...rembulan mengambang kini makin suram...

"Nak ikut...," aku cakap perlahan.

Mak buat tak tau. Ayah buat tak dengar sambil start motor. Aku lari ke pintu depan. Selipar aku cuma ada sebelah. Mana sebelah lagi??

Aku dengar deruman motor Ayah. Haa? Mana selipar sebelah lagi?

"Nak ikut...," aku jerit sekuat2 hati.

"Nak ikut pi rumah TOkkk," air mata aku lagi laju daripada air hujan yang mengalir dalam longkang depan rumah 1284-B tu. Hentakan kaki tak berselipar aku lebih kuat daripada hentaman hujan lebat kat atas bumbung rumah.

Last2 Ayah fed up so tengah2 hujan lebat tu dia terpaksa hantar aku gi rumah Tok on the way dia nak pegi kerja. Aku ingat camana rimasnya rasa duduk bawah baju hujan Ayah. Aku ingat camana bau baju hujan plastik tu. Aku ingat camana seronoknya aku boleh ikut hari tu.

...

"Nak ikut...," aku cuma kata dalam hati. Dua-dua selipar aku ada kat kaki. Hari tak hujan, matahari memancar terang. Aku bukan lagi umur 3 tahun. Ayah ngan Mak tak naik motor, diaorang naik bot... Aku tunggu sampai bot tu dah hilang dari pandangan then aku drive balik rumah with Man Bai singing on Radio 3...

Beribu bintang di langit / Kini menghilang / Meraba aku dalam kelam / Rembulan mengambang / Kini makin suram / Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul / Dalam diam / Ada kerdipan ada sinar / Itukah bintang atau rembulan / Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu / Izinkan ku mencuri khayalan denganmu / Maafkanlah oh... / Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu / Kau senyumlah oh... / Sekadar memori / Kita di arena ini / Kau ilhamku / Kau ilhamku...


...

Okay... so sume orang dah balik. Tinggal aku sengsorang balik. Tinggal aku dalam rumah besar nih, lapar tapi tak rasa nak makan. Banyak kerja tapi tak rasa nak buat. Uwaaa....

Back to real life as I know it. Boring aah, aku malas nak buat kerja sekarang nih. Aku malas nak duduk and fikir pasal keputusan mesyuarat pengurusan petang tadi. Aku malas nak fikir pasal SOP, annual report, ISO 9002... Malas tau tak? Malas.

"So bila you nak mintak transfer?," Dr Saad (bukan nama sebenar) tanya aku Ahad lepas.

"Soon...," aku jawab. "I don't know how soon. I dah tak nampak future..."

"Kalau you terus kat sini memang you tak akan nampak future," dia kata pulak.

...meraba aku dalam kelam... rembulan mengambang kini makin suram...

Aku malas nak fikir pasal future. Aku tau satu hari aku tak boleh elak daripada fikir pasal future. Daripada fikir pasal apa aku nak buat dengan hidup aku. Di saat sume orang ghairah utk berhijrah ke masa depan yang lebih baik... aku rasa nak berhijrah balik ke zaman dulu2. Masa aku budak2, masa duduk bawah baju hujan atas motor di tengah hujan lebat boleh buat aku happy...

Aarghhh... life should come with an auto-pilot button. And while we're at it, safety belts and airbags too... (..just in case!)
Huhh...

Lyrics courtesy of Imnogman.

# max | Permalink |


...change is good...

Rumah aku tengah diubahsuai. Ada interior decorator datang. Dia tolak kerusi-kerusi aku ke sana ke sini, dia ubah kusyen-kusyen aku ke tempat yang lebih 'sesuai'. Dia hias lantai rumah aku ngan miniature toy cars, dia tabur itu ini sebagai final touches... ohh! mana dia belajar nih sume haa? He's 4 years old -- I guess it's a natural built-in talent! Haha... bestkan jadik bebudak?

Semalam, as everyone would already have known, pulau nih diisytihar jadik Bandaraya Pelancongan. Majlis Daerah jadik Majlis Perbandaran. Aku ngan family gi tengok kereta berhias & pertunjukan bunga api. So far tu je aku tau. Apa beza pulau nih as just another pulau ngan pulau nih berstatus bandaraya aku belum nampak so aku tak nak comment apa2. I'm a sceptic, a pessimist and an antagonist to any kind of change so we'll just wait and see.

Aku terkilan cuma satu. Seminggu ke dua minggu lepas ada berita pasal benda nih kat TV. The DO was interviewed. Pemberita tanya kenapa pulau nih nak dijadikan bandaraya perlancongan. Mungkin aku silap dengar, mungkin aku salah faham tapi dia kata pulau nih mesti jadik bandaraya sebab pulau nih dikunjungi oleh pembesar2 negara luar, orang terkemuka, so bila kita ada status bandaraya standard kita naik jadik setaraf ngan pelancong2 ini & kita tak rasa rendah diri dengan pelancong2 yang datang. Something like that. Aku rasa sungguh malu. Malu sebab dia rasa dengan hanya menukar nama kita boleh ubah cara org pandang kita. Dengan hanya menukar nama kita jadik lebih dihormati. No...

Mungkin aku salah dengar. Mungkin aku salah faham. Mungkin dia nervous masuk TV, dia merapu yang bukan2.

Aku harap taraf hidup orang indigenous di pulau nih tak diabaikan. Adalah memalukan kalau kita naikkan taraf pulau nih utk bagi orang lain nampak kita elok tapi anak2 pulau nih masih macam tu jugak. Masih ada yang terbiar di kampung2 nelayan, masih ada yang tak pegi sekolah sebab takde duit di penempatan pendatang... jauh dari hotel lima bintang, pantai yang dikomersilkan dan pembesar2 negara yang datang bersidang.

Anyway, aku memang a sceptic, a pessimist and an antagonist to any kind of change so complaining is my natural built-in talent. Apa pun selamat jadik warga bandaraya perlancongan kepada sume penduduk Pulau Langkawi. Selamat Tahun Baru Hijrah kepada sume orang lain.

# max | Permalink |


...ngantuklah!...

Dah seminggu tak update so kalau sehari lagi tak update pun takde beza kan? hehe... nih saja je tulis sementara sebab ada orang tu dah nak ngamok aku buang karen dia.

Hmm, aku ngantuk gila sebab baru balik dari Labour Room since pukul 4 pagi tadi. Dah lama orang tak kejut aku pepagi buta soh pegi kerja. Inilah akibatnya... sekarang aku dah ngantuk. And lapar. Ngantuk and lapar. And busuk belum mandi. Ngantuk and lapar and busuk belum mandi. And pening. Ngantuk and lapar and busuk belum mandi and pening. And...

Aku nak tidur.

# max | Permalink |


...defragmentation complete. do you want to restart your computer now?...

Dua jam nak defrag C drive PC aku semalam. Langsung hilang mood nak update blog. Agak2 kalau nak defrag otak aku, berapa hari agaknya ehh? Defragmentation complete. Do you want to restart your life now? Ohh, yes please...

"Adoii... sakitnya. Eeeiiii... bisa," tiba2 Mak kata gitu.

Aku nampak Mak kibas2 leher dia. Mak tanya nak letak apa... Err, IM Chlorpheniramine 10mg with Hydrocortisone 100mg?

"Aah... pisang. Kalau kena sengat ngan penyengat, kena sapu ngan pisang," kata Mak sambil jalan gi ambik pisang atas fridge...

Hmm, takde pulak diaorang ajar aku kat med school dulu tapi takpe lah. As long as it works.

Penyengat tu aku sembur ngan Fumakila. Rasakan ko! Apsal ko sengat Mak? Hahh? Apsal?
Dia diam je. Terkulat2 atas lantai. Sengat kat ekornya dia gedik2kan... Pastu diam.

Aku ngan Mak tenung penyengat tu macam saintis study slide bawah mikroskop. Hmm, life has a lot to teach you along the way. Malam nih kami belajar serangga ada 3 bahagian -- kepala, toraks dan abdomen & kalau penyengat gigit, ubatnya pisang. :)

Mak ngan Ayah ada sini. Tadi masa aku gi ambik kat jeti aku singgah kedai. Aku belek2 URTV 15 Mac 2001.

"Ehh, mana? Takde pun?" Aku belek lagi sekali dari mukasurat depan sampai belakang sekali. Adik jaga kaunter dah jeling2, tunggu masa nak sound je. Ingat aku nak baca free le tu. Then aku jumpa... yeay! yeay!

Aku dah baca cerpen Saharil dalam URTV. It was soo... so apa ekk? So Saharil lah. Suka. Tak rugi RM3.50 aku. Plus ada gambar Sheila on 7 tayang bulu dada, ada gambar Cindy Crawford tayang peha gebu... kalau umur aku 15 tahun, I would've been excited. Tapi aku bukan 15 so aku baca cerpen tu and that's it.

"Kak, call aku balik," dia cakap then the line went dead.

Adik called petang tadi. Cakap dia tengah busy nak exam. Tak leh update Jongkang dalam masa terdekat. Aku mintak password Pitas dia nak tolong updatekan. Dia tak bagi. Ohh well... Orang cuma nak tolong je... Rugi kan tak bagi aku tolong? hehe.

OK, esok kerja. Aah... malas.

# max | Permalink |


…how close to the action do you want to be?…

Dia nampak lain hari nih. Rambut dah bersikat kemas, muka gebu dengan baby powder. Dari jauh lagi dia dah senyum kat aku. Rupanya senyum ada makna…

Hari nih?? Boleh?” dia tanya sebelum aku sempat tanya lagi pasal ‘senggugut’ dia.

Dia nak balik. Dia nak pegi kursus.

Kursus kahwin?” aku tanya.

Dia angguk. Kakak katil 7 senyum tengok muka malu2 dia. Hmm, pegi kursus tu ‘dik. Belajarlah pasal perkahwinan, jadilah isteri yang solehah. Bertaubatlah, jangan lagi ulang dosa yang sama ye…

Semoga lepas nih dia nampak jalan yang benar…

Aku sendiri heranlah. Dah 3 hari mood aku stable. Aku dah 3 hari tak marah orang walaupun dah 3 hari satu hapa kerja pun aku tak leh siapkan. Hmm, sakitkah aku nih?

Tak leh tulis pepanjang. Aku kena start by making a to-do list then set my priorities. Esok is supposed to be free sikit, aku tak leh lagi biar kerja2 aku tergendala. I must start taking action.

# max | Permalink |


…let’s talk, and talk some more…

Mak adik tak pernah tanya ka, adik nih sakit apa?” aku tanya.

Tanya. Saya kata senggugut…,” dia kata sambil cuba elak eye-contact ngan aku.

Aku tak tau nak kata apa so aku senyum. Banyaaak le ko punya senggugut!! Kesian pulak aku nak gi cakap kat mak bapak dia. Dia kata dia berhenti sekolah tahun lepas sebab nak kahwin ngan tunang dia tu lah. Apsal tak kahwin je??

Apsal aku selalu bising pasal kes camnih? Sebab aku anggap bebudak nih sume cam adik2 aku sendiri. Kalau adik2 aku buat cenggini, aku sula je diaorang. Serius.

Nothing much happened in the ward today. Aku buat kerja aku, orang lain buat kerja diaorang.

Doktor, mesyuarat tu camana? Doktor bangkit soal porter dak?Attendan J bukak topik.

Dah. Mulai next roster Pengarah kata abandon porter system. Balik ke asal,” aku cakap. “FA station kat ward, attendan lelaki station Casualty. Malam ikut pool system balik sebab tak cukup staff.”

Dia senyum. Suka la tu. Aku sebenarnya malas nak masuk campur benda nih tapi dah banyak kali sangat diaorang hint kat aku pasal masalah nih. Asyik suruh aku bangkitkan dalam mesyuarat. Doktor ada power, diaorang kata. Kalau staff lain cakap Pengarah tak dengar, diaorang kata lagi. Aah, nih masalah dalaman, hospital politics aku kata. Masalah attitude, takde team work Pengarah kata.

Mana2 pun mesti ada masalah nih. Kerja kalau berkira sangat memang camtu. “Nih kerja orang lain apsal aku kena buat? Aku buat kerja, apsal dia tu relax je? Dulu OK, apsal sekarang kerja aku banyak?” Please lah… buat je lah kerja tu. Tak kisah le kerja sapa pun. Janji hospital jalan. Janji bagi perkhidmatan kat patients. Sudah lah. Tak yah suruh aku bawak benda nih ke mesyuarat pengurusan. Tak yah cakap ngan aku dgn nada menghasut. Masing2 settle masalah dalaman masing2. Sudah.

Petang tadi pun mesyuarat lagi. Sambung mesyuarat semalam. Rombak Klinik Pakar. Lagi satu krisis pengurusan yang sekarang dah jadik sebahagian daripada masalah aku – Resource Management. Balik2, tak cukup staff… tak cukup staff. Staff kalau bagi seramai mana pun tak akan cukup sebab masing2 nak buat kerja se-minimum yang mungkin. Dah kerja tu buat je lah… tak mo buat, resign! Pening…

Sehari-dua nih aku tertanya2 – apa kerja aku sebenarnya? Aku nih doktor ke eksekutif pentadbiran?

# max | Permalink |


…first day back at work…

First day at work. Actually OK la jugak hari nih kalau tak dikira kerja2 aku yang still tak leh siap sebab aku terpaksa dok dalam bilik mesyuarat setengah hari. Dari 2.30 sampai pukul 6 petang. Dah le tu, takde refreshments provided pulak tu. Paling koman pun, bagi le air kotak ngan karipap ke. Dah miskin sangat agaknya Kementerian aku nih. Harga ubat dah naik, kena save budget kot… agaknya lah.

The day started as usual ngan ward round. Hmm, patient tak ramai tapi since aku tak tau case kena belek satu2 jadik lambat. Aku dah lama tak tengok patient kot resting physically and mentally almost seminggu, hari nih aku ada mood nak bagi health education pulak. Best jugak cuti nih… kena ambik selalu lah.

Awak nih baru 17, technically bawah umur so kuasa ada kat tangan saya…,” aku buat2 garang sikit tapi still maintain ayu.

…err, aah… doktor jangan aah…,” terketar2 dia jawab. Muka pucat. Dahi berpeluh.

Hahaha… tahu takut, aku gelak di dalam hati. Dah 3 hari dia kat wad tapi aku rasa belum ada org gi lecture dia nih. Umur baru 17, dah 2 kali gi gugurkan anak secara haram kat klinik swasta. Mak bapak tak tahu, sekarang dah kena infection. Nasihat pasal AIDS, pasal penyakit kelamin dia buat dekk je so on to Plan B le, “Saya kena bagitau mak bapak awak nih… awak bawah umur…” Part pasal patient-doctor confidentiality tu sume aku tak cite le kat dia. Janji gertak aku menjadi & hopefully dia sedar le apa punya bangang perbuatan dia tu.

Antenatal Clinic was surprisingly tolerable. Aku still ngan semangat tinggi nak bekerja. Sume patient dapat free health education hari nih topped with a smile.

Petang… aah sudah! Mesyuarat Pengurusan. Tak sukanya…

Camana Max? OK? Cuti lama…,” Pengarah tanya aku.

Err, haa… dah puas dah raya…,” aku kata pulak.

Sume org tengok aku pastu gelak. Err, kelakar ke jawapan aku tu? Tu tak masuk dalam minit mesyuarat I hope. “…Pengerusi kemudiannya menegur Dr Max yang mengambil cuti raya yang lama. Dr Max menjelaskan yang beliau sudah puas berhari-raya. Ini dipersetujui oleh sekalian yang hadir…

1, 2, 3… 106, 107… huiyoo… berapa banyak jawatan nak bagi kat aku nih? Ehh, tuan pengerusi… nama org lain sebut la sama…

Nih yang buat aku menyampah kerja kat hospital daerah nih. Hospital kecik, staf sikit. Tapi struktur organisasi tak leh ubah. Still nak jawatankuasa itu-ini. Last2 asyik orang yang sama je in all the committees…

So let’s see… Ketua Unit Women & Children Services : aku. Naib pengerusi MAC : aku. ISO9002 Management Representative: aku. AJK Ubat2an & Peralatan Perubatan: aku. AJK Rekod Perubatan/ Audit Klinikal/ Mortality Assessment: aku. AJK Tranfusion Committee: aku. AJK Pembuka Sebutharga: aku. Berapa dah tu?

Aku nanti akan terkambus dalam timbunan paperwork, budget, asset, inventory, report itu-ini. Bila masa aku nak tengok patient? Bila masa aku nak gi bagitau mak bapak budak tu pasal her little mischief?

Actually orang lain pun sama jugak. Sorang at least 5-6 committees. Tengoklah nanti… kerja mesti tak jalan punya…

I have something to say about Bandaraya Langkawi tapi esok la pulak. Hari nih dah panjang sangat.

# max | Permalink |


...counting sheep...

301, 302, 303, 304...

Restless nya... Esok kerja. Esok ada clinic. Esok kena take over from Dr H all the patients I never knew I had. Esok kena go back to reality. Esok? ehh... dah hari nih...

305, 306, 307, 308, 309...

Apsal ntah tak leh tido. Tak leh tido pikir pasal cuti yang dah habis. Tak leh tido pikir kerja yang sampai bila pun tak kan habis. Tak leh tido pikir apsal tak leh tido.

310, 311, 312, 313...

The night is too hot to sleep with a blanket on. Too cool to sleep with the fan on. Huh...

Tido lah mata... tido lah...

Err, where was I? Ohh well... 1, 2, 3, 4... banyak nye sheep... 5, 6...

Good night, world...

# max | Permalink |


...and I wish upon a wishing star...

Phoahh! Cuti aku dah masuk 5 hari. Hmm, dah 5 hari aku tak yah pikir pasal Labour Room and hospital politics, tak yah jenjalan sambil meraba2 poket making sure the pager is still there, tak yah worry if aku nak gi memana pun aku boleh get back to the hospital within minutes ke tak, tak yah tidur sambil pasang telinga in case phone bunyi... Ohh! Seronoknya...

Aku dah 5 hari tak update journal nih sebab cuaca terlalu panassss... Duduk bawah kipas pun rasa macam duduk dalam oven. Kalau kat sini sepanas nih camana la kat pulau tu ye? Sebelum aku balik hari tu, panas gegila cuaca kat sana. Panas kering. Panas berbahang. Panasss...

Demam aku dah OK cuma batuk je still ada lagi. Aku gi farmasi hari tu beli ubat batuk power punya. Terkejut jugak aku how easy it was nak beli Codeine over the counter without a prescription. Aku ingat lepas sibuk2 pasal ketagih ubat batuk segala tu codeine phosphate akan jadik prescription drug, rupanya kena tulis nama & address dalam buku je. Hmm... Anyway, ubat kalau tak dimakan tak guna jugak ekk... Hehe, 2 hari je aku makan ubat tu pastu aku ambik pendirian kebanyakan patients aku, "...tawakkal je lah..." Malas aku nak makan lagi dah ubat batuk tu. Ngantuk gile!

Anyway, back to the weather. Panass... Semalam it was so hot aku dah rasa nak lemas dalam lautan peluh aku sendiri so I made a wish... I wished for rain! And terkejut mak lepas tu nyahh... hujan betul-betul! Hujan lebat gila masa aku ngan family gi beraya ke rumah sanak sedara Ayah. Hmm, best nya. Next time aku nak wish for apa ekk...

Best kan kalau sume apa yang kita nak boleh main wish2 je. I wish it's Friday forever so esok tak akan jadik Saturday & aku pun tak yah balik ke pulau. I wish, err... I wish you a merry xmas and happy new year.... huh, bukan. I wish orang yang curi kasut Nike [Nike ye, Adik?] kat masjid Kg Baru masa solat Jumaat tadi kena cirit-birit masuk wad seminggu! Haa, jangan memain.. aku makan nasik tadi taruk kicap bebanyak... masin mulut aku tak sempat ke jamban orang tu. To Adik, sabar ye...

OK aah, for my last wish... kepada sume yang membaca: I wish you joy and happiness...and above all, I wish you love...

# max | Permalink |


...barah otak & ubat najis...

Hahaha... eh-ehh, suka lah suara aku hari nih. Jom try test sekali lagi... hahaha... hmm, serak2 basah & manjaaa gitu, ada gaya Sharifah Aini campur Siti Nurhaliza. Ewahh!

Terbaca nih dalam paper hari nih:

PHNOM PENH 2 Mac -- Seorang wanita yang ditahan kerana menjual najis lembu sebagai ubat-ubatan dibebaskan hari ini selepas polis mendapati perbuatannya tidak melanggar sebarang undang-undang. Jurucakap polis, Suan Sovan berkata, You Kim Chun, 47, ditahan selama 3 jam kerana menjual 3 beg plastik kecil berisi najis lembu di pasar Damkor di sini.

You mendakwa 'ubat'nya itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk HIV. Menurut wanita tersebut, 'ubat'nya itu elok diminum selepas dicampur dengan air panas seperti teh, atau boleh disapukan ke bahagian badan yang sakit. Beliau mendapat resepi 'ubat' tersebut daripada tuhan lembu yang merasuk badannya.


Tu yang buat aku gelak tu... hahaha... sukanya...

Aku tengok drama kat TV tadi. Aku jarang tengok drama melayu sebab aku meluat tengok pelakon2nya yang terlalu ber'bakat'. Tapi drama nih ada Azean Irdawaty, ada anak dia Benjy. Aku terpengaruh dengan trailernya especially part si Azean tu cakap, "Doktor bukan tuhan, doktor takde hak tentukan ajal maut anak saya!" tu. Wah... macam bagus je nih...

Rupa2nya... hampeh! Lakonan Azean ngan Benjy of course le best, aku tabik spring. Tapi ishh... scene kat hospital tu tak leh ke buat bagi real sikit... Yang doktor tu pun apsal le bodoh sangat? Universiti mana bagi dia degree tu? Aku yang tengok tak 100% concentration pun boleh tau dia kena barah otak (err, quite apart from the fact that drama melayu cuma tau 2 penyakit je -- barah otak ngan leukemia). Ciss! memalukan profession doktor dan hospital kerajaan je.

So apa kena mengena pompuan Kemboja jual ubat taik lembu tu ngan barah otak? Takde. Cuma aku nak share 2 benda yang buat aku gelak gila2 dengan suara manjaaa aku hari nih ngan sume orang.

Hahaha...

# max | Permalink |


Hari nih birthday Adik.

Happy birthday Adik!

Sume org sila klik sini & cakap happy birthday kat dia...

# max | Permalink |


…a bit under the weather…

Dah jumpa dia. Huh, tu je? Kenapa ekk rasa tak puas hati? Kenapa ekk rasa masih ada 1001 perasaan yang terbuku di hati tapi tak terluah? Aku sepatutnya rasa lega tapi kenapa ekk pastu rasa nak nangis?

Dia datang pagi tadi seperti yang dijanji. Tapi aku dah rasa tak sihat balik hari nih. Demam aku dah datang balik. Batuk aku makin chesty. Suara aku serak. Aku senyum bila nampak dia senyum.

Dia tanya, “How are you?
Aku kata, “Okay…

Tipu… OK apa macam nih? Aku rasa macam nak cakap, “No! I’m stressed-out, I hate it here & I badly need a break.”… tapi suara aku stopped at OK. Aku tau kalau aku sambung, aku surely akan nangis.

Then aku gi minum dengan dia. Dia pun tanya, “…what happened that night?

That night. Suara aku hilang terus. Tekak aku jadik lebih kering. Takde suara bukan sebab selsema, tekak kering bukan sebab demam. That night… So aku pun cite dengan suara tersekat2, dari dia start bleeding sampai dia naik helikopter. Aku dah tak tau apa nak rasa. Yang aku tau tekak aku sakit, aku tak mo cakap lagi.

Pastu dia kata, “We doctors don’t take care of ourselves. You’re not well, lah. Have you taken anything for it?
Aku angguk.

Tipu lagi. Memang aku dah ambik ubat. Cuma satu je lagi ubat yang tak ambik – REST. I need to rest. Tu je. Lepas tu baik le sume sakit aku. Tapi aku tak cakap apa sebab tekak aku dah bertambah perit, kepala aku dah bertambah berat.

Aku rasa dia tau. Dia tau aku tension sebab pastu dia tak tanya lagi apa2. Dia cuma kata, “Can you write the prescription? Get a CT scan appointment for this lady. Get her to see me the next time I come. Bla, bla…” So clinical. So impersonal. So awkward.

So that was how the morning ended. “OK, best of luck. I’ll see you next month,” he said.

Tu je? After sorang patient mati sebab aku kerja takde backup. After a year aku manage sengsorang takde a proper specialist supervision. After 6 bulan aku merajuk ngan diaorg sebab tak datang buat specialist visit, sebab mungkir janji, sebab lepas tangan… “I’ll see you next month!” Tu je?

So there.

Sekarang aku dah demam balik. Temperature aku dah naik balik. Petang tadi aku masuk OT lagi. Aircond kat OT tu dah 'makan' hidung aku. Hidung aku dah takde , tekak aku kering & perit. Semua tulang2 aku dah rasa berkarat. Kepala aku rasa berserabut. Aahhhh…. Aku dah cancel locum malam nih. Kalaulah aku boleh unhook semua phone dalam rumah nih, switch off the pager, kunci pintu rumah & tidur buat tak tau je just for one night…

Lagi 3 hari je lagi nak cuti…

Best nya cuti…

# max | Permalink |

 

CHIT-CHAT


Name :
Web URL :
Message :

ARCHIVE

LINKS

ETC

Guestbook

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Adik