tak minat hindustan tapi aku rasa aku kena tengok filem Yaadein ni.  Dalam filem ni, aku ada memori aku sendiri.  Aku tinggalkan Kareena risau pasal Hrithik… aku beredar dari situ.  Kalau dia nak belajar macam mana nak lakonkan watak risau dgn lebih berkesan, dia boleh datang cari aku.  But now, I must go. Life must go on, despite everything…


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati" [Ali-Imran, ayat 185].

Hmm… mati semasa melahirkan… mati syahid…  Maka bertambahlah seorang lagi ahli syurga.  Al-fatihah

The End. […or is it?]

February 7, 2001 [8:00 PM]

…Lights! Camera!… […not now! not now… part III]

…and action!

Lari. semua orang nampak cemas. Berlari mengiring seorang pesakit yang nampaknya tenat. 4 orang doktor, 3 orang staff nurses, 2 orang medical assistants, seorang attendan dan entah berapa ramai lagi kaum kerabat. Camera focus pada wajah suami yang nampak tenang mencium tangan ibu sebelum turut naik ke dalam ambulan bersama isterinya. Camera close up pada seorang doktor perempuan berwajah cemas, menahan sebak, air mata bergenang tapi masih bertahan… Mikrofon mengarah ke si ibu yang menangis meraung... tapi tenggelam dek bunyi blade helikopter nun di sana di atas helipad. Peluh… peluh bahang disirami cahaya spot lights kiri kanan. Peluh sejuk dibaluti rasa takut dan risau teramat-amat…

…cut!

Realnya… Hrithik Roshan, Kareena Kapoor… tengok sini. This is real hospital life…

semua orang di lobby yang datang utk tengok penggambaran filem Yaddeil tu tetiba dah tak berminat dengan Hrithik & Kareena, diorang toleh tengok filem aku. Filem yang belum tentu endingnya. Filem yang pengarahnya sorang je tau endingnya. Filem yang sedih menyayat hati, semua pelakonnya tak cun, dialognya tak dihafal… this is real life (the sequel).

Aku pandang je dia diangkat naik ke ambulan. Aku biar je Dr Saad & Dr Asri jalan di depan. Aku takut nak ikut ke helipad. Aku takut air mata yang aku tahan lebih 12 jam ni melimpah. Aku pandang keliling. I needed support. Aku nampak Kak Salmah dengan Kak Manis. Diorang datang tengok Hrithik. Aku ajak diorang pergi helipad.

Aku tak naik ke helipad sebab helipad tu atas bukit. Lutut aku tak kan tahan sampai ke atas lepas lebih 24 jam tak tidur. Kami cuma tengok dari corridor bawah. Aku nampak Dr Saad turun. Aku nampak ambulan turun. Aku nampak helikopter Nuri tu mula naik…

Then pandangan aku blur…

Pipi aku basah…

Suara aku tak keluar…

Kak Manis letak tangan atas bahu aku. Aku menangis dan menangis dan menangis lagi. Peduli apa orang keliling. Peduli apa aku doktor. Dia dah dibawa pergi. Aku tak boleh tengok dia lagi. Aku dah tak boleh jaga dia lagi. Aku dah buat segala² yang termampu, sekarang aku kena let go… aku menangis sebab aku bersyukur dia sempat naik helikopter tu.

Aku lap air mata dan kejar Dr Asri & Dr Saad. Aku ucap terima kasih lagi walaupun suara aku aku sendiri pun dah tak berapa dengar.

Ya Allah… 20 minit je lagi… 20 minit je lagi dia sampai ke tanah besar. Kau selamatkanlah dia ya Allah… Kau selamatkanlah dia…

Aku balik lalu Labour Room. Aku berhenti tengok sorang patient. Entah apsal aku takut nak tinggalkan dia. Pukul 5 baru aku balik rumah dan benamkan muka aku ke bantal. Aku menangis dan menangis dan menangis sepuas²nya. Aku tak tau kenapa aku menangis. Tapi aku rasa lega sikit lepas tu.

Aku tengok TV, aku online, aku tulis journal. Pukul 10 malam baru aku sedar, aku dah 24 jam tak makan apa². Aku makan mee goreng breakfast yang aku tak makan tadi. lepas tu aku tidur.

Semasa aku tidur…

...to be continued...

[5:53 PM]

...not now! not now... [part II]

Previously on Nauseated!…

4.30 pagi… “Doktor!”

...

“Doktor! Depa sampai dahh… driver baru keluar pi jeti!” Attendan R bawak berita gembira…

“Alhamdulillah…” aku dengan semua orang cakap serentak.

Macam² ada dalam kepala aku masa tgh tunggu tu tapi bila nampak muka Dr Asri & Dr Saad (bukan nama sebenar), aku dah tak boleh kata apa². semua benda hilang dari ingatan aku. Aku cuma nak cepat² selesaikan episod sedih ni.

At 6 am we decided hysterectomy couldn’t be avoided. Aku pergi bagitau suami dia dengan nada yang perlahan, sama perlahan dengan denyutan nadi aku. Aku dah tak larat hadapi semua ni. Aku cuma nak semua over & aku boleh tidur…

Max, you tak yah scrub lah. We’ll take over from here… You baliklah rehat,” Dr Saad suggested.

Aku mengantuk. Aku letih. Aku lapar. That sounded like a very good idea. Tapi aku tak boleh tidur, tak boleh rehat, tak boleh makan selagi benda ni tak selesai.

That must have been the quietest time ever in OT since aku kerja sini. semua org diam layan mengantuk masing². Diam sampai operation habis pukul 7.30 pagi.

...The end of one day is the beginning of the next...

Just when I thought the loooong day is finally over, Dr B datang cari aku… rupanya the end of one day just means the beginning of the next. Dia tunjuk a CTG tracing kat aku… Aku rasa nak menangis lagi. Aku rasa loya… Fetal distress pulak? Pening… Bayi tu nampaknya dah lemas… boleh mati kalau tak lahirkan segera. Pedih dada aku… Kenapa aku sorang je pegang jawatan ni? Kenapa tak ada org boleh ganti aku buat Caesarian? Dengan hati yang berat, aku pergi cerita kat diorang aku kena sambung buat Caesarian pulak… before I could even ask, Dr Asri kata, “tak apa, since we’re here let us do it for you.” Aah… kalaulah semua specialist camnih. Aku tak ingat apa aku buat lepas tu. Aku rasa aku cakap thank you kat dia dekat 30 kali. Aku nampak dia senyum. Aku cuma boleh harap aku boleh senyum balik kat dia. Hati aku terlalu berat utk senyum.

Pukul 9 pagi lepas aku pergi beli breakfast utk diorang & semua staff OT, aku balik rumah. Aku pandang keliling. tak ada orang... aku bebas nak menangis semahunya tapi air mata aku tak ada. Aku letih. Aku mengantuk. Aku lapar. Aku letak bungkusan mee goreng aku kat atas dapur. Aku baring atas sofa, pandang siling… Hati aku terlalu berat walaupun utk menangis.

Bila aku bangun dah pukul 12 tgh hari. Aku teringat kat dia. Aku call ICU. Diorang tgh arrange penerbangan ehsan TUDM. Dr Asri try pujuk aku not to worry. After all that macam mana aku tak worry? Aku mandi. Aku makan 2 suap mee goreng. Aku pergi toilet dan muntahkan semua balik… Slowly, aku siap and jalan pergi ICU.

Aku duduk kat kaunter dan tengok je dia dengan wayar kiri kanan, dengan tiub dari segala tempat. Dr Asri datang. Tried to cheer me up. Cuba nak buat aku gelak. Not now Dr Asri, not now…

Dr Saad kata patient ni akan OK. Dr Asri kata kalau dia nak mati, dia dah mati kat OT sebelum diorang sampai lagi. Aku cuba senyum tapi senyum aku rasa sumbing.

lepas tu diorang try sembang lagi. Diorang tanya, aku jawab sepatah. Aku angguk, aku geleng. Aku tak mau bercakap dengan sesapa… aku nak ditinggalkan sengsorang layan risau…

You tak apply Masters?” aah… dia mula dahh…
Tak,” aku jawab dengan tak ada mood sekali. “I dah tak minat dah, Dr Asri.”

Dia nampak terkejut. “Tak minat? Since when? Today?

macam mana ekk nak bagi dia paham? macam mana nak cakap kat dia aku tak mau buat O&G lagi when aku dengan dia sama² tau macam mana tergedik² nya aku nak join O&G masa habis houseman dulu? macam mana haa?

So aku kata, “Not now, Dr Asri… not now. Today’s not a good day to discuss this…

...to be continued...

February 6, 2001 [6:58 PM]

…not now! not now…

Hari ni dengan semalam, macam sama. Macam satu hari yang panjang…

Aku tak tau macam mana nak mulakan cerita ni. Perasaan aku berbaur rasa sedih, sangat sedih, teramat sedih dan terharu, menyesal, terkilan… entahlah.

Aku cerita dari mula lah ekk… Semalam masa aku tengah tengok VCD Senario Live in Singapore, around 10 pm the phone rang. Oh no! please… not now! not now… Mesti ada problem case lagi kat Labour Room. Letih aku handle eclampsia hari Sabtu lepas pun belum habis lagi.

Tak payah lah aku cerita detail nya tapi lepas aku dapat phone call dari Dr B tu dada aku berombak, jantung aku berhenti berdegup for a brief period. Aku tukar baju & practically lari ke Labour Room… Aku tak mau rugi sesaat pun. Time means life…

And there she was… She was still conscious… she was still able to talk to me… she didn’t look as bad as I had imagined… Tapi dada aku masih berombak, jantung aku ikut irama sendiri… Something’s not right, something’s going to go wrong. I could feel it… Kalau masa tu aku pegang gelas, mesti gelas tu jatuh ke lantai. Kalau masa tu aku tengah menjahit, mesti jari aku tercucuk jarum. Ada benda tak baik akan berlaku… but not now! not now…

She was OK one minute and almost dead the next. We did all we could but she deteriorated so badly. Pale, so pale. She’s losing more blood than we could replace. Blood was pouring out of her like tap water. Took her to OT. She needed to be seen by a specialist… tapi specialist nun di seberang laut nun… at least 2 hours away, by boat… at 11.30 pm? Kalau aku hantar dia ke tanah besar, she would’ve died on the way… So I took her to OT, try control bleeding dia at least cukup utk survive the journey jadiklah…

She continued to bleed, and bleed, and bleed… diorang kata muka aku dah merah, tapi tak ada sapa berani tegur. semua orang tau gelas tu dah pecah berderai, jari dah luka tercucuk jarum. Perkara tak baik dah pun berlaku…

Aku call tanah besar. Aku tanya sapa specialist on-call. Dr Asri (bukan nama sebenar)!! Aku rasa nak menangis… “Dr Asri, I’ve got a big problem…,” suara aku jadi semakin perlahan menahan dada yang semakin sebak… Nasib baik Dr Asri yang on-call, he’d understand… he’d help… Dia terdiam. Lama. Dia pun tau apa jadi pada gelas tu, pada jari yang luka tu… Dia setuju aku tak boleh hantar case ke tanah besar, too risky. It’s too late for him to get a boat out here. “Max, you tau kan you tak ada choice lain… Max, you’ve assisted hundreds of hysterectomies before…you can do it. I’ll inform Boss and let him know the situation.” Hysterectomy? Out here with no back up? Dr Asri… Tapi aku tau aku tak ada choice, walaupun umur dia baru 21 thn, anak baru seorang aku kena jugak buat operation buang rahim dia utk selamatkan nyawa dia…

Suddenly, bleding dah kurang sikit. Aku jahit mana yang boleh dijahit… control mana bleeding yang boleh control… Dia makin pucat, darah dia dah semakin cair… mengalir macam air sungai. Darah? Darah O positif cuma ada 2 pint saja yang tinggal. Tabung darah hospital ni sampai dah tak ada darah nak bagi lagi. Kering… Kering macam tekak aku, kering macam bibir dia.

Aku call Dr Asri lagi. Suara macam nak menangis lagi. Tahan sekejap mata… jangan menangis sekarang, jangan menangis di sini… “Dr Asri, if I opened her up with only 2 pints whole blood left and considering she’s already in DIVC… I can’t, can I?” aku tanya dia. Dia diam. Bunyi nafas dia pun aku tak dengar. Aku tau dia risau gila. Dia kata tunggu dia datang. Datang dari tanah besar, bawak bekalan darah. Pengarah datang, polis marin dah setuju hantar speed bot utk ambik Dr Asri, utk ambik bekalan darah. Untuk datang tolong aku. Untuk datang selamatkan dia.

“Ya Allah, aku sedar aku hambaMu yang paling hina di dunia ini. Aku banyaaaakkk dosa denganMu ya Allah… mungkin inilah balasan atas segala dosa² ku… aku pohon ya Allah, hukumlah aku atas dosa² ku, jangan Kau hukum dia. Dia tak patut mati sebagai balasan atas dosa² aku…”

Dah 2.30 pagi masa tu. Kami duduk dan berdoa. Kami duduk dan tunggu bantuan dari seberang. Kami duduk dan minum kopi. Pahit rasa kopi tu…

3.30 pagi… Ya Allah…

4.00 pagi… Max, I’ve given her the last pint of blood…,” Dr F bagitau aku. The last pint, lepas ni tak ada darah lagi nak bagi. Dah 9 pint masuk. Habis semua.

4.15 pagi… 95%… 93%… 91%… 88%… kadar oksigen dalam darah dia makin kurang… No! not now! please… not now…. Ya Allah… not… n…o…w…

4.30 pagi… Doktor!”

…to be continued…

February 2, 2001 [10:19 PM]

…you don’t know how to swear until you know how to drive…

Betul kan? Naz yang perkenalkan aku pada kata-kata sakti ni. Betul kata dia ni, sebelum aku boleh bawak kereta aku tak pernah maki hamun orang tapi sekarang ni lancar je semua keluar, macam air je. Aku cukup menyampah bila ada pemandu kurang ajar kat jalanraya tau. Kalau ye pun dah puas hidup pergi le terjun gaung ke apa ke jangan le nak buat dajal kat orang lain.

Tadi aku keluar pergi kedai. Around 9.15 pm gitu time aku balik aku lalu jalan yang biasa aku ikut. Ada satu kereta gila ni ikut aku dekat sangat. Aku dah tension dah. lepas tu sampai kat satu selekoh ni ada satu mamat gila pulak bawak motor laju sangat dari depan, nak potong van dari arah yang sama so dia makan jalan aku. Aku rasa dia tak nampak aku sebab masa tu kat selekoh so elok² aku lepas je selekoh tu motor tu dah ada tengah² jalan kat depan aku. Nasib baik aku sempat ke kiri. Dia buat dekk je prengg-prenggg mencelah dengan motor dia. Yang mamat belakang tu pulak still bawak kereta macam nak cium bontot aku lagi.

Geram tau tak. Geram. Rasa nak brek emergency je biar mamat belakang tu pengsan terkejut tapi kang kereta aku yang lingkup. Rasa macam nak langgar je mamat motor tu biar padan muka bawak lagi kurang ajar tapi kang aku jugak yg nak kena kutip tulang dia satu-satu bawak pergi hospital. Rasa macam nak mencarut 18SX je tapi journal ni ada budak² bawah umur yang baca.

Kat sini selalu accident. Tiap² hari ada accident. Tiap² hari yang accident tu motor. Tiap² hari yang mati tu budak² muda bawak motor. Macam cikgu kata dalam guestbook aku, hari Rabu baru ni ada accident maut kat sini. Sorang tu pompuan Jepun mati pecah kepala. Well, things like this they don’t report… ye, pecah kepala keluar otak meleleh, kaki almost putus. Husband dia patah kaki but stable. lepas tu ada accident lagi motor dengan motor, 3 mati sekaligus on the spot. Sorang lagi pecah pundi kencing hampir² mati kat dalam OT sebab pendarahan tak boleh nak control. Hantar pergi tanah besar tapi aku rasa mati jugak kot unless nyawa dia memang liat.

Susah la nak percaya benda ni kemalangan. OK la ada ramai yang bawak ikut undang² tapi accident juga, tu memang malang le. Tapi bila dah tengok ramai yang kurang ajar macam ni, you tend to label all motorcyclists macam tu. It can’t be helped. Bila ada motor kat jalan je aku jadi takut dah. Keluar simpang main redah je, bawak motor malam² boleh dia tak pasang lampu, bawak motor sambil mengorat awek pun ada – siap angkat kaki letak atas basikal awek tu lagi…isk! Tu kalau accident tu sapa yang susah? Dengan dia, dengan awek tu, dengan aku sekali boleh gol – hatrick!

Nak ikut undang² ke tak tu masing² punya hal. Tapi, janganlah babitkan orang lain. Nak bunuh diri silakan, tapi jangan menyusahkan orang. Nak race pergi lah, tanggung risiko sendiri. Nak gugurkan anak, nak buat dosa go ahead, tapi jangan suruh aku tolong buat… but that’s a different story, maybe on another day.

Ingat, jalanraya bukan tempat utk berlumba. :)





 







 







 

This site supports: