...frogs in my throat, butterflies in my stomach...

Tak mo cakap banyak. Satu, sbb hari nih aku takde suara (tapi dah ada hidung). Dua, sebab aku tgh nervous. Hehe... nervous la pulak... Camana ekk esok? Esok nak jumpa dia.

Malas nak pikir aah...

Jom nyanyi lagu raya...

Ku kirim di angin lalu
Sampaikan salam wahai kasihku
Tak jemu aku menunggu
Wajahmu dalam impian

Ku pujuk hati nan duka
Ku belai kasih untuk satria
Ku rela dikau berjuang
Membela nusa dan bangsa

Di hari yang mulia ini
Kau jauh di perbatasan
Ku kirim doa dan restu
Baktimu jadi sanjungan

Terdengar bisikan rindu
Suaramu sayu memanggil daku
Tabahkan hatimu sayang
Ku nanti dikau kembali

# max | Permalink |


...one gram of Panadol and a phonecall...

Oohooo... so dia korek bijik mata biru si Linda... kesian Linda... Aku tak pernah buat apa2 kat kereta polis dia, remote control car dia, patung Transformers dia, err, apa kita panggil harimau Esso blow-up yang boleh tumbuk2 tu Adik? hahaha... yang tu pun aku tak pernah buat apa2... but dia korek bijik mata Linda!

Aku dah sihat kot. Cuma suara aku je yang tak OK lagi. Ada ciri2 suara mak nyah gitu, garau but seksi yang dibuat2. Petang tadi aku ingat aku dah nak kena ambik MC and refer semua patient aku ke tanah besar sebab aku dah tak tahan dah menahan demam. Seluruh badan aku dah sejuk semacam, mata aku berair gila2, kepala berdenyut2, hidung aku takde. Habis je klinik aku gi tidur kat Call Room sampai time balik. Pastu aku balik rumah telan Panadol 2 bijik, lap badan aku ngan tuala lembab & tidur bawah selimut. Sampai tepon bunyi. Ciss! wrong number ke apa ntah, dah call orang tu cakap le lenkali. Nyampah, so aku unhook the phone so takde sapa boleh kacau aku lagi. Tidur lagi sampai pukul 7.

Berpeluh2 macam baru lari marathon. Makan toast 3 keping. Toast hangus pun tak bau apa2... hidung takde.

Nih baru balik dari Labour Room. Baru lepas buat vaccuum extraction, nak tak nak kena declare diri aku sihat & tarik keluar a 3.75kg baby. So, aku dah sihat. Doktor kata aku dah sihat. Doktor mana? Hehe... doktor mana lagi...

Tadi masa kat Labour Room, ex-Boss aku dari Bandar K called. Which is another reason kenapa aku rasa sihat. I don't want to get too excited tapi dia kata he can try & get me out of here. Tapi... hehe... mestilah ada tapinya. Tapi, kenalah aku mem-volunteerkan diri nak gi kerja ngan dia kat sana. Alaa, nih yang lemah nih. Aku ngan dia bukannya boleh get along. Masa dia gi UK pastu transfer ke Bandar K, akulah org pertama melompat keriangan...

Masa kerja bawah dia aku tension gila sebab dia selalu buat aku rasa bodoh. Lepas dia transfer dia pernah contact aku tapi aku ingat tu cuma sebab dia nak pinjam laparoscope set hospital aku. Pastu dia offer nak datang sini buat specialist visits. Sekarang dia nak aku kerja ngan dia pulak. Musykil sungguh aku. Apa muslihat dia nih? Aku tau la aku lawa, berdedikasi, berhemah tinggi serta sentiasa berhati2 di jalanraya... tapi, mestikah aku jugak yang kerja bawah dia? Laratkah aku nak tadah telinga dengar leteraan demi leteran dia nanti?

Apapun, lepas cakap ngan dia aku rasa hidup aku tak lah se-hopeless yang aku sangka. Aku kena look at things positively kan? This could be my ticket out. Apa jadik later, belakang kira. Hahaha... Cuti raya aku pun dah di-approve dia kata. Lalalala.... Selamat Hari Raya.

Bandar K? Hmm... maybe it's not a bad place afterall... Apa aku berangan nih?? Apply lah dulu for transfer kan? Hahaha... I heard Mat Jenin ada a long-lost twin sister... hahaha... akukah?

So, yes... aku dah sihat. Physically and possibly, mentally... Cuma suara aku macam kambing nak beranak and hidung aku takde. But, hey! you got a problem with that? I don't. I'm getting out of here... insya-Allah...

# max | Permalink |


...D stands for demam...

Aku takde teddy bear. Aku pernah ada teddy bear masa aku kecik2 dulu. Seingat aku, teddy tu takde nama. Colournya brown. Could've been called Brownie I supposed... tapi aku tak namakan dia apa2. Masa tu aku ada satu patung plastik namanya Linda. Aku lahir2 je Linda dah ada. Kecik je tapi of course le lagi besar dari aku sebab aku kecik time tu.

Anyway, the teddy. Aku suka main masak2 ngan the teddy. Aku suka main mak2 ngan the teddy and Linda. Pada suatu hari aku tinggalkan teddy ngan Linda sbb aku ntah, aku gi sekolah kot. Bila aku balik... ohh! bila aku balik... aku tengok kepala teddy ada depan bilik air, tangan (tangan?) teddy ada depan pintu bilik, badan teddy ada bawah fridge. Piano kecik aku dah takde key. Sume gigi2 kecik piano tu dah berterabur atas lantai... Tak ingat actually apa jadik kat Linda...

Ahh! nih takde org lain punya kerja... Pastu aku tak ingat apa jadik tapi it involved a lot of "lepuk! gedebak! huwaaa... hang jahat!" and "prap! debik! debik! heyaaah... ganti balik! ganti balikk..."

Hehe... tu cerita lama. Masa tu aku ngan Adik kecik lagik. Sekarang Adik dah besar, dia dah pandai ada problem cintan-cintan... hahaha... Relax, 'dik relax...

Aku malas nak menulis panjang2 hari nih sebab aku takde hidung. Hidung aku physically ada kat muka aku tapi tak berfungsi. Start tengahari semalam aku bersin dan bersin dan bersin... pastu aku gi OT, kena aircond pulak... pastu aahh... alangkah indahnya hidup jika aku boleh merasa nikmat MC. Tekak aku rasa ada dua bijik bola pingpong. Telinga aku rasa ada cotton balls. Kepala aku rasa ada iron di atasnya -- panas dan berat. Hidung aku takde.

Aku nak tidur.

# max | Permalink |


...miskin, kaya sama sahaja...

Ye ke? Ye ke miskin ngan kaya takde beza? Tipu aah...

...
Orang kaya dapat tau isteri mengandung. Excited macam tak pernah beranak. "Bila I due doktor? Bila I kena pegi buat check up? Scan bila paling elok?," tanya isteri orang kaya. "Wife I kena makan makanan camana doktor? Dia boleh sambung kerja ke doktor? Vitamins... dia kena start vitamins kan doktor," tanya suami orang kaya.

Orang miskin dapat tau dia mengandung. "Kak kena banyak rehat. Makan makanan ada zat lebih sikit...," kata doktor. "Anak2 saya ramai, suami saya nelayan. Saya kena kerja housekeeping kat hotel, kalau tidak anak2 nak makan apa?" kata orang miskin.

"Kak kena banyak rehat. Makan makanan ada zat lebih sikit... Ye?"
...

...
Orang kaya masuk wad ikut nasihat doktor. Anak2 hantar ngan kapalterbang balik kampung. Sebelum balik doktor kata, "Jangan lupa makan ubat." Orang kaya kata, "Doktor jangan lupa tolong buat surat untuk majikan, tolong isi borang insurans."

Orang miskin kena masuk wad. Banyak alasannya. "Anak2 saya sapa nak jaga? Suami saya sekali ke laut, 3-4 hari baru balik...," Bantah. "Rumah takdak talipon. Camana nak habaq kat adik beradik?" Protes. "OK, kak balik dulu urus anak2... esok masuk wad boleh?" doktor takde pilihan. Seminggu pastu datang kecemasan, lebih teruk dari minggu lepas. "Apsal tak masuk wad?" doktor dah separa-menjerit... "Anak2 takdak sapa nak jaga, suami saya ke laut, rumah takdak tepon..."

"Apsal tak masuk wad? Hah?"
...

...
Orang kaya nak bersalin. Sakit baru sikit2 dah masuk wad dengan bakul penuh makanan, baju anak berwarna-warni. Suami mundar-mandir dengan handphone di tangan. "Wife I camana doktor? Wife I lambat lagi ke doktor? I nak masuk tengok boleh doktor?"

Orang miskin nak bersalin. Nak terberanak sesangat baru panggil ambulans. Last2 terbersalin kat rumah sebelum bidan sampai. "Mula sakit pukul berapa? Apsal tak panggil ambulan awal-awal?" doktor dah fed-up. "Anak2 takdak sapa nak jaga. Suami ke laut. Talipon awam semua pakai kad...," jawab orang miskin.

"Apsal lambat panggil ambulans? Hah?"
...

...
Orang kaya bawak anak gi jumpa doktor sebab tangan anak tersepit pintu kereta. Anak OK je, happy tak tau apa2. Mak bapak risau lebih2. Doktor kata, "OK, takde apa. Toksah risau aah..." Mak bapak kata, "...err, tak yah ubat ke?"

Orang miskin bawak anak gi jumpa doktor sebab anak dah seminggu tak leh jalan, jatuh tangga. Anak nampak sakit. Lebam2 bekas kena urut, rambut bau sirih, kaki bersapu kapur. Doktor kata, "Apsal biar seminggu?" Bapak kata, "Saya baru balik dari laut..." Mak kata, "Takdak kereta nak mai hospital. Anak2 takdak orang jaga. Mak mentua sakit kuat kat Terengganu..."

Doktor kata, "Apsal biar sampai semingu? Hah?"
...


So tell me again... miskin, kaya sama sahaja? Huh...

Kengkadang aku rasa nak marah jugak dgn patient2 aku nih. Aku buat sebaik yang aku terdaya tapi diaorang macam tak bekerjasama. Badan kurang darah, aku suruh masuk wad... lesap camtu je. Anak2 ramai, suruh merancang keluarga, buat dekk je. Isteri dah nampak tak larat dah mengandung tiap2 tahun... suami sekali pun aku tak pernah nampak datang melawat. Kadang2 aku sedih, kadang2 aku sakit hati. Kalau aku tak lecture, aku tak buat kerja aku. Bila aku lecture, rasa macam cakap ngan dinding.

Bila aku nak marah aku kena ingat diaorang nih susah. Kena ingat hidup diaorang berbeza dgn hidup aku. Camana diaorang menyampah pun nak jumpa aku sebab aku suka lecture org, diaorang takde choice. They can't afford to see a private doctor. Aku terima je lah semuanya... Semua kekurangan zat makanan, semua kandungan tak dirancang, semua kanak-kanak bercacing, semua-semua sekali.

One day, mungkin ada patient yang berani nak kata kat aku, "Apsal doktor tak leh paham? Hah?"

Pastu aku akan buat muka stoned, buat dek je and jawab, "Sebab ekonomi negara dah pulih. Sebab kita ada MSC. Sebab kita ada duit nak buat projek juta2, anjur sukan bertaraf dunia. Sebab TV kata perkhidmatan kesihatan kita antara yg terbaik di Asia..."

# max | Permalink |


...kusangka panas hingga ke petang...

Tsk! Apa lahh... Benci betullah. Benci. Semalam aku OK je. OK se-OK-OK-nya. Tup-tup! hari nih...

Semalam aku punya la good mood ke tahap cloud nine punya good mood. Pakai satu2 nya kebaya lawa yang aku ada, ditambah pulak dengan puji2an kiri kanan mengatakan aku nampak lawa berkebaya ala-ala org kerja pejabat... Ber'joget' kat Labour Room dgn patient yang datang bertalu2, terpercik darah sana sini ke baju kebaya lawa tu tapi aku senyum je dgn good mood gila aku. Tak breakfast pun tak rasa lapar... Best kan bila good mood?

Pastu lunch makan mengalahkan anak jin sebab perut dah kosong sangat. Lunch break aku tak gi tidur kat Call Room cam biasa. Instead aku dok kat Labour Room habiskan tengok case. Takpe, bila good mood letih pun tak reti nak rasa. Ohh, bahagianya hidup. Petang aku singgah gi kantin beli mee then aku balik makan dgn penuh berseleranya. Orang good mood... Aku bukak peti ais, nampak nenas 2 potong aku taruk kicap pastu sume sekali masuk perut aku then aku nampak kek buah aku beli kat kedai kek melayu yang tak reti layan pelanggan minggu lepas, aku makan 2 potong, disudahi dengan segelas Nescafe ais... hah! tu dia, tengok badan aku sapa sangka ekk, makan sampai tak cukup peti ais. Nikmatnya good mood...

Aku online kejap pastu aku masuk bilik tengok laundry basket aku dah separa penuh. Aku kena basuh baju & tudung aku yang kena darah tu so aku rendam sume2 sekali baju kotor aku. Then aku mandi, syampoo rambut sambil menyanyi2 lagu Azimat Cinta dengan irama yg aku gubah sendiri. Hmm...

Then, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum pukul 8 malam telah berlaku. Aku duduk di meja study aku dan study Chapter 23 of Ganong. Phuahh... Bersemangatnya aku. Tengah2 aku seronok study ada org tepon.

Dia tanya, "...akak buat apa?"

Dengan gumbiranya aku cakap aku tgh study. Ye lahh, I was sooo proud of my good mood self.

Cheh! dia gelakk, "...aikk! doktor study?"

Hmm... Lantaklah, I was in too good a mood to care...

Pastu aku sambung lagik study sampai 7.30pm. Aku masuk bilik air nak ambik air sembahyang then aku nampak baldi baju aku tadi. Aku sambung basuh baju pulak. Lepas Maghrib aku makan nasi dengan penuh seleranya. Then aku sambung study lagik... Aku sendiri terkejut ngan diri aku sendiri. Sampai pukul 11 then aku minum Milo ngan kek buah sepotong, online kejap sebelum aku tidur dgn penuh kebahagiaan good mood...

Tup-tup hari nih...

Aku rasa nak bunuh orang. Aku rasa nak marah sume orang yang lintas depan aku. Aku rasa nak marah orang yang bayarkan roti canai aku tadi [Wei! sapa suruh ko bayar?]. Nasib baik aku leh control, so aku cakap, "..mekasey Nathan..." dengan gaya anak dara pemalu. Ada anak staff aku nangis duit doposen dia jatuh bawah kaunter dia tak leh ambik. Aku offer duit doposen aku tapi dia lari, aku rasa nak marah dia pulakk...

Ohh! bencinya buat kerja sambil rasa nak marah.

Aku lapar tapi aku dah tak rasa nak makan roti canai.

Aku ngantuk tapi tak rasa nak tidur.

Aku tak rasa nak tengok Senario tengahari nih.

Aku tak rasa seperti aku hari nih.

Tetiba tadi aku terpandang calendar kat PC aku. "...ohh! hari nih 22 haribulan dahh, patutlah..."

I hate hormones...

# max | Permalink |


...my teddy bear...

He sits upon his pillowed throne
A joyous smile upon his face.
And though his ears may seem outgrown
He carries them with pride and grace.

He's never cross or quick to carp
A friend in need is he to me.
When human tongues are mean and sharp
My Teddy gives me sympathy.

To him I always bare my soul
He lifts me when I'm feeling low.
And when I brag and miss my goal
He never says, 'I told you so.'

My friends many titter gleefully
And some may tease, but I don't care.
I hope that I will never be
Too old to love my Teddy Bear.

[Jeffrey S. Foreman -- 1977]

# max | Permalink |


…genggam bara api…

Oooohoho… barulah aku perasan… Laa… camana boleh tak perasan? Patutlah org sume ingat aku dah betul2 nak pindah membawa hati yang lara dari pulau nih… OK, meh nak explain sikit. Petikan2 perbualan & speeches masa farewell lunch tu sume tu last year, masa aku nak pindah ke sini. Aku belum apply for transfer pun lagi. Sekian, harap maklum. Segala kesulitan adalah amat dikesali.

I don’t know why I’m writing this when I know Blogger is down. Tapi aku tak kira aku nak tulis jugak.

…harumlah cinta di jiwa
sewangi kasturi syurgawi
semoga bahagia jadi milik kita yang abadi
selama-lamanya…


There. That should do it. Dah 3 hari lagu nih ada dalam kepala otak aku, tak leh buang. Dah 3 hari aku asyik ulang rewind lagu nih sampai Siti Nurhaliza dah jadik macam roommate aku dah sekarang. Hahaha…

Aku masih menunggu jawapan dari Hospital Besar pasal cuti raya. My 1st real leave since raya puasa. Aku dah bosan actually asyik bercuti yang tak cuti nih… Apa dia cuti yang tak cuti? Cuti tapi standby. Cuti tapi tak leh keluar dari pulau nih. Cuti tapi hati tinggal kat hospital.

I need a break! Aku dah letih.

…harumlah cinta di jiwa… No! Siti, get out of my head…

Aku still pergi kerja hari-hari. Aku still tengok patient hari-hari. Aku still hang around Labour Room making sure staff aku buat kerja hari-hari. Nampak macam takde beza since hari itu. Tapi sebenarnya since hari itu, macam dah tumbuh sebijik lagi mata antara 2 mata aku sekarang… aku sekarang melihat dunia dengan vision yang lain… Kalau TV3 ada 3-D, aku ada 4-D. The 4th dimension is an emotional one.

Aku nampak sume pesakit as a potential death. Aku nampak sume bleeding as a potential disaster. Aku tengok patient sambil terbayang a Microsoft Word document in my head. Everytime aku phone any specialist, aku tau diaorang pun sedang terbayang another-trip-in-a-speed-boat kind of situation kat sini. :)

It will take a long time for this wound to heal. A slow, painful process. But it will heal…

Aku nak keluar dari pulau nih. Maybe this time without a farewell lunch. Without speeches. Tapi bukan sekarang. Aku tak mo bawak keluar luka yang belum sembuh nih. Maybe after sume dah settle, aku dah dapat balik aku punya self-esteem nanti aku apply lah.

Aku tak boleh keluar sekarang sebab aku akan rasa macam aku dah give up. Macam aku dah patah semangat. Like I’m deserting the battlegrounds. Berjuang tak habis… The one who ran away…

In the meantime, baik aku dok sini and study for MRCOG Part I dulu. Alang2 aku dah duduk sini dgn menyampahnya, dengan tak puas hatinya… aku kena ada something to show for it. Battle scars or something, huh? Kalau tidak ‘pengorbanan’ aku sia2. Sakit hati aku takde makna. Air mataku jadik murah…

Hmm, genggam bara api… biar sampai bomba datang.

# max | Permalink |


...walau tidak dibasahi hujan...

Hari nih 17 Februari. Bila tepat pukul 2 ptg nanti, genaplah setahun aku kat sini.

So, pukul 2 ptg nanti aku boleh gi submit aku nye borang transfer. Tu perjanjian mulut antara aku ngan boss aku dulu...

"One year only what? ... then we'll get you out of there..."

Yeah... right. They said the same thing to Dr Saad (bukan nama sebenar). He ended up staying here for almost 3 years...

"Betul you nak transfer nih?" tanya Dr R macam aku dah gila ke apa...
"Macam lah I ada choice...," aku jawab. Apa lagi nak kata? Bukannya aku yang apply for the transfer.
"Eh! adaaa... You resign, join private," dia sambung.
"Hahaha...," aku gelak. "...no, thanx..."

hmm...

"She must be serious about joining O&G sebab bila I offer dia join Mutiara, she said no...," Dr R kata in his speech kat restoran TomYam tu masa aku nye farewell lunch.
Aku senyum. Tetiba kerabu mangga tu rasa kelat... So, that's it... I'm really leaving, huh?

"...kalau kahwin esok, jangan lupa jemput!," Dr Asri (bukan nama sebenar) kata in his speech pulak.
Aku gelak... hati aku menangis... sapa yang tahu.

Huh...

Suddenly dah setahun ekk?

"Nih kira annivesary present aah nih Max kan?" Dr Saad try buat lawak hari tu. Hari itu. Hari penuh luka. Hari air mata aku tumpah. Hari aku finally mengaku out loud aku tak mau buat O&G lagi. Hari yang dah ubah persepsi aku about segala-gala...

I would've appreciated a box of chocolates more. Or flowers. Or a card. Or a book token. Or a one-way ticket to London. Or nothing at all... but a death for an annivesary present? ... huh, how sick is that?

Selama nih aku hidup menanti hari ini. Hari aku finally boleh hantar borang transfer & paksa Boss cari org lain. Tagih janji. ["One year only what? ..."] Tapi sekarang... aku tak mo stay sini tapi kenapa kalau aku transfer sekarang rasanya macam running away?

Susahnya jadik aku...

Jom jadik Siti Nurhaliza kejap...

...Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan

Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan yang berlabuh
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya...

# max | Permalink |


…camana boleh jadik besar?…

Dia boleh buat selamba… Dia boleh buat selamba tanya aku camana perut dia boleh jadik besar… Apa nak jadik dengan budak2 hari nih? Mak bapak dia kat Sabah hantar dia belajar jauh2 utk jadik pandai, boleh kerja besar… dia pandai2 buat perut dia jadik besar…

…tak boleh buang ke doktor?”

Adikku sayang, adakah aku nih nampak macam kerja kutip sampah? Kutip dan buang mana yang org tak mau? Ko tak dengar ke apa aku dok membebel tadi tu? Ko tak nampak ke ‘dik, jantung berdegup-degup dalam scan tu ‘dik…? Ko tak rasa ke baby tu mengeliat-ngeliat tadi tu dik? Ko nak aku buang dia ‘dik? Buang macam sampah...

…camana nih?…”

Janganlah tambah lagi masalah aku. Jangan suruh aku selesaikan masalah nih. Di saat nafsu bergelora, jantung menggila, otak di-take over oleh organ lain tu ko patut tanya soalan tu. Tapi bukan kat aku, kat diri sendiri.

“…family tak yah tau tak boleh?…”

Family ko duduk jauh ‘dik. Chances are they will never know. Ko jadik camnih pun sebab diorang tak tau. Tapi ko tu, boleh ke hidup knowing that ada rahsia antara ko ngan diaorang. Rahsia besar, dosa besar, perut besar yang jadik penghalang kemesraan, hari nih, esok, lusa dan sampai bila2.

Aargghhh… kenapalah bebudak sekarang nih camnih? Kenapa bebudak kita sekarang semakin rosak? Ikutkan hati, nak je aku lempang dia. Tapi aku terikat dgn etika, aku lembutkan air muka aku dan senyum. It was time to detach myself from any kind of feelings and forge indifference to morality.

Ishh… mak bapak salahkan cikgu. Cikgu salahkan mak bapak. Masyarakat salahkan TV. TV salahkan masyarakat. Aku tak leh salahkan sesapa. Aku third party. Aku yang kena face the consequences of masyarakat yang semakin rosak.

So,

…camana boleh jadik besar?…”

Camana masalah nih boleh jadik besar? Sebab masa masalah nih masih kecik takde sapa buat apa2. Bila masalah dah jadik besar, apa yang kita buat?

Kita duduk kira statistiks.

Kita duduk isi borang.

Kita duduk tulis report.


Ohhh… our society is sick.



Kepada mereka yang berkenaan, terima kasih sebab buat aku gelak dalam email, dalam MSN, dalam phone lately... The current working definition of OK is 'dah boleh gelak' so, yes, I'm OK now...

Thanx.

# max | Permalink |


...enough is enough a.k.a happy valentine's day...

Three coins in the fountain
Each one seeking happiness
(Thrown by three hopeful lovers)
(Which one will the fountain bless?)

Three hearts in the fountain
Each heart longing for its home
(There they lie in the fountain)
(Somewhere in the heart of Rome)

Which one will the fountain bless?
Which one will the fountain bless?

Three coins in the fountain
Through the ripples how they shine
(Just one wish will be granted)
(One heart will wear a valentine)

Make it mine!
Make it mine!
Make it mine!

# max | Permalink |


…I’ve had enough, so I said, “When..” ~Regarding Henry

Dari Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali…so you see Tuan Pengarah, dah ajal dia nak buat camana lagik?…”

Kalau boleh kata camtu kan best? Kalau boleh just salahkan takdir kan best? Kalau boleh duduk kat kerusi pengarah tu kan… hmm, tak nak lah aku.

A couple of weeks nak suspend this journal konon. Nak habiskan sume report konon. Nak concentrate on work konon… urghhh! Aku tak larat dahhh… Aku dah hantar dua-dua eclampsia report tu Ahad lepas. Aku dah buat preliminary mortality report tu semalam. Aku dah pegi Mesyuarat Pengurusan and regretted every minute of it. Pegawai rekod dah mintak medical report utk claim insurance sorang patient tadi yang aku peram 2 minggu dah, tu pun aku dah siapkan. Aku kena chair Unit Meeting esok but sod it! I’ve had enough! Lantaklah, makin aku cuba makin banyak kerja aku. Kalau aku kena tengok satu lagi Microsoft Word document hari nih, aku akan muntah darah agaknya…

Dr Noraini asyik call tanya, “Report eclampsia dah siap? Mortality?”

Dr Asri called tanya, “Report dah start? Kena buat betul2, our reports must tally…”

Management tanya, “Policy? SOP? MPK? MAC?

Dr BV tanya, “You OK?

Mak & ayah tanya, “Hang demam ka?

Semua orang yang care asyik tanya if I’m OK. Aku pun tak tau what OK means anymore. I supposed the working definition of OK is most probably ‘tak KO.’ In which case, yes, I’m OK… thank you for asking…

Let me tell you apa aku really nak sekarang. Aku nak some time off. Aku nak ambik cuti pegi satu tempat jauh… Jauh dari stress, jauh dari Microsoft Word, jauh dari sume2… dari SOP, MPK, MAC, OK, KO, blood & blood products…

But I can’t…

Aku dah buat preliminary report utk kejadian tu. Aku dah taip, aku dah edit, aku dah baca… aku still tak puas hati. Still rasa aku yang salah. Still rasa aku yang lambat.

The thing is, what is the point? It’s been a week since she died. Malam nih keluarga dia mungkin buat kenduri aruah. Baby dia minum susu botol. Husband dia buat lah apa2 utk mengubat luka… Apa yang dah terjadik dah terjadik… Aku? Aku still kena analyse every minute dari 10 pm 5/2/01 ke 3.40 pm 6/2/01… looking for remediable actions. Some time in March aku kena bawak benda nih ke Mortality Meeting Jabatan Kesihatan Negeri & tengok Pengarah Kesihatan Negeri tulis2 notes, para specialist dari seluruh negeri geleng2 kepala, boss aku berpeluh2…

At the end of the day… Pengarah Negeri akan kata, “Do you agree that this case could have been dealt with differently, with a totally different outcome?”

And aku sheepishly akan kata, “Yess…

Hmm… you should have known better…

In retrospect, memang sume benda could have been dealt with differently. From his comfy aircond room, sume benda could have had a different outcome sebab bukan dia yang duduk 7 jam kat OT tertanya2 whether patient ke dia yang nak mati dulu…

Apa pun, report tu kena siap by next week. Dr Asri dah bagi a set of instructions tadi… Cheh! Aku kena buat balik prelim report aku sebab sumenya tak kena. Yang aku heran tu dia kata, “Don’t worry, tulis simple je… tak yah bombastic words…

Hmm… does he know about Nauseated! I wonder…

# max | Permalink |


Apsal ekk? Apsal tulis journal lagi senang daripada tulih report? Apsal bila tulih journal, rasa lega dapat cite segala2 tapi bila buat report rasa guilty? Apsal? Apsal? Haiyaa... boring aah... takde idea nak tulih report. Takde mood nak tulis report. Tulih camana-camana sekalipun, nampak cam aku guilty je... Ishh... Kang aku buat report polis je senanggg...

Hmm...

# max | Permalink |


...when the dust settles...

Suddenly, I have like a million things to do:


  1. Eclampsia Report (E01/01)

  2. Eclampsia Report (E02/01)

  3. Maternal Death Report (MD01/01)

  4. Perinatal Mortality Report (PNM02/01)

  5. Prepare Standard Operating Procedure for Unit Meeting 14/2/01

  6. Background reading for Management Meeting 12/2/01

  7. Prepare for Specialist Visit 1/3/01 – and face more questions in
    the line of "Why didn't you apply for Masters?..."






This journal will be temporarily frozen for a couple of weeks to allow me to sort out my 'offline' life... Please be informed. Thanx for visiting.



# max | Permalink |


Yaadein. [ …not now! not now… part IV ]

…Still Wednesday 7/2/01…

Rupanya semasa aku tidur… malaikat Izrail tengah buat kerja dia. Mencabut nyawa.

Aku rasa macam… entah, takde perkataan yang boleh describe perasaan aku masa tu.

Kak, pukul berapa semalam kak?” aku tanya staff ICU tu antara percaya dgn tidak.
12.45…,” dia jawab ringkas.

Nak nangis ke lagi?

Nak meraung ke pulak?

Aku call cari Dr Asri. Dr Saad je yang ada. Dia pun baru tahu pasal tu. Hmm… sapa lagi yang aku nak tanya? Buat apa lagi aku nak tanya? Dia tak kan hidup balik…

After all that we went through… dia mati. After all that we did… dia mati. Dia mati.



She was only 21…” kata staff nurse mana entah aku dah tak ingat.

Mati? Mati??” kata Staff Nurse N penuh emosi.

Jenuh la menjawab lepas nih!” komen Staff Nurse R.

Aku jegilkan mata kat dia. What kind of an idiot is this? Orang sedih sebab patient mati, suami dah takde isteri, anak tak sempat kenal ibu… dia worry pasal paperwork? Aku bangun dan tinggalkan Labour Room.



Camana patient tu Max?” soal Dr Y. Apsal dia tak cakap Good Morning je? Kenapa kena greet aku dgn soalan tu?
“…mati…,” aku bisik. Suara aku dah tak boleh keluar.



Wei! Apa you buat?Dr M tanya, dgn nada bergurau, dalam phone masa aku call nak refer satu lagi case.
Tsk! Jangan la, I tegheyak sat lagi haa…,” aku jawab dgn nada serius.



“…entah lah Max, I nak cerita pun tak tau camana. She was doing so well, then suddenly at 9 o’clock, BP crashed, she desaturated…,” kata Dr Asri, letih. “…Dah sampai masa la kot…,” dia sambung lagi.



hmm, mati syahid…,” kata Kak Salmah.



Hrithik dah jadik tak betul lepas accident. Kareena risau gila2 ke sana ke sini cari doktor utk kepastian. Aku tak mo duduk sengsorang. Aku takut ternangis lagi. Aku takut tak leh buat kerja. Masa lunch, aku ikut sume org gi tengok shooting kat luar ICU. Pretend everything was OK. Pretend aku takde apa2.

Yaadein… maknanya ‘Memory’ ada org cakap kat aku. Hmm, aku tak minat hindustan tapi aku rasa aku kena tengok filem Yaadein nih. Dalam filem nih, aku ada memori aku sendiri. Aku tinggalkan Kareena risau pasal Hrithik… aku beredar dari situ. Kalau dia nak belajar camana nak lakonkan watak risau dgn lebih berkesan, dia boleh datang cari aku. But now, I must go. Life must go on, despite everything…


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati" [Ali-Imran, ayat 185].

Hmm… mati semasa melahirkan… mati syahid… Maka bertambahlah seorang lagi ahli syurga. Al-fatihah


The End. […or is it?]

# max | Permalink |


…Lights! Camera!… […not now! not now… part III]

…and action!

Lari. Sume orang nampak cemas. Berlari mengiring seorang pesakit yang nampaknya tenat. 4 orang doktor, 3 orang staff nurses, 2 orang medical assistants, seorang attendan dan entah berapa ramai lagi kaum kerabat. Camera focus pada wajah suami yang nampak tenang mencium tangan ibu sebelum turut naik ke dalam ambulan bersama isterinya. Camera close up pada seorang doktor perempuan berwajah cemas, menahan sebak, air mata bergenang tapi masih bertahan… Mikrofon mengarah ke si ibu yang menangis meraung... tapi tenggelam dek bunyi blade helikopter nun di sana di atas helipad. Peluh… peluh bahang disirami cahaya spot lights kiri kanan. Peluh sejuk dibaluti rasa takut dan risau teramat-amat…

…cut!

Realnya… Hrithik Roshan, Kareena Kapoor… tengok sini. This is real hospital life…

Sume orang di lobby yang datang utk tengok penggambaran filem Yaddeil tu tetiba dah tak berminat ngan Hrithik & Kareena, diorang toleh tengok filem aku. Filem yang belum tentu endingnya. Filem yang pengarahnya sorang je tau endingnya. Filem yang sedih menyayat hati, sume pelakonnya tak cun, dialognya tak dihafal… this is real life (the sequel).

Aku pandang je dia diangkat naik ke ambulan. Aku biar je Dr Saad & Dr Asri jalan di depan. Aku takut nak ikut ke helipad. Aku takut air mata yang aku tahan lebih 12 jam nih melimpah. Aku pandang keliling. I needed support. Aku nampak Kak Salmah ngan Kak Manis. Diorang datang tengok Hrithik. Aku ajak diorang gi helipad.

Aku tak naik ke helipad sebab helipad tu atas bukit. Lutut aku tak kan tahan sampai ke atas lepas lebih 24 jam tak tidur. Kami cuma tengok dari corridor bawah. Aku nampak Dr Saad turun. Aku nampak ambulan turun. Aku nampak helikopter Nuri tu mula naik…

Then pandangan aku blur…

Pipi aku basah…

Suara aku tak keluar…

Kak Manis letak tangan atas bahu aku. Aku nangis dan nangis dan nangis lagi. Peduli apa orang keliling. Peduli apa aku doktor. Dia dah dibawa pergi. Aku tak boleh tengok dia lagi. Aku dah tak boleh jaga dia lagi. Aku dah buat segala2 yang termampu, sekarang aku kena let go… aku nangis sebab aku bersyukur dia sempat naik helikopter tu.

Aku lap air mata dan kejar Dr Asri & Dr Saad. Aku ucap terima kasih lagi walaupun suara aku aku sendiri pun dah tak berapa dengar.

Ya Allah… 20 minit je lagi… 20 minit je lagi dia sampai ke tanah besar. Kau selamatkanlah dia ya Allah… Kau selamatkanlah dia…

Aku balik lalu Labour Room. Aku berhenti tengok sorang patient. Entah apsal aku takut nak tinggalkan dia. Pukul 5 baru aku balik rumah dan benamkan muka aku ke bantal. Aku nangis dan nangis dan nangis sepuas2nya. Aku tak tau kenapa aku nangis. Tapi aku rasa lega sikit pastu.

Aku tengok TV, aku online, aku tulis journal. Pukul 10 malam baru aku sedar, aku dah 24 jam tak makan apa2. Aku makan mee goreng breakfast yang aku tak makan tadi. Pastu aku tidur.

Semasa aku tidur…

...to be continued...

# max | Permalink |


...not now! not now... [part II]

Previously on Nauseated!…

4.30 pagi… “Doktor!”

...

“Doktor! Depa sampai dahh… driver baru keluar pi jeti!” Attendan R bawak berita gembira…

“Alhamdulillah…” aku ngan sume orang cakap serentak.

Macam2 ada dalam kepala aku masa tgh tunggu tu tapi bila nampak muka Dr Asri & Dr Saad (bukan nama sebenar), aku dah tak leh kata apa2. Sume benda hilang dari ingatan aku. Aku cuma nak cepat2 selesaikan episod sedih nih.

At 6 am we decided hysterectomy couldn’t be avoided. Aku gi bagitau suami dia dengan nada yang perlahan, sama perlahan dengan denyutan nadi aku. Aku dah tak larat hadapi sume nih. Aku cuma nak sume over & aku boleh tidur…

Max, you tak yah scrub lah. We’ll take over from here… You baliklah rehat,” Dr Saad suggested.

Aku ngantuk. Aku letih. Aku lapar. That sounded like a very good idea. Tapi aku tak leh tidur, tak leh rehat, tak leh makan selagi benda nih tak selesai.

That must have been the quietest time ever in OT since aku kerja sini. Sume org diam layan ngantuk masing2. Diam sampai operation habis pukul 7.30 pagi.

...The end of one day is the beginning of the next...

Just when I thought the loooong day is finally over, Dr B datang cari aku… rupanya the end of one day just means the beginning of the next. Dia tunjuk a CTG tracing kat aku… Aku rasa nak nangis lagi. Aku rasa loya… Fetal distress pulak? Pening… Bayi tu nampaknya dah lemas… boleh mati kalau tak lahirkan segera. Pedih dada aku… Kenapa aku sorang je pegang jawatan nih? Kenapa takde org boleh ganti aku buat Caesarian? Dengan hati yang berat, aku gi cite kat diorang aku kena sambung buat Caesarian pulak… before I could even ask, Dr Asri kata, “Takpe, since we’re here let us do it for you.” Aah… kalaulah sume specialist camnih. Aku tak ingat apa aku buat pastu. Aku rasa aku cakap thank you kat dia dekat 30 kali. Aku nampak dia senyum. Aku cuma boleh harap aku boleh senyum balik kat dia. Hati aku terlalu berat utk senyum.

Pukul 9 pagi lepas aku gi beli breakfast utk diorang & sume staff OT, aku balik rumah. Aku pandang keliling. Takde orang... aku bebas nak nangis semahunya tapi air mata aku takde. Aku letih. Aku ngantuk. Aku lapar. Aku letak bungkusan mee goreng aku kat atas dapur. Aku baring atas sofa, pandang siling… Hati aku terlalu berat walaupun utk menangis.

Bila aku bangun dah pukul 12 tgh hari. Aku teringat kat dia. Aku call ICU. Diorang tgh arrange penerbangan ehsan TUDM. Dr Asri try pujuk aku not to worry. After all that camana aku tak worry? Aku mandi. Aku makan 2 suap mee goreng. Aku gi toilet dan muntahkan sume balik… Slowly, aku siap and jalan gi ICU.

Aku duduk kat kaunter dan tengok je dia dengan wayar kiri kanan, dengan tiub dari segala tempat. Dr Asri datang. Tried to cheer me up. Cuba nak buat aku gelak. Not now Dr Asri, not now…

Dr Saad kata patient nih akan OK. Dr Asri kata kalau dia nak mati, dia dah mati kat OT sebelum diorang sampai lagi. Aku cuba senyum tapi senyum aku rasa sumbing.

Pastu diorang try sembang lagi. Diorang tanya, aku jawab sepatah. Aku angguk, aku geleng. Aku tak mo bercakap ngan sesapa… aku nak ditinggalkan sengsorang layan risau…

You tak apply Masters?” aah… dia mula dahh…
Tak,” aku jawab dengan takde mood sekali. “I dah tak minat dah, Dr Asri.”

Dia nampak terkejut. “Tak minat? Since when? Today?

Camana ekk nak bagi dia paham? Camana nak cakap kat dia aku tak mo buat O&G lagi when aku ngan dia sama2 tau camana tergedik2 nya aku nak join O&G masa habis houseman dulu? Camana haa?

So aku kata, “Not now, Dr Asri… not now. Today’s not a good day to discuss this…

...to be continued...

# max | Permalink |


…not now! not now…

Hari nih ngan semalam, macam sama. Macam satu hari yang panjang…

Aku tak tau camana nak mulakan cite nih. Perasaan aku berbaur rasa sedih, sangat sedih, teramat sedih dan terharu, menyesal, terkilan… entahlah.

Aku cite dari mula lah ekk… Semalam masa aku tengah tengok VCD Senario Live in Singapore, around 10 pm the phone rang. Oh no! please… not now! not now… Mesti ada problem case lagi kat Labour Room. Letih aku handle eclampsia hari Sabtu lepas pun belum habis lagi.

Tak payah lah aku cite detail nya tapi lepas aku dapat phone call dari Dr B tu dada aku berombak, jantung aku berhenti berdegup for a brief period. Aku tukar baju & practically lari ke Labour Room… Aku tak mo rugi sesaat pun. Time means life…

And there she was… She was still conscious… she was still able to talk to me… she didn’t look as bad as I had imagined… Tapi dada aku masih berombak, jantung aku ikut irama sendiri… Something’s not right, something’s going to go wrong. I could feel it… Kalau masa tu aku pegang gelas, mesti gelas tu jatuh ke lantai. Kalau masa tu aku tengah menjahit, mesti jari aku tercucuk jarum. Ada benda tak baik akan berlaku… but not now! not now…

She was OK one minute and almost dead the next. We did all we could but she deteriorated so badly. Pale, so pale. She’s losing more blood than we could replace. Blood was pouring out of her like tap water. Took her to OT. She needed to be seen by a specialist… tapi specialist nun di seberang laut nun… at least 2 hours away, by boat… at 11.30 pm? Kalau aku hantar dia ke tanah besar, she would’ve died on the way… So I took her to OT, try control bleeding dia at least cukup utk survive the journey jadiklah…

She continued to bleed, and bleed, and bleed… diorang kata muka aku dah merah, tapi takde sapa berani tegur. Sume orang tau gelas tu dah pecah berderai, jari dah luka tercucuk jarum. Perkara tak baik dah pun berlaku…

Aku call tanah besar. Aku tanya sapa specialist on-call. Dr Asri (bukan nama sebenar)!! Aku rasa nak nangis… “Dr Asri, I’ve got a big problem…,” suara aku jadik semakin perlahan menahan dada yang semakin sebak… Nasib baik Dr Asri yang on-call, he’d understand… he’d help… Dia terdiam. Lama. Dia pun tau apa jadik pada gelas tu, pada jari yang luka tu… Dia setuju aku tak leh hantar case ke tanah besar, too risky. It’s too late for him to get a boat out here. “Max, you tau kan you takde choice lain… Max, you’ve assisted hundreds of hysterectomies before…you can do it. I’ll inform Boss and let him know the situation.” Hysterectomy? Out here with no back up? Dr Asri… Tapi aku tau aku takde choice, walaupun umur dia baru 21 thn, anak baru seorang aku kena jugak buat operation buang rahim dia utk selamatkan nyawa dia…

Suddenly, bleding dah kurang sikit. Aku jahit mana yang boleh dijahit… control mana bleeding yang boleh control… Dia makin pucat, darah dia dah semakin cair… mengalir macam air sungai. Darah? Darah O positif cuma ada 2 pint saja yang tinggal. Tabung darah hospital nih sampai dah takde darah nak bagi lagi. Kering… Kering macam tekak aku, kering macam bibir dia.

Aku call Dr Asri lagi. Suara macam nak nangis lagi. Tahan sekejap mata… jangan nangis sekarang, jangan nangis di sini… “Dr Asri, if I opened her up with only 2 pints whole blood left and considering she’s already in DIVC… I can’t, can I?” aku tanya dia. Dia diam. Bunyi nafas dia pun aku tak dengar. Aku tau dia risau gila. Dia kata tunggu dia datang. Datang dari tanah besar, bawak bekalan darah. Pengarah datang, polis marin dah setuju hantar speed bot utk ambik Dr Asri, utk ambik bekalan darah. Untuk datang tolong aku. Untuk datang selamatkan dia.

“Ya Allah, aku sedar aku hambaMu yang paling hina di dunia ini. Aku banyaaaakkk dosa denganMu ya Allah… mungkin inilah balasan atas segala dosa2 ku… aku pohon ya Allah, hukumlah aku atas dosa2 ku, jangan Kau hukum dia. Dia tak patut mati sebagai balasan atas dosa2 aku…”

Dah 2.30 pagi masa tu. Kami duduk dan berdoa. Kami duduk dan tunggu bantuan dari seberang. Kami duduk dan minum kopi. Pahit rasa kopi tu…

3.30 pagi… Ya Allah…

4.00 pagi… Max, I’ve given her the last pint of blood…,” Dr F bagitau aku. The last pint, lepas nih takde darah lagi nak bagi. Dah 9 pint masuk. Habis sume.

4.15 pagi… 95%… 93%… 91%… 88%… kadar oksigen dalam darah dia makin kurang… No! not now! please… not now…. Ya Allah… not… n…o…w…

4.30 pagi… Doktor!”

…to be continued…

# max | Permalink |


…you don’t know how to swear until you know how to drive…

Betul kan? Naz yang perkenalkan aku pada kata-kata sakti nih. Betul kata dia nih, sebelum aku boleh bawak kereta aku tak pernah maki hamun orang tapi sekarang nih lancar je sume keluar, macam air je. Aku cukup menyampah bila ada pemandu kurang ajar kat jalanraya tau. Kalau ye pun dah puas hidup pegi le terjun gaung ke apa ke jangan le nak buat dajal kat orang lain.

Tadi aku keluar gi kedai. Around 9.15 pm gitu time aku balik aku lalu jalan yang biasa aku ikut. Ada satu kereta gila nih ikut aku dekat sangat. Aku dah tension dah. Pastu sampai kat satu selekoh nih ada satu mamat gila pulak bawak motor laju sangat dari depan, nak potong van dari arah yang sama so dia makan jalan aku. Aku rasa dia tak nampak aku sebab masa tu kat selekoh so elok2 aku lepas je selekoh tu motor tu dah ada tengah2 jalan kat depan aku. Nasib baik aku sempat ke kiri. Dia buat dekk je prengg-prenggg mencelah ngan motor dia. Yang mamat belakang tu pulak still bawak kereta macam nak cium bontot aku lagi.

Geram tau tak. Geram. Rasa nak brek emergency je biar mamat belakang tu pengsan terkejut tapi kang kereta aku yang lingkup. Rasa macam nak langgar je mamat motor tu biar padan muka bawak lagi kurang ajar tapi kang aku jugak yg nak kena kutip tulang dia satu-satu bawak gi hospital. Rasa macam nak mencarut 18SX je tapi journal nih ada budak2 bawah umur yang baca.

Kat sini selalu accident. Tiap2 hari ada accident. Tiap2 hari yang accident tu motor. Tiap2 hari yang mati tu budak2 muda bawak motor. Macam cikgu kata dalam guestbook aku, hari Rabu baru nih ada accident maut kat sini. Sorang tu pompuan Jepun mati pecah kepala. Well, things like this they don’t report… ye, pecah kepala keluar otak meleleh, kaki almost putus. Husband dia patah kaki but stable. Pastu ada accident lagi motor ngan motor, 3 mati sekaligus on the spot. Sorang lagi pecah pundi kencing hampir2 mati kat dalam OT sebab pendarahan tak leh nak control. Hantar gi tanah besar tapi aku rasa mati jugak kot unless nyawa dia memang liat.

Susah la nak percaya benda nih kemalangan. OK la ada ramai yang bawak ikut undang2 tapi accident juga, tu memang malang le. Tapi bila dah tengok ramai yang kurang ajar macam nih, you tend to label all motorcyclists macam tu. It can’t be helped. Bila ada motor kat jalan je aku jadik takut dah. Keluar simpang main redah je, bawak motor malam2 boleh dia tak pasang lampu, bawak motor sambil mengorat awek pun ada – siap angkat kaki letak atas basikal awek tu lagi…isk! Tu kalau accident tu sapa yang susah? Dengan dia, dengan awek tu, dengan aku sekali boleh gol – hatrick!

Nak ikut undang2 ke tak tu masing2 punya hal. Tapi, janganlah babitkan orang lain. Nak bunuh diri silakan, tapi jangan menyusahkan orang. Nak race pegi lah, tanggung risiko sendiri. Nak gugurkan anak, nak buat dosa go ahead, tapi jangan suruh aku tolong buat… but that’s a different story, maybe on another day.

Ingat, jalanraya bukan tempat utk berlumba. :)

# max | Permalink |

 

CHIT-CHAT


Name :
Web URL :
Message :

ARCHIVE

LINKS

ETC

Guestbook

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Adik