Should auld acquaintance be forgot / and never brought to mind? / Should auld acquaintance be forgot / and days of auld lang syne?

For auld lang syne, my dear / for auld lang syne / we'll take a cup o' kindness yet / for auld lang syne…




<flashback>

Setahun rasa macam baru sehari dua
Rasa macam baru masuk tahun 2000
Adakah kerana aku dah semakin tua?
Atau sebelum nih aku tak pernah ambik tahu?

Januari aku masih kat sana
Kerja lebih sikit tapi at least aku happy
Baru je nak rasa selesa
Februari datang mengundang aku ke sini

Tempat baru, kawan baru
Dulu ada family, sekarang aku sorang
Mac rumah pun baru
Habislah duit buat beli barang2

Dah ada dapur, kena ada peti ais
Dah ada peti ais, kena ada benda nak isi
Macam nih duit makin habis
Nak beli ayam RM10 tambang teksi

April dapat lesen
Terus beli kereta
Hehe… tu pun nak eksyen
Kereta second-hand saja

Mei… aik! Takde apa jadik ke?
Jun Kursus Induksi di Melaka
Julai, Ogos, September, Oktober
…nothing significant? Atau aku yang amnesia?

November Nauseated! pun lahir
Birthday present utk diri sendiri
Disember… dah hari terakhir bulan terakhir?
Rasa nak rewind sekali lagi…

Kenapa masa rasa macam berlari?
Berlari meninggalkan aku
Tahun nih in fact, ada 366 hari
Lagi panjang dari tahun2 lalu.

Setahun rasa macam baru sehari dua
Rasa macam baru masuk tahun 2000
Adakah kerana aku dah semakin tua?
Atau sebelum nih aku tak pernah ambik tahu?

</flashback>




And here's my hand my trusty frien' / and gie's a hand o' thine / we'll take a right gude-willi waught / for days of auld lang syne.

For auld lang syne, my dear / for auld lang syne / we'll take a cup o' kindness yet / for auld lang syne…

# max | Permalink |


Aiya Cik Siti perempuan banyak muda / Ana banyak susah jalan tutup mata / Wang dan ringgit ana tatak heran / Ente tutup mata ana tak tentu jalan

Marilah apek oi mari sayang / Ikutlah ana apek jangan bimbang / Mata tak nampak ana tunjukkan jalan / Kaki melangkah oi perlahan-lahan...




Hmm… kalau aku tak balik sini pun takpe. Sambung je cuti terus sampai tahun baru. Lagi bagus kalau sampai tahun baru cina! Bosan sungguh hari nih. Asyik bersembang sambil makan kuih raya je sebab patient pun takde. Sepanjang ketiadaan aku cuma sorang je kena refer ke tanah besar, kira OK aah. Boss pun takde, still cuti. Hahaha… yeay! yeay! Pukul 3.45 aku balik tengok Ali Baba Bujang Lapuk. Pukul 4.30 Ali Baba, Kasim Baba, Apek, Chief, sume pakat2 tengok aku. Ngantuk le pulak takde buat apa2 nih.

Lagi 1 hari dah nak masuk 2001 ekk?!! Cepat le pulak tahun nih. Rasa macam baru je heboh2 pasal Y2K, pasal alaf baru konon. Rasa macam baru je transfer sini. Macam baru je buat azam baru… Sekarang apa jadik? Y2K takde apa pun. Alaf baru yang betul2 nya pun 2001. Azam tahun 2000, macam biasa carry forward ke tahun depan.

Tahun nih nak buat azam baru ke tak nak? Ke nak? Ke tak nak? Pernah sekali tu aku gi ceramah motivasi si penceramah tu kata kita kalau berjanji pada diri sendiri cukup senang nak mungkiri. Kalau kita mungkir janji dgn org kita malu. Kalau kita janji ngan diri sendiri, apa kisah. Orang bukan tau kita buat ke tak… Ada betulnya jugak. Tahun lepas aku janji kat diri aku nak jadik gemuk sikit tapi last2 aku semakin kurus. Aku janji tak mau lagi jadik workaholic, aku nak get a life tapi last2 aku jadik alcoholic pulak… hehe, takde aah… Aku janji nak buang habit bertangguh aku tapi itu pun aku tangguhkan… Aku janji nak study balik, nak ambik MRCOG Part I tapi… arrghh! Aku sungguh malu pada diri sendiri.

Payah2 sangat tak yah buat azam lah ekk?!! Tapi kang jadik hidup takde matlamat pulak. Macam sembahyang takde kiblat. So, apa aku nak utk tahun depan ye? Something non-professional, something non-academic, something purely selfish, only for myself… Apa ekk?!! Nantilah aku pikirkan betul2. Buat azam baru nih is a serious business.

Tip of the day: Chocolate-flavoured Enercal tastes a lot better if 2 scoops of it is mixed with 1 tea-spoonful of powdered milk, and drank cold. Must remember that.


Ana tatak bimbang ana tatak takut / Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut / Semua hitam lagi banyak gelap / Macam orang Habsyi negeri Arab

Oh Apek sayang oi jangan susah / Habis menjahit wang emas ana upah / Marilah jalan ente cepatlah cepat

Awas Pek longkang oi kaki melompat / Apek jaga depan ada longkang / Mana? / Lompat! / Haiyaa / Lompat / Haiyaa / Lompat apek lompat
.
Haiyaaaaaa..........

Lirik ihsan pramlee's songs

# max | Permalink |


1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul / 3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik / 3 cm halia / 2 cm lengkuas - dikisar hingga halus / 3 batang serai dimesin

30 sen cili kering / 300 gm bawang merah / 4 ulas bawang putih / 2 kuntum bunga lawang / 2 cm kulit kayu manis / 2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tanpa minyak / 1 paket jintan manis -ditumbuk hingga halus / Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan / Sekeping gula melaka kecil / Garam secukup rasa…




Hmm… selesailah sudah raya yang ditunggu2 sangat tu… Hari nih aku pun kembalilah di’pulau’kan… Ohh! sungguh boring bila cuti dah habis. Raya? Raya tahun nih disambut sederhana tetapi meriah. Macam Krismas. Macam Deepavali, Raya haji, Tahun Baru Cina. Semuanya disambut sederhana tetapi meriah.

Ketupat, serunding. Roti jala, gulai daging…

Aku balik on Christmas Day dengan bot yang penuh dengan lelaki perempuan, tua muda, miskin dan kaya… menyambutnya dengan gembira-aa.. [eh! ternyanyi le pulak] Sampai je kat rumah aku tengok sume sama je. Ohh! wait… atas almari perhiasan tempat dulunya ada frame gambar sekarang ada sebilah keris gergasi bertulis ayat Kursi. Sudahh… sapa pulak di antara ahli keluarga aku yang dah join Al-Maunah nih?!! Hehe… Ada orang KL hadiahkan kat Ayah rupanya. Sungguh baik orang itu. Pada hari raya pertama aku berpeluang dengar suara dia kat tepon… hmm, aku syak lah kan, nama betul dia mesti Siti Nurhaliza… Mekasey Siti sbb sudi cakap ngan kite. Heh… [cerita nih cuma relevan kpd mereka yang memahami..]

Samperit, Jem tat. Biskut Denmark, Kek coklat…

Apa orang selalu buat bila hari raya haa? Raya aku masa kecik2 dulu dimulakan dengan pegi berhimpun kat rumah Tok ngan Tata, jumpa makcik-pakcik dan sepupu sepipit (ada ke? OK la kan, dengar macam rhyme je..) kami yang berpuluh orang tu. Pastu salam sume orang dengan renungan penuh makna. Best sebab sebagai yang paling tua aku selalu dapat duit raya lebih. Hehe… Tapi tu dulu lah, sekarang takde Tok ngan Tata dah, takde berhimpun ramai2 dah, takde duit raya dah… Raya tahun nih macam 5 tahun lepas jugak, family aku raya pakai auto-pilot, ikut routine. Pagi2 gi sembahyang raya pastu gi ziarah kubur. Pastu Pak Su datang beraya, pastu Mak Teh datang beraya pulak. Pastu kitaorg sume (kecuali org tu yang lebih suka dok rumah tengok TV…) keluar beraya dari satu rumah ke satu rumah… Afterall isn’t that what raya is all about? About mendekatkan yang jauh, mengikat tali silaturrahim, menjalinkan semula talian persaudaraan yang putus. Dan raya tahun nih berbeza sebab tu. Sebab family aku dah menjalinkan semula tali persaudaraan yang putus…

Semoga roh Tok dan Tata tenang bersemadi sekarang tengok anak2 dia dah baik balik…

Al-Fatihah…

Ayam masak merah, nasi tomato. Kuih bahulu cicah kopi-O...

Raya kedua pun ikut auto-pilot. Raya kat Kuala Kedah seperti biasa. Upacara tradisi makan-nasi-pukul-tiga berlangsung seperti biasa! Haha… kalau ada yang tak paham, takpe. Nih standing joke family aku. Hanya utk mereka yang memahami. Kerja Mak jadik Head Chef, kerja aku potong bawang, kerja Adik memanaskan kerusi panjang… Perfect! Inilah kenangan raya yang aku akan ingat sampai ke tua utk aku cerita pada anak cucu aku nanti…

Habislah cerita raya, until it recycles itself next year.

Burp! Alhamdulillah…
SELAMAT HARI RAYA…



Daging dibasuh dan toskan sehingga kering / Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar / Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau / Kemudian masukkan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama daging / Biarkan mendidih / Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan kerisik / Biarkan sebati dan kering / Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih.

Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salad dan cabai masak…

Recipe courtesy of Azri Online


# max | Permalink |


Sesuci... di hening subuh sunyi / Sesuci... terdengar nurani / Sesuci... salam untuk Ilahi / Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran... terasa kesayuan / Lebaran... takbir bersahutan / Lebaran... memuji keagungan / Bergema suara syukuri nikmat Tuhan...




Pagi tadi aku bangun dengan rasa tidak percaya… Rasa tak percaya hari nih dah hari Sabtu. Dah 23 Disember bersamaan 27 Ramadhan. Hahaha… best nya, best nyaaaa… Lusa aku dah nak balik raya. Ohh… rasanya bilik aku tadi tak yah pasang lampu pun takpe. Automatically terang dgn sinar kebahagiaanku…

Best nya nak tinggal pulau nih buat sementara waktu. Best nya tak yah fikir pasal Caesarian, pasal induction, pasal klinik overloaded ngan patient utk sementara waktu. Best nya boleh mintak mak kuih sepotong…

Aku tak banyak buat kerja hari nih sebab (a) memang hari Sabtu aku takde kerja nak buat (b) aku malas nak kerja sbb raya dah dekat (c) aku dah bagi kebanyakan patient aku balik raya dengan ucapan, “Ohh, doktor itu bukan saja lawa malah berperikemanusiaan…”.

Memang hari nih aku berusaha selesaikan segala masalah utk kosongkan wad sempena raya. Takde kena mengena ngan aku lawa ke aku berperikemanusiaan ke, aku cuma nak senangkan hidup staff aku time aku cuti nanti. Mana-mana patient yang boleh di-'bersalinkan' aku 'bersalinkan'. Mana yang darah tinggi nya tinggi aku rendahkan. Mana yang rasanya nak kena hantar ke tanah besar aku hantar siap2. Aku nak hari raya nih selamat. Moga2 selamatlah hari raya nanti.

Ada pihak tertentu datang bagi kuih raya tadi. Biasalah, tradisi tiap2 tahun kat mana2 hospital. Pagi tadi group mana entah datang, aku takde sbb aku gi Family Planning. Petang ada Wanita Umno pulak datang bagi lagi. Aku tengok mana patient yang aku tak bagi balik tu senyum sekejap… hehe…

Banyak kuih yang lebih sebab patient takde. So, kerja sapa kah nak habihkan kuih tu sume? Ye, kerja aku. Haha… takde lah aku cuma ambik satu bekas je buat kenang2an. Lagipun aku tengah mengidam jem tat… Jem tat dia je lah aku boleh makan, yang lain rasa cam biskut Marie je. Oops! Dah org bagi tu banyak komplen lakk…

Cukuplah utk hari nih, ekk. Aku nak gi packing. Ohh, tidak sabar lagi ku menunggu… Dan satu lagi, for future reference… aku rasa Siti Nurhaliza sungguh lawa. Tu je lah, lega rasanya boleh get that out of my system. Hmm…


Hiasi diri indah / Riangkan hati gundah / Bersihkan jiwa... sesuci lebaran / Agar sempurna amalan / Berdoalah insan / Di pagi raya / Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf / Kepada ibu bapa / Sahabat dan sanak saudara / Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda / Bantulah miskin hina / Menyambut hari mulia /Sama sama kita gembira...

# max | Permalink |


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa / Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira / Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa / Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi / Tutur dan kata yang sopan saling memaafi / Suasana hari raya walau di mana pun jua / Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa




Your name has given you a sociable, kind, and thoughtful nature. Your sensitivity and sympathy to the needs of people causes difficulty when you need to be individual and maintain control over your feelings. You can be easily hurt and emotionally upset and, because you become so closely involved with people, you can be unduly influenced by them, sometimes against your better judgment. You are inclined to put things off until forced to take action. You accomplish more working with people who encourage and inspire you, and particularly those who can give you confidence by laying out a step-by-step pattern for you. You do not take life too seriously, because you tend to live for the day. It is not typical of you to plan ahead, to think of the consequences of your actions, and to set meaningful objectives in your life. You are more likely to drift into experiences, benefitting from social contact and the attractiveness of your personality. You have felt insecure in learning and adapting to new things, and have struggled with lack of concentration and persistence to make a success of your efforts. In the health, you would experience skin conditions because of a rich diet, and also fluid problems affecting the glandular system and kidneys.



Hahaha... kelakar, kelakar... Saja je try cari nama aku dalam Yahoo.com. Hehehe... Aku sesat sampai ke sini. Tak tau la nak caya ke tak tapi bila aku renungkan betul2 ada jugak banyak persamaan ngan aku... hehehe... then bila aku renungkan lagi ada jugak nak sama dengan sume orang.

At least nih takpe jugak. Bila aku try tengok birthdate aku, hidup aku jadik lebih complexed... Panjang sangat nak cut-and-paste tapi gini lebih kurang...

...Physically, the digestive tract is vulnerable. Your body is apt to aggrandize along with your horizons and your bank account, so watch the food intake... Hahaha... Aku senang dapat cirit-birit?? Dia kata aku gemuk ? Sahih tipu!!

...You love working with color, texture, and shape in creating beautiful things to wear and for the home... Ye lahh... aku kan pompuan...

...You feel a deep responsibility to others. Your strong desire to help and teach others come before your own desires and sometimes at your own expense... hehe... baik kan aku kan? Ahak!

...You like domestic responsibility. You want your own home and family and/or friends who depend on you... Hmm... ada ke org yg tak nak sume nih?

...Your kidneys, nerves, and lymph glands may come under attack. Foods with Vitamin B or Vitamin B supplements are important to you... Eh! I doctor ke u doctor??

...Your throat, liver, and glands may come under attack. There is a need for citrus fruits or Vitamin C supplements... Pulakk...

...The head and sense organs may be susceptible. Lots of sleep and Vitamin A foods or supplements are good for you... Lots of sleep? Hmm... I like.

...You may be surprised at the power of your sexual magnetism... Oops! 18SX nih...

I must admit lah, curi2 baca ending buku dulu isn't much fun afterall. We're better off not knowing in the first place. Bagi aku, aku nih seorang yang lawa, bertanggungjawab, berbudi-bahasa, penyayang, mematuhi undang2 jalanraya dan speed limit 60km/jam & tidak pernah memotong di double line, lawa (have I mentioned lawa?), kurang zat besi, underweight dan, though I hate to admit it... yes, I'm a workaholic. So there, tak yah pakai name analysis ke numerology ke apa2... macam Arnold Shwa-whaterver-negger kata dalam The 6th Day, "I know who I am..."


Kuih dan muih beranika macam / Makanlah jangan hanya di pandang / Ketupat rendang sila nikmati kawan / Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan / Peninggalan nenek zaman berzaman / Asyik bersembang pakcik dan makcik / Hai duit raya lupa nak di beri...

# max | Permalink |


Dalam dingin subuh hatiku terusik / Kenang nasib diri di rantauan / Bergema takbir raya menitis air mata / Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali / Pada ayah bonda dan saudara / Tetapi aku harus mencari rezeki / Membela nasib kita bersama




Hmmphh... Benda Blogspot nih pulak down. Ciss...tak kan melayu hilang di dunia! (err, tak relevan, tak relevan..) Nih mesti ada org sabotaj nih. Dengki tengok counter aku dah naik 1000 lebih agaknya.. hahaha... saja je tu nak cite kat sume org perihal counter aku yang dah mencecah 4 angka tu... Boring lah gini, bukan saja aku takleh nak meng-update benda nih malah aku tak leh membaca Zira nye journal, Ed nye journal, Karamona nye journal... Hmm...rindu bertandang lagi kekasihh... ishh... lagi tak relevan...

Apa cite nya dengan masalah transport tu aku still tak tau lagi. Semalam awal2 pagi aku call Pengarah (well, pukul 10 bagi aku masih awal) tapi dia takde. Keluar gi cari bot agaknya, pintaku di dalam hati... Tengahari aku call lagi dan meluahkan perasaan tidak puas hati aku padanya. Dia diam je. Dia pun baru found out and he's looking into it. Lahh... dia pun baru dengar? Aku tak puas hati dgn jawapan tu. Hari nih aku malas nak bother dia lagi sbb aku sure dah dia akan jawab macam tu lagi. Jawapan standard org admin..

Sekarang aku lebih susah hati sebab lepas nih dia nak cuti panjang. Kalau masalah nih masih belum selesai, kepada sapakah aku nak mengadu nanti? Nak buat rakit pun buluh dah habis org ambik buat lemang... Org kata polis marin boleh tolong kalau emergency tapi aku tak mau pakai ikut je cakap org, aku nak hitam putih. Aku nak kepastian. Aku tak mau nanti tatkala aku bergembira menyuap roti jala ngan gulai daging diselang-selikan dengan air milo panas, ada perkara tidak diingini berlaku di pulau nih. Aku nak everything run smoothly masa ketiadaan aku.

Some people kata aku risau tak pasal2. Aku risaukan kerja org lain. Buat kerja aku sudahlah. Itulah yang aku risaukan, org lain tak buat kerja diaorg aku yang susah. Masa aku di GH aku tak yah risau pasal benda2 admin nih sebab ada boss yang memang dibayar gaji utk memeningkan kepala ngan benda2 nih. Kat sini aku tak leh buat camtu sbb segala2nya patik junjung di atas batu jemala patik, tuanku... Sekarang batu jemala aku dah nak pecah dengan segala macam benda... Sume ibu mengandung dan akan mengandung secara sengaja atau tidak di sume 99 pulau di kepulauan nih dah jadik tanggungjawab satu2nya Pegawai Perubatan U3 O&G kat sini. Tanggungjawab aku...

Tension... tension...

Sejak hari pertama aku kerja aku belajar yang there's a very thin line separating my personal life from my professional life. Selalunya professional life aku pun dah jadik sebahagian daripada personal life aku. Aku tidur teringat kat patient. Aku dok kat rumah, aku masih kena pikir pasal patient. Aku tulih journal pun aku tulih pasal patient (heh!...) Aku gi mana2 hatta ke toilet sekalipun aku kena bawak pager... Aku nak cuti pun kena jugak pikir pasal patient.

Pada suatu hari tu aku buat satu test kat internet. Hasil test tu kata aku nih workaholic. Bodo punya computer... I'm not a workaholic. I'm a doctor and that's what doctors do...


Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas / Dari jauh kupohonkan ampun maaf / Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama / Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu / Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu / Demi anakmu yang kini jauh

# max | Permalink |


Takde mood nak nyanyi...




Baru balik dari OT. Baru dapat tau the current situation pasal transport ke tanah besar. Selama nih kalau ada kes nak kena hantar ke tanah besar kitaorg hantar dengan bot. Bot penumpang. Last boat out pukul 6.30 – 7.00pm depending on the weather. Kalau ada kes tengah malam, kitaorg kena le charter one whole boat dengan kos sama dgn sebulan gaji aku. Sekarang, dah takde bot sewa malam2. Mungkin sbb posa.

“Takde until further notice,” Dr S cite kat aku tadi.

Huh! And what notice did I get?!! Takde! Benda nih dah lama dah sejak awal bulan lagi tapi aku baru tau tadi. Itu pun dapat tau tengah saja2 bersembang sambil tunggu OT staff sampai. Apa kes pun tak leh hantar malam2. Gila ka hapa diaorg nih?? Kalau emergency tengah2 malam, nak suruh aku buat rakit ke?

Aku dah cukup tension kerja kat sini sebab takde proper supervision drpd a specialist. Sekarang aku kena kerja sengsorang with absolutely no cover. Benda nih buat aku sungguh marah… Aku ingat ayah selalu kata, “Depa nih selalu pikiaq camana lagi nak bagi org susah…” Depa dalam ayat tu refers tu mana2 pihak berkuasa yang buat kerja gila macam nih.

Aku rasa nak gi komplen kat Pengarah masa nih jugak. Aku tak puas hati sangat2. Tapi sekarang dah tgh malam so aku kena mengadu kat journal nih dulu. Who knows, with any luck he might even be reading this! Heh..

The thing is, aku cukup terkilan sbb sekarang aku dah nampak apa yang Tan Sri Dato’ Dr whatever tu kata hari tu yang hospital aku nih diwujudkan hanya utk cater for pelancong dan org2 yg datang sempena events macam LIMA, Iron Man etc… Sudah terbuktilah sekarang… Hospital nih, hospital kerajaan nih hanya utk org besar2 je… Masa LID hari tu, sume specialist dari entah mana2 dibawa masuk sini dengan ambulance dengan helikopter standby segala. Just in case ada presiden mana yang kena sunburn ke, seluar terkoyak ke apa ke. Helikopter. Specialists. Huh! Sekarang orang2 kampung (the true VIPs) yg betul2 perlukan perkhidmatan di hospital nih… takde proper transport utk hantar ke tanah besar. Nak kena tunggu pilihanraya kecil DUN Langkawi ke baru nak buat sesuatu? Loya tekak aku…

Aku kena jugak gi jumpa Pengarah esok. First thing in the morning. Kalau tidak cuti raya aku pun silap2 burn. Ye lah, aku takde nanti lagilah banyak kes nak kena rujuk ke sana. Buatnya apa2 jadik… aku jugak yang nak kena menjawab. Aku dah takde mood dah nak balik raya kalau camnih. Tak kan aku nak tinggalkan Labour Room kat junior doctors nih je. Dah la sepanjang raya nih cuma ada 2 org doktor je tinggal…

Professionally, selagi soal transport nih tak selesai aku tak patut balik. Tapi personally, aku kena balik jugak. Aku kena jugak balik hari raya nanti. Aku kena jugak beraya ngan mak ayah. Aku kena jugak ziarah kubur Tok, Tata ngan Tam Jalil macam tahun2 lepas. Aku kena jugak balik Kuala Kedah macam tahun2 lepas. Aku kena jugak balik raya… kalau tidak aku sumpah pulau nih jadik padang jarak padang tekukur 7 keturunan… (hmm, rasanya dah ada org pakai idea tu… must come up with something more original…)

Selfish kah aku kalau aku balik raya nih??


Takde mood nak nyanyi...

# max | Permalink |


Tidak sabar lagi ku menunggu / Teman-teman nanti mengunjungi / Di hari nan mulia / Semasa suasana riang bahagia / Tiada ternilainya / Segala kini ku nikmati

Beranika warna hari bergaya / Teman ku semua tiba jua / Indahnya aidilfitri / Meraikan kembali mesra gembira / Kini ku mensyukuri / Di kurniai hari mulia

Kepada Maha Esa / Ku memohon doa / Agar usia kita / Dilanjutkan Ia…




Aku benci bila aku sedih-sedih. Aku benci bila aku sedih tapi aku tak tau sebab apa. Aku benci bila aku happy one minute then sedih the next, then tak leh nak happy balik. Aku tak harap org paham perasaan aku sbb tak sume org boleh paham perasaan camnih.

Susah jadik org pompuan nih. Emotional. Segala-gala bergantung pada hormones. Macam hormones yang pegang remote control, ada kuasa utk tukar2 channel… aku nak tengok cite happy tapi dia tukar cite sedih. Aku nak tengok cite baru tapi dia asyik ulang tayang cite hitam putih.

Aku tetiba jadik sedih semalam lepas jumpa Kak C. Kak C nih staff nurse aku. Akak dia baru meninggal. She was only 47 years old. Mati mengejut tak tau cause of death. Doktor kata pulmonary embolism. Heh.. pulmonary embolism is the thing you put down on anybody’s death certificate bila tak tau their cause of death. Every doctor knows that. ‘Buatan orang’ is what the layperson will put it down to bila tak tau their cause of death. Everybody knows that. Heh…

Anyway, aku bukan sedih sbb dia dah meninggal. Aku pernah jumpa dia pun sekali je masa aku gi kursus kat Kangar dulu. Aku ngan Kak C pun bukannya baik sangat. Aku sendiri tak paham kenapa tetiba aku jadik sedih masa Kak C cite pasal urusan selepas akak dia meninggal. Soal pembahagian harta, soal waris, soal rumah, TV, peti ais… Akak dia single, takde sesapa utk claim tu sume. Aku jadik takut campur sedih.

Kengkadang bila aku baca buku cite, walau camana best cite tu aku tak boleh nak enjoy sebab suspen sangat. So aku curi2 baca ending dia dulu… Kalau hidup aku sebuah buku cite… satu, aku rasa buku tu tak laku sbb cite nya boring… dua, aku nak tau endingnya. Nak sangatt…

Mood sedih aku terbawak2 masa aku, N ngan S gi rumah H semalam. Kitaorg nak bagi hadiah utk baby baru dia. Rumah dia berselerak ke tahap yang akan buat Mak pengsan on the spot kalau dia tengok. Biasalah, rumah ada bebudak memang camtu. Tapi aku rasa selesa. Aku rasa rumah dia macam ‘home’. It feels of home. It smells of home. Aku balik rumah lepas tu and tengok rumah aku sendiri. Rumah nih ada my mess, my smell, my mess (did I mention mess?) tapi I can’t consider it home. Something is missing. Aku jadik sedih lagi. Aku rasa nak curi2 baca ending buku tu lagi…

Aku tak suka bila mood aku jadik tak menentu camnih. Mungkin takde org yang paham hal nih sbb aku sendiri pun payah nak paham. I wish Duy is here. Maybe he’ll understand. Maybe aku concerned sangat pasal Duy dulu sebab I could see a part of me in him. The depressed, neurotic part. Heh…

So, semalam aku dah buat kesimpulan: Life is all about not knowing what’s going to happen next. A house that is a home? Or a pulmonary embolism?

Can’t wait to go HOME for raya…


Bila tiba lagi hari mulia / Bertemu kembali kita semua / Indahnya aidilfitri / Meraikan kembali mesra gembira / Kini ku mensyukuri / Di kurniai hari mulia oh...

# max | Permalink |


Bergema suara takbir di angkasa / Selembut bayu meresap ke dalam jiwa / Betapa hatimu terharu / Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi / Pulangnya anakmu di pagi yang murni / Kasihmu seharum kasturi / Melambai anakmu kembali




Ingat tak nak menulis malam nih tapi PC nih memanggil-manggil aku lagi... Ishh... apsal haa? Aku buat online journal nih cuma utk eksyen kat adik. Tapi sekarang, aku dah tak boleh berenggang dengannya. Padan muka aku...hahaha...

Apa aku buat this weekend? Semalam aku dok kat rumah je. Cuba nak habiskan menaip Fail Meja tapi last2 aku menghabiskan masa mencari background kat internet. Maka terhasillah Nauseated! seperti mana rupanya sekarang nih... Itulah kisahnya...

Hari nih aku keluar jenjalan. Konon nak gi shopping tapi disappointed sangat... boring aah shopping kat sini. Sume tempat cater untuk tourist je. Orang macam aku mana lah nak beli swimming suit ke, baju batik ke, T-shirt ke, pinggan mangkuk ke, key chain ke... Orang macam aku nak beli kad raya, besen, roti Gardenia, baju kebaya lawa-lawa, kasut utk pegi kerja yang harganya kurang daripada sebijik tayar kereta aku... Ohh! frust nya duduk sini.

Kalau aku ada duit...eeeiii syok nya berangan... aku naik flight pastu aku gi Penang ke, KL ke pastu aku shopping, shopping, shopping... pastu aku balik sini balik. Bukannya org perasan aku takde sini. Hmm, kalau aku ada duit lebih, aku beli private jet pastu aku gi shopping kat London lak. Sure best Winter Sale nanti. Pastu aku jual benda2 yang aku beli tu, aku beli ayam, bila ayam2 aku dah besar... aku jual beli kambing. Bila kambing aku dah besar, aku jual beli lembu. Bila lembu2 aku dah besar, aku jual beli... baju kebaya lawa-lawa... bedebukk!... Mat Jenin pun jatuh dari pokok kelapa tu... adoii!

Anyway, aku beli sepasang baju Kedah Cina. Entah, akak tu kata gitu. Baju tu potongan asal nya potongan baju Kedah tapi dah di-modify jadik cam baju Cina sbb ada butang Cina kat depan dia. Kali nih aku takde masalah lengan slightly singkat sbb baju Kedah memang lengannya singkat. Tapi pinggang... hmm, aku kena makan banyak sikit lepas nih. Pastu aku gi Post Office hantar kad raya kepada mereka yang bertuah masuk dalam list aku tahun nih. Pastu aku gi belek-belek baju batik, key chain, T-shirt... ohh! boringnya... Aku beli beg baru utk ganti beg Jane Shilton aku yang aku usung gi kerja tetiap hari tu. Dah 3 tahun dah beg tu memang patut diganti.

On the way back, aku singgah beli food utk berbuka. Sungguh tak sedap masakan makcik tu. Aku tak akan beli kat situ lagi. Nyesal tak beli McD value meal No 1 je tadi... ciss!

Sampai rumah aku pun bergaya di depan cermin... takde org tengok aku pakai baju baru ngan beg baru aku tu, kalau tidak mesti diaorg pun akan berkata, "Ohh! sungguh lawa anak Encik Pari (bukan nama sebenar) tu..." Hahaha...

Lepas Maghrib aku pun mula le meng-edit benda Blogger tu sampai jadik camnih... Aku suka background nih sebab gambar tu macam gambar kat pencil box aku masa aku sekolah rendah... Aku suka. Aku suka.

Habislah weekend aku... Esok kerja balikk... Urrghh!


Dalam dakapan keheningan maya / Pertemuan yang menyentuh di jiwa / Sekian lamanya terpisah / Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi / Anakmu pergi mencurahkan bakti / Doamu teriring selalu / Semoga bertemu kembali

Pulanglah di hari raya / Begitulah harapan ayahanda....

# max | Permalink |


Aidil fitri hari bahagia / Hari yang mulia / Mohon maaf bersama dipinta / Selamat... selamat hari raya

Sembah salam ayah dan bonda / Ampunkanlah dosa / Hilangkanlah duka dan nestapa / Selamat... selamat hari raya...




Tiap-tiap hari bila pegi kerja, aku tunggu 4.15 pm so aku boleh balik. Tiap-tiap minggu yang aku kerja, aku tunggu weekend so aku boleh tak gi kerja. And without fail, tiap-tiap weekend aku tak leh tidur... sedangkan tidur itu ialah cita-cita aku every weekend. Aku dah puas try segala position tidur, segala speed kipas angin, segala-galanya... tapi tak menjadi jugak... Mata aku tak reti nak tutup, badan aku rasa gatal-gatal, otak aku tak boleh nak capai mimpi2 yang indah... login error agaknya [please try again later].

Siang tadi aku dah sapu sampah and mop lantai seluruh rumah (ya, mak, Nat dah sapu sampah dan mop lantai seluruh rumah). Aku dah basuh baju. Aku dah cuci dapur, cuci sink, re-organized the kitchen cabinets... dengan harapan aku akan letih malam nih dan tertidur dengan tenang. No! tak jadi jugakk... Cuma sekarang rumah aku dah bau macam beribu-ribu lemon.

Tadi aku tengok cite apa entah kat TV. OK jugak la... true story kot, pasal someone with cancer. It's always very sad when one knows he's going to die but still wants to fight it. Such willpower. Such determination. Aku tak suka cite macam nih sbb aku akan teringat kat Charles. No bukan Prince Charles. Charles is, hmm... was... Charles was a commoner. But in more ways than one, he could have been a prince. He was my first cancer patient masa aku student dulu. Lung cancer. Dia dah buat operation buang sebelah paru-paru dia. Then lepas 3 bulan kot, doktor dapat tau cancer tu dah merebak ke otak dia. Sekejap je lepas tu dia dah tak boleh berjalan, dah hilang upaya sebelah badan dia. Tapi dia tak give up cam tu aje walaupun dia tau masa dia dah dekat...

"Look! Look Shafi, I can walk..."

Itulah last sekali yang dia cakap ngan aku. He was so happy... Dia happy gila sbb dah make some progress. Aku masa tu baru 3rd year, bodoh lagi. Aku pun terpengaruh sekali dengan mood happy dia. Aku pun rasa he was making progress... Wake up, the man has cancer! Lepas tu weekend. Bila aku balik ke wad hari Isnin, tengok katil dia dah kosong. Aku tanya staff, diorang cuma geleng kepala. Hmm... so much for making progress. At least he died happy... I think.

Aku tak suka bila tengah tengok movie ke apa ke, ada orang yg dah tau endingnya sibuk nak bercerita... Hah tengok nih... nih part boyfriend dia mati kena langgar lori... Yang bawak lori tu ko tau sapa? ...si jahat yang syok kat heroin tu le... tapi masa nih dia tak tau lagi le... Habis! Habis segala thrill... Tapi, in real life itu yang kita nak kan? Kita nak tau apa jadik next dalam hidup kita... Apa akan jadik dengan cross stitch yang terbengkalai tu, adakah ia akan siap jugak last-last? Apa akan jadik masa aku umur 30 nanti? 40? 50? Bila kereta aku dah berkarat, kereta baru apa yang aku akan beli? Tapi kalau tau, dah hilang thrill pulak...

Kalau dia tau sehari lepas dia boleh berjalan tu dia akan mati, sure dia dah tak happy...

Tapi kengkadang endingnya memang kita dah tau. Like Al Gore will never be president. Aku rasa dia memang le muka tak malu... Kalau dah kalah tu kalah laa... Ada ke pulak gi challenge the election result? Aku tergelak besar tengok dia buat kenyataan kat TV tadi... hahaha... tebal mana lah kulit muka dia agaknya...

Anyway, cite yang aku nak tau endingnya sekarang tajuknya Bilakah Mata Aku Nak Ngantuk? yang sedang ditayangkan di pawagam2 berhampiran. Sapa tau cite nih?


Semoga kita berjumpa lagi / Di hari bahagia ini

Mari teman mari saudara / Kita bergembira / Lupakan hatimu yang duka / Selamat... selamat hari raya....

# max | Permalink |


Indahnya sungguh di hari raya / Ramainya orang bersuka ria / Adikku manis cantik bergaya / Bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu / Mari menuju ke rumah bonda / Sanak saudara sedang menunggu / Di hari mulia bertemu mesra




Hmm… mungkin betul-betul diaorg letih posa. Mungkin betul-betul diaorg tak larat. Mungkin aku seorang boss yang kejam… harapan terlalu tinggi, segala2 nak perfect. Aku kesian pulak tengok staff aku bekerja hari nih. Mungkin sebab hari nih aku ada extra masa utk duduk tengok diaorg.

10 minit lagi nak bukak posa, aku baru keluar dari OT. Tetiba Kak M, staff nurse Labour Room yang selama nih tak pernah mengeluh, asyik senyum sentiasa tu kata, “Doktor, kami tak larat…

Ishh… kesian aku dengar aihh… Dia tak pernah mengeluh. Dia tak pernah komplen. Teruk camana pun dia diam je… Hari nih dia tak larat, mesti dia betul-betul tak larat. Aku tau dia serius… It was a cry for help. Mana tak nya, kes datang bertimpa-timpa, ngan Caesarian lagi at the last minute… Ada 3 org je staff. Time raya kang, camana la… Staff lagi takde time tu. Nih buat aku susah hati nak balik raya nih.

Hari nih aku bukak posa makan lauk Pakistan. Hahaha… Isteri Dr F dari Pakistan tu rajin memasak. Dia bagi aku se-tupperware nasi ada kacang pis, ada kentang, ada cebisan telur goreng ngan lauk daging masak apa ntah… sedapp… Sekarang ada sedikit masalah, camana aku nak bagi balik tupperware dia tu? Takkan nak bagi tupperware kosong je? Aiseh! Susah2 sangat isi gula je lah, style orang dolu-dolu… Sure terkejut badak minah Pakistan tu… ahak!

Aku takde benda specific nak tulis hari nih. Kepala aku tengah serabut dengan statistik, census, bonus… ye lah, dah nak akhir tahun. Hmm, statistik ngan census tu boring. Bonus? Apa aku nak buat ngan duit bonus tu ye… Mungkin aku boleh beli calculator utk adik… Hahaha… budak tu tension kena buat econs. Mungkin aku boleh beli baju raya kat mak… kasik terkejut sikit, tak pernah2 aku beli dia baju raya. Mungkin aku boleh beli kereta baru utk ayah… hahaha… tu sepuluh tahun punya bonus pun tak kan tertunai… Mungkin aku boleh belanja staff aku bukak posa… Mungkin…

Ada duit semua jadi…


Katamu itu abang mengerti / Kusanjung budi puteri ibunda / Pada yang tua kita hormati / Barulah hidup saling bahagia

Miskin dan kaya sama sahaja / Hulurkan tangan berjabat mesra / Saling bermaaf kita bersama / Lupakan saja sengketa lama…

# max | Permalink |


Hidup nih kan... org kata penuh ngan trial and error. Tapi kalau dah asyik error je... apa cite??

Semalam aku menulis offline seperti biasa pastu cuba nak post ke blogger... dia kasik aku nih:

Error 103:java.sql.SQLException: java.sql.SQLException: The log file for database 'pyra' is full. Back up the transaction log for the database to free up some log space

OK, takpe... aku save je for another day bila dah baik balik demam si blogger tu. Aku try le pulak respond ke guestbook aku, dah dapat nih:

Whoopsie !
An error was encountered:
LOGIN ERROR - Unable to Complete the Login Process at this time. Please try again later.

Pastu hari nih nak check email, hotmail kasik aku nih pulak...

Due to an internal error your request cannot be processed.
We apologize for the inconvenience. Please try again later

Abihh camno?? Anyway, nih log semalam. Kalau nak tau apa jadik hari nih, baca the same log 2 kali. Lebih kurang je cite hari nih pun...

Monday, 11 December 2000

Menjelang hari raya / Berakhirnya puasa / Bergema takbir senja / Menyambut syawal tiba
Suasana riang ria / Terlihat sini sana / Menyeri malam raya / Terhias indah rupa…




Letih. Aku letih gila semalam. Aku balik kerja terus tidur depan TV sampai pukul 8 malam. Sedar2 dah gelap. Hari nih pun letih gila jugak tapi aku usaha tak mo tidur petang. Kang aku tak leh tidur malam lagi macam semalam. Mata terbeliak sampai pukul 2 pagi.

Aku rasa aku dah kena gastritis. Perut aku pedih gila-gila. Rasa macam tertelan mancis. Rasa terbakar semacam. Hari nih exceptionally busy ditambah pulak dengan perut yang meragam… aargh! Takde mood betul nak kerja. Of all days Pengarah decided to call an MO meeting pagi nih. Pagi yang aku liat nak bangun. Pagi yang aku takde mood nak kerja. Aku cukup malas nak pegi MO meetings sebab balik-balik bincang pasal benda yang sama. Pasal ISO 9002 yang tak siap2 lagik. Pasal library yang tak boleh nak bukak sebab takde librarian. Pasal farmasi tak order ubat. Boring aku…

: Huh.. Max, camana?

: Huh?


Balik-balik aku… balik-balik aku… QAP aku. Teleconsultation dulu nyaris2 aku. Sekarang ISO pun aku… Aku tak minat ngan semua nih. Aku tak minat management. Aku tak pernah bercita-cita nak jadik pengarah. Aku telah diangkat jadik Management Representative, entah apa kebenda entah utk ISO 9002. Hah sudah… apa tugas MR nih pun aku tak tau, camana nak buat kerja. Aku tak suka disuruh buat kerja yang aku tak reti buat. Anyway, lepas proses tawar-menawar Dr N pun dijadikan MR jugak utk share kebingungan ngan aku. Hehe… baru best, ada kawan utk sama bengong…

Masa meeting tu tadi Pengarah kata ada sorang lagi doktor nak datang. Tetiba rasa macam ramai sangat pulak doktor kat sini. Nanti kalau Yang Amat Berhormat mana2 pulak datang mesti ada komen lagi pasal doktor2 kat sini takde kerja. Aah pedulikan! Sekarang sudah ada masalah… kuarters tak cukup untuk semua doktor, so Pengarah kata dia akan try bagi aku (aku!) pindah ke blok specialists.

: Huh.. Max, camana?

: Huh?


Aku tau aku tak entitled duduk blok tu. Tu cuma untuk Registrar / Specialist level je. Aku cakap kat pengarah aku nak the privilege tapi aku tak mau the responsibility. Ye lah, kang dah duduk rumah doktor pakar, kang segala tanggungjawab pakar pun dia expect aku buat jugak… Satu lagi aku takut, mesti ada yang dengki ngan aku. Ada sorang tu aku tau teringin nak pindah situ atas alasan dia lebih senior beberapa bulan dari aku kat hospital nih. Apa2 pun, lepas nih diorang akan ada alasan utk mengukuhkan lagi gossip2 liar yang aku dah jadik ‘pet’ pengarah. Eeiii please… tak kuasa aku nak jadik ‘haiwan peliharaan’ sesapa…

Tapi kalau pindah Blok A, best jugak. Boleh mandi berendam dalam bathtub… boleh tengok NTV7… boleh berendam dalam bathtub sambil tengok NTV7… hehe… now that’s the life…

Lepas meeting aku berjogging keliling hospital dari OT ke Labour Room ke bilik scan ke Labour Room ke bilik scan ke Labour Room… sampai pukul 5 dengan iringan mp3 keroncong non-stop dendangan perut aku. Pedih gila… Aku tak sempat nak gi farmasi ambik ubat. Harap2 perut aku tak bocor terus… Kesian perut aku.

Aku nye big boss kat Hospital Besar called. Aku ada 2 boss. Satu pengarah sini, satu pakar hospital sana. Anyway, dia call tanya pasal cuti raya aku. Takde org boleh ganti aku raya nih tapi aku masih boleh balik cuti. Cuma sume kes emergency kena hantar sana. Apa-apalah, janji raya tahun nih aku tak duduk sini sengsorang sudahh..

Perut aku pedih. Hati aku lagi pedih petang tadi. Ada lagi kes intrauterine death. Dah 3 kes dah bulan nih je… aku nak analyse cari punca pun aku tak tau nak start kat mana. Something must be wrong, kalau dah banyak sangat kes camnih. Apa lagi aku nak cakap kat Dr Che Ghani nanti?!!

: Huh.. Max, camana?

: Huh?



Oh... cantik berseri-seri / Tua dan muda / Berpakaian serba baru / Oh... sungguh meriahnya / Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat hari raya / Aidil fitri mulia / Semoga berbahagia / Hidup aman sentosa…

# max | Permalink |


Satu hari di Hari Raya / Ku lihat cahaya bersinar indah / Langit cemerlang tak terkira /Tanda kuasa yang Maha Esa / Memberi nikmat pada manusia…

Satu hari di Hari Raya / Ku dengar irama yang sungguh indah /Ku cuba mendekati padanya / Kira irama itu adalah / Suara pujian pada yang Esa…




Entah apsal 2-3 hari nih aku rasa teringin sangat nak dengar lagu raya… Radio pun belum pasang lagu raya lagi. Rasa rugi pulak tinggal kaset lagu raya aku kat Aloq Setaq. Kalau tak, boleh aku berkaraoke sengsorang… hehe…

Bulan posa bagi sesetengah orang adalah bulan utk beramal ibadat sebanyak mungkin, mengumpul pahala selagi terdaya, mengaut segala keberkatan Ramadhan yang takde pada bulan-bulan yang lain… Bagi sesetengah orang pulak, bulan posa maknanya lagi sebulan nak raya… masa utk buat kuih raya sebanyak mungkin atau buat overtime selagi terdaya utk kumpul duit nak bayar tol balik kampung.

Ada jugak yang ambik kesempatan di bulan posa nih utk buat kerja nak tak nak je. Alasan: ...letih la, posa! Dah berapa kali aku dengar alasan tu dari staf2 aku bulan nih dan dah berapa kali aku semi-mengamuk kat Labour Room bulan nih. Hari nih, dengan wad perempuan sekali rasa amukan aku. Mesti lepas tu diorang akan kata, “…bukannya apa tu… mesti doktor letih posa tu…” Aku tak tau le apa aku nak buat dahh… diorang dah betul-betul kecewakan aku.

No! Aku tak marah kat org sebab aku letih posa. Aku tak jerit2 kat org sebab aku tak bangun sahur. Aku marah kat orang sebab aku tak leh terima alasan buat kerja sub-standard sebab posa. Aku pun posa jugak tapi tak le sampai ke tahap tak larat nak angkat pen nak tulis observation pada observation chart. Bila aku tanya apsal? Hmmphh… biasa le, posa… lupa..

Posa, posa la tapi jangan la biarkan patient dalam Labour Room tu dari pukul 1 am sampai aku buat round pukul 10 am still tak buat apa2… Apsal? Posa la tu doktor, tak ingat…

Kalau ye pun posa jangan la sampai time of delivery pun boleh silap tulis. Doctor’s orders pun boleh tak baca. Prolonged labour sampai berjam-jam pun boleh tak buat apa2. Blood loss tak quantify. Investigations ordered hari nih hantar esok. Apsal? Ye, ye… tak yah cakap, aku tau… posa…

Sesak dada aku hari nih… nafas aku rasa macam tersekat kat tekak… kepala aku rasa berat semacam…mata aku rasa pedih macam nak nangis. Aku tak suka marah orang. Aku tak suka bila aku bad mood lepas marah orang. Aku tak suka tinggikan suara ngan orang yg lebih tua dari aku. Tapi aku lagi tak suka bila patients dapat sub-standard care… at least not when I'm around. Aku tak suka bila posa dijadikan alasan tak buat kerja. Aku tak suka posa dijadikan alasan utk mintak bonus tahun nih, just because posa means raya dah dekat…

Aarghhh… aku tak suka. Aku tak suka…


Satu hari di Hari Raya / Aku menangis tanda gembira / Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya / Ku lihat wajah suci ibuku / Ku lihat wajah kasih ayahku / Ku gembira

Mungkin inilah dia kebahagiaan…


# max | Permalink |


Hari nih Jumaat. Satu2nya hari yang aku cuti. Satu2nya hari yang aku boleh tidur siang. Satu2nya hari yang aku boleh bangun pukul 10 kalau aku nak... Tapi kenapa hari nih satu2nya hari yang aku tak ngantuk??

Ishh... kacau betul.

# max | Permalink |


Wednesday, 6 December 2000[Error 718; Day 3]

Hari nih gi Pasar Ramadhan lagi. Sengsorang lagi.

Beli itu dan ini... Kena kawal nafsu di bulan posa nih... ahak! Aku suka gi Pasar Ramadahn tu bukan je sebab ada bermacam2 benda yang aku teringin nak beli, tapi ada bermacam2 jenis orang kat situ. Aku suka tengok orang. Ada melayu, ada cina, ada india, ada mamak, ada mat saleh... sume nye hidup aman damai di bawah payung Barisan Nasional... Ahak! Berapa org agaknya yang geli2 telinga baca apa aku tulis tu?!! Tapi betul apa... negara kita nih aman damai, nak drive gi beli pulut udang ke apa ke takde sapa nak kacau. Takde pun nampak kereta kebal ke askar ke buat road block... Takde sesapa nak kuota berapa bungkus laksa aku boleh bawak balik, berapa ringgit aku boleh bawak dalam poket aku. Kita patut bersyukur sebab kita tak berpuasa kat Palestin ke mana ke...

Akak yang anak dia mati tu dah selamat bersalin hari nih lepas 3 hari kat wad. Aku pun sedih tengok anak dia, apa lagi le dia. Baby boy... memang dia nak baby boy... 2.1kg... kulit dah mengelupas, lembik... sume lembik, kepala dia lembik, kaki & tangan dia lembik, mulut dia biru... mata dia tertutup rapat. Akak tu diam, pandang dinding je...

Kenapa akak tahan air mata tu, kak?

Kenapa akak tak nangis puas-puas?

Kenapa akak tak cekik saya, goncang2 saya tanya saya kenapa dia mati, kak?


Aku respek akak tu. Aku kagum dengan ketabahan dia. Aku sendiri tak pasti apa aku nak buat kalau aku di tempat dia. Ada hikmah di sebalik sume benda yang Allah jadikan... Al-fatihah...

Dah nak bukak posa dah... Selamat berbuka kepada yang berpuasa... Kepada yang tak berpuasa... apasal tak posa?!!

# max | Permalink |


Tuesday, 5 December, 2000 [Error 718 Day 2]

Error: 718
The computer you're dialing in to cannot establish a Dial-Up Networking connection.
Check your password, and then try again.



Bengang nye aku… TmNet nih dah betul2 nak kena saman ngan aku dahh… for err, emotional trauma (Adik, buleh ka?). Semalam dengan bersemangatnya aku tulis log offline pepanjang pastu nak go online tak boleh! Nasib baik aku boleh save, kalau tidak memang le aku bakar PC tu biar padan muka aku. Benci! Benci! Benci! Takde idea lain ke? Ada ke dia kata password aku salah…

Nih bukan 1st time jadik gini. Bila jadik je, 3-4 hari baru nak OK balik. Menyampah!

Dah aah, takde mood nak menulis dah.

Note to Self: Cobaan…

# max | Permalink |


Fuhh kiri! Fuhh kanan! Kali nih mintak bagi boleh le... dah berapa hari dahh TmNet tak mo kawan ngan aku. Hari baru boleh connect tapi slow macam apa je... Tadi penat2 menaip sekali tak boleh publish. Cheh! Anyway, nih entries untuk 3 hari sekaligus...

Monday 4 December 2000 [Error 718; Day 1]

Burp…!! Hehe… alhamdulillah…

Hishh! Aku baru je cakap nak tulis log in English dah ada yang mengata. Dia tu bukan apa tu jeless, dengki, tak leh tengok orang senang… elehh! Apa aku heran ngan orang camtu… Tapi kan, org cuma dengki kat org yang bagus je dak? Ho! Ho! Ho! Kira aku nih bagus le ye…? Ahak!

Semalam aku malas nak drive jejauh so aku gi beli kat kedai bawah tu je. Hari nih aku gi pekan Kuah beli RM9.70 worth of food… Hehe… sekarang fridge aku sudah penuh ngan food yang sepatutnya aku makan time bukak posa tadi tapi, hehe… ye lah, beli time lapar mana nak sedar yang aku beli banyak sangat… Gila aku tengok itu, ini, begitu, begini… aku tengok mee, aku nak… aku tengok nasi tomato, aku nak… aku tengok air tebu, air jagung, ayaq nyoq sume aku nak… then aku sampai satu gerai… fuiyooo… sume2 sekali aku nakk… Gerai tu jual puding semata2… 2 meja penuh ngan puding pelbagai warna berhias ngan pelbagai benda. Aku tau sume pun mesti sama flavour, colour je lelain tapi aku nak jugakk… so aku beli 4. Err, aku cuma makan satu… hehe…

I wonder mak masak apa hari nih…

Speaking of mak, petang tadi sebelum aku gi bagi derma ikhlas kat org jual makanan kat pasar Ramadhan tu, aku baca journal Aquil. Huwaa… aku sedih… Her frankness touched me… rasa nak masuk dalam PC and peluk dia. Aku teringat kat mak ngan ayah… huwaa… aku nak balik… Oops! Control…control… maintain cool… Langsung aku tulis respon kat dia. Aku kata aku nak share mak ayah aku ngan dia biar dia pun ada mak ayah macam aku ngan adik ada. Aku tau mak ngan ayah aku… kalau aku share diorang dengan 10 org lagi pun tak akan luak kasih sayang diorang. Kan? Adik, kan?

Err, kenapa mata akak berair, kak?

Err, huh? Ohh.. nih? Haha… takde lahh… mata akak masuk habuk…


Hmm, tukar topik aah… Salah ke kalau pompuan jalan sengsorang? Aku heran betul la… Entah berapa orang tegur aku tadi… “Doktor sorang je, doktor?” “Nih apa jalan sorang nih doktor?” “Tu utk makan sorang ke tu?!!” Heheh… actually yang last sekali tu tegur aku, sebab nampak banyak sangat aku beli agaknya… Anyway, salah ke? Salah ke anak dara seperti aku di zaman IT nih jalan sengsorang? Kat UK dulu aku tak payah kisah ngan sume nih… main redah je. Rasa nak gi memana aku keluar. Sorang pun sorang lah… Bila balik sini aku jadik self-conscious pulak. Aku dah tak leh makan sengsorang kat McDonalds’ sebab aku rasa ada org pandang2… (Kalau aku makan sengsorang kat McD di bulan posa, lainlahh… ) So aku selalu tapau je. Aku nak gi shopping pun aku kena ajak sesapa teman sebab aku tak mau dilihat ber-shopping sengsorang… Kalau aku nak bercakap pun aku kena ajak org sebab aku tak mau dilihat… ohh… sebab tu ke diorang pandang semacam? Oops! Hehe… hmm, memang ada yang tak kena kalau anak dara bercakap sengsorang…

Note to Self: Hey! I’m young, single and enjoying it! If they can’t live with that… tough!

# max | Permalink |


Bored… Today must be World’s Most Boring Day, or something. And I have subconsciously decided to celebrate it as a tribute to all the Bored Syndrome sufferers worldwide. No ribbons, of whatever colour, required. Financial contributions, optional.

Sundays never used to be this boring. When I’m at work, I mean. Any day is boring when I’m at home, so no surprises there! Can only think of one reason though… It might just be possible that I’m actually more tired than bored ‘coz today is my first day back on the island after such a long (and well-earned) break. I have spent the first 6 days of Ramadhan at home, lazying about without even having to think of work… but now that I’m back here… aaarghh!... Who possessed me yesterday and brought me here, against my will?

The Antenatal Clinic drained most of my 5.00-am-sahur-derived energy. Twenty six patients… but luckily Dr N, the ever helpful, came by to lend me a hand… well, with 26 patients, it was more like lending both her hands. On top of it, had one intrauterine death today. For the uninitiated, that’s when the baby dies inside the mother’s womb before being born. I hate it when this happens… Trying to explain what it means is the easiest thing anyone can ask someone like me to do… trying to explain to the parents how, why and when it happened is the most difficult part. Yet, this is what they usually want the doctor to tell them without them having to ask…

+++

"Sorry mam, your baby's dead!," says the doctor bluntly.

“You mean my baby was alive a few hours ago… but is now dead?!!,” she asks the doctor in between sobs…

“Yes!,” says the good doctor, before leaving the room… “Next patient, please… number 15!”

+++



Yeah, right… if only it were that simple… Breaking bad news, any bad news, needs skill and patience. Two things I don’t think I have… I always end up feeling worse than the patient does… They will never ask you anything (it’ll be easier if they did). They will never say anything (it’ll be easier if they did). They will just sit there, as if cast to stone, staring into an imaginary X marked on the horizon, with tears streaming down their cheeks and little birds making little noises in their ears… further draining what’s left of your 5-am-sahur-derived energy. What does one say in a situation like that? “Sorry, mam… your baby’s dead”? or “Sorry, mam… but I’ve really got to hurry you along… my 25 patients are queuing outside”?

But am I really sorry, though?

People only say sorry when they don’t know what else to say… And today, I really didn't know what else to say…

I don’t know why the baby is dead. I don’t know how, either. But I’d better come up with something quick ‘coz I know the only reason I have now ie. “God’s will…”, albeit real, is not going to sound very clinical at the Perinatal Mortality Meeting next month...

That’ll be all for today… I’m too bored to write more. Oh! Yes… "Why is today’s entry in english?," I hear you ask... That only happens when I’m bored. It’s as if my brain has it’s own default settings… when I’m bored I’ll switch to its default language… english. Weird…

Note to Self: Come to think of it, I kinda like it this way. Maybe I’ll keep writing this journal in English from now on…

# max | Permalink |


Hari nih Hari Aids Sedunia. Hari kita semua sepatutnya pakai riben merah & mengingati... hmm, mengingati sapa ekk? Mengingati orang2 yang dah mati kerana AIDS? Mengingati pasangan gay pertama yang melahirkan AIDS di US some 30 odd years ago? Mengingati saintis2 yang mengejar populariti jadik saintis pertama to come with the vaccine? Mengingati syarikat2 gergasi yang akan mengaut untung dari titik peluh para saintis nih?

Mengingatkan diri kita tentang bahaya AIDS... tentang bahaya seks rambang, perkongsian jarum, etc, etc... That must be it!

Mengingatkan diri kita bahawa pesakit AIDS juga adalah manusia yang ingin hidup sesama ngan kita. Bahawa pesakit AIDS jugak takde beza ngan pesakit diabetes, sakit jantung, or kusta. Orang jadik kesian bila guru Quran dapat HIV daripada pemindahan darah... tsk! tsk! kesian ekk... kenapa le hospital kerajaan buat kerja sambil lewa? tapi bila penagih dadah bangkai bernyawa tu dapat AIDS apa orang kata? hmm, memang padan ngan muka tu... ko yang cari penyakit! Apsal bila orang hisap rokok dapat lung cancer, orang still kata kesian tak kata dia cari penyakit?

Buletin Utama kata tadi hospital amalkan diskriminasi terhadap pesakit AIDS... Diskriminasi apa pulak? AIDS patients dapat free treatment... ingat murah ke AZT apa segala tu? Ooii... ubat diorang je bernilai entah berapa puluh mesin haemodialysis utk orang lain... And they have the cheek to complaint that 66.7% of them are seen last at hospitals, diskriminasi...

Kat mana2 pun ada diskriminasi... Masyarakat kita kurang kesedaran tentang AIDS. That's the bottom line. Most people still can't tell the difference between HIV infection and AIDS. Bila someone terdedah pada HIV, dia mungkin dijangkiti. Bila dia dijangkiti, dia ada at least 10 years to remain healthy like you and me. Sepuluh tahun tu lama tau... AIDS is the end stage of HIV infection, bila sistem pertahanan badan dia dah terlalu lemah dan semua kuman yang baik dan jahat boleh jangkiti dia. Dia boleh dapat TB, dan mati. Dia boleh dapat Pneumocystis Carinii Pneumonia, dan mati. Dia juga boleh dilanggar lori, dan mati....

Pesakit AIDS sama macam orang lain. Diorg ada hak utk hidup kat bumi (so sesapa yg rasa diorang lebih baik dibuang ke Mars, fikirlah balik), walaupun hidup ngan kualiti hidup yang mungkin jauh lebih rendah dari kita sbb diorang sakit. Diorg mungkin dah buat silap sbb pilih cara hidup yang salah. Kita yang OK nih patut ambik iktibar dan jauhi daripada berkongsi jarum (for the junkies out there), seks rambang dan seks luar tabii. Buanglah 'It's OK, it'll never happen to me' attitude...

That, to me, is what Hari AIDS Sedunia is all about...

# max | Permalink |

 

CHIT-CHAT


Name :
Web URL :
Message :

ARCHIVE

LINKS

ETC

Guestbook

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Adik