...venue: cloud nine...

we had joy, we had fun, we had seasons in the sun
but the stars we could reach
were just starfish on the beach...


Aku bawak kereta sambil tersenyum. Aku naik tangga sambil tersenyum. Aku bukak tudung, aku pandang cermin dan aku rasa aku patut tattoo je terus senyuman nih di muka aku. Manis jugak aku kalau tersenyum. Haha.

Aku ada fobia pada ketinggian. Aku gayat. Aku takut jatuh. Memang pemandangannya cantik dari ketinggian ini, tapi kalau jatuh tentunya lebih sakit kan?

Segala yang aku rancang jadik tidak terucap. Aku tak tau macam mana nak mulakan. Aku tak tau macam mana nak akhiri sesuatu yang belum bermula.

Faham tak?

Never mind.

# max | Permalink |


...kalau baik hati nanti orang pun sayang...

...melenggang hai melenggang
lenggang tari lenggang
kalau baik hati
nanti orang pun sayang.


Balik dari berjoget kat Malam Mesra di Aseania Hotel semalam dekat pukul 1 pagi. Seram jugak drive kat jalan sunyi sengsorang camtu. Pasang radio kuat-kuat biar Mariah Carey teman aku sepanjang jalan. Tapi lagu Joget Pahang tu jugak yang melekat dalam kepala otak aku.

Pernah baca Men Are From Mars, Women Are From Venus by John Gray? Aku tetiba teringat buku tu. Entah.

Esok, it will all be over. Aku akan balik kepada aku yang dulu. Tak akan ada lagi cerita-cerita mereng dan separa-mereng macam yang kebelakangan nih.

Kalau kita sabar, semua masalah dapat kita selesaikan, kan? Kalau kita yakin dan percaya padaNya, kita akan nampak jalan keluar, kan? Kalau kita baik hati, orang pun akan sayang, kan?

Esok, semua kegelisahan ini akan berakhir. Insya-Allah.

# max | Permalink |


...cuba kau lagukan, cuba kau dendangkan...

senyummu menusuk dan membelai di kalbu
cuba kau ukirkan, cuba kau pamerkan
menjadi hiasan hidupku…


Hari nih aku bangun dengan semangat baru. Aku berazam untuk memecahkan rekod peribadi, senyum tanpa henti.

Jadi, aku senyumlah. Aku senyum bila Labour Room panggil aku gi buat MRP di pagi Jumaat yang aku sepatutnya cuti ini. Aku senyum walaupun aku nak marah. (Cuba kau marah sambil tersenyum, jadik macam babak dalam drama Spektra.)

Petang semalam bekalan elektrik terputus. PC aku tak sempat shut down. Hari nih Internet Explorer aku jadik bengong, asyik not responding je. Aku senyum pada reflection aku kat monitor walaupun hati aku menyumpah.

Malam nih ada dinner kat Hotel Aseania. Aku ada jerawat betul-betul kat atas hidung.

Senyum?

Yeah, why not.

Aku nak erase satu nombor dari handphone aku tapi aku tertekan ‘call’. Arghhh… sekarang ada satu missed call pada handphone dia. Ohh, bencinya.

Akhirnya, percubaan rekod senyum tanpa henti hari nih terpaksa dibatalkan kerana cuaca mendung.

# max | Permalink |


Sudah.

Aku malas nak fikir. Aku malas nak buat apa-apa lagi. Aku malas nak mencipta alasan setiap kali orang tanya. Aku malas nak hidup kalau hidup aku cuma ini.

Jadi, sudahlah.

Tiga salinan borang pertukaran dalam negeri yang ada di atas meja tu aku rasa masih ada di situ jugak. Aku tak hantar minggu nih sebab aku langsung takde masa nak turun ke pejabat. Entah apa aku buat entah.

Aku dah habis baca She’s Come Undone by Wally Lamb. Dolores Price dalam She’s Come Undone buat aku depressed. Buku nih ada happy ending tapi happy ending itulah yang buat buku nih lebih depressing, too fictional. Tapi aku suka cara Lamb tulis. Beberapa kali aku tertanya-tanya mungkin Wally Lamb nih perempuan sebab watak Dolores macam betul-betul perempuan. Jadi, aku bagi novel nih 3 bintang.

Aku lebih suka I Know This Much Is True.

Satu lagi aku suka ialah layout baru nih. Aku rasa benda nih tak lawa tapi sebab aku buat masa aku betul-betul bengang, macam ada makna di sebaliknya pulak. Aku nak biar layout nih dulu sampai ‘down syndrome’ aku pulih.

Aku sebenarnya takde mood sebab tu aku menulis benda-benda superficial nih.

Sudahlah.

# max | Permalink |


...Disclaimer: ini bukan janji...

“…tapi nih bukan janji tau? Bukan janji,” dia kata.

Dan aku pun akur. Bukan janji maknanya itulah. Bukan janji. Maksudnya itu sebenarnya janji tapi kalau dimungkiri aku sepatutnya memaafkan dia sebab dia dah terlebih dahulu bagi ‘disclaimer’ bukan janji. Tapi sakitnya sama jugak with or without disclaimer bukan janji tu.

Aku sudah penat dengan sume nih.

Aku pegi shopping dan beli benda-benda baru. Aku kira duit dalam dompet dan beri pada tuan punya kedai. Aku bawa balik baju baru, tudung baru(yang matching), kusyen kereta baru (yang sampai sekarang masih ada dalam boot, lengkap dengan resit dan tanda harga). Aku duduk depan PC dan buat layout baru. Aku tau nih bukan sekadar PMS sebab bukankah PMS hilang lepas ice cream for breakfast dan goreng pisang at midnight?

Seminggu aku duduk dan biarkan borang pertukaran separuh siap, di atas meja di bawah timbunan pekeliling yang tidak ada makna. Seminggu aku tak boleh fikirkan tarikh pertukaran yang sesuai. Aku biar sume benda tergantung macam baju di ampaian, berayun-ayun dibuai angin.

Seminggu aku duduk dan harap telefon tak akan berdering sebab kalau telefon berdering minta diangkat, aku akan terpaksa jawab jugak. Aku takut. Aku takut dengan apa yang akan aku kata, atau aku takut dengan apa yang dia akan kata?

Ini bukan kecewa.

Sebab itu bukan janji.

[Tolong jangan tanya, sebab aku tak akan jawab.]

# max | Permalink |


...no, thank you...

I’m a simple person. When I find myself in a situation I don’t like, I turn around and walk away.

So now I know. That one time, months ago, I should’ve walked away.

I should’ve just walked away.

Now, I’m so confused.

Bemused.
Hurt.
Exhausted.

How difficult could it have been to just walk away?

Move on.

No, thank you,” I should've said -- as I stepped away from the pain and the hurt.

# max | Permalink |


cissssss...

When I said, "Someone please score a goal," I meant someone else!! Ada ke dalam sejarah dunia, goalkeeper score gol sendiri. Well, technically he did. Didn't he?

[Kalau orang tu tau I could feel so strongly about a football game, apa agaknya reaksi dia? Haha.]

# max | Permalink |


...Happy birthday Kak Long...

Aku ngantuk. Aku tadi tengah tengok bola final Sukan SEA.

[Kalau orang tu tau aku tengok bola malam nih, apakah agaknya reaksi dia? Haha.]

Aku ngantuk. I’m getting desperate. Will someone please score a goal? Anyone?

Happy birthday Kak Long.

Aku tak kenal siapa Kak Long yang menyambut birthday nya hari ini, tapi aku tumpang happy. Ada 4 orang budak perempuan kat kaunter cake house masa aku nak bayar aku punya raisin bun dan fruit cake tadi.

“Mau tulis?” tanya nyonya cake house.

“Happy birthday Kak Long,” kata the eldest of the four.

Only nyonya tu tersilap and tulis “Happy birthday Kak Leng.”

Oh well.

Somehow, aku suka tengok bebudak tu macam happy je dapat beli a birthday cake sebagai tanda sayang diaorang pada Kak Long diaorang.

It just feels so nice to love and be loved, when parts of the world are now said to be preparing for war.

# max | Permalink |


…terbakar-terbakar, meletup-letup…

Tengok TV dak? US kena attack. World Trade Center, Pentagon. Terbakar2, meletup2.”

Aku baca SMS Adik sambil tengok that Armageddon-like footage kat Nightline. Footage yang sama dengan yang Berita Terkini dan CNN tayang. Tengok benda yang sama berulang-ulang kali. Fikiran aku berjongkang-jongket antara “padan muka” dengan “World War III?”

So, even the US is not invincible. The US dengan FBI dan CIA-nya. The US dengan ego dan keangkuhannya.

Tony Blair kat TV kata something like ini perbuatan kejam yang mengorbankan banyak ‘innocent lives.’

[Yeah? So were the air raids over Iraq.]

We will make no distinctions between the terrorists that committed these acts and those who harbour them,” kata President Bush.

[Yeah? Nor should there be any distinctions between the Israelis and those who support them.]

Ahh… bosan.

When you play with fire, expect to get burnt.

Even the US is not invincible.

# max | Permalink |


Watching CNN Live.

Wow! I'm speechless.

# max | Permalink |


Hari nih hari yang best. Hari nih aku bangun relatively awal. Aku bangun pukul 7 pagi. Semalam, hari pertama aku kerja, aku bangun pukul 8.40 pagi. Aku pegi kerja pukul 9.10 pagi. Itupun lepas aku fikir 3-4 kali pasal nak ponteng je, pretend aku still bercuti.

Hari nih patient aku, Kak S, datang cari aku di wad. Dia bawak udang besar. Dua minggu lepas dia bagi aku ketam. Rezeki aku murah sejak aku pindah ke pulau nih. Tak tau apsal. Aku bukan buat apa pun. Aku cuma buat kerja aku je tapi orang kampung macam Kak S nih suka buat camnih. Bagi aku buah, bagi aku kain batik.

Aku rasa terharu.

Gambar vacation aku dah siap. Aku masih rasa aku lebih lawa in real life daripada dalam gambar-gambar tu sume. Haha.

Scan di library tak functioning. It's sitting there just for show. Kalau aku nak scan gambar-gambar tu aku kena curi-curi masuk ke Teleconsultation Room. Sekarang ada ramai orang kat casualty, around telecon room tu, sebab sekarang SAREX (Search and Rescue Exercise) tgh giat dijalankan. OK. So you just have to take my words for it: I look better in real life than in those pictures.

So what else happened today?

Ye, hari nih hari yang best.

Aku pegi sebuah pusat membeli belah terkemuka di pulau nih and guess apa ada kat situ? Toyota tgh buat road show. Wahh, Altis RM67K on the road. Phuahh... aku rasa macam duduk dalam Boeing 747 cockpit aje tadi. Hmm... nasib baik leather seats so diaorang boleh lap air liur aku yg meleleh tu dengan mudah tadi.

Tak akan mention Altis lagi.

OK. Maybe one more time.

Altis.

There.

Hari nih hari yang best.

[Nauseated!: Special Edition]

# max | Permalink |

 

CHIT-CHAT


Name :
Web URL :
Message :

ARCHIVE

LINKS

ETC

Guestbook

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Adik