Make your own free website on Tripod.com

April 27, 2001 [4:40 PM]

...is it a plane? is it a bird? it's... superman!...

Sometimes kan something happens and kita tak tau nak menangis ke nak gelak... so kita urut dada, tarik nafas dalam-dalam dan istighfar bebanyak...

Aku ada satu benda aku nak beli hari ni.  Satu benda yang aku dah lama berkenan.  Well, benda aku berkenan sesangat tak leh beli sebab bulan ni road tax mati so budget derailed sikit.  Aku beli the next best thing which is not bad jugak cuma slightly outdated.  Anyway, aku pun beli benda yang aku nak.  Masuk dalam kereta, keluar parking.  Bagi signal kanan and...

...and... "nenong nenong nenong...," alarm kereta aku bunyi (huh? I didin't even know this car has an alarm!)  Enjin mati tak leh start balik.  Great!  Just great!  Kereta aku dah halfway across the street, blocking traffic and enjin buat hal.

Ada orang kat kedai makan across the street tengok kat aku.  Kalau aku pun aku tengok jugak... alarm tu punyalah kuat.  Start enjin berkali2 tapi still tak ada response.  Kalau manusia, round about now aku dah start CPR, intubate and book ventilator kat ICU.  Tapi ini kereta and aku satu habuk pun tak tau pasal kereta.

Aku pasang distress signal yang lip lap kiri kanan tu and pergi kedai makan tu mintak sorang adik yang baya2 adik aku ni tolong tolak kereta aku ke tepi.  Dia dengan tak payah dipaksa pun terus bangun (terima kasih la bebanyak adik oii) and kami pun tolak le kereta aku yang demam tu.  Tolak ke tepi tapi still tak tau apa nak buat.  Aku cakap kat adik tu tak apa aah tinggal je situ, aku naik teksi pergi panggil pomen.  Masa tu lah 'dia' datang...

"Pasai apa ni?  Pasai apa?" dia tanya.

Entah dari mana dia datang aku tak sure.  Macam Superman pulak tetiba je muncul.

Aku pun cerita lah semua² sekali.  Dia pun suruh aku ke tepi. Dia belek2 bawah steering kereta tu lepas tu tekan2.  Masa dia dok buat itu ini tu, ada satu kereta Wira biru berhenti kat situ.  Sorang abang ni turun and tanya, "Pasai apa ni?"

Aku pun cerita lagi.

Tengah2 bercerita kisah sedih aku ni, tetiba voila! kereta aku pun di-start oleh abang superman tu.

"Tu dah buleh start!" kata abang kereta Wira.

"Hah! lenkali kalau jadi lagi, ni tekan secret button ni," abang Superman kata sambil tunjuk button bawah steering tu.

Wow! ada secret button!  Setahun aku bawak kereta tu tak tau pun.

"Hah switch on dulu ni, lepas tu tekan...," kata abang Wira.  Dia pulak try memulas2 switch kereta aku.

"Oooo... ishh, terima kasih banyak2 la no... terima kasih...," aku kata dengan happy gila2.

Adik kedai makan tu balik kedai dia.  Abang kereta Wira tu naik balik kereta dia.  Abang Superman tu tetiba je crossed the street and blah gitu aje.  Aku tak sempat tengok pun dia pergi arah mana, terus hilang.  Hmm...

So, terima kasih bebanyak le untuk adik kedai makan, abang wira dengan abang Superman.  Jasamu akan kukenang tiap kali keretaku mati ditengah jalan... hopefully bukan selalulah.

Sekarang aku tengah charge battery Nokia 3210 yang aku baru beli sebelum semua² tu berlaku.  Bila aku dah habih charge battery tu the first number aku nak save dalam handphone tu is nombor telefon kedai pomen!

Phew! What a day!

April 26, 2001 [8:16 PM]

…seronok…

Semalam buat benda pelik yang so out of character.

Aku dengan 14 orang member pergi buat BBQ.  Actually benda ni idea si Naz dengan Kak Fa lah.  Masa Naz ajak aku petang semalam, aku ingat tak nak ikut sebab aku kan standby tetiap hari.  Tempat tu pulak bukannya dekat aku nak lari balik kalau ada emergency case.  Pulak tu plan nak stay overnight pulak sedangkan hari ni bukannya cuti.

Tapi… bila mengenangkan kalau aku balik rumah pun aku bukan ada benda nak buat selain daripada meng-alter report tu.  Report 2 mukasurat yang aku tulis Pengarah kata tak cukup detail.  Ahh bosan!  Naz pulak dah janji kalau pager aku bunyi dia hantar aku balik.  So cenggitu le jadiknya… pukul 7 malam semalam kitaorang pun bertolak ke Hutan Lipur.  2 buah kereta dah pergi dulu.  Kami geng yang ter-delay sebab cari arang satu pulau tak ada, bertolak dengan 4 kereta & 1 motor.

Memula OK je semua orang happy-happy walaupun dah lewat 2 jam dari plan asal.  Lima belas minit perjalanan, hujan turun…  Makin lebat, makin lebat… last2 lebat gila…  Aku naik kereta Naz.  Kami dah tak berani nak bersembang.  Masing-masing duduk tegak, hidung hampir mencecah windscreen sebab tak nampak jalan.  Dah le jalan selekoh2, tak ada lampu jalan, malam pulak tu.  Main redah je ikut lampu kereta depan.  Tapi paling teruk si Ad lah, dia yang nak sangat naik motor.  Habis basah kuyup dia.

Dah dekat nak sampai baru hujan mula reda.  Renyai-renyai je masa kami sampai, pukul 8.15.

Angkut barang2, kemas chalet je dah sejam.  Cari tempat kering nak buat BBQ, nak set up “bumbung” cover BBQ tu lagi… last2 pukul 9 lebih baru start memasak.  Hmm…nyum, nyum…

Bakar ayam.  Bakar ikan, kerja orang pompuan.

Yang lelaki pergi buat bonfire tepi pantai.

Tengah-tengah seronok bakar itu-ini, air liur asyik meleleh je bau makanan… sekali pager aku bunyi.  Semua orang diam tengok aku.  Aku pun dah suspen dah…

Aarghhh tension.

Aku call hospital.  Rupanya diaorang tak dapat contact handphone Dr B, diaorang page aku.  Aahhh… nasib baik.

Pukul 11 malam baru boleh makan.  Makan ramai-ramai… sedap.

Lepas tu duduk keliling unggun api makan durian sambil tengok laut dalam gelap.  Tempat ni cantik.  Kalau siang lagi lawa, nampak pulau-pulau Siam dekat je.  Pantai pun teduh dan private.  Aku rasa satu-satunya pantai yang belum di-komersilkan kat pulau ni.

Bila durian semua dah habis baham…  Segala kucing tidur, kucing celik semua dah telan, apa lagi sorang2 start baring le… perut dah kenyang!  Kalau ada sesapa tak pernah try baring in open air tengok langit… baiklah try.  Lawa.  Rasa tenang je.  Ohh…

Bangun Max. Jom tidur kat dalam!” suara sapa entah, aku rasa Kak Fa yang kejut aku pukul 2 pagi.  Laa… punya la tenang sampai tertidur.

Tidur bergelimpangan dalam chalet yang kami sewa tu.  Kami sewa 2 chalet.  Satu ada elektrik tapi tak ada air, satu ada air tapi tak ada elektrik.  Tapi dah mengantuk sangat, tak kisah aah.  Alhamdulillah Labour Room tak kacau.  So boleh le aku tidur sampai pagi.

Pagi tadi pukul 7 kitaorang semua bertolak balik.  Hari ni kerja!  Nasib baik half-day so tak ada aah letih sangat.  Buat kerja letih, tapi pergi BBQ tepi pantai sampai tengah-tengah malam OK pulak!  Hehe…

Sekali-sekala lepas tension kan…

April 24, 2001 [9:40 PM]

...Tuan,...

Dengan hormatnya saya...

Ohh... panasnya, on kipas.  Oh wait! TV ada cerita apa?
What??  Stargate?  Mana Amazon?
Isn't Amazon supposed to be on tonight?


...merujuk kepada...

"You've got 2 new email messages"...
I wonder who's online?  Alaa... nak tengok je...


...surat tuan...

Lapar aah...
eeiii... panas...  Apsal kipas ni tak sejuk?
Maybe aku kena beli another fan letak just here by the PC...
Esok?
macam mana nak bawak naik 3 tingkat aah?
Hmm... maybe just a small fan...


...bertarikh 1 April...

Eh ehhh... baju rendam tadi tak basuh lagi...
pergi basuh baju dulu lah... and mandi sekali, panasnya pulak...
Speaking of baju... esok nak pakai baju apa?
Hmm... something yang tak payah gosok maybe...
don't feel like doing any ironing tonight...
Panas!


...2001...

OK, let's try something... I wonder if BPA has a website?
Wow wee... Ohh look, now you can even complaint online!
That's clever...


...(rujukan:BPA/U/xxxxxx/PU/xx).

Hmm... Cupid is about to start...
Sod this letter.  It can wait.


...berkenaan perkara di atas.

Sesiapa saja yang ada apa-apa aduan mengenai ketidakpuasan hati dengan mana-mana agensi kerajaan boleh mengadu kat sini.  Sesapa yang tak puas hati dengan journal ni boleh mengutuk kat sini.

April 23, 2001 [8:58 PM]

…isteri saya dipaksa naik ke katil lalu jatuh dan pengsan…

DISCLAIMERCatatan-catatan yang terdapat di dalam journal ini merupakan pendapat peribadi penulis.  Ianya tidak ada kena mengena dengan mana-mana kenyataan (rasmi atau tidak rasmi)/ polisi/ garispanduan/ visi/ misi Kementerian Kesihatan Malaysia, pegawai-pegawai atau kakitangannya.


Aku suka menulis.  I generate pleasure out of transferring my emotions into words.  Aku menulis kerana aku suka.  Simple.

Tapi bila aku menulis kerana aku terpaksa… jadi susah.  So aku pergi buat benda lain.  Aku pergi tulis surat pengesahan keuzuran Makcik TJ.   Aku pergi klinik tengok semua kad follow up untuk esok.  Aku pergi tulis siap2 referral untuk esok.  Aku pergi beli goreng pisang.

Susah la nak tulis report bodoh tu.  Kalau complain yang betul takpelah jugak.  Ni tidak… cerita ditokok-tambah macam pesakit dah betul-betul kena aniaya.  Macam staf-staf yang selalu makan semeja dengan aku tetiba dah bertukar selera nak makan orang je pulak.  Aku tak tau macam mana nak mula menulis report tu tanpa menggunakan perkataan-perkataan ‘tipu’, ‘bohong’, ‘memutar-belitkan fakta’, dan swear words… err, I generate pleasure out of transferring my emotions into words…  Now I have to generate the words minus the emotion?  Huh…

My emotion is currently not angry but more of amused…

…isteri saya dipaksa naik ke katil lalu jatuh dan pengsan

Oh please… encik, sudahlah…  Kalau sayalah encik, alang-alang nak men-sensasikan cerita baiklah kata darah turun membuak-buak tanpa dipedulikan oleh sesiapa malahan isteri saya dipaksa pula mengelap darahnya sendiri dengan kedua-dua tangannya digari sambil diperhatikan oleh seorang jururawat yang bengis…

OK, now I’m angry…

Just tell the truth kan?  Just tell the truth… that we did everything mengikut prosedur seperti yang tercatat di dalam Standard Operating Procedure dan mengikut garispanduan yang disediakan oleh kementerian.  Berani kerana benar… apa nak takut?

tak ada idea macam mana nak membersihkan nama unit aku yang telah tercemar tu.  Kalau cuci dengan peluntur berklorin… kotoran tanggal tapi menjejaskan warna.  Kalau cuci dengan peluntur lembut… warna kekal tapi kotoran tak hilang.  Hmm…

Phuh…

Aku menulis ni di dalam gelap.  No, tu bukan metafora.  Aku memang, literally, duduk menaip ni di dalam gelap sebab, “dengan memadamkan semua lampu dan menutup semua tingkap akan memudahkan lagi kerja penghapusan serangga malam ini,” kata operator melalui PA system siang tadi.  Lebah bersarang kat tingkat 4 blok aku.  So I’m sitting in the dark… sementara lebah2 tu dilayan dengan kasar, lalu jatuh dan pengsan.

God, I’m bitter.

April 22, 2001 [6:38 PM]

…welcome back party? I don’t think so…

Bangun pagi rasa malas sesangat.  Holiday mood tak habis lagi walaupun semalam dah terpaksa start buat kerja.  Nasib baik ada baju baru dengan matching tudung nak mengatasi rasa malas aku.

Diaorang tengok…

Diaorang tegur…

Aku tengok balik…

Then baru aku faham…

Apa tengok? Takdak aah… Haa, takdak inai.  Takdak cincin!”  Aku jawab soalan yang diaorang tak tanya tu.

Diaorang gelak.

Aku gelak.

Aku terpaksa ulang sketsa lawak pagi Ahad tu beberapa kali di berapa wad dan di sepanjang beberapa corridor.  Alahai… asal ambik cuti panjang je orang tak ada ingat lain.  Boring aah…

Semalam diaorang sambut aku dengan satu Caesarian.  Hari ni diaorang ada satu lagi surprise…

Ada sepucuk surat dari Biro Pengaduan Awam landed atas meja Pengarah masa aku cuti.  “Aduan Mengenai Layanan Kasar di Wad Bersalin,” tajuk surat rasmi tu.

Aaahhh… rasa macam dah banyak kali dengar tajuk tu tapi… tapi di mana ya?!!

Malas nak komen in detail takut err, mengganggu siasatan.

Kalau nak komplen, aku tak boleh buat apa2.  Itu hak pesakit sebagai pengguna tapi lepas mesyuarat tergempar tadi jelas ada fakta-fakta dalam surat tu yang memang tak betul, saja nak menyedapkan isi surat je.  Kalau tulis pendek sangat kang tak berbaloi pulak harga stem 30 sen tu kan?

Walaupun aku tak terlibat directly, aku yang kena buat lapuran penuh.  Aku ada sampai lusa untuk siasat dan membersihkan nama unit aku.  Urghhh…

[12:35 AM]

...back to work...

Huh... macam tak percaya je.  Aku sampai rumah pukul 6.30pm.  Aku connectkan semula internal phone line aku yang sengaja aku disconnect masa aku cuti.  Aku duduk-duduk sambil makan KFC Wedges.  Phone bunyi...

Pukul 8.00pm aku pergi Labour Room.  Lembaga hitam hari tu datang lagi dan berbisik, "Apa ko buat ni? Ko kan masih officially on leave sampai pukul 8 esok pagi?"

Aku tengok muka patient tu dan pari-pari putih yang aku tembak hari tu hidup balik.  Dia datang dan kata untuk aku seorang je dengar, "Kengkadang kita ni kerja bukan hanya untuk dapat gaji..."

Pukul 10.30pm aku pergi OT buat Caesarian.

Sekarang aku nak tidur.

April 21, 2001 [6:50 PM]

...I'm back...

Dah sampai dah ke pulau. Dah habis dah cuti... aik?

April 20, 2001 [10:44 PM]

...rumah baru, rumah lama...

Hari ni hari ke-2 operasi mengecat rumah.  Semalam aku, Mak dengan Ayah cat bahagian depan.  Hari ni bahagian belakang.  Phew! Teruk kerja di tengah terik matahari ni ye?  Hehe... ye lah, aku biasanya kerja dok dalam air-cond...

Rumah dah jadi lain sekarang.  [Adik, prepare to be surprised!]  Nampak macam rumah orang lain.  Hari aku memula sampai hari tu aku dengan Mak Su cari rumah tak jumpa.  Hahaha... macamlah dah sepuluh tahun tak balik dari perantauan sampai tak kenal rumah sendiri.  Pokok jambu depan rumah tu dah tak ada.  Pokok jambu yang aku selalu panjat tu.  Macam real je bunyi... panjat...  Dengan penuh keayuan gadis Asia, aku bukan panjat pokok, aku panjat kerusi nak balut buah jambu yang belum dimakan ulat... sekarang tak ada dah...  Huh...

Tapi bukan rumah ni je yang berubah...  Rumah lama aku di seberang jalan tu pun dah berubah.  Rumah tu lagi banyak kenangannya.  Rumah aku dan Adik dibesarkan.

Rumah 1284-B tu sebahagian daripada kuarters kerajaan yang sekarang sedang dirobohkan untuk dijadikan kawasan komersial.  Hmm...  Aku tengok rumah2 lain dah tak ada bumbung, tak ada jeriji tingkap, tak ada dinding... 1284-B cuma menanti hari je nak dirobohkan juga.

Sedih jugak aku...

Bila aku pejam mata, aku masih boleh nampak setiap bilik dalam rumah tu.  Setiap susun-atur perabot, setiap inci lantai rumah...  Aku ingat bilik hujung tempat aku dengan Adik tidur, ada poster Monaliza kat belakang pintu yang aku takut sebab dalam gelap aku boleh nampak anak mata dia bergerak tengok aku...  Aku ingat bilik tengah tempat aku buat homework masa pencuri tengah selongkar almari dalam bilik Mak.  Aku ingat lepas tu aku pergi tanya Mak apsal kotak barang kemas dia terbuka & envelop dia simpan duit ada atas lantai...  Aku ingat tong sampah tempat Mak suruh aku duduk sampai petang sebab aku ponteng kelas ngaji.

Aku ingat semua tu sekarang tapi esok lusa bila 1284-B dah tak ada, mungkinkah aku masih boleh ingat lagi?

Mesti.

April 17, 2001 [6:33 PM]

...cuti...

Actually kan, cuti lelama pun tak best jugak sebab aku kalau cuti, cuti physically je.  Fikiran aku tinggal kat pulau.  Tadi aku dengar bunyi ambulan lalu.  Ingatkan kes dari pulau.  Rupanya ambulan Hospital Y.  Hmm, lega. Aku harap tak ada apa jadi while I'm away... tapi aku asyik teringat klinik aku hari ni.  Boleh ke Naz handle sorang²?  Labour Room macam mana?  

Then lembaga hitam yang ada tanduk tu muncul.  Dia bisik kat telinga aku, "Peduli apa? Ko tengah cuti... Lantaklah, biar orang lain handle pulak!"  

Lepas tu pari-pari putih yang ada sayap berlabuci tu datang balik dan bernyanyi2, "Kesian Naz sorang²... Kesian patients kalau apa2 jadi. Kan? Kesian kan?"

Oii... sudah!  Sudah!  Cuti aku lepas ni ada 53 hari lagi.  Lima puluh tiga hari...  Banyak wooo 53 hari.  Aku rasa sekarang dah susah nak mintak pengganti masa aku cuti sebab alasan yang sama asyik diulang-ulang -- tak cukup doktor.  Tapi peduli apa, aku dah kerja teruk2 53 hari tu aku punya hak.  Aku punya hak to be selfish sekali-sekala. Ye ke? Is it a right, or is it a privilege?

BANG!

Aku tembak pari-pari putih tu.

HAHAHA...

Lembaga hitam gelak guling-guling...

Hari ni pergi rumah Mak Su tolong (tengok) Mak Ngah buat bubur asyura.  Hmm, kenal bubur asyura?  Sayang aku tak pinjam digicam Ayah, otherwise aku boleh ambik gambar bubur asyura versi utara for those yang tak kenal.

Mak ngah kata kat aku, "Resepi ni Nat boleh bubuh kat internet la lepas ni!"

Hmm, Mak Ngah sudah pandai cakap pasal internet. Hmm...

April 14, 2001 [10:54 PM]

...money matters...

Cuti aku dah masuk 2 hari.  Angkat bungkus dan balik kampung.  Bestnya...

Semalam sebelum aku bertolak balik, aku singgah ke pekan to run some errands.  Aku pergi bank nak bank-in cheque aku.  Aku jumpa pegawai yang ada meja kat tepi pintu tu nak tanya berapa hari nak clear cheque.  Dia cakap 4 hari je, lepas tu dia suruh aku duduk dia nak cakap sesuatu.  Aku pun duduk le.  Rupanya dia nak kempen suruh aku ambik loan ASB.

Aku pun dengar le dengan tak berminatnya.  Alaa... biasa la kan, kalau ada org datang rumah jual carpet ke, vaccuum cleaner ke minyak angin ke sure kita dengar dulu kasik dia habis dia nye demontrasi tu baru kita kata tak mau kan?  So aku pun duduk le waiting for that golden moment bila aku nak boleh kata, "No, thank you."

Memula dia tunjuk contoh kat aku loan RM 30,000 insurans banyak ni, ansuran bulanan banyak tu, pulangan banyak mana apa semua... then dia pandang aku and tanya, "Boleh I tanya you kerja kat mana?"

Bila aku cakap hospital, dia tanya pulak kerja apa kat hospital.  Aku saja malas nak menipu so aku cakap le, "Doktor."

Hahaha... gila terkejut muka nyonya tu.  Apsal aku tak tau le.  Lepas tu baru le dia mula speaking London pulak.

lepas tu dia cakap dengan tersipu-sipu malu.  Again, aku tak tau kenapa dia perlu malu.

Dia cakap, "If that's the case... I think you can afford RM 80,000 lah."

Aikk!  Tadi bagi contoh Rm 30K lepas tau aku doktor dah jadi 80K??  Hahaha... nyonya ni macam orang lain jugak selalu over-estimate gaji doktor.  Asal doktor je terus ingat kaya.  Nampak $$ kat anak mata dia...  Huishh, dahsyat.

Dia membebel lagi and aku pun nampak aku punya golden opportunity, shook her hands & cakap, "No. Thank you."

Bila aku pergi bank-in cheque aku kat kaunter Priority (see, bank aku ingat aku kaya) the kerani kaunter pulak sibuk nak nasihat aku pasal Long-term Saving Plans sebab cheque aku ada tulis Dr.  Eeeiii... aku dah mula naik ruam-ruam merah kat kulit aku, dada aku jadi sesak... aku dah naik allergic.  Susah jadi orang 'kaya' ni kan.  Semua orang sibuk nak tolong 'manage' your money. Hmm, kalau kaya betul-betul tak apa lah jugak... :)

Hari ni aku dengan family pergi Padang Besar.  Ber-shopping itu ini.  Tak ada le beli banyak sangat.  Setakat sepersalinan aje.  Hehe... beli baju, beli skirt.  Beli kasut ala-ala Cinderella... buat aku rasa seksi setiap kali aku pakai.  Auw!

(This is how I like to 'manage' my money!)

April 13, 2001 [1:01 PM]

...hahaha...

Hahaha...gelak terguling-guling... aku baru baca responses Ika, Pemerhati & Zira.  Aku jadi risau... Malaysia sekarang dalam bahaya.  Rakyat Malaysia hari ni terlalu mudah percaya kepada khabar angin.  Ohh... Malaysiaku, apa nak jadi?

Aquilllllll... awak jaga...

April 11, 2001 [6:39 PM]

...senyum meleret, jalan berlenggang...

Dah lama tak meng-update sebab semenjak dua menjak ni aku asyik nak tidooo je.  Rasa letih semacam.  Labour Room sentiasa penuh.  semua orang nak bersalin minggu ni sampai wad tak cukup katil, bed occupancy rate lebih dari 100%.  Tiap2 hari aku call tanah besar untuk refer case.  Tiap2 hari bila aku call some staff nurse nanti kata doktor diaorang tak ada... and aku pun terpaksa bercakap dengan some houseman nama Dr MT (bukan nama sebenar) yang sungguh baik budi-bahasanya, I almost fell in love with him.  On average, tiap2 hari aku balik pukul 5 petang.  Selang satu malam pulak aku kena bangun pergi Labour Room handle problem case.

Tapi kan, aku suka.

Aku suka bila sibuk macam ni.  Biar aku kena tidur dengan muka terlangkup kat kaunter tunggu patient bersalin pun tak apa.  Biar aku lunch pukul 3.30 pun aku tak kisah.  Aku suka.  This was the reason aku buat medic, reason yang kengkadang aku lupa bila terperangkap dalam kekalutan kerenah pihak pengurusan...  Minggu ni langsung tak ada meeting kecuali hari ni. Itu pun ward meeting je -- kacang aah.

So minggu ni macam Happy Week.  Best...

Lusa, aku start cuti. Double Happy Week.  Ermm...

Best kan bila happy? semua benda rasa ringan, nampak bersinar2, bau Chanel no5... senyum meleret, jalan berlenggang.

But it never lasts...

-----

This week ada case parasuicide Dr Y refer kat aku.  Apa dia parasuicide?  Parasuicide is suicide yang tak jadi.  You don't want to live anymore so you cut your wrist tapi urat hijau tak putus -- you're still alive.  You took an overdose but it was 2 tablets short -- you didn't die.  You set fire to yourself but you're wearing fire-resistant clothes -- you're scarred for life and what's worse you have to live with it.  Sad...

Anyway, adik ni pregnant sebab tu dia jadi case aku.  Mangsa keganasan rumahtangga.  Husband tak ada kerja tetap, asyik menghabiskan duit dia, suka pukul2 dia... cemburu buta, tak leh tengok dia bercakap dengan lelaki lain.  Lima tahun... dia dah tak tahan dia rasa nak mati je.  So dia telan semua pill yang ada dalam rumah dia.  Probably just vitamin pills sebab nothing happened.

Dia menangis cerita kat aku husband dia buang semua barang kosmetik harga RM300 yang dia baru beli dgn duit dia sendiri.  Marah sebab dia bazir duit dia sendiri.  Duit yang husband dia would otherwise bazirkan.

Dia menangis bila aku tanya apa nak jadi kat anak dia kalau dia mati.  Dia menangis dan menangis...  And I had a feeling tu bukan kali pertama dia menangis.

Tapi tu lah pompuan kan?  Airmata jadi teman paling akrab.  Kena pukul, menangis.  Bakar uniform, menangis.  Buang barang², harta benda, menangis.  Husband tak balik², menangis.  Last² attempted suicide -- still hidup, so menangis lagi.  Mana dia lelaki tu?

Once upon a time, dia pun happy -- semua benda dia rasa ringan, nampak bersinar² dan bau Chanel No5.  Who would have thought that 5 years down the line yang ringan makin menyakitkan bahu, yang bersinar makin malap & Chanel No5 jadi bunga tahi ayam.  Hmm, kesian dia...

"Kalau adik balik hari ni, adik nak cuba buat lagi?" aku menduga.

Dia menangis... lagi.

Semoga Allah tunjuk dia jalan keluar...

-----

Dan makcik TJ (bukan nama sebenar) masih terlantar kat katil. Barah pangkal rahim.

"For palliative care only, not for active resuscitation," aku tulis dalam notes dia.

Apa dia palliative care?  Palliative care is bila doktor dah tak boleh buat apa² lagi.  Bila penyakit dah terlalu melarat.  Dah makan setiap ruas tulang, setiap sudut badan yang tersembunyi.  Hidup menanti mati.  Ubat-ubatan cuma untuk meringankan beban, bukan menyembuhkan.

"Doktor, sapa nak jaga makcik? Anak² makcik semua ada anak kecik, anak bongsu makcik nak sambung belajar...," dia mengadu kelmarin.

"Doktor, makcik nak balik... balik dalam kain putih...," dia merayu semalam.

"Doktor, lepas bagi ubat cucuk tu baru makcik boleh tidoq," dia kata hari ni.

Bila aku pergi kerja esok or bila aku balik dari cuti aku nanti, masihkah dia ada di katil No 10 tu?

Semoga Allah ringankan beban makcik TJ...

-----

"Doktor, minggu depan mesyuarat ISO," kata staff nurse M.

"Minggu depan saya cuti 13 sampai 21 haribulan...," aku jawab puas hati.

Senyum meleret, jalan berlenggang...

April 6, 2001 [7:20 PM]

...penghulu segala hari...

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam a.s. dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam a.s., dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”. -- (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Came across hadis ni hari ni.  Saja nak letak kat sini utk mengingatkan diri aku sendiri sebab selama ni aku selalu ingat hari Jumaat cuma best sebab aku tak yah pergi kerja.  Hmm...

Semalam aku ada update jurnal tapi atas sebab-sebab teknikal, aku terdelete the entry.  Oh well...

Keluar ke pekan hari ni selepas seminggu asyik panaskan enjin kereta kat parking space je.  Nak bawak kereta pergi kerja pun belum sempat tukar gear, dah sampai.  Takut jugak kang baterry kong terus, aku nak mintak tolong sapa tolak kereta aku?  Anyway, bad timing.  Aku keluar just after Larian Obor Sukan SEA XXI mula so lama le jugak aku ter-stuck dalam gear 2 belakang konvoi larian tu sebelum polis trafik bertindak cemerlang bagi meng-clear-kan lalulintas.  Pergi lepak kat shopping complex kejap tengok baju-baju kurung kerawang harga beratus and wondering untuk occasion apakah aku patut beli & pakai pakaian seumpama itu.  Ended up beli T-shirt je.  Habis cerita.

Hujan turun just as aku habis shopping barang-barang aku.  Konvoi Larian Obor baru sampai ke pekan masa aku dah nak balik.  Lalulintas diganggu sekejap kat traffic lights sebab nak bagi diaorang ni lalu so aku pun terleka kejap tengok sambil wondering mana obor?  Then something happened yang menyebabkan ke-
P-an lesen aku terserlah hari ni.  Hahaha... aku tak sedar lampu dah hijau, orang belakang hon.  Aku terkejut.  Angkat clutch... enjin mati.  Hahaha... lepas tu orang pakat hon lagi & aku pun panik bercampur malu, enjin start dan mati lagi.  Teringat Afdlin Shauki dalam scene kereta tak leh masuk gear dalam Soal Hati: "Ingat ngkorang je ada hon ke hah?  Hah?" ...dan aku pun bawak kereta sambil tersenyum...

Hujan masih turun sekarang ni pun as I'm writing this.  Tapi tak selebat semalam.

Semalam masa aku balik dari OT, hujan gila lebat.  Aku malas nak lepak lelama kat hospital so aku nekad nak redah je.  Jalan berbumbung kat Support Service dah dikunci malam² gitu.  Sampai Forensic (nama glamer Bilik Mayat sekarang), hujan semakin lebat.  Satu minit kalau lari dari situ pergi rumah aku tapi bila aku lari selipar aku asyik tertanggal sebab licin.  So patah balik.  Tunggu depan Bilik Mayat.  Tunggu tapi hujan makin lebat.  Bilik tu dah dikosongkan.  Mayat² pendatang yang karam hari tu dah diuruskan (finally!) tapi baunya masih ada.  Tunggu sekejap OK lagi.  Tunggu lelama kat situ aku mula naik loya.  Nak patah balik ke Labour Room, aku dah terkunci pintu masa keluar.  Tak ada pulak kereta sesapa yang lalu kat situ.  Kalau ada kereta pun sapa nak stop ambik pompuan lawa kat luar Bilik Mayat?  Ahak!

So lantak lah.  Aku letak diskette Arahan Kerja ISO aku dalam baju and jalan laju² dalam hujan.  Sekejap-sekejap berhenti kutip selipar.  Leceh betul.  Sampai rumah basah kuyup.

Missed Upclose and Personal.  Been looking forward to it for days. Oh well, maybe tak best pun cerita tu.  Maybe tak worth it pun kalau aku tengok cerita tu.  Sour grapes? Hah.

Kerja?  Tak mau komplen pasal kerja hari ni.  Aku sendiri dah naik muak.

OK, selamat hari Jumaat -- penghulu segala hari.

April 4, 2001 [5:50 PM]

…can you blame me?…

“…Max, busy ke? Pengarah panggil mesyuarat Klinik Pakar,” Dr Y macam boring je telefon aku petang tadi.

Hello, Max.  Ada mesyuarat di Klinik Pakar.  Dah tau dah?” Dr H pulak.

Hello, doktor.  Ada message suruh doktor dengan Dr N pi meeting sekarang,” Staff Nurse Z pulak.

Naz, ada meeting kat Klinik Pakar.  Pengarah suruh kita turun.  I kata Labour Room busy… Kita busy kan Naz?” aku cakap kat Dr N.

Hmm, busy…,” dia senyum.

Aku senyum dan sambung baca suratkhabar aku.

Malas nak layan mesyuarat lagi.  Mesyuarat ni utk apa sebenarnya?  Aku tak kisah kalau mesyuarat yang ada agenda, ada tujuan, dan yang pentingnya ada keputusan.  Ni asyik ber-mesyuarat tapi keputusan di akhir setiap mesyuarat ialah, “…yang ni kita tak boleh putuskan sekarang, kita mesti buat satu lagi mesyuarat khas.”  Bila mesyuarat khas pulak, keputusannya satu lagi mesyuarat khas yang tidak beragenda, tidak bertujuan dan tidak berkeputusan.  Aahh… it’s a viscious circle.  Aku sudah fed-up.

Okay, so by not attending the meeting aku membuang masa orang lain sebab mesyuarat tak cukup quorum.  Mesyuarat mungkin tak leh capai keputusan sebab tak ada aku or tak ada orang lain yang sama fed-up dengan aku tapi kengkadang aku ada hak untuk tidak menghadiri mesyuarat jugak.  Kan?

Mulai hari ini mesyuarat di sini patut ditukar nama kepada ‘sembang kedai kopi’ je because that is what it actually is.  Tapi sebenarnya tu pun tak sesuai sebab kopi tak disediakan.  Air kotak dengan karipap pun tak ada.  Oohh…  Mungkin aku patut pergi jumpa kaunsellor.  Ye, mungkin kaunsellor tu akan bagi satu surat “Tidak Hadir Dengan Kebenaran” lain kali…  Hmm, kan Adik?

Esok dia tak jadi datang.  Apsal entah aku tak rasa apa-apa bila dia cakap camtu dalam telefon semalam.  Somehow aku tau lawatan bulanan tu tak akan jadi kenyataan.  This time aku sudah tak terdaya utk merajuk.  Mungkin sebab masa dia telefon ada nada guilty dalam suara dia.  Atau mungkin sebab Dr J pun lepas tu cakap dalam telefon semalam dengan nada guilty sebab menidakkan hak patient² aku utk berjumpa Pakar bulan ni.  Atau mungkin sebab aku sudah lost interest in my job sekarang ni.

Sekarang aku tau kenapa aku lapar.  Sebab aku tak makan apa-apa since ‘brunch’. I’m losing interest in everything.

Doktor ni nampak makin lama makin kecik je…,” Staff nurse Z tegur aku tadi.

Well… can you blame me?

Aku dah forward borang cuti. Horayyy…

April 3, 2001 [12:29 AM]

...eeeiiii! Geramnya...

Wow! Geram is actually a very powerful feeling... Omputeh cakap geram apa haa?  Aah, peduli apa.

Sebab aku geram hari ni aku cuma makan sebijik apam for breakfast & sepinggan bihun sup for lunch.  Sebab aku geram hari ni aku duduk directly depan Pengarah masa Mesyuarat Penyelarasan ISO 9002 and purposely buat muka boring.  Sebab aku geram hari ni aku balik rumah & siapkan Fail Meja dalam masa kurang dari satu hari.  See, it can be done.  So instead of kita ber-mesyuarat setiap hari hanya utk komplen it cannot be done, why don't we just get on with it?  Instead of kita terpaksa balik pukul 5 hari² utk ber-mesyuarat tak berpenghujung why can't we sit down & be on our way.  You people please, stop complaining. Buat je lah kerja tu.

Aku sudah cukup kerja utk dibuat.  Aku tak perlu dibebani oleh mesyuarat demi mesyuarat, committee demi committee untuk menambahkan kerja aku.  Hari ni aku bengang bercampur bengong sebab hari ni aku ada case di OT yang meleret sampai pukul 2.15 ptg.  Belum makan nasi dah kena pergi mesyuarat apa kejadah tu.  Patient tunggu aku kat wad untuk buat scan.  Patient tunggu aku kat wad untuk aku sign MC.  Patient tunggu aku kat wad untuk aku discharge diaorang. Pengarah tunggu aku utk ber-mesyuarat.  Ohh please...

Aku balik kerja pukul 5 ptg.  Aku masak nasi, aku mandi-manda etc, etc. Aku cari PKPA 8/91 kat website MAMPU then aku start draf Fail Meja.  Break utk makan, break utk sembahyang, break utk stretch and jump & down.  By pukul 11 siap semua kecuali Carta Organisasi je.  Hmm... sekali-sekala buat geram ni best jugak.

So next time ada mesyuarat sesapa lagi kata, "mana ada masa, kami banyak kerja, deadline awal sangat..." dan yang sewaktu dengannya... aku ketuk kepala diaorang.  It can be done... just get the hell on with it!

Esok aku kena habiskan klinik aku awal² sebab aku nak buat geram dengan Prosedur Kualiti & Standard Operating Procedure pulak.  Hmm, best nya hidup ada wawasan.  Ohh, annual report... aku lupa pasal annual report...  Sempat ke buat semuanya esok haa...?

April 1, 2001 [7:38 PM]

WANTED: keluarga yang elok-elok…

Sekali pandang kerja doktor ni macam senang.  Yang sakit diberi ubat. Yang ada benda pelik² tumbuh kat badan, bedah dan buang.  Yang mengandung, bila tiba masanya akan bersalin with or without a doctor.

Then what?

Then anak dia tak ada duit nak beli buku rujukan sebab duit habis buat tambang ke hospital.  Or Boss dia bagi notis 24 jam sebab dia selalu ambik MC.  Or suami dia kahwin lain sebab lepas operation dia selalu letih (cheh! alasan…).  Or baby dia orang jumpa dalam tong sampah.

Part ni pun kerja doktor tapi tak berapa glamour.  Most of the time, kerana terlalu busy dengan benda² lain a doctor gets distracted.  Tak ada masa nak pikir apa jadi lepas ubat dah habis ditelan, ketumbuhan dah dibuang, baby dah selamat dilahirkan…

Tadi lepas Mesyuarat Ketua Unit, aku dapat message suruh call balik satu nombor.  Orang tu cuma cakap nama dia Liza (bukan nama sebenar), ex-patient aku & aku patut call dia ASAP sebab ini hal mustahak.  Aku curious so aku called the number.  Kesian dia, aku tak ingat dia yang mana satu sebab dah berapa ramai patient aku sejak dia keluar wad Ogos lepas.  Anyway, dia kata hari tu dia masuk wad dia mengandung. Dia dah bersalin di hospital lain, 3 hari lepas.

Doktor, saya ada masalah sikit…,” dia macam segan nak bercerita.

Aku ingat ni mesti masalah biasa… dia terlupa mintak MC, or dia tak tau boleh bertungku ke tidak, or anak dia kuning, or… alah, benda² biasa je lahh…  Rupa²nya salah. Apa yang dia kata lepas tu betul² mengejutkan aku.

Doktor, saya nak bagi anak saya kat sesapa yang nak.  Saya nak bagi anak saya kat keluarga yang elok²…,” dia sambung.

Aku terdiam kejap.  Telan air liur berkali².  Letup-letupkan sendi² jari aku banyak² kali.  Ni sapa nak kenakan April’s Fool kat aku ni…  Biar betul! Nak bagi anak bukan benda main² oii…

Aku terkejut sangat aku lupa nak tanya anak tu anak apa.  Aku cuma sempat tanya dia, dia dah pikir habis² ke tak.  Then line terputus.  Aku tunggu dia call balik tapi dia tak call.  So far aku dah call nombor yang dia bagi tu 3 kali tapi dia dah off handphone dia.

Rasa macam mimpi je.

Kesian kan?  Entah kat mana dia dengan baby dia tu sekarang.  Aku tak ingat dia yang mana satu tapi mungkin anak tu tak ber-bin/binti sebab tu dia nak bagi kat ‘keluarga yang elok-elok.’  Kenapa dia off-kan handphone dia?  Dia di tempat selamat ke sekarang?  Dia ada duit ke nak hidup?  Dia dah tak ada keluarga atau kengkawan lain ke nak mintak tolong so dia terpaksa mintak tolong kat aku, a stranger?  Kesian kan?

Liza, call akak lagi ye bila-bila…  Akak doakan ko dengan anak ko selamat.  Insya-Allah dik.  Tuhan lebih mengetahui.  Sekurang²nya Dia dah buka pintu hati kau supaya tak buang anak tu kat dalam semak or belakang supermarket.  Masih ada harapan lagi.  Call akak ye, kita cari ‘keluarga yg elok-elok’ utk baby tu...





 







 







 

This site supports: