August 7, 2003  [6:57 PM]

...the optimist sees the doughnut
but the pessimist sees the hole...


Ada sesuatu yang baik yang akan aku dapat daripada kesibukan melampau ini, 'kan?  Tiap-tiap hari aku kena balik lewat sama ada menghabiskan kerja di wad yang sememangnya tak akan habis atau pergi makan cucoq dan minum milo ais dengan rakan sekerja meluahkan ke-tension-an tentang kesibukan melampau masing-masing. 

Ada sesuatu yang baik yang akan aku dapat daripada kesibukan melampau ini cuma aku belum tahu apa bendanya...

-----

"Pukul berapa?" tanya aku pada staf pagi tadi sesampai aku di wad.

Kak Ida segera faham yang aku merujuk pada nama makcik Mah yang telah dipadam dari papan putih.

Entah.  Dari dulu lagi aku sudah buat keputusan, Onkologi bukan untuk aku.  Usaha sekeras mana pun kau pasti akan kalah dengan kanser.  Dia mati sebelum maghrib semalam dengan morphine infusion untuk menahan sakit, dengan sanak saudara di sekeliling, dengan surah Yaasin di bawah bantal.

"Did she die peacefully?" tanya Boss.

Mungkin.

Al-fatihah.

-----

"Kita tunggu apa sekarang?" tanya Boss.

Makcik H tunggu CT scan, chemo lagi 4 hari.  Makcik Y tunggu aspiration under ultrasound sembilan haribulan.  Kak A tunggu demamnya sembuh kemudian chemo.  Makcik R sudah merajuk langsung tak mahu pandang muka aku.  Tunggu dimasukkan darah, diberi seminggu TPN, keputusan cytology kemudian pembedahan.

"Kita tunggu nak bercakap dengan keluarga dia.  Kalau ada," kata aku.

Makcik K penghuni rumah orang tua-tua di pekan B, walaupun dia sebenarnya tidaklah tua.  Dia buta.  Sekarang dia ada barah ovari.  Dia perlukan pembedahan.  Selepas pembedahan dia mungkin akan dipakaikan colostomy bag, supaya dia dapat membuang najisnya melalui satu bukaan di perut.  Dia buta.  Mana dia boleh buat itu sendiri.  Dia ada abang dan seorang anak saudara.  Mereka sudah tidak mahu ambil tahu tentang makcik K. 

Sebelum makcik K kalah kepada kanser, dia sudah lebih dahulu kalah kepada keadaan.

-----

Optimist : Sees the doughnut, not the hole.
Pessimist : Sees the hole, not the doughnut.
Realist : Sees both the doughnut and the hole.
Diplomat : Talks through the hole.
Dreamer : Only cares for the icing on the doughnut.
English Teacher : Checks the spelling of "doughnut."
Baker : His job is to make the doughnut...

 

August 2, 2003  [6:44 PM]

...dalam dada ada batu...

"Apa yang tension sangat?" tanya suara dalam telefon.

Aku tak tahu mana satu harus diceritakan dahulu.  Aku sudah mula tidak makan tengahari.  Aku sudah boleh pakai semula jeans lama aku yang dulunya ketat.  Kebaya aku sudah longgar, rasa macam pakai kebarung.  Muka aku penuh jerawat-jerawat kecil yang cermin-boleh-bercakap aku kata besar macam bisul.  Ada perubahan biokimia dalam perut aku selepas melihat Sharifah menyusu.  Ada perubahan biokimia yang lain pula selepas melihat Mak mula menjahit langsir.  Tapi yang meruntuhkan tujuh petala langit atas dada aku ialah bila aku ditinggalkan seorang diri di wad 4 sementara CK mengganti tugas di hospital K selama seminggu.  Membancuh chemo, aku.  Menyelia houseman, aku.  Menyediakan senarai pembedahan, aku.  Membahagi-bahagikan kes untuk pre-op, aku.  Buat itu, aku.  Buat ini, aku.  Kena marah, masih aku juga.

"Tensionnnn...," itu saja yang aku boleh kata dengan muka ditutup bantal.

-----

Mula-mula Murali ditukarkan ke bandar S.  Kemudian Dr BV melanjutkan pelajaran di Australia.  Dr AN pun keluar.  Ke hospital swasta.  Yang terbaru, CK tiba-tiba dapat surat pertukaran ke pulau.

Rasa macam bekerja di Hospital Fantasia.  Seorang demi seorang diundi keluar.
 










 







 

This site supports: