dream is a wish your heart makes
when you're fast asleep
In dreams you will lose your heartaches
Whatever you wish for you keep

Have faith in your dreams 
and someday your rainbow will come smiling through
No matter how your heart is grieving
If you keep on believing
The dream that you wish will come true

A dream is a wish your heart makes
when you're feeling small
Alone in the night you whisper
thinking no one can hear you at all

You wake with the morning sunlight
to find fortune that is smiling on you
Don't let your heart be filled with sorrow
For all you know tomorrow
the dream that you wish will come true.

December 30, 2002  [5:00 PM]

Make someone happy,
Make just one someone happy;
Make just one heart the heart you sing to.

-----

Kegelisahan yang aku tidak tahu namanya itu sudah berakhir.  Aku rasa aku sudah tahu apa ertinya 'happy.'  'Happy' itu perasaannya bila kau pejam mata untuk tidur setiap malam dalam keadaan tidak sabar menunggu waktu pagi.  

(Thank you.)

-----

Make someone happy, 
Make just one someone happy,
And you will be happy too.

December 27, 2002  [3:02 PM]

...cinta tabung uji...

Dunia hari ini kesuntukan masa.  Dunia hari ini berbudayakan mee segera -- cepat dimasak, sedap dimakan.  

Begitu juga dalam halnya cinta.  Kalau boleh mahu dibeli di kedai.  Dalam tin, botol atau kotak.  Diberi minum pada gadis/jejaka idaman, bunga cinta pun berputik dan berkembang mekar dibajai PEA dalam botol atau endorphins dalam bentuk kapsul.  Cepat dan sedap.

Mengapa tidak?

PEA, atau phenylethylamine (rujuk log lalu), memang sudah ada dijual di kedai sekarang.  Malah di stesen-stesen minyak, di gerai mamak, di kantin sekolah.  Ada yang berbentuk kepingan nipis berbalut kertas aluminium, ada yang berbentuk bebola kecil, ada yang di dalam kotak, ada yang lebih besar kotak daripada isinya.  Ada yang mahal, ada pula yang murah.

Cokelat sudah lama diketahui umum mengandungi, antara lain, PEA dan caffeine yang boleh menyebabkan ketagihan.  Setiap 100g cokelat mengandungi 660mg PEA bersama bahan kimia perangsang lain.  

Okay, kalau begitu, hadiahkan si dia cokelat, tahap PEA dalam badannya meningkat, otaknya ter'tipu' menyangkakan dia telah jatuh cinta, bunga api, kilat sambar menyambar, kau orang yang paling bertuah kerana berjaya mendapat hatinya.  Hmm... mungkin tidak.

Walaupun cokelat mengandungi PEA semulajadi, tahapnya terlalu rendah dibandingkan dengan tahap PEA ketika dilamun cinta.  Untuk menjadikan cokelat ubat pengasih, kau perlukan cokelat dalam kuantiti yang banyak.  Satu kesan sampingan yang nyata: cokelat dalam kuantiti yang banyak juga menggemukkan.  Sudahnya?  Hatinya dapat kaupujuk tapi pinggangnya sudah sebesar pemeluk.  Oops!

Setelah gagal menemui cara menjadikan cokelat ubat pengasih, saintis kembali ke makmal dan memulakan penyelidikan ke atas sumber-sumber PEA yang lain.  Antaranya, bunga dan wangi-wangian.  Kedua-duanya hadiah biasa diberikan oleh jejaka kepada gadis pilihan.

Bunga-bungaan dan wangian seperti lavender, jasmine, violets dengan warna dan bau yang lembut didapati dapat menstabilkan mood seseorang.  Namun, hanya bunga mawar dapat memberi kesan secara langsung dengan kandungan PEA di dalam kelopaknya.  Walau bagaimanapun, cinta yang terhasil tidak kekal.  Ia turut layu bersama-sama bunga ini.  Sama ada bergendang dan menari dengan pakaian berwarna-warni di taman bunga dapat meningkat tahap PEA dan menyambung kelangsungan cinta, masih di peringkat kajian.

Masih tidak berputus asa, saintis kembali lagi ke makmal membuat pusingan-U.  Kalau sumber PEA luar tidak boleh diterima oleh otak manusia sebagai 'cinta', bagaimana kalau sumber PEA semulajadi di dalam otak sendiri yang dimanipulasikan?  (See, isn't science interesting kids?)  PEA di dalam tubuh manusia dicernakan oleh sejenis enzim yang dikenali sebagai monoamine oxidase (MAO).  Lawan kepada MAO, MAO inhibitors (MAOi) telah dihasilkan sejak sekian lama sebagai ubat kepada penyakit-penyakit seperti Parkinson's, Alzheimer's, kemurungan dan sebagainya.  

Kajian telah mendapati bahawa, dengan mengambil MAOi ini, kadar pencernaan PEA dalam tubuh manusia terhalang dan tahap PEA di dalam seseorang yang bercinta kekal tinggi.  Percintaan, sekurang-kurangnya secara teori, dapat bertahan lebih lama.  Tak perlu berhabis wang-ringgit bawa teman wanita menonton wayang gambar.  Tak perlu temankan dia keluar membeli-belah, duduk saja di rumah menonton bolasepak.  Beri dia MAOi, dia milik kau selama-lamanya.  Yeah, right.

Kesan sampingannya terlalu banyak, perlu berpantang pelbagai jenis makanan yang melawan kesan MAOi.  Cerewet.  Lebih baik pergi menonton wayang atau membeli-belah.

Jadi, impian untuk menghasilkan 'cinta di dalam botol' ini terpaksa ditukar haluan.  Para saintis mungkin belajar daripada bomoh konvensional untuk menghasilkan ubat pengasih seperti minyak senyonyong.  Sekali calit saja, sudah menjadi.  Sejak 50 tahun yang lalu, tok-tok pawang moden dari barat ini telah berjaya menghasilkan ubat pengasih dalam bentuk semburan pewangi yang didakwa mereka dapat menarik perhatian pasangan berlainan jantina.    

Rahsianya ialah sejenis bahan kimia, yang digelar pheromones.  Kau pernah tengok semut?  Tentulah.  Kau pernah tengok semut berjalan sebaris, menuju ke punca makanan atau balik ke sarang?  Kau tahu kenapa?  Semut-semut ini mengikut pheromones yang dihasilkan oleh semut dihadapannya.  Kegunaan komersil bagi pheromones serangga ini ialah dalam penghasilan racun serangga bagi tujuan pertanian dan domestik.  Kegunaan komersil pheromones manusia lain pula.

Pheromones dihasilkan oleh manusia, lelaki dan perempuan.  Ia dirembeskan ke dalam cecair badan seperti peluh dan dikesan oleh satu organ di dalam hidung yang digelar vameronasal organ.  Pheromones bukan bau badan yang tengik dan meloyakan.  Itu lain.  

Pheromones lelaki akan menarik minat wanita, begitu juga sebaliknya.  Jadi jangan tersilap membeli pewangi.  Yang membuatkan kita tertarik kepada seseorang lalu merembeskan PEA, dopamine dan noradrenaline dan jatuh cinta ialah kerana hidung kita telah mengesan pheromones-nya.  Cinta, dari  mata  hidung terus ke  hati  otak?

Pewangi pheromones ini, yang berselerak penjualannya di dalam dunia internet, khabarnya sangat mujarab.  Sejauh mana cinta tabung uji ini dapat bertahan, kita tunggu dan lihat saja.

Rujukan: pelbagai.

-----

Catatan ini sekadar suka-suka.  Lupakan Fererro Rorcher, sekuntum mawar merah sebuah puisi untuk gadis pilihan di bulan Februari, dan tok pawang baik yang traditional mahupun yang moden. 

Ubat pengasih yang paling mujarab ialah ketulusan hati budi.  Bukan wang ringgit, bukan harta benda.  Jampi pengasih yang paling menjadi ialah sentiasa berkata benar.  Bukan janji manis, bukan lakonan dengan kata cinta dan lagu rindu.  

Ingat tu.

December 25, 2002  [10:02 AM]

...all I want for christmas is you...

Masih tentang cinta.

Cinta pandang pertama.  Adakah?  Bolehkah?  Kau terpandang seseorang di perhentian bas,  dan woosh! panah arjuna menusuk tangkai hati, masing-masing terpaku lalu jatuh cinta.  Jatuh longkang bolehlah.  Lain kali nak melangkah, mata pandang ke bawah.

Kita bukan hidup di Hollywood atau Bollywood.  Di dunia plywood kita, hero sukakan heroin tetapi heroin nak tengok muka hero pun tak lalu.  Vice versa.  Kalau nama kau Ali, dan gadis yang kau cuba pikat itu namanya Asmidar kau boleh cuba curahkan minuman berkarbonat ke mukanya.  Kalau kau bukan Ali, cara ini amat tidak digalakkan.

Bomoh.  Ilmu pengasih, jampi serapah.  Minyak senyonyong, minyak dagu.  Kemenyan, sirih pinang.  Jangan fikir cara ini kuno.  Bomoh sekarang sudah semakin canggih.  Ada laman web sendiri, buat pesanan melalui emel, hantar gambar gadis/jejaka idaman dalam bentuk jpeg, bayar melalui Maybank-2-U.  Macam tak percaya.  Amaran: cara ini ditegah oleh agama.  Banyak lagi cara lain.

Puisi.  Tulis sebuah puisi cinta dengan bahasa berbunga-bunga.  Gubah sebuah lagu rindu mendayu-dayu.  Pusing pokok dua-tiga kali, jemput satu kampung bergendang dan menari bersama dengan pakaian warna-warni.  Tapi awas! ibu kau besar kemungkinan bermusuh dengan ibunya atau bapa kau mungkin berhutang dengan bapanya lalu percintaan ini tidak mendapat restu keluarga.  Hmm... kalau nama kau Sharukh atau Kajol, bolehlah.

Kalau tak dapat juga, beli saja cintanya.  Beri dia wang ringgit, intan berlian, kad kredit.  Toyota Altis.  Ford Lynx.  Biar kau makan nasi berlaukkan ikan bilis goreng setiap hari asal dapat mengabui mata si dia dengan $$.  Ada duit, abang sayang.  Tak ada duit abang melayang.   

Jadi, apa caranya?  Cinta tabung uji.

Bersambung.

December 13, 2002  [12:02 AM]

...ada apa dengan cinta?...

"When they are the first thing you think of when you wake up, and before you go to bed each night.  When the sound of their laughter, or a flash of their face can make a rainy day seem full of sunshine.  When you feel tension when they're away, and relief when they return.  When their mere presence fills you with strength, you're in love."

(Been there?  Done that?  Well done, you.)

-----

Ada apa dengan cinta?  Banyak sebenarnya.  Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline dan Endorphins hanya sebahagian daripada kisah cinta ini.  Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.

Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. 

Cinta.  Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati.  Cinta menyimpang ke jantung.  Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik.  Terhasillah PEA, Dopamine dan Noradrenaline.  Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya.  

Kesannya?   Hampir sama dengan Speed.  Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar.   Air liur meleleh, tak dapat ketagih.  Makan tak lalu, tidur tak lena.  Hidup jadi serba tak kena.

Cinta.  Euphoria, gayat, ketagihan.  Di luar kawalan.  Di bawah sedar.

Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan.  Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah.   

Akibatnya?  Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak.  Tangan mula meraba, mengusap, membelai.  I love You, You love I.  Maruah pun tergadai.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama.  Kesannya hanya antara 12-18 bulan.  Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam.  Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya.  Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit (lantas, ambillah kapak belahlah dada.  No hal punya!)  Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. 

Cinta.  Siang terbayang, malam termimpi.  Gambar ditatap, bantal didakap.  Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun.  Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat.  Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun.  Dulunya rindu bukan main.  Sekarang mula mencari yang lain.

Vasopressin.  Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan.  Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang.  Yang satu mahukan dua.  Yang dua mahukan tiga.  Yang tiga mahukan empat.  Yang empat mahu semua. 

...and they lived happily ever after.  Separately.

-----

(Ada apa dengan cinta? -- Sebuah kisah cinta biofisiologi.)

Rujukan: pelbagai.  Terima kasih kepada Amyz yang memulakan topik menarik ini di Forum GJ.

December 12, 2002  [1:27 PM]

...the house with a blue door & a violin-playing goat...

Sesuatu berlaku, kau orang terakhir yang dia beritahu.  Sesuatu berlaku dan orang pertama yang terlintas di fikiran kau, orang pertama yang kau mahu beritahu, masih dia.  Hanya dia.

Tukar topik.

"Mak tengok sampai habih.  Tak tegheyak pun.  Dok tunggu jugak bila la masa nak tegheyak tu," kata Mak, mengulas Kabhi Kushi Kabhi Gham.

Semalam aku habiskan menonton VCD Notting Hill.  Sedar-sedar, pipi aku basah dek air mata.  Uiks!

Jalan ceritanya biasa saja.  Boy meets girl, girl leaves boy, girl comes back, girl leaves boy again, girl comes back again, boy turns girl down, girl threatens to go away, boy changes mind at the last minute and runs after girl, boy gets girl and they live happily ever after.  

Hmm... bukankah semua filem romantik macam itu ceritanya?  Mungkin British accent dalam filem itu yang buat aku nostalgik.   Mungkin juga Hugh Grant.

Classic.

Seingat aku, filem terakhir yang pernah buat aku menangis ialah A Little Princess.  Teresak-esak aku depan televisyen sewaktu filem ini ditayangkan setahun atau dua tahun lepas.  Kemudian, filem ini ditayangkan lagi selang beberapa bulan.  Aku berjaga lagi, menonton sehingga habis.  Sedih lagi.  Menangis lagi.  

Ada sesiapa sudi meng-pos-ekspress-kan VCD ini pula pada aku? 

("Amboi!  Melampau ni...," kata Spyz.)  ;Þ

December 11, 2002  [1:17 PM]

...bak mimpi diganggu siang...

Kadang-kadang susah, aku rasa susah.  Susah untuk cuba memahami sesuatu yang di luar kuasa pemahaman kita seperti kau cuba memahami ayat ini yang panjang berbaris-baris, perkataan bersusun-susun tapi kosong maksudnya.  

Kau mahukan sesuatu yang kau rasa kau tak akan dapat.  Kau mula merancang alternatif.  Suatu hari, bagaikan di dalam mimpi, apa yang kau mahukan tiba-tiba terhidang di depan mata.  

Hati yang suka menjadi tawar.  Tawar macam air.  

Bulan menjadi tahun.  Benci menjadi sayang.  Sayang untuk menjamah hidangan, sedangkan itu yang ditunggu-tunggu.  Paradoks.

-----

Aku harus hentikan hobi baru aku mengumpul kotak.  Hentikan semua persediaan dan angan-angan Januari.

"Februari...," kata suara dalam corong telefon.

"Februari?" aku tanya.  Macam aku, sekali lagi, ada masalah ENT.

Januari telah ditangguh ke Februari.  Januari cuma sebuah mimpi yang diganggu siang.

Aku tidak rasa kecewa.  Sebaliknya, semacam ada perasaan lega dalam hati aku.  Paradoks yang sukar untuk aku jelaskan.  

December 6, 2002  [8:02 PM]






Satu hari di hari raya | Ku lihat wajah suci ibuku | Ku lihat wajah kasih ayahku | Ku gembira | Mungkin inilah dia kebahagiaan.

December 3, 2002  [8:32 AM]

...jujurlah pada hatimu...

"I'd like to run away from you, but if you didn't come and find me... I would die." 

Hidup, kalau tidak membuat kesilapan, bukan hidup namanya.  Hidup, kalau tidak ada ruang membuat pilihan, bukan hidup juga namanya.  Soalnya, berapa kali kau harus tersilap?  Berapa kali pula kau harus tersilap membuat pilihan?

Januari masih samar-samar.  Semakin dekat Januari, semakin banyak perkara yang menyesakkan benak.

Aku perlukan beberapa jawapan sebelum Januari tiba.  Selepas Januari aku tak mahu ditanya dan bertanya soalan-soalan itu lagi.  Cukup sampai di sini, sayang.  











 







 

This site supports: