...jalan cerita kisah yang panjang...

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apa kan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari


Aku terpaksa lupakan Nauseated! nih buat sementara waktu. No, bukan untuk buat report. Aku nak take a break kejap. Jangan risau pasal aku. Aku OK. Cuma nak take a break. A long one, short one... it depends. Life is suffocating me.

# max | Permalink |


...back to school...

One two, put on my shoe
Three four, walk out the door
Five six, pick up sticks
Seven eight, a big white egg
Nine ten, a big fat hen...


Aku baru balik dari sekolah. Dah lama aku tak gi sekolah.

Hari nih aku ikut mobile team gi SRJK (C) Chung Hwa. Ada hari ko-kurikulum kat sana. Diaorang anjurkan kempen derma darah sekali. Wahh... memula macam slow je. Lepas pukul 11, berpusu-pusu orang datang nak derma. Kebanyakannya memang dah pernah derma. Ada yang baru, takut-takut tapi nak try. Ada yang takut tapi derma jugak sebab malu bila kengkawan cabar. Bebudak sekolah menengah pun ada. Yang pitam tak yah cite lah.

Sambutan sungguh menggalakkan. Aku sungguh terharu. Mana tak terharu nya, daripada 36 pint darah yang kami dapat hari nih, kebanyakannya aku yang bakal habiskan. Selebihnya untuk kes pembedahan & kes accident. Tapi kes accident tak pakai banyak sangat sebab most of them mati. Habis cite.

Ramai sungguh orang yang datang. Mak bapak students kat situ lah aku supposed. Ada gerai cikgu-cikgu dan adik beradik cikgu jual makanan, buah-buahan, belon-belonan etc. Ada bebudak comel nyanyi karaoke cina. Ada bebudak comel dengan pakaian beragam. Ada bebudak comel just walking around being comel.

"Kem Integrasi," kata cikgu C bila dia nampak aku berdiri kat tingkap tengok 15 khemah comel teratur kemas kat padang.

"Ada 40 murid melayu, 40 chinese, 40 indian," kata cikgu C lagi.

"Ooo... berapa lama?" tanya aku.

"Tiga hari," kata cikgu C.

Hmm... 3 hari. OK lah better than nothing. A mini-Malaysia in the middle of the school field.

Kan best gitu kalau kita sume boleh hidup takde batas budaya or bangsa? Just a thought...

# max | Permalink |


...mayday! mayday!...

Aku dalam keadaan cemas.

As of 9 pm tadi, TV3 dah hilang transmission ke Langkawi lagi. Petang semalam takde TV3 for 6 hours straight. Malam nih hilang lagi. So I'm stuck with only TV1 and TV2 je. Mayday! mayday!

Ayah, Mak ngan Adik dah balik tadi. Aku tinggal sengsorang balik.

Hmm, bila aku nak cuti lagi ye?

But look at the brighter side... I have the PC all to myself tonight. Hah.

Semalam aku ponteng mesyuarat kat Jabatan Kesihatan. Aku rasa sungguh bangga dengan pencapaian aku. Aku rasa nak bakar bilik mesyuarat to prove my point tapi that will be counter-productive sebab lepas kebakaran tu sure akan ada mesyuarat utk membincangkan hal kebakaran tu pulak.

Hari nih ada mesyuarat Safe Motherhood pulak. Di Jabatan Kesihatan lagi. Aku tak dapat lari. Nama aku teratas dalam surat panggilan mesyuarat. Aku tak boleh buat-buat tak nampak. Aku pegi while all the time wishing ada short-circuit pada direct projector tu and api akan menyambar the tablecloth and mesyuarat ditunda. Tapi aku ada di tingkat 6. Jangan gunakan lif di dalam kebakaran.

Aircond dimatikan tepat pukul 4.15 secara automatik. Sekalian yang hadir bersetuju sebulat suara meeting tak boleh diadakan dalam keadaan berpeluh2 gitu so mesyuarat ditangguhkan. OK, not as good as the tablecloth on fire tactic but it worked.

Still no TV3.

Aku nak tengok West Wing. Uwaaa...

"... Aku nampak sorang budak lelaki Melayu yang comel sedang membubuh icing kat atas sebiji kek sementara kawan-kawan Cinanya yang lain sedang menguli tepung. Dia perasan agaknya ada perempuan cantik tengah tengok dia buat kerja, dia pun menoleh. Heh, automatically aku terbagi dia sebuah senyuman manis. Tergoda lelaki tu dibuatnya. Dia senyum balik kat aku..."

Hmm... she's back...

But TV3 is still not.

# max | Permalink |


...it's business as usual...

Aku selalu buat shopping list sebelum gi shopping. Aku selalu tulis neatly segala keperluan aku one by one sebelum gi shopping. Aku selalu tinggalkan the shopping list kat rumah, dalam kereta, dalam washing machine bila aku actually keluar gi shopping... which beats the purpose of ever making that stupid list.

Bukan setakat shopping list. Banyak benda aku selalu lupa. Tapi benda-benda sampah yang takde apa-apa meaning aku cukup senang ingat.

Contohnya ada satu scene dari satu sketsa masa M'sian Nite kat LSE masa aku 1st year. Sketsa tu pasal apa entah tapi ada satu scene search and rescue. Ada sekumpulan pemuda tgh mencari someone yang hilang. Hari dah nak malam so the leader, whose name was Ahmad, kata to the rest of the team, "Baik kita berpecah. Abu, Ali... ngkorang ikut Ah Chong. Samy, Kumar... ngkorang ikut Hamid."

Audience diam.

"Ah Chong, Hamid... ngkorang ikut aku!" kata Ahmad.

Lawak Pak Pandir. Audience gelak sampai basah seluar.

So in the end, diorang masih lagi mencari dalam satu kumpulan besar.

Kenapa aku teringat memory tak penting nih?

Sebab hari nih ada mesyuarat pengurusan. Aku dianiaya oleh Dr Y. Dia suruh aku turun jugak gi meeting bangang tu.

Aku turun lambat. Saja lambat-lambatkan sebagai satu lagi tanda protes aku kepada dunia. They were well into the meeting. Diorang tgh berdebat whether ceramah kepada staff patut diuruskan oleh CME Committee atau Pusat Sumber.

Aku rasa menyesal turun ke mesyuarat tu.

So what if CME committee ke Pusat Sumber ke yang uruskan dewan, minum, projector, etc. Dua-dua pun AJK nya orang yang sama. Kalau beza pun seorang dua. The secretary of one AJK is also the vice-chairman of the other.

Last-last nanti, "Ah Chong, Hamid... ikut aku" jugak.

Buang masa berjam-jam setiap bulan buat meeting tubuh jawatankuasa itu ini. Sume jawatankuasa tu orang2 yang sama.

Buang masa.

Bad mood the whole day courtesy of mesyuarat pengurusan.

Baru 2 hari kerja aku rasa nak cuti balik.

# max | Permalink |


...kalau takut dilambung ombak...

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai jangan kerja di Langkawi. Hehe... aku dah balik ke pulau dah. Dah habis cuti dah. The problem with cuti lama2 nih is, boleh hilang mood nak kerja.

Seminggu weihh tak update jernal. Aku mogok sebagai tanda protes aku pada perogol-bunuh Nurul Hanis. Chewahh... macam bagus je. Aku malas sebenarnya.

Aku sampai tadi pukul 10 pagi. Ambik kereta dari Dr Z kat jeti, pegi pasar beli barang-barang ration, pegi supermarket beli yang lain-lain. Balik rumah rasa nak tido je terus tapi dah hilang ngantuk pulak. Makan. Minum. Mandi. Pasang CPU. Install modem. Configure menatang internet tu secara trial-and-error. Hmm... aku kagum dengan ke-terror-an aku. Err, kalau aku tak puji sapa lagi nak puji kan? Nak harapkan PC nih, dia pun takde sound.

Ye PC aku takde sound. Jadik bisu terus. Takde lagik muzik X-files bila aku bukak tutup Windows. Takde lagi wallpaper teddy kat dekstop tu. Takde lagi bookmark aku yang canggih-canggih tu. Takde lagi MSN, YM. Takde lagi It's Personal v1.9g yang menyimpan seribu rahsia... aah, which is just as well too much crap was written in there.

OK. Aku nak install anti-virus pulak. Pastu aku nak ber-download-ria segala benda yang takde tu. Small matter lah.

Pager aku masih kat hospital switchboard. Saja malas aku nak gi collect on the way back tadi. Aku pesan kat operator anything cari aku pakai handphone. Hari nih aku nak hidup tanpa pager sebagai tanda protes aku pada dunia (which is as adventurous as my life will ever get. *sigh*)

# max | Permalink |


...babi...[kisah budak perempuan dan dua ekor panda]

BABI!

Tu je yang terlintas kat kepala aku semalam.

Lebih jijik, lebih kotor, lebih rendah kedudukannya dari najis paling berat. Tapi vocab aku terhad. So perkataan tu je terlintas kat kepala aku.

Semalam.

Laut takde lah bergelora pun. Aku tak muntah. Aku OK.

Aku sampai rumah, bukak paper. Rasa loya gila. Rasa nak muntah. Sebab?

There it was... in big, bold writing: Pelajar Remaja Dibunuh Kejam. There it was in colour: a pretty girl hugging a Garfield soft-toy/pillow thingy.

Sial. Rape is one thing. But murder? She was only 16. Raped on the way back from school. Strangled to death. And had her name written on her with her own blood? Babi.

Yang lebih meloyakan aku berita directly underneath that one. About 2 baby pandas nursed back to life with breastmilk donated by a woman who just delivered. What sick, twisted, crazy world is this? We go to such lengths to save another species from extinction but at the same time we rape, murder & publicly humiliate our own??

"Nih hang nak makan nasik ka dak nih?" Mak tanya sebelum kemas meja.

"Hmm, sat lagi lah."

Bau sambal belacan tu betul2 menggoda keimanan tapi aku dah hilang selera.

Aku harap orang yang buat perangai binatang tu kena tangkap, and kena hukuman mandatori gantung sampai mampus.

Al-fatihah utk arwah Nurul Hanis Kamil...

# max | Permalink |


…back by popular demand…

So, as it turned out, bukan virus tapi something yg more deadly…

Err, kak… berita tak baik. Hard disk dah kong terus. Err, duit banyak tak?” tanya Wan, budak repair PC tu on the phone 2 jam lepas aku hantar CPU tu gi repair.

What?

Hmm… so 22.5% gaji aku melayang kerana PC tu.

But that is not the problem. The problem is sume programme, sume files dalam tu kong sekali. An even bigger problem is It’s Personal v1.9g – aku nye password-protected offline journal pun turut hilang. Uwaaaa…. Segala jerih, lelah, nanah, lendir kehidupan aku yang aku tak leh cite online ada ter-save dalam tu in its uncensored version. Now it’s gone. No more. Kiokk. Kong.

OK.

Sekarang aku cuti (lagi). Balik kampung (lagi). Staff aku pun mula bertanya, “Apsal aah Dr Max tu asyik cutiiii je sekarang nih?” (lagi). Sume orang tunggu kad merah dari aku (lagi). Aku boring (sungguh).

OK.

Pagi tadi aku ada klinik ngan Dr J, visiting specialist merangkap boss kecik aku. Rasa nervous pulak sebab dah lama kerja takde immediate boss camnih. Macam stage manager pulak kerja aku tadi making sure sume patient aku well-behaved, sume orang ada a full bladder for the scan, sume results ada dalam case notes and kereta aku in good shiny condition. Aku puas hati. No fuck-ups.

Lepas klinik pegi jeti ambik ticket. Pegi kedai ambik CPU. Pegi top up Prepaid. Rushed back to the ward, buat scan, discharge patient, tinggal pesan here, there & everywhere aku cuti. Dr J ambik aku pukul 3.45pm hantar gi jeti. Staff aku pandang lain macam. Apsal Dr Max suruh boss dia hantar dia gi jeti. Bukan ke the other way around patutnya? Oh well, best ada boss yang boleh treat macam kawan. Boleh gelak2. Boleh belanja minum. Oh I miss my life kat Hospital Besar so damned very much.

Awal lagi so aku gi makan kat KFC. Memula nak take away je tapi changed my mind ala-ala pompuan dalam advert tu: “Actually, make that eat in…”

Budak trainee tu tetiba jadik panik. Tak tau camana nak handle pulak. Memula take out then eat in. Tak tau button mana nak press. Laaa tu pun jadik problem ke? Somewhere in the middle of that dia bagi change aku tak cukup. Panik lagi budak tu. Tak tau camana nak bukak balik the till. Supervisor dia buat muka fed up. Aku buat muka kesian.

Relax laa ‘dik. Jangan aah gelabah…” aku cakap kat dia. Semacam ada sifat ke-kakak-an aku yang meronta-ronta nak keluar. Chewahh…

First time la kak,” dia kata.

Haha… first time. Sume orang ingat first time kan? First time berjalan-jatuh. First time kena tinggal bas sekolah. First time rasa nak terkencing dalam kelas and kena angkat tangan tanya cikgu, “Teacher, teacher may I go out?” First time made a very bad muck-up during Caesarian. First time patient mati. First time specialist kena datang rescue dalam OT. Or in the case of aku ngan Dr Asri (bukan nama sebenar) first, second, third, forth and fifth time!

But that is the only way you’d learn. By making mistakes and swearing to God you’ll never do them again.

Sitting there in KFC, aku teringat Dr R boss kecik aku lagi sorang. Dia selalu kata kat aku bila aku buat any near-fatal mistake, “Just remember the learning curve Max. The learning curve…” Ohh now I miss my life back in Hospital Besar even more.

At last Zinger Burger aku sampai. Budak trainee tu hantar.

Err…,” aku tak jadik nak cakap.

Zinger Burger aku bentuknya lonjong. Bukan bulat. Nih Twister. Aku mintak Zinger.

Ohh what the hell.

Remember the learning curve, Max.

Aku tak suka Twister. Aku makan jugak sebab aku lapar tak sempat lunch tadi. Tetiba teringat aku terkejar-kejar sangat nak balik aku lupa nak makan ubat tahan muntah. Just the thought of that dah cukup buat aku loya. Can’t help thinking, if Twister tastes this bad on its way in, how bad is it going to taste on its way out??

Hoped the sea will be anything but rough. Please…

Tak sempat habiskan Wedges. Pegi kaunter mintak plastic bag. Panik lagi budak tu, tumpahkan Pepsi masa nak ambik plastik utk aku.

OK, so some people’s learning curves are just less steep than others I guessed.

Masuk. Masuk. Duduk belakang semua. Laut beralun teruk hari nih…” kata orang jaga bot.

…and Twister is twisting in my tummy…

# max | Permalink |


OK it's working... I'll be back. Later. Possibly. Maybe. KIV. Whatever.

# max | Permalink |


testing testing 1 2 3....

# max | Permalink |

 

CHIT-CHAT


Name :
Web URL :
Message :

ARCHIVE

LINKS

ETC

Guestbook

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Adik