ood morning, good morning
The sun is in the sky
Good morning, good morning
Open up your eyes
Time to wake up
So many things to do
Good morning, good morning to you

Good morning, good morning
Let the day begin 

Good morning, good morning
Hear the blue birds sing
Time to wake up
So many things to do
Good morning, good morning to you

Good morning, good morning
Good morning, good morning
Good morning, good morning to you. 

April 13, 2003  [10:59 PM]



Doa ketika terjadi penyakit menularErtinya:  Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh kepada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam tidak nyata, aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya.  Semoga Engkau hindarkan kami, ya Allah, daripada bala dan wabak.  Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

-----

Apakah itu Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)?
Sejak bulan Februari 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan berlakunya sejenis wabak penyakit radang paru-paru (pneumonia) yang teruk di wilayah Guangdong (China), Hanoi (Vietnam) dan Hong Kong.

Semenjak itu, penyakit yang serupa telah dilaporkan berlaku di beberapa buah negara lain.  Penyakit radang paru-paru ini dikenali sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).  Penyakit ini mempunyai gejala awal seperti penyakit demam selsema iaitu demam panas secara mendadak melebihi 38.5˚C, sakit-sakit otot, sakit tekak, batuk dan sakit kepala.  Ini diikuti dengan kesukaran bernafas, yang mana boleh melarat menjadi radang paru-paru yang lebih teruk dan boleh membawa maut.  Penyakit ini dikaitkan dengan mereka yang pernah mengunjungi kawasan-kawasan yang telah mempunyai kes kejadian penyakit ini atau berhubungan rapat (close contact) dengan pesakit yang disahkan mengidap SARS.

Apakah punca SARS?
Punca penyakit ini masih belum diketahui.

Bolehkah ia berjangkit, dan bagaimana ia merebak?
Ya, SARS adalah sejenis penyakit berjangkit dan berbahaya.  Penyakit ini merebak melalui perhubungan rapat/close contact (pernah menjaga, tinggal bersama atau bersentuh cecair pernafasan pesakit atau orang yang disyaki mengidap SARS.)

Berapa cepatkah seseorang itu akan jatuh sakit setelah dijangkiti?
Pada masa ini, tempoh pengeraman/inkubasi (incubation period) tidak diketahui.  Walau bagaimanapun daripada maklumat yang terkini, jangkamasa pengeraman adalah dijangkakan dalam lingkungan 2 minggu.

Siapakah yang berisiko dijangkiti SARS?
Individu-individu yang telah melawat negara-negara yang mempunyai wabak ini atau berhubung rapat (close contact) dengan pengidap SARS.

Negara manakah yang berisiko tinggi?
Berdasarkan laporan WHO, negara-negara itu ialah Guangdong (China), Hong Kong, Vietnam.  Laporan terkini WHO melaporkan kejadian yang serupa di Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Kanada.

Bagaimanakah SARS didiagnosa?
Diagnosa adalah berdasarkan ciri-ciri klinikal, sejarah perjalanan/lawatan ke kawasan-kawasan yang berisiko atau pernah berhubung rapat dengan pesakit SARS.

Bolehkah penyakit ini dirawat?
Pada masa ini, tidak terdapat rawatan yang khusus.  Namun demikian, jika anda baru balik dari kawasan/negara yang mempunyai kes SARS dan mengalami gejala seperti demam selsema, anda haruslah berjumpa doktor.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk melindungi diri daripada SARS?
Anda dinasihatkan untuk tidak melawat atau melancong ke negara-negara yang mempunyai kes SARS, kecuali ianya benar-benar perlu.  Elakkan berhubungan dengan kes-kes (pesakit-pesakit SARS), tetapi jika terpaksa, anda dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik dan menggunakan alat perlindungan diri seperti topeng pernafasan (mask) yang sesuai.

Adakah terdapat pelalian/vaksinasi untuk melindungi diri?
Pada masa ini tidak ada pelalian/ vaksinasi yang khusus untuk penyakit ini.

Bolehkah saya melancong/melawat negara China, Hong Kong, Vietnam dan kawasan-kawasan yang mempunyai SARS?
Adalah dinasihatkan supaya anda tidak melakukan perjalanan ke kawasan-kawasan yang terlibat, kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

(Disediakan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.)

1.  SARS lagi.
2.  Lagi-lagi SARS.
 

April 5, 2003  [10:59 PM]

"...Jikalau raja Melaka hendakkan aku, perbuatkanlah aku jambatan emas satu dan jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang.  Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk..."

-----

"Kawin tu judi," katanya spontan, sekaligus mematahkan hujah-hujah aku yang separuh masak.

Aku tergamam.  Bunyinya macam nasihat yang aku sendiri pernah berikan pada seorang kawan dalam situasi yang serupa.

Kahwin itu satu perjudian.  Hidup ini satu perjudian.

"Ada hari untung, ada hari rugi," dia sambung.


Tak ada cincin berlian 18 karat, berkilau-kilau.  Tak ada hidangan istimewa di restoran orang kaya-kaya, dalam samar-samar cahaya lilin.  Tak ada gesekan biola beralun-alun.  Dia tidak melutut di depan aku dengan bunga mawar sekuntum macam dalam filem-filem Hollywood yang aku suka tonton.

Di sebuah gerai di tepi tasik, dia beritahu aku kahwin itu satu perjudian dan aku rasa mahu menangis.

Lama juga aku terdiam.

Dia tidak menjanjikan aku apa-apa.  Dia tidak janji akan memintal buih-buih di laut atau mengutip bintang di langit.  Dia tidak janji akan menurut segala kemahuan aku.  Dia tidak janji akan ada bersama aku sampai mati.  Dia tidak janji tidak akan jadi seperti laki-laki lain.  Dia tidak janji satu apa pun. 


Di depan aku ketika itu ada seorang lelaki dewasa yang aku sudah kenal selama 18 bulan, yang sudah menerima aku seadanya dan meminta aku juga buat begitu terhadapnya.

Aku terharu, kehilangan kata-kata.  Perlahan-lahan aku mengangguk, tanda setuju.

-----






Cincin tersarung di jari manis tandanya sudah.

(Projek Fasa I selesai. Fasa II, insya-Allah, akan menyusul kemudian.)

April 2, 2003  [12:31 PM]

...got myself together, now I'm ready to sing...

Segalanya berjalan lancar, aku rasa.  Yang itu sudah, yang ini sudah.  Yang di sana pun sudah datang ke sini.  Yang dicari pun dah jumpa.  Yang aku idam-idam pun aku dah beli.  Aku cuma perlu bertenang sampai hari Sabtu.

April 1, 2003  [10:10 PM]




Aku tak mampu nak memikul senjata turun ke medan perang.  Memikul stethoscope turun ke medan perang pun sebenarnya aku tak sanggup.  Aku tak sanggup mengikat bom di sekeliling pinggang aku dan berjalan masuk ke White House.  Bush tak mahu dengar cakap PBB, apatah lagi cakap aku. 

Aku tidak akan beli jenama Amerika lagi.   Aku akan makan burger Ramli, isi minyak kereta di Petronas, beli VCD Hollywood cetak rompak dan tonton sitkom tempatan (oh dear!).  Mungkin aku perlu pindah keluar dari Tripod.com.  Hmm...

Jom boikot.

 










 







 

This site supports: