...first time...

Camnih rupanya c.c. ye... Hmm...

PC aku yang best tu rosak. Or should I say demam. Aku rasa kena virus yang dah meng-wipe-off seluruh c drive aku. So I'm writing this in a c.c. di tgh medan perang. Bom meletup sana sini. Dahsyat. Bebudak nih datang bukan nak masuk internet utk chatting ke apa. Datang nak main war game online dengan kawan yang duduk kat PC sebelah menyebelah. Hmm... Bayar RM 2.50 utk main game online ngan orang yang duduk dekaaattt je... What is the point?

Aku datang nih bersebab. Ada beberapa orang call aku suruh tengok apa hell dah jadik kat guestbook aku, baca email kot-kot ada ugutan bunuh ke apa ke...

Aku malas nak layan. Malas.

Bukan aku tak kisah. Aku kisah.

Bukan aku tak care. Aku care.

Sometimes, kata-kata tak perlu. Perbuatan juga kengkadang tak perlu. Menjaga hati dan perasaan org tu perlu utk hidup aman damai. End of story.

# max | Permalink |


…MABUK (a.k.a lunch: revisited)…

(AMARAN: Log ini tidak sesuai untuk yang lemah semangat, baru lepas makan atau di peringkat awal kehamilan.)

Aku lama tak update journal sebab aku cuti. Aku cuti dari bekerja dan aku cuti dari tulis journal. Aku rehat cukup2 sebab lepas nih aku kena kerja cukup2 jugak.

Susah sebenarnya tak update journal nih. Aku naaakkk sangat cite pasal shopping spree aku ngan Mak, pasal sutera Dubai, pasal tudung bawal. Aku nak sesangat tulih dalam journal lepas Mak Datin nih call aku. Aku nak sesangat tulih journal lepas baca satu entry penuh kontroversi dalam guestbook. Aku nak cite pasal phonecall pagi tadi jugak tapi kang org tu tak nak kawan ngan aku pulak. Tapi segala suka ria gelak ketawa, gabra (!), sedih apa segala tu terpaksa simpan le sebab aku dah janji aku nak rehatkan kepala hotak aku serehat-rehatnya selama 9 hari. Lagipun aku menyampah background gambar teddy aku tak keluar sebab Tripod kedekut.

So sekarang aku dah ada kat pulau. Selalunya bila time balik aku wish bot tu slow biar aku lambat sampai. Tapi hari nih aku rasa nak sampai secepat mungkin, kalau boleh dalam sekelip mata.

Meh aku cite step by step in chronological order:

Bot aku pukul 3.30 ptg – Bahagia 8. Hmm, bahagianya lah naik bot nih hari nih.

Bot penuh jugak hari nih considering sekarang bukan cuti sekolah. Aku duduk tepi tingkap. Sebelah aku sorang bibik Indon ngan entah, anak dia ke anak Boss dia. Sebelah dia ada sorang pompuan lagi. Bot bertolak lebih kurang 3.35 gitu. Memula OK biasa je. Diorang pasang VCD cite hindustan apa entah aku tak minat. Budak kecik atas riba bibik asyik main2 ngan beg plastik kosong. Tu buat standby untuk babak seterusnya la tu.

Fifteen minutes into the journey, laut jadik bergelombang gila2. Tidak sesuai utk bot-bot kecil. Bot melambung-lambung dipukul ombak deras. Rasa macam naik roller coaster. Terlambung ke atas pastu bila dah turun balik, perut still kat atas lagi. Sekali dua steady lagi. Masuk kali ke-5 aku rasa lain macam dah. Bibik lak tiap kali bot tu terlambung dia cakap, “Wee… wee…” Excited pulak dia. Aku rasa macam nak sumbat handphone aku dlm mulut dia, kasik dia diam.

Pukul 4. Aku tak leh pandang ke luar tingkap. Laut nampak macam semakin teruk je bergelora. Langit nampak macam a grey curtain. Gelap. Tapi tak hujan. Bibik dah diam.

Aku menguap. Banyak kali. Aah, aku benci bila aku menguap banyak2 kali. Tu dah nak mula la tu…

Then, “Uwekk…” Budak kecik tu dah keluarkan isi perut dia dalam beg plastik.

Aku pejam mata. Aku tak mo duduk dalam bot nih.

Peluh pulak. Oh no, dah menguap banyak2 kali then peluh gila2… tak lama lagi le nih.

Aku bukak mata. Baru 4.05?? Baru 5 minit since the last time aku tengok jam? Apa slow sangat nih?

Mulut aku dah semakin berair.

Aku pandang laut.

Then, “Uweekk…”

It’s lunch: revisited. Enough said.

Arghh… just as diaphragm aku mengecut dan oesophagus aku melalui proses reverse-peristalsis utk mengeluarkan nasi separa-hadam tu, bot bergolek2… aku missed the plastic bag and habis la lengan baju sebelah kanan aku. And tudung aku. And seat aku. Meleleh menitik atas beg aku.

Ohhh… tidak.

Tu baru setengah jam. Ada lagi sejam lagi pastu. Tak larat nya… perut lak rasa memulas-mulas. Aku nak pegi toilet tapi everytime aku bukak mata, aku pening. Bencinya… Air-cond pun aku tak rasa dah. Panas macam apa. Peluh macam apa. Sakit macam apa.

Last2 sampai jugak pukul 4.55 ptg. Aku turun and memula sekali aku gi toilet. Then aku gi beli jeruk mempelam kat luar KFC. Jeruk on an empty stomach? … hmm, kids don't try this at home. Then aku gi tunggu Dr M datang return kereta aku. Bagus jugak dia lambat. Boleh aku duduk hilangkan mabuk aku kejap.

The drive back was OK though. Aku takde le pening sgt sampai tak nampak jalan. Singgah Shell, isi minyak. Balik. Tukar baju. Muntah lagi segala jeruk apa kebenda. Tidur.

Hmm…

Elok jugak aku kerja kat sini. Kalau aku cuma datang utk melancong, aku tak akan datang lagi dah lepas nih!

Adik, mabuk = euphoria, stupor & comatose? Well, the first 2 aku tak ingat tapi the comatose part was great!

[Life can be nauseating sometimes… and some days are more nauseating than others… *wink*]

# max | Permalink |


...I'm not your Superwoman...

"Doktor tak letih ke turun, naik, turun, naik sepanjang hari?" tanya Staff Nurse T pukul 5 ptg tadi waktu aku naik ke wad lepas Mesyuarat Kualiti.

Aku senyum je lah.

Senyum orang letih.

"Doktor Superwoman!" sampuk Staff Nurse Z.

Ooh... ha'ah. Lupa.

Aku Superwoman.

Semalam aku dah selesaikan sume benda kat wad, yang nak balik, yang baru masuk, yang tak paham cakap Melayu sume ada. Settlekan Antenatal Clinic. Then balik semula Labour Room, baru perasan aku dah ter-overbooked Caesarian cases utk hari nih. Postponed dua kes ke hari Rabu. Nasib baik Dr F tak banyak songel. Tapi patient dah masam muka ngan aku.

Balik, ingat nak tidur tapi apsal entah bila aku dah letih sangat aku dah tak leh tidur.

Hari nih OT. Habiskan 2 Caesarian and kes2 kecik. Pukul 1.30, sampai last case air lak takde! Camana hospital boleh takde air lak nih? Aku suspect sabotage. Postponed case tu ke esok. Tapi esok ada Gynae clinic.

"OK, kita buat petang esok ye kak? Nak buat camana, tak leh nak jangka benda2 camnih," aku kata.

Dia senyum sebab dia tak leh kata apa. Gigi palsu dia takde, dia malu nak bukak mulut. :)

Petang aku dengan suka hati pegi Mesyuarat Pengurusan sebab aku nak cari excuse utk duduk. Duduk, dengar, minum teh, makan sandwich...

"Eh! Doktor Azmi nak buat mesyuarat mortality 23 nih you tau dah?" Pengarah tak semena2 tanya tgh2 mesyuarat. We were discussing the new design of our ID cards, apa connection ngan mortality meeting. Then again, apa connection ID card lawa ngan kualiti kerja?

"Ye?" aku serius tak tau. Daya telepathy aku kurang menangkap akhir2 nih. Kalau org tak bagitau mana lah aku tau. Hello?

"You cuti bila? Ada ganti kan?"

"14 sampai 22. Haa... dah arranged for replacement dah."

Hmm... Dr T takde tepon balik pun pasal replacement aku tu. Janganlah tak jadik pulak. Selalunya dia phone dulu sebelum fax surat. Kelakar aku rasa kengkadang. Buat apa tepon just to say, "Darling, I've faxed the letter."

Actually, belum sempat dia nak dial no aku pun fax tu dah sampai. Teknologi canggih. Tapi dia kena call just to make sure aku dapat the fax. Yang canggihnya teknologi tapi steps seterusnya tak canggih langsung sebab manusia jugak yang nak kena bangun dari kerusi empuk kat office tu, tinggalkan kopi dan nasi lemak utk gi ambik fax tu dari machine, bagi boss sign, fotokopi dan tunggu opis boy balik dari pos opis or pejabat kesihatan, tanah besar, kantin or whatever utk bagi fax tu kat aku. So OK, maybe ada eloknya dia call so that aku boleh gi standby siap2 tepi fax machine tu.

Urghh...

So let's see... esok aku kena buat scan sebab hari nih lepas mesyuarat aku tak sempat. Then aku kena buat round then aku kena call remind Dr T, then gi run the clinic, habiskan segala jangan tertangguh time aku cuti, then gi ambik Ayah ngan Mak kat jeti, then gi OT habiskan kes tertangguh hari nih plus 3 lagi D&C baru masuk hari nih. Then Rabu aku kena buat 2 lagi Caesarian yang ter-overbooked semalam tu then hopefully that's it.

Cuti seminggu.

Balik 22, then 23 Mortality Meeting.

Kalau camnih selalu Superwoman pun pengsan. Tapi nasib baik tak selalu...

# max | Permalink |


...cuti cuti Malaysia...

"Doktor, message from operator: call balik Hospital Besar Ext 3**," Bidan L kata as soon as dia nampak aku pagi tadi.

Huh. Dr Asri (bukan nama sebenar) probably nak hantar balik patient molar aku. Or Dr BV probably nak soh aku follow up yet another patient Combined Clinic dia. Or Dr NR finally teringat hari nih turn dia datang the non-happening specialist clinic. Boooo-ring.

"Kak Ani, Hospital Besar!" aku phone operator.

"Rumble, rumble...," kata perut aku. Tapau bihun goreng ngan pulut pisang aku, aku letak tepi dulu.

"Ext 3** aah doktor, kejap ye...," sedap suara Kak Ani. Patutlah dia jadi operator.

[static]

"Hello?"

"Hello darlingggg...," kata orang sebelah sana. "How are you lah darlinggg??"

Hahaha... nih satu-satunya org dalam dunia nih yang boleh panggil aku darling tanpa aku rasa nak termuntah macam orang mengandung sulung. The fact that dia memang panggil sume org darling helps a fair deal.

"Dr T... I'm OK aah. Haa, my cuti how?" ishh, Phua Chu Kang nya... (ikut istilah Adik jap)

"Bla, bla... letter, fax bla, bla... reply bla, bla somebody to cover..," Dr T bebel aje.

[so that's err... what? a yes?]

So gitulah... pastu aku ngan senang hati gi cari Cik Dollah. Hantar borang cuti. Yeay! Yeay!

"Eh! bihun ngan pulut pisang?" tanya perut aku sayu. Alaa... all that can wait.

Dalam perkembangan yang berkaitan, aku dah menyesal gila gi luluskan cuti Dr F hari tu. Hari nih aku tak pasal2 kena soh Jabatan Laut delay bot penumpang kat jeti so that kes emergency aku sempat naik. (So sesapa yang heran apsal bot pukul 12.30 tadi jalan pukul 12.45 jgn saman company bot, saman aku.) Tak pasal kena hantar tanah besar utk buat Caesarian. Dr F tu anaesthetist aku. Camana aku nak buat op kalau takde orang nak bagi bius sebab dia cuti?

Tadi kena panggil lagi.

"How?" Dr Y tanya.

"Well, she's not pushing. Forceps or vaccuum... tapi kalau fail, nak Caesar kita takde anaesthetist. Thick meconium... 3 hour journey tau... baby might not make it... I don't know..."

Patient tu tengok aku ngan Dr Y. Kesian, aku terangkan balik kat dia dalam bahasa melayu.

Last2 took the risk jugak. Got away with forceps. Sambil buat forceps delivery sambil menyumpah-seranah diri aku sendiri sebab bagi Dr F cuti. Menyumpah-seranah anaesthetist hospital besar sebab tak datang cover. Nasib baik OK, kalau tak OK satu hal pulak nak cari bot memalam buta nih untuk buat Caesarian kat sana.

Now seperti biasa peha kiri aku rasa nak ter-dislocate. Happens everytime aku buat forceps. Dr R boss aku dulu selalu komen posture aku masa buat forceps tak betul, strain peha aku lebih sangat. Hmm... tapi takpe, hujung minggu depan aku start cuti seminggu biar orang lain lak sakit peha, sakit kepala...

Cuti? Uiks! bestnya...

Incidentally, Dr F kerja balik esok so everything including my heartrate should go back to normal. :)

# max | Permalink |


...technical hiccup...

Blogger dah buat hal pulak dah. Hilangkan aku nye blog dari 23 May to date. Tak pasal aku kena taip balik satu2. Cis! nasib baik hafal sume sekali. Tapi lenguh jugak le jari-jemariku yang runcing ini...

Takde aah... tekan butang publish je tadi. So sekarang dah OK. Sesapa yang masuk tadi cuma nampak setakat 22 May leh le gi baca dalam archive kisah seterusnya. :)

Siapa Lucy? Hehe...

She's dead.

# max | Permalink |


...Lucy's dead, isn't she?...

Uwaaaa... Lucy's dead.

Esok cuti.

Aku demam.

Tak matching.

Lucy's dead.

How can they kill Lucy that way?

Urgh! I need a life.

# max | Permalink |


...lackadaisical (adj.)...

Came accross this word a couple of days ago in the newspaper and became immediately hooked on it. Lackadaisical (adj.)... half-hearted, unenthusiastic, lukewarm, indifferent. Hmm... sounds a bit like my life (or the lack of it).

Looked out the window for the 21st time today and found that my car is the only one in the car park. Uiks! It's a nice sunny day on the second of a two-day weekend and what did my sorry excuse for a life have in store today? Yup! Despite my over-enthusiastic efforts at bingeing on oranges, my one-week old sorethroat decides today is as good as any to turn itself into a full-blown flu! Great!

So while Agong there celebrates his 75th official birthday, I'm stuck at home nursing my rapidly runny nose and a throbbing headache. Thank God for Kleenex ® , is all I can say.

Lackadaisical... has a nice ring to it, doesn't it?

Or maybe it's the flu.

Just realised something wicked. Tommorrow is a working day, right? And the day after that is yet another public holiday, right? And I've got a real flu, right? So I can probably get an MC tomorrow for my recovering flu, right? And voila! 4 days off!

I'm a genius, right?

Wrong.

Anyway, it's not all snot and cough and spit today. Managed to half-heartedly finish one chapter of Ganong's and went thru' this guys' entire archive. Awesome!

OK, I need to go and lie down. The room is spinning somewhat.

# max | Permalink |


...been there, done that...

Lamb, W. I Know This Much Is True. London: HarperCollins, 2000.

Go find it, read it and enjoy it.

Aku dah baca and rasa nak baca lagi. Wow! Jarang aku jumpa novel yang boleh buat aku geram, gelak, sedih... all at the same time. Aku bagi novel nih 4 bintang!

# max | Permalink |

 

CHIT-CHAT


Name :
Web URL :
Message :

ARCHIVE

LINKS

ETC

Guestbook

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Adik