...di mana suara burung kenari?...*

Kalau aku kata aku kesian, aku tidak berlaku adil sebab perasaan aku pada dia lebih daripada tu. Mungkin aku sudah jatuh sayang.

Aku suka bila dia macam happy. Aku suka bila dia gelak. Aku suka dengar dia mengekek keanakan di hujung talian telefon. Aku suka bila dia … ahh, mungkin aku sudah jatuh sayang.

Di mana suara burung kenari, selalu merayu menghibur hati?*

Aku tahu tu sume sementara. Aku tahu bila-bila masa dia akan berhenti mengekek keanakan, bergelak ketawa macam dia happy. Aku tahu bila-bila masa dia boleh menangis semula. Bercakap pasal orang yang dia rindu itu semula, bercakap pasal mati semula. Bila-bila as in bila-bila in the future. Bukan malam nih.

Hai, burung kenari sedang sembunyi, di balik rimbunan pohon yang tinggi.*

Sume orang pun macam tu kan? Sekejap happy sekejap sedih. See, kita bila sedih kita cuba cari sebab. Kita blame exam, or cuaca, or PMS. Kita kata kalau exam dah habis kita boleh keluar shopping every weekend and be happy (oh yes, I will); or bila hari dah stop hujan kita nak keluar gi picnic; or bila PMS dah over we have 21 days to live like a normal person before it strikes back. Kita nampak future. Kita nampak burung kenari sembunyi. Kita tunggu dia menyanyi.

Bukan senang hidup dengan depressive disorder. Bila masa happy, happy. Bila masa sedih, macam tak ada esok. Dunia jadik gelap. Pokok cuma ada daun kering, ranting mati dan putik buah yang busuk dan berulat. Kenari tak kan keluar menyanyi.

Aku tahu dia akan sihat satu hari nanti kalau dia sabar. Aku harap dia pun tahu tu.

Kalau aku kata aku kesian, aku tidak berlaku adil sebab perasaan aku pada dia lebih daripada tu. Kalau aku ada kuasa ajaib, aku nak buat dia happy balik. Sebab itu je yang aku nak untuk orang yang aku sayang.

Marilah bersama menyanyi, hilangkan hati yang bersedih.*

*taken from Di Mana Suara Burung Kenari – copyright reserved by original writers.

# max | Permalink |


...shake your bon-bon?...

“Doktor punya lecture kami tunda ke pukul 2 hari nih ye?”

Lecture? What lecture? Damn you.

“Max, I have to cancel your case. We’re running low on oxygen supply. We only have 3 full tanks to last till Saturday.”

Three tanks to last the entire weekend? Damn you.

“Kak Saba nih. Nak confirm, your talks next week dua topik ‘kay? What’s your full name?”

OK. Max. Dr Max.

“Hello darling, all the best for the exam. Tell me when you’re taking leave again?”

Thanx. 31st till 8th. I'll arrange for your accomodation, don't worry.

“Sampai I jumpa nama yg sesuai utk you, I akan panggil you doktor.”

Haha. Sure. Suit yourself. What name you decide to call me by is very low in my list of priorities right now. Ye ke?

“Satu hari je siap. Gambar 2 keping, fotostat IC, RM 150.”

You know you have a nice smile? I think you're the first person to smile at me this whole week. Here, RM 1 for the form (and the smile).


Serabut. Semak. Otak aku macam siling rumah aku sekarang. Bersawang. Macam ada sejuta labah-labah tumpang bermalam dan tak mau keluar.


So?

So, “Value meal no1, large. Apple pie. Chocolate sundae. Take out.”

Yum. Yum. There’s nothing like bingeing when you’re stressed out.

Hmm. Blueberry cake. Oh yes. Lots of blueberry cake.

Or Brad Pitt.

I'm a desperado
Underneath your window
I see your silhouette
Are you my Juliet
I feel a mad connection
With your body
Shake your bon-bon
Shake your bon-bon
Shake your bon-bon

Corolla Altis. Woohoo yeah, baby. RM 61K for a 1.6, 64K for a 1.8... Drool baby, drool.

Or Brad Pitt.

Let’s see. I have less than enough time to prepare for the exam. I have spider webs for a brain. The hospital has no oxygen supply for the weekend. Two talks to prepare on Powerpoint. I’m drooling over Altis and Pitt.

I'm getting another vision. By instinct. I see an easy weekend coming.

Easy.

As easy as shaking your bon-bon.

*wink*

# max | Permalink |


...di pintu syurga kumenantimu...

“Apa yang diaorang buat nih?”

“Kenapa bercakap-cakap lagi hal aku?”

Dah 3 bulan perkara tu berlalu. Kenapa diulang-ulang lagi? Kenapa masih mencari jawapan pada soalan yang nyata tak kan terjawab. Kenapa dengan doktor-doktor nih? Apa diaorang fikir diaorang nih Tuhan? Dapat menyangkal ajal dan maut?

Kau dengar tu? Wahh, angkuhnya dia.

“Listen guys,” aku cuba bersuara.

Kenapa diaorang buat tak endah?

Dengar sini semua. Aku sakit masa tu. Aku tak boleh pegi hospital awal sebab hujan lebat, suami aku tak boleh carikan orang yg berani bawak aku dengan bot ke pulau besar. Aku sampai hospital dah lewat malam. Aku sakit. Gusi aku berdarah. Tekak aku loya dek tertelan darah yang masin dan payau dan pekat. Aku nampak jururawat dan doktor. Aku nampak doktor seorang lagi bercakap-cakap dalam telefon pasal aku. Lepas tu dia datang beritahu aku dia sedang cari bot untuk bawak aku ke tanah besar.

“Hey, nanti dulu. Biar aku habis cerita dulu sebelum cari salah siapa.”

Aku dah tak sedar masa aku sampai ke tanah besar. Aku dengar suara di sekeliling aku. Diaorang sbut-sebut nama aku, nama doktor yang merujuk aku. Diaorang bertanya-tanya di mana suami aku. Anak aku diaorang kata dah takde lagi. Mati dalam perjalanan. Aku dengar semua tu.

CT scan, ye diaorang buat CT scan. Diaorang buat macam-macam kat aku. Pukul 4 pagi masa tu. Diaorang tak tidur kerana aku.

Setelah berhari-hari aku terlantar kat ICU, aku dengar suami aku menangis. Tak pernah dia menangis sebelum nih. Aku dengar tangisan anakku. Anak? Bukankah dia dah mati? Aku dengar suara doktor memanggilku. Aku dengar bisikan kalimah syahadah.

Aku nampak suamiku meratap pada tubuh kaku yang masih terhubung ke ventilator. Akukah itu? Aku nampak bayangan anakku. Aku rangkul dia ke tubuhku.

Selamat tinggal dunia…

“Sudah. Tak usah dibincangkan lagi. Segala-gala telah dilakukan, segala telah berakhir. Biarkan aku di sini.”

+++



Kau percaya pada firasat? Naluri? Detik hati? Instinct?

Aku tak tahu kenapa tapi malam Isnin tu aku rasa aku kena bercakap dengan seorang yang lebih tahu sebelum aku handle case tu. Aku rasa tak sedap hati. Aku rasa ada yang tak kena. Aku called Dr BV. Aku rujuk dia ke tanah besar.

Esoknya aku dapat tahu. Dia di ICU. Teruk keadaannya.

Aku tak tahu apa lagi nak panggil kejadian nih. Aku panggil dia instinct.

“See, Max sent a case at 3 am. It shows it can be done. She’s experienced you see,” kata Boss di tengah2 mesyuarat Rabu lepas.

Aku dapat rasa sume mata memandang aku.

Experienced, Boss?

No, instinct. See, aku dapat rasa.

Semuanya jadik semakin menakutkan.

+++



Sekarang dia masih di ICU. Brain dead. Hidup dengan bantuan ventilator. Tak lama lagi dia akan disahkan mati. Kesudahan yang sudah tertulis.

Tiga bulan dari sekarang aku akan berada di bilik itu lagi. Berbincang tentang betul ke silap ke tindakan aku. Sedang dia di alam sana memerhati doktor-doktornya bertikam lidah cari jawapan kenapa dia mati. Sedang dia di alam sana bertanya, “Kenapa bercakap-cakap lagi hal aku?”

[Ditulis di State Mortality Review 2/2001, Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri, 8/8/01.]

# max | Permalink |


...when the bough breaks...

I
Kengkadang, (actually, selalu) aku rasa life is unfair.

Memacam kita dah dengar jadik sekarang nih. Aku rasa dunia zaman nih dah tak sesuai lagi utk besarkan anak-anak. Too much exposure to violence, sex and misleading sub-cultures. Too little emphasis on morality, religion and family values. Aku rasalah.

Tapi mereka tidak. Tiap-tiap minggu datang klinik aku. Merelakan diri jadik bahan kepada setiap jenis ubat, setiap jenis prosedur yang tidak kurang menyakitkan. Tiap-tiap minggu berhabis wang ringgit. Untuk apa? Untuk dapat anak. Untuk sambung zuriat. Untuk tutup mulut mertua.

Infertility. Ketidaksuburan dalam bahasa kita. Senang cakap, mandul.

Dalam setiap 100 pasangan, 10-20 akan ada masalah nih. Lapan akan ada masalah orang lelaki [ : saya tak mo check doktor, saya OK. Dia yang mandul. : Yeah, right. ]

Lapan lagi akan ada masalah orang pompuan [see, saya dah kata awak yang mandul ]

Dua lagi, dua-dua orang ada masalah [gulp!]

Dua lagi semua OK, takde rezeki orang kata [Yang, bagi lah abang kahwin satu lagi… ].

Ovulation induction + laparoscopy + timed coitus. The usual thing. Tapi they keep coming back. Tiap-tiap bulan. Nothing. Follicular tracking + Intrauterine insemination. Tiap-tiap bulan. Nothing.

Husband kahwin lain. Mertua asyik bertanya. Jiran pasang telinga dengar pertengkaran laki bini. Aku? Aku jadik marriage counselor.

Bagi yang banyak duit, options banyak. Ada IVF. Ada ICSI. Ada GIFT. Makan masa berbulan-bulan. Makan belanja berpuluh-puluh ribu. Makan tak lalu tidur tak lena. Success rate? Hampeh. OK, kembar empat masuk paper… big deal.

Bagi majoriti, yang takde duit? Surat ke Jabatan Agama Islam untuk marital counseling. Surat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sokongan pengambilan anak angkat.

Aahh… it’s so frustrating. Infertility, in the midst of free sex and unwanted babies. Ada orang buang anak. Ada orang buang duit beribu untuk seorang anak. Kengkadang, (actually, selalu) aku rasa life is unfair.


II
Dia menangis macam dia dah lupa dalam bilik tu ada orang lain selain aku. Sakit yang dia rasa macam sudah sampai ke hujung-hujung saraf aku. Yang luka hati dia, yang berdarah aku.

Doktor pun perempuan. Doktor mesti faham,” dia tenung aku.


III
[Rock-a-bye baby, in the treetop
When the wind blows, the cradle will rock
When the bough breaks, the cradle will fall
And down will come baby, cradle and all]

Childlessness is painful.

# max | Permalink |


…pedihnya dapatkah kau merasakan?…

Dia menangis macam dia dah lupa dalam bilik tu ada orang lain selain aku. Sakit yang dia rasa macam sudah sampai ke hujung-hujung saraf aku. Yang luka hati dia, yang berdarah aku.

Doktor pun perempuan. Doktor mesti faham,” dia tenung aku.

Di tangannya tisu yang basah dengan air mata, hingus dan liur.

Tisu kak,” aku hulur tisu lagi.

Dia menangis terus macam pemberian tisu tu satu jemputan utk dia menangis lagi.

Aku perempuan so aku kena faham.

Ya kah? Fahamkah aku? Ataupun aku sekadar simpati?

Kengkadang (actually, selalu) aku rasa life is unfair.

Ya kah?

# max | Permalink |


...it's a sign!...

Ada yang tak kena nih. Aku decide nak stop the blog tapi jiwa aku meronta-ronta nak menulis. Aku bukak balik with a new layout, Blogger pulak down sebab nak tukar server baru. Tak leh nak update 2 hari. By the time boleh update aku pun dah hilang selera.

Pagi tadi, Brinkster marah. Marah sungguh Brinkster. Habis sume page aku dia flood ngan banner dia. Bertuah lah sesapa yang sempat tengok kemarahan Brinkster tu tadi.

Aku tukar sume grafik ke tripod. At least keluar X tu lebih baik dari di-flood dgn banner sampai satu apa pun tak leh baca.

Aku nak tukar URL dari maxalon.blogspot.com ke nauseated.tripod.com yang aku register suatu hari di zaman dahulu kala tapi tripod pulak marah. Tripod kata password aku salah. Mana boleh salah. Aku cuma ada satu password je utk sume benda-benda ber-password aku kecuali maybank2u.

So sekarang aku tahu.

It's a sign.

Petanda yang aku sepatutnya menutup blog nih lama dahulu.

Ohh...

Aku takde masa nak layan kegilaan nih. I've got an exam to study for.

# max | Permalink |


...ingat masa lena apa mimpimu?...

Cadangan aku utk menutup blog nih back-fired. Instead of aku menggunakan masa extra aku tu mentelaah utk MRCOG, aku jadik semakin gatal otak utk menulis. Last-last aku give in lah. Semalam aku spent the whole evening meng-adjust layout benda nih. Sampai pukul 1 am baru otak aku register the fact that aku kena jugak tidur.

Pukul 4 the phone rang. Ber-emergency-ria di Labour Room sampai pagi. Orang pegi kerja pukul 8, aku baru nak berjalan balik ke rumah dengan muka pucat tak berbedak, gigi tak bergosok. Aku still tak faham macam mana doktor2 dan misi2 cun dalam ER tu maintain cun sentiasa without sleep and food (and deodorant).

Needless to say, aku ngantuk.

Aku nak sambung mimpi aku semalam, whatever it was.

Tapi lunchtime dah habis. Aku kena sambung kerja.

# max | Permalink |

 

CHIT-CHAT


Name :
Web URL :
Message :

ARCHIVE

LINKS

ETC

Guestbook

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Adik